Thursday, January 8, 2015

PUTIH SEGERA DGN PENGGELUPASAN & KESAN JANGKA PANJANG


TOPIK : KESAN PUTIH SEGERA

side effect hidrokinon bagi sesetengah kulit.Ada yg panggil proses ni sebagai chemical peel. Tapi reaction nya pada sesetengah skin tak sama.  Sebab tu produk pengelupasan tak bagus dipakai utk jangka masa panjang. Ia seolah menipiskan skin layer yang sepatutnya protect kulit dari sinaran matahari. End up skin jadi rosak, berbelak, kusam dan naik hyperpigmentation

Bayangkan setiap hari produk penggelupasan yg kita pakai tu akan kikis kikis lapisan demi lapisan kulit kita mcm ni.

Ingat ada mee segera je.. putih pun ada segera tau.. hahaha.. Cakap besar la kan org tu kalau dia cakap yg dia tu tak suka putih gebu ni. Suka yg gelap burok2 je.. Fenomena org Melayu ni semua nak putih2 je sekarang. Kalau tgk kat online kemain berlambak yg jual produk skincare jenama sendiri yang katanya boleh putih dalam 1 saat ( hah gitu.. ko hado ) 

Bg yg ada produk & ikut rule baguslah sebab produk tu berdaftar dgn KKM. Yg tak ikut rule ni kadang2 saya tak faham.. mrk ni tak kesian ke kat pengguna tu kalau muka jadi jahanam mcm mana. Dah la tak ada kedai. Boleh cabut lari mcm tu je. Kadang2 yg pm saya kat Facebook private siap tunjuk gmbr tengah teruk.. sedih tgk.. 

Ada juga penggelupasan yg dibuat menyebabkan luka dan melecet di area tertentu mcm ni. Kesannya akan menjadi parut tebal yg sangat sukar hilang. Parut tu akan berwarna hitam gelap seakan birth mark

Saya dulu masa jerawat teruk pun pernah terfikir dan pakai produk peeling ni. Kan waktu tu berlambak je kat pasar malam murah2 je brand RDL atau BABYFACE. Masa tu ST tak ada lagi jadi saya tak ada byk choice. Masa dulu pakai sabun susu kambing je.. Saya ada masalah jerawat sejak umur 12 tahun. Bila naik 16 tahun lagi lah teruk sebab duduk asrama. Disebabkan kebersihan pun blh jadi punca muka rosak selain pemakanan. Pernah waktu makan siap jumpa siput khinzir dalam kangkung.. Nampak sangat tahap kebersihannya tahap apa kan.. Nasib baik saya tak cuba produk peeling tu. Mula2 pakai mmg gembira tak terkata (siap menangis terharu sangat muka jadi putih licin kan ).. skin jd mcm telur dikupas gituh halusnya.. Lepas dari tu tak sampai 6 bulan siap la.. Bukan je naik lagi jerawat, siap bertambah masalah baru pulak. Jeragat, sensitif, pedih dan kusam. Sebab tu tak ramai nak berhenti produk peeling sbb bila stop muka jadi kusam kan.. 

Masalah uutama peeling ni bila kita pakai utk long term skin akan jadi nipis dan lebih mudah naik hyperpigmentation. Kalau dah jadi cmm ni alamatnya laser ke.. sental berus sabut ke.. di clorox sekalipun mmg gitu jugak la rupanya.. Ada yg alami kes mcm ni ambil masa 2 tahun utk dapatkan balik skin dia yg asal. Bak kata sorang akak yg pm sy la " biar la muka hitam dik janji tak bertompok jeragat. sensitif pulak tu. Suami sampai cakap buruk sgt muka akak sekarang. Naik malu dgn suami. Katanya muka akak nampak comot dan kotor " .. ( kalau laki saya ckp mcm tu siap la mmg ku cili mulut tu )

Byk yg tak tau kan kesan peeling tu dan dari apa bahan yg blh menyebabkan penggelupasan. Kalau di Malaysia bahan tu mmg di haramkan. Tapi di Thailand, Philipine & India bahan tu dibenarkan. Tau tak ada sesetengah skin yg pakai jadi skin bertompok2 sbb peeling jadi tak sekata. End mcm kucing kurap je dari jauh. Lebih elok skin gelap dari jadi mcm tu. Yg agak bernasib baik menjadi la peeling tu tapi berbelang habis dgn muka & tangan. Jadi bila nak ambil gambar pun agak payah nak sorok tgn, kaki atau apa aje la yg nampak berbelang dgn muka.

APA PENGGELUPASAN TU YA ?
Penggunaan produk kosmetik yang mengandungi Hidrokuinon, Merkuri, Tretinoin (retinoic asid) secara berlebihan bagi tujuan pemutihan segera yang memedihkan dan menipiskan kulit mengundang risiko pada kulit wajah. Kesan jangka panjang selepas berhenti menggunakannya akan menyebabkan kulit berjeragat, bintik hitam, kusam sehingga sukar dirawat.

Apa itu Hidrokuinon?
      
  Hydroquinone adalah sejenis bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquione adalah untuk membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih. Sebenarnya bahan hydroquione digunakan untuk proses mencuci gambar.
Bahan ini digunakan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye”.

Proses depigmentasi ini adalah proses yg reversible akibat melanin pada kulit di hakis. Tanpa melanin, kulit kita sebenarnya lemah dan perlu dilindungi daripada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan mendapat kanser kulit. Malangnya, ramai tidak sedar hakikat ini dan ingin membuang bahan berkenaan supaya tampak lebih cantik dan putih..hakikatnya..kulit nampak berbeza antara leher..tangan dan muka... dan paling bahaya dengan pengunaan yang berterusan boleh dapat kanser kulit.

Baik hidrokuinon atau raksa, kedua-dua ada bertindak dengan cara lebih kurang sama. Pada peringkat awal penggunaan, kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon dan raksa menghalang penghasilan melanin

KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE SELEPAS MENGGUNAKANNYA

  • Penghitaman kawasan kulit, terutama jika terdedah kepada cahaya matahari atau cahaya UV tiruan.
  • Kulit menjadi nipis.
  •  Kawasan kulit boleh terluka, terbakar, kering dan gatal sebelum kimia racun itu menyerap lebih jauh ke dalam muka.
  • Kesan sampingan lain iaitu sesak nafas, serangan lelah, bengkak bibir, muka dan lidah serta ruam.
  • Wajah lebih putih daripada leher dan tangan.
  • Jika terkena mata, ia turut boleh menyebabkan kesan terbakar pada mata dan menjejaskan penglihatan. Penggunaan untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam
  • Jika tidak digunakan selama beberapa hari kulit akan menjadi hitam, jeragat dan bertompok.
  • Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi di mana, proses ini mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultara ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.
  • Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.
  • Kesan jangka panjang produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaanya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerah-merahan selepas memakainya.


APAKAH ITU TRETINOIN?

Merupakan bahan kimia terbitan vitamin A dan biasanya digunakan dalam rawatan jerawat (acne vulgaris).

KESAN SAMPINGAN TRETINOIN

  • Rasa terbakar pada kulit, gatal, kulit menggelupas dan kekeringan, jeragat hitam bertambah dan kulit menjadi sensitif kepada cahaya ultra violet.
  • Kesan jangka panjang produk yang mengandungi bahan ini, boleh mencacatkan wajah, dan pengguna dinasihatkan supaya menghentikan penggunaanya jika merasa kesan pedih atau kulit muka kemerah-merahan selepas memakainya.

naik jerawat berair bila tersalah guna produk


Kulit mengelupas teruk

kulit jadi sensitif timbul urat-urat merah


SEKIRANYA DAH TERPAKAI PRODUK PENGGELUPASAN, APA NEXT STEP ?
Memandangkan dah terlanjur, skin masih boleh diselamatkan tetapi ambil masa. Biasanya sy akan suggest pakai Soothing Cream utk melega & merawat skin yg rosak. Penjagaan muka pula pakai Perfect Cleanser dengan Toner sahaja utk 2 minggu sampai kesan menggelupas, merah sensitif atau pedih reda.


  1. Soothing Cream                                            RM46/RM48EM

  • Dengan tekstur ‘Water Base’ dan bersifat ringan sesuai untuk semua jenis kulit tanpa meninggalkan kesan melekit atau berminyak. Pakai selapis Soothing Cream bagi membina semula sel wajah yang rosak, melembapkan wajah serta mengatasi kemerahan kulit yang sensitif juga. Bagi yg ad amasalah skin terlalu kering dan jadi pedih pun blh pakai ni saing dan malam sebelum sunblock atau night cream

2.     Perfect Skin Treatment                                   RM79/RM82

  • Set penjagaan ekstrak daripada Stem Sel Epal dan serbuk emas 24k untuk mencerahkan kulit, melawan penuaan, kedutan, mengembalikan keanjalan kulit,  memudarkan cela pada wajah juga mengecilkan liang pori.
  • Tempoh permulaan lepas stop pakai peeling skin akan jadi dull. Bukan disebabkan penggunaan set ni. Skin akan kembali normal slowly mengikut keadaan skins seseorang. Ada kes yg pakai set ni dalam 10 hari skin dah back to normal dan brighten naturally


Kalau nak beli secara online click SINI

So, bagi yg nak putih segera tu consider dulu buruk dan baiknya. Sebab nanti bila meningkat umur muka sangat senang jeragat yg tompok2 besar tu. Memang skin nampak comot. Habis hilang muka cantik ala2 Erra Fazira tu..

0 comments:

Post a Comment