Dalam banyak2 masalah wanita selepas bersalin ada satu topik yg agak segan saya nak ulas. Tapi kali ni saya nak share sbb ia sebenarnya ilmu utk setiap org perempuan. Rata2 lepas bersalin hormon estrogen wanita akan drop. Sebab tu kalau jenis yang tak jaga masa pantang bahagian "bawah" dah tak sehebat masa belum kahwin. Ada kes yang berair becak masa bersama, berbau busuk, terlalu kering. Dan, akibat dari kekurangan hormon estrogen ni ramai perempuan yang tidak berkeinginan pada hubungan seks atau juga digelar mati putik. Ingat lelaki je ke boleh mati pucuk. Perempuan pun ramai dalam kategori mati putik tapi tak dikecohkan sebab perempuan kan pemalu. Lelaki pula kalau bab KEPERKASAAN tu kan amat dijaga. Yang glamer pun produk ubat kuat lelaki dari ubat kuat perempuan.. So, bab mati pucuk di kalangan lelaki mmg paling digeruni lah.
Tapi kali ni sy bukan nak kupas isu lelaki tapi perempuan. Sebabnya, mcm mana sekali pun hubungan intim ialah pengerat kepada rumahtangga. ia bertindak sebagai "pengecas" kepada rasa sayang. Macam saya cerita pada blog yg lepas. Lelaki di kepala dia selalunya kereta & isteri dia cantik. Kalau perempuan ni byk tarikan benda lain. So, bagi yg dah kahwin ni faham- faham lah. Macam kes kat FB yg viral isu Mah badan berbau, gemuk dan tak cantik mcm dulu punca suami dia curang. Konon jadikan alasan, tapi mcm mana sekalipun kalau sayangkan suami kita yg sorang tu suka atau tak kena pandai jaga dalam dan luar spy sentiasa "HARUM" di mata, hati dan angau si suami.
Saya nak share pengalaman saya selama hampir 15 tahun bersama ST. Masa buat event biasanya saya akan turun sekali. Ada suami yg jenis care & mmg nampak sayangnya pada isteri siap bawa shopping dlm Outlet ST. Masa tu event ST di Outlet Kuantan Pahang. Bila si isteri masuk mmg dia tak membelek barang. Sekadar duduk di depan cermin mekap di sisi kabinet.Yang sibuk si suami. Saya kalau lelaki mmg segan nak ckp lebih2. Tapi kali ni si suami tadi yg beriya nak bercakap dengan saya. Rupanya dengan nada perlahan dan agak jauh dari si isteri beliau mengharapkan bantuan saya apa yg sesuai utk isterinya.. Dalam hati saya, untungnya si isteri punya suami yg sayang mcm ni dan sanggup carikan ubat utk rawat isteri nya. Susah dah jumpa laki mcm tu. Yg byk nya komplen lepas tu ada spare lain. tup tup mcm kes Mah tu la kan. Dah mmg dasar... Ok sambung balik ( menyampah bila teringat kes Mah tu .. hahah )
Komen si suami " Isteri saya ni lepas bersalin dia dah tak mcm dulu lagi. Saya ada suruh dia cari ubat tp dia segan nak cakap. Bila ajak "bersama" dia tak mahu dan kurang keinginan. Masalah yang paling tak selesa bahagian sulit isteri saya tu ada terlalu berair & bau yang tak enak. Saya tak selesa dan patah selera. Nak cakap dengan isteri pasal hal ni pun segan dan takut sangat dia kecik hati. Jadi itu mungkin punca dia tak nak bersama. Saya harap sangat ST boleh bagi pada isteri saya ubat apa yg sesuai. Nanti kalau Puan cakap dengan isteri saya bg tau lah produk tu bagus utk kulit dan utk awet muda. Nanti dia malu. Saya sayangkan isteri saya. Tolong saya ya ".. saya muka merah padam sikit la sebab lelaki kan yg cakap tu. Tapi muka dia pun mcm malu jugak lah. Masa bercakap tu kami seolah-olah tengah belek barang mekap. Jadi memang tak relate lah dgn isu sulit2 ni kan.. Si Suami siap pilihkan bedak dan gincu utk isteri dia. Saya sempat lah buat simple makeover. Suami dia berkali2 puji cantik isteri dia. Saya happy sebenarnya nampak couple yg happy ni sebab kebahagiaan kita berpunca dari pasangan yg membahagiakan. Suami / Isteri tu kan tempat kita nak story kes tak puas hati dgn jiran, angan2 kita nak beli apa utk hias rumah, kawan gaduh, tempat baring celah ketiak, geng main PS3 dan tempat kita bersandar bahu tatkala kita berduka..
Apa yg saya bagi pada Isteri beliau ada 2 produk iaitu D'FOLIA dan ST BEAUTY. Ada satu produk rahsia saya asingkan plastik utk si suami iaitu ENIGMA BEAUTY. Masa saya ckp pasal kebaikan produk tu memang betul pun bagus utk awet muda. Selebihnya cara makan dan simptom awalan masa dia mula2 ambil. Yang utk suami punya tu saya terangkan cara pakai Enigma Beauty. Nanti di rumah suruh dia terangkan pada si isteri mcm mana nak guna sebab isterinya tu penyegan sgt.
Selepas 2 bulan event di Kuantan staff outlet sms saya katanya ada pasangan suami dan isteri mencari seorang khidmat pelanggan masa event hari tu. Kebetulan mrk mmg tak kenal pun saya siapa. Katanya, si suami mahu ucap terima kasih atas pertolongan saya. Apa pun, saya bersyukur sebab semua kesembuhan tu datang dari Allah. ST hanyalah perantara sahaja. Alhamdulillah setelah hampir 20 tahun di pasaran beribu pengguna yg masih setia dgn ST. Ada juga katanya mencuba produk yg kecoh dipasaran utk tgk keberkesanannya. Alih2 pakai ST semula. Apa pun saya ucapkan terima kasih pada yg support ST sampai ke hari ni..
MAKLUMAN PROMOSI 25- 29hb Dis
Utk yg beli RM150 ke atas akan dpt baucer dgn no siri di atas. Cabutan Lucky Draw sebanyak 50 orang akan di buat selepas habis promosi. Make sure follow Instagram & Facebook Sendayu Tinggi Online ya utk tgk no siapayg bertuah. Click link di SINI |
Sebelum tu saya nak bg tau yg promosi ST akan mula esok. Jadi produk semua pun ada diskaun. Saya pun tak sure esok nak turun outlet mana utk tolong jadi khidmat pelanggan. Kalau ada yg jumpa saya jgn la segan tegur saya ya.. utk detail promosi blh tengok di website SENDAYU TINGGI. Kita chat lagi utk sesi akan dtg :)
2 comments:
Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)
Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan
Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.
Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN
Bila ada maslaah mati putik ini memang bahaya pada hubungan suami isteri kan. Akar kepada masalah yang lain.
Suami juga berperanan ambil tahu akan masalah ini dan sama-sama cari penyelesian.
Post a Comment