Monday, November 3, 2014

KENAPA PEREMPUAN KENA BELAJAR MENDANDAN DIRI ?

TOPIK : PERLU KE BELAJAR MENDANDAN DIRI ??

Ok topik hari ni sebenarnya berkisarkan cerita yang saya tengok dalam episod tanah kubur. Si suami berleter di meja makan bila si isteri datang menghidang dengan muka berbedak sejuk, rambut mengerbang dilengkapi baju kelawar.. bila lapang2 je boleh terbang pakai baju kelawar tu.. hahaha.. 

Bagi para isteri, saya berani kerat kuku yang si suami 100% menyampah betul kalau kita sarungkan "uniform" rasmi tu lagi2 bila menyambut mereka balik kerja. Serammmm !!! Kiranya boleh patah selera. 

ok yang ni sebagai hiasan je. Saya pun ngeri kalau nak pakai macam ni .. haha.. masalahnya siap confident bawak gi jenjalan tu memang sangat berani cik kak !!

Ada yg ramai berminat nak mendandan diri, tapi end up macam badut pula. Belum foundation melepak mcm kertas. Jadi lagi hilang selera si suami tgk mcm mayat idop.. Sebab tu laki2 kita lebih suka kita natural beauty kononnya sebab lebih ngeri bila tengok kita bermekap.
Ok yg ni gambar hiasan je. Jgn ngeri sangat.. Hakikatnya teknik mekap mmg membantu wanita nampak lebih cantik. Walau tatarias tipis tp kalau kena dengan produk dan tekniknya sesiapa pun nampak vasss !!! Hokey... ( tangan kat bahu, mata sambil pandang kat atas gitieww ) 


So, bila Sendayu Tinggi buat bengkel solekan saya suka ajar basic makeup tapi bengkel seharian tak akan peserta dapat ilmu biasa2 je kan. Jadi saya akan tambah kepada advance sikit dalam masa yg sama langkah2 rumit tu pun saya skip. Hasilnya tetap meletop. Bagi saya mekap ni macam aksesori. Kita boleh tukar warna atau pattern dan hasilnya kita akan nampak segar, muda dan ceria selalu. Baru suami tengok tak ngeri.. Ramai sebenarnya para isteri yg berniqab juga mesej saya di facebook atau email. Pokoknya walau kita tak secantik Erra Fazira tapi kalau didandan dan diperhias sedap sikit mata laki kita memandang. Jgn tggu di luar baru nak melaram mengerlip bagai. Kat rumah je kita beterbangan dengan baju kelawar.. Hadoiii.

So bg para isteri dan bakal isteri2 yg nak belajar cara berdandan dengan betul blh join kelas mekap yg ST buat. Saya akan coach. Bengkel solekan ST ni sy dah tour 1 Msia. Tapi ramai jg yg tak tahu pasal aktiviti yg ST buat ni. Antara topik yg diajar masa bengkel ialah :

1. Cara aplikasi foundation yang betul
2. Teknik memancungkan hidung
3. Membentuk wajah tirus
4. Melukis kening dengan kemas
5. Cara blending eyeshadow multicolor
6. Tips & rahsia solekan natural

Peserta juga akan experience sendiri produk mekap ST selain saya ajar step by step bersama2 dari kanvas kosong. Kebanyakan yg join bengkel solekan ST dari wanita berkerjaya hingga housewife. 

Yg ni antara picture candid masa saya buat bengkel di Terengganu.

Biasanya sy akan demo model di depan. Peserta akan follow. Tester disediakan. Peserta cuma bawa diri, cermin, tisu dan berus. Nak bawa duit pun blh sbb time bengkel mmg ada promosi produk ST. Time ni ramai la sedih sbb brg borong2 belaka tp duit tak cukup..

Masa demo sy akan tunjuk close up dan zoom in. So walaupun duduk jauh peserta still blh rasa mcm belajar sebelah saya. 

Ada yg tanya saya kalau x ada basic langsung blh ke join. Jgn risau, itu lah tujuan bengkel ni dibuat. Mengajar yg zero knowledge mcm mana mekap yg betul.

Semua produk yg saya demo dari produk Sendayu Tinggi. Yg ni pict masa saya demo di KL baru2 ni. 

Kalau masa demo ada peserta yg tak faham mcm mana nak pakai certain product peserta blh tanya sy direct. Sebab mekap ni biasanya tgk pada muka peserta jg. Sesetengah teknik dan warna mungkin x sesuai digayakan. Itu tujuan bengkel ni. Sebab tu peserta kena join sekali masa saya demo. Ni antara picture peserta yang dah siap demo mekap pd muka sendiri sepanjang bengkel dibuat. Mereka boleh jadi pro dah lepas ni !



Lepas habis sesi bengkel ni peserta akan lunch dan ada sesi photoshoot. Gambar terus siap print dan mmg cun2 gambarnya semua. 

Lepas tu apa lagi, semua orang sibuk selfie dan sy jadi retissss kejap.. Hahaha




So sesiapa yg nak join bengkel Solekan ST blh contact atau sms Cik Nani 019 4351896 terus. Bayaran cuma RM50 utk ahli ST dan RM60 utk bkn ahli. Murah kan ?? Peserta siap dapat free gift produk lagi. Latest bengkel solekan 2014 ni ialah di :

- Sandakan, Sabah 30hb November
- Ipoh, Perak 7hb Disember

Jumpa nanti anda di sana !!!

0 comments:

Post a Comment