Wednesday, August 13, 2014

TIPS MEKAP : KURUSKAN MUKA YANG CHUBBY & MANCUNGKAN HIDUNG YANG KEMBANG

 
TOPIK : MACAM MANA CARA NAK BUAT MUKA KURUS, HIDUNG MANCUNG & PIPI MUNGIL TERLETAK
 
 
Setiap wanita sukakan kecantikan yang sempurna. Kala kita lihat di media massa banyak pengaruh yang buat wanita terutamanya lebih obsess nak cantik ni. Kalau KPop boleh la operate bagai untuk kecik kan lagi shape muka dan bagi hidung mancung. Masalahnya kita orang Islam dan sah2 tak boleh operate kan.. Jadi yang tak berapa nak "sharp" bentuk muka dan hidung tu ada cara lain untuk serlahkan lagi bentuk muka kita tang memang asli cantikkk gitieww.. hahah.. Kita kena rasa diri kita cantik. Siapa lagi nak cakap kalau bukan diri sendiri kan.
 
Saya nak share sikit cara shading yang pernah sy buat pada beberapa peserta ruangan makeover Sendayu Tinggi. Sejujurnya saya suka mekap pengguna biasa dari model kerana lebih mencabar dan saya akan belajar banyak benda baru. Tambahan mekap ST mmg di formula utk org umum mcm kita2 ni.. Ok, Jom saya perkenalkan Cik Shading
 
APA ITU SHADING ??
  • Ialah bayangan gelap dan cerah pada wajah.
  • Contohnya bila kita kena direct sinaran matahari, permukaan manakah yang akan kita nampak lebih menyerlah. Bahagian tersorok ialah bahagian yang perlu digelapkan. Bahagian wajah yang menonjol disinari matahari perlu dicerahkan.
  • Ia akan beri impak besar pada wajah supaya lebih nampak tegang, terbentuk, hidung mancung dan sangat2 penting bagi yang terlibat dengan Andaman. Sebab mekap BUKANNYA semata2 buat eyeshadow colourful dah siap.. Hakikatnya, shape muka yang sempurna akan determine mekap yang terletak sempurna. Lagi2 kalau kita buat wedding mekap
 
BAHAN UNTUK SHADING
 
Ada pelbagai pilihan di pasaran produk yang digunakan untuk shading. Tetapi untuk kegunaan harian biasanya wanita sukakan yang ringkas dan mudah di pakai. Kalau mekap artis, kebiasaanya memilih shading cream ( material seperti foundation gelap ) dan disudahi dengan matte shading powder.
 
Di Sendayu Tinggi, bagi mempercepatkan masa boleh gunakan Rose Blush On. Produk ni ada 4 warna untuk kegunaan di pipi. Saya wajib pakai produk ni bila buat full tutorial makeup. Kalau anda semua ada event malam hari, tebalkan sedikit.
yang ada anak panah ni la yg selalu saya buat shading untuk bentukkan wajah
Then, lepas kita bentuk kawasan tertentu dengan Shading tadi, sapukan Liquid Concealer atau apa sahaja bedak / krim yang cerah untuk menyerlahkan shape muka. Saya selalu pakai Liquid Concealer kod Vanilla untuk highlight. Concealer ni juga saya selau pakai untuk cover dark circle bawah mata dan parut. Kebanyakan yang tak ada basic mekap mrk akan apply foundation thicker pada bahagian parut. so end up untuk siang mcm terlalu heavy foundation tu.
Concealer ni ada 3 color. Kod Vanilla ialah yang paling cerah. Kalau ada scar atau jeragat yang ketara apply ini dahulu supaya foundation x heavy


Kemudian baru kita apply blusher. Kadangkala bila salah sapu muka jadi mcm badut dan nampak lagi pelik. Ini tips ringkas mcm mana sapu blusher ikut shape muka.


yg color merah ni untuk blusher / pemerah pipi ya. Bukan shading. Jangan salah faham


 
SHADING IKUT SHAPE MUKA
 
Setiap org memiliki bentuk wajah yang istimewa. Kalau kita kenal bentuk wajah kita, maka lebih senang untuk tahu area mana shading dan highlight perlu di apply
 
bentuk muka saya jenis heart
 

BENTUK WAJAH : DIAMOND

BENTUK WAJAH : OVAL
BENTUK WAJAH : RECTANGLE
 
BENTUK WAJAH : HEART
 
BENTUK WAJAH : ROUND
 
 
 
BENTUK WAJAH : SQUARE
 
Saya ada buat tutorial di youtube mengenai contouring ni. biasanya saya akan buat mcm ni kalau ada event special jer.. blh click link di http://youtu.be/nP4opUQzA7s
 
 

Antara peserta ruangan Makeover Sendayu Tinggi yang pernah saya buat sebelum ni.. sedikit view shading yang saya buat. Oh ye, selalu ramai pm saya nak jadi model makeup ST.. Just emailkan je detail dan gambar sebelum & selepas makeup di stmodel@sendayutinggi.com . Peserta yang terpilih utk photoshoot di Ruangan MakeOver ST akan dihubungi oleh jabatan Iklan ST. Diingatkan, jangan la bagi gambar guna 360 atau yang dah touch bagai. Kalau boleh kita nak yg asli ya :)
 
cuba teka ni shape muka apa..
 

 
tak perlu apply tebal pun shading tu kalau utk day makeup khas kalau nak attend mana2 event
 
 
Saya harap entry kali ni membantu anda semua untuk yakin buat shading di wajah sendiri. Jumpa lagi next entry. Sila tinggalkan di ruangan komen untuk next tips mekap yang ingin anda semua pelajari ;)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

6 comments:

Jueliza Jamani said...

takder class ker kak yati

Unknown said...

Ada kelas mekap ST start balik bulan Sept ni. Call cik Nani utk detail ye 019 4351896

Unknown said...

hii cik yatie...saya dari ipoh disini ingin meminta tunjuk ajar cara macam mana shapping mengikut bentuk muka saya dan bahan apa yang perlu saya pakai?

Unknown said...

hai kak yatie... untuk bln september and akan datang, bile akan ada lagi kelas mekap ST yer.. saya nak join sgt..

Unknown said...

hai kak yatie... untuk bln september and akan datang, bile akan ada lagi kelas mekap ST yer.. saya nak join sgt..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment