TOPIK : RAHSIA KULIT TAK BERJERAGAT
Ya, org perempuan kalau bincang isu kecantikan mmg tak habis kan. Sekarang ni melambaklah org jual skincare online yg byk juga tak ada lesen. Tapi disebabkan terpengaruh ramai jg yg mencuba. Tak kisahlah dia shoot pakai kamera 360 ke, edit kasi muka putih selepuk ke, yg penting nak cuba dulu. Kalau produk tu x ada penggelupasan tak risau sgt. Tp kalau ada, kena hati2 sebab cantiknya tu tak berpanjangan. Ramai dah kena pun. Nak dapat kulit mulus balik bukan mudah. Baik hitam dari bertompok2 kan..
Tertarik dengan topik nak kulit gebu ni sebenarnya sy nak share rahsia sebenar supaya skin tu sentiasa sihat, bebas jeragat dan awet muda. Sebabnya, tips yg sy nak share ni kena start amalkan sejak muda. Baru menjadi. Apa faktor cepat naik jeragat dan skin jadi tua selain dari faktor usia tu ya ? haaa.. kena baca sampai entry ni habis..
MATAHARI
- Panas terik yang dialami di sekitar Semenanjung sekarang menyebabkan kulit kering, kasar dan kusam. Kulit kering dan kusam boleh menjejaskan dan mengganggu penampilan luaran seseorang kerana kelihatan seperti orang berumur/ berusia/ lebih tua dari usia sebenar. Kulit kering boleh menyebabkan kulit berkedut, menggelupas dan permukaannya seperti bersisik/ menggerutu dan kasar apabila disentuh.
tangan bersisik |
kulit muka menggelupas |
KURANG AIR
- Kurang minum air kosong akan menyebabkan kulit kelihatan kusam, kering, bersisik dan menyebabkan kedutan mudah muncul dan kekal. Apabila menginjak usia 30an rata2 wanita dan lelaki akan mengalami kulit yang ebih kering. Oleh itu digalakkan paling minimum 8 gelas besar perlu diambil untuk orang dewasa. Jika kita lihat mengapa kulit bangsa Cina, Korea dan Taiwan tu cantik lihat pengambilan air yg mrk minum dlm sehari. Minimum 3L !!
Start dari 2011 baru sy jaga skin, makan dan suplemen. Hasilnya mmg puas hati. Sunblock & Plasenta Powder WAJIB utk saya amalkan hari2.. Lagi2 bila usia dah 30+ ni skin lg cpt nampak kedut dan kusam |
RAHSIA KULIT SENTIASA LEMBAP & BEBAS DARI JERAGAT
Saya berborak dgn mak saya dan share pengalaman seorang bangsa Cina yg juga owner kepada sebuah kedai Bunga di Sg Buloh. Walaupun seharian terdedah pada panas tak nampak sekelumit jeragat langsung di mukanya yg usianya kini hampir 40an. Ibunya yg berusia 62thn juga bebas dari masalah jeragat. Bila ditanya apakah rahsianya ? Jawapannya ialah SUNBLOCK. Mereka amalkan sejak muda ditambah dengan bekalan air yg cukup sbb kerja mrk memerlukan mrk terdedah pada cuaca panas matahari. Kalau kita tgk org Korea, mereka suka berpayung di siang hari. Di rumah juga mrk memakai sunblock krn adanya sinaran UV
jeragat selalunya muncul pada kawasan pipi, hidung paling ketara. Kalau pernah pakai penggelupasan lagi besar jeragatnya. |
BAGAIMANA MEMILIH SUNBLOCK ?
- Mousse Sunblock : Jenis tekstur ni mmg ringan dan tak sumbat pori. Ada spf25 dan ia akan melindungi wajah selama 4-8 jam. Sesuai utk kulit jenis normal, kombinasi dan berminyak. Saya pun pakai yg ni sebab skin sy jenis kombinasi. Bila tak ada aktiviti yg memerlukan sy bermekap, sy hanya gunakan ni shj utk ke ofis.
- Sunblock Cream : Yg ni jenis separa liquid + cream. Sangat sesuai utk skin jenis normal & kering. Ia akan lock moisture dan bg skin nampak mcm basa2 gitu.. Dlm ni ada spf30. Apply lepas solat semula sebelum pakai powder atau foundation.
- Foundation + Sunblock : Yg ni bagi yg suka ada foundation sikit. Lebih coverage tp bukanlah seperti Doll Skin Foundation ya. Tapi skin mmg nampak lbh gebu pakai yg ni. Dlm ni ada SPF33. Sesuai utk semua jenis skin
Mousse Sunblock RM30 |
Foundation + Sunblock spf 33 RM40 |
SUPLEMEN BLH KE BANTU UTK ANTI PENUAAN ?
Ok, ada beza besar tau bagi mrk yg berjaga dgn tak jaga. Tak jauh tgk benda tak bernyawa cukup. Rumah kalau tak dijaga atau di cat tak lama lepas tu confirm nampak lusuh. Inikan pulak manusia. Suplemen yg diambil akan MEMBANTU melewatkan penuaan. Sebab tu pentingnya kesedaran dari awal sebab efeknya akan dilihat dlm tempoh jangka pjg. Ada beberapa suplemen dlm ST yg ramai tak tahu fokusnya lbh kepada apa. Yg org kisah skrg nak putih je.. Tapi skin yg dry dan kusam atak akan naik seri walaupun putih mcm kapas.. Nampak lagi comot adalah.. jeragat bertepek, berkedut, menggelupas dan parut jerawat bersepah2.. harap putih je.. Baik gelap mcm Beyonce kan
TREMELLA MUSHROOM - Skin lembap ala2 Korean
Tremella Mushroom - RM42/ RM44 (EM) |
- Dalam ni ada Hyaluric Asid yg terdapat di dalam Tremella Mushroom. Ia adalah agen penting yang membantu kulit nampak glowy dan cerah mcm skin Korean.
- Silver Ear Musroom antara bahan penting dlm ni. Ia akan lock moisture dlm badan seakan span 100x ganda. Sekaligus akan kurangkan masalah kulit badan & muka yg kering, bersisik dan kasar. Selain tu dlm ni ada Kolagen, Pinebark & Pomegranate
- Mengekalkan kelembapan kulit dari dalam secara keseluruhan
- Mengelakkan penuaan atau pereputan sel dalam badan
- Mengurangkan kerosakan oksidatif kepada tisu penting
- Mengurangkan kedutan dan anti penuaan
Sekotak RM55 ada 10 paket. Kunyah sepaket shj sehari sblm tidur. Kalau dah usia 40+ blh ambil 2 paket sehari |
- Kalau nak extra dan kesan lg cepat ambil dengan Plasenta Powder. Yg ni mmg wajib sy ambil setiap hari. Tak skip. Skin pun nampak beza dan jadi lbh putih dari dulu. Sy dah ambil lbh setahun. Tremella Mushroom sy akan ambil bila skin sgt2 dry shj
- Dlm ni kaya RNA, DNA, Asid Amino dan membantu antibodi badna lbh kuat selain memperbaiki kerosakan dalaman badan
- Bahan utama ialah dari Plasenta Salmon + Kolagen. Yg amalkan konsisten insyallah dalam 1 kotak nampak beza lagi2 skin yg sagging dan berkedut teruk. Saya dulu kedut area mata teruk sgt. Alhamdulillah lps amalkan ni dah kurang deep line pada wrinkle tu. Muka pun nampak mcm jatuh sikit dulu.
2009 picture - Baru start dgn suplemen ST Beauty dan Botanical Herbal |
PENTING KE KRIM MALAM ?
Ya sangat lah penting.. Krim malam ni beri peranan penting pada anti ageing. Bukan semata2 putih. Mcm sy story awal tadi lah, harap putih je tp lisut nak buat apa. Apa beza krim malam ni ?
Stem Cell Night Cream RM48 ni mmg power. Bezanya dlm ni ada WHITENING + FIRMING sekali. So, kalau ada jeragat slowly akan lighten tanpa menyebabkan sebarang penggelupasan pada skin |
Soothing Cream RM46 ni sangat bagus meredakan kesna menggelupas dan kering pada skin. Apply seluruh muka. Bila skin dah tak kering dan sensitif ia mengurangkan risko muka diserang jeragat |
So, lepas ni jangan skip krim siang iaitu Sunblock. Kalau jaga dari awal mmg beri kesan terbaik bila kita dah berumur nanti. Jeragat ni lagi payah tau nak hilang dari parut jerawat. Saya sendiri pernah ada masalah ni masa pergi pantai dan buat umrah. Dulu tak pandai sgt bab skincare ni masa umur 19 tahun.. start 25thn je jeragat dah mula naik sikit area bawah mata. Kalau skin sy kering lagi gelap jeragat tu nampak. Sejak dari situ lah sy mula concern bahagian jeragat ni. Mula2 nampak comel la ala2 freckles mat saleh.. Lama2 menyampah tengok mcm taik lalat bersepah dah rupanya.. tak kiut langsung.. Saya harap sedikit sebanyak tips ni blh bantu utk kita melewatkan penuaan dan bebas dari jeragat. Tak payah nak dok peeling2 muka dah kan..
2 comments:
hai assalam. kat brunei ada tak agent sendayu tinggi, bolih tak minta no hpnya ss, terima kaseh
kulit saya merah2..kdg kering sesuai ke nk pakai??da mcm2 product try tp sume pon effect skejap je then back to normal balek..
Post a Comment