Zaman dulu sabun dan losyen tak wujud. Tapi wanita dahulu dilihat cantik dari muda hingga sudah berumur. Badan mereka berpotongan menarik, sihat, bertenaga, rambut tebal dan tidak banyak penyakit. Apa rahsianya ? Salah satu rahsia mereka ialah mandian yang diamalkan.
Mandian herba ni sebenarnya dari zaman nenek moyang kita
dulu dah ada dah. Ia adalah rawatan kuno yang masih digunakan kini tapi cuma sekarang lebih terkenal hanya untuk kegunaan semasa berpantang sahaja. Zaman dahulu mandian herba digunakan untuk rawatan kecantikan & kesihatan badan. Nenek-nenek moyang kita dulu ambil sendiri
bahan-bahan yang nak digunakan tu macam rempah, akar-akar kayu dan lain-lain
lagi di hutan. Mandian herba ni bukan sahaja kita berendam dengan herba atau mandi
dengan air yang di letak herba-herba ni. Tapi ada juga sebagai sauna iaitu
mandian wap herba. Masa zaman dulu-dulu amalan mandi wap ni dilakukan dengan
merebus daun-daun herba dalam periuk lepas tu duduk dekat periuk dan
ditelungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tidak
berwap. Bagi mereka yang lakukan mandian herba ini, akan berpeluh dan
yang tengah demam, biasanya demamnya akan sembuh. Tak perlu ubatan lain untuk merawat demam, Sebab tu kalau kita tengok orang dulu kurang penyakit macam sekarang seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan lain-lain. Mandian herba sebenarnya tidak hanya diamalkan oleh wanita sahaja. Lelaki juga bagus mengamalkannya untuk memperbaiki perjalanan darah & bagus untuk kesihatan serta tenaga. Sebab tu kalau kita lhat orang zaman dahulu kurang penyakit kulit dan jerawat
Cara bertangas. Rebus MANDIAN HERBA dan letakkan di bawha kerusi. Balut badan dengan kain separuh sahaja. Tutup badan sepenuhnya untuk bersauna. Gambar sumber google |
Bagi wanita yang sedang berpantang mandian herba bagus diamalkan selepas sahaja bersalin kerana ketika ini pori terbuka luas dari biasa. Segala khasiat herba meresap terus ke pori dan darah untuk kesan yang terbaik. Kaedah bertangas atau sauna memang bagus diamalkan selepas 2 minggu bersalin untuk membersihkan darah beku, nifas selain ia membakar lemak lebih cepat. Siapa yang nak kurus cepat mas apantang WAJIB bersauna. Memang puas hati. Badan pun jadi ringan, kepala pun kurang berata atau pening. Masa berpantang lebih elok
mandi dengan mandian herba berbanding mandi dengan air biasa. Wanita yang berpantang ni
kalau dia amalkan mandi dengan mandian herba, bukan je badan dia akan rasa
lebih segar, malah pengaliran pengeluaran susu badan pun akan jadi lebih
lancar. Bagi anak dara juga bagus amalkan untuk menaikkan seri wajah & tingkatkan kesuburan lebih-lebih lagi bakal pengantin baru
APAKAH KHASIAT MANDI HERBA ?
- Membakar lemak lebih cepat berbanding senaman : Proses berpeluh menggunakan banyak tenaga. Tenaga ni diperolehi dari penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500gm dalam satu sesi sauna membakar hampir 300-400 kalori.
- Kulit cantik & berseri : Amalkan berendam dengan Mandian herba dengan air yang hangat. Ia bagus untuk meningkatkan aliran darah ke kulit sekaligus menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit & permukaan tisu. Hasilnya kualiti kulit akan beransur baik secara beransur-ansur
- Detoksifikasi : Mandian herba membantu menyingkirkan toksin. Biasanya selepas mandia badan akan berpeluh. Ketika itu toksin akan disingkirkan. Toksin menjadi punca badan lesu, perut buncit, rambut gugur, jerawta batu dan muka kusam. Penggunaan konsisten 2 kali seminggu sudah memadai untuk mendapatkan kesan yang optimum
- Buang angin dalam badan : Angin dalam badan boleh berpunca daripada pengambilan makanan yang berunsur sejuk seperti sayur kubis, timun, kacang bendi dan pelbagai jenis ubi selain gemar menikmati minuman berais. Angin ni kalau dah masuk dalam badan kita mulalah kita rasa perut ni senak atau kembung, selalu sendawa dan badan rasa berbisa sampai buatkan kita rasa tak selesa, letih dan kadangkala boleh buat kita sakit kepala.
- Memulihkan mengembalikan tenaga & atasi stress : Mandian herba dapat mengembalikan tenaga dan keselesaan diri. Bila kita mandi herba ni, terutamanya herba sauna, liang-liang pori pada badan akan terbuka dan mengeluarkan toksin dalam badan yang tak sihat tu. Jadi bila kita buat rawatan herba pada badan ni, kebaikan-kebaikan herba tu semua akan diserap masuk dalam badan dan akan menyebabkan badan kita kembali segar. Ia juga melegakan stress yang tidak baik untuk kesihatan. Stress blh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan penuaan awal
- Menghilangkan bau busuk pada badan : Toksin yang banyak terperap dalam badan pun akan menyebabkan punca bau badan kurang enak. Sebab tu kita kena keluarkan segala kotor-kotoran dalam badan ni. Bila semuanya dah dikeluarkan, bau badan pun hilang dan lepas tu badan akan jadi wangi. Memang ada jenis orangnya yang dah pakai deodarant pun baunya tetap kuat. Samada bau melalui ketiak, kemaluan dan rongga yang terbuka. Amalkan Mandian Herba 3 kali seminggu untuk bau badan yang kuat
- Bersauna Tingkatkan Imunisasi / Hipertermia : Bila badan terdedah kepada haba yang tinggi seolah-olah badan seakan demam. Keadaan "demam" akan merangsang proses penyembuhan badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit & antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain
- Terapi aroma : Apa tu aroma terapi? Terapi aroma merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental. Terapi aroma ni pun penting sebenarnya. Ia dapat bantu kita untuk hilangkan tekanan yang kita kena hadap setiap hari. Bau-bau herba yang kita hidu tu bagus untuk kesihatan. Kita pun akan rasa lebih tenang bila kita cuma rileks menikmati terapi badan tu.
Herbal Bath Treatment
Kebaikan mandian herba yang diamalkan sejak beribu tahun dahulu kini di popularkan kembali. Caranya sangat mudah. Ambil satu paket Herbal Bath Treatment dan rebus hingga minyak & bau herba keluar. Ambil patinya dan campurkan dengan mandian harian dalam satu baldi ( blh adjust ikut keselesaan. Yang penting bau herba masih blh dihidu ya ). Gunakan sebagai rendaman badan, sauna atau bertangas pun boleh. Senang kan ?? Bagus kalau dapat buat 2 atau 3 kali dalam seminggu. Biasanya sepaket tu boleh tahan sebulan. Rebus semula uncang sampai bau herba hilang. Lepas mandi mesti muka jadi merah dan berpeluh sampai pori di kulit kepala.
In case korang
masih ragu-ragu nak beli produk ni sebab taktahu betul ke kandungan dia ni
semua herba kat sini ada disertakan kandungan produk ni. Bolehlah siapa yang
rajin tu buat kajian sendiri macam mana kandungan herba ni semua membantu. Yang
pastinya memang macam zaman dulu-dulu punya herba. Sekotak cuma RM21.20 sahaja. TAHAN SEBULAN. Kandungan herba-herba dalam produk ni :
§
Daun
Serai wangi
§
Daun
Meringan
§
Daun
Sirih
§
Daun
Inai
§
Daun
Mengkudu
§
Daun
Belah Angin
§
Daun
Pisang Kelat
§
Daun
Beluntas
§
Daun
Lemuni
§
Daun
Kapal Terbang
§
Daun
Limau Purut
§
Garam
Bukit
Untuk mendapatkan produk Sendayu Tinggi blh ke outlet ST
seluruh Malaysia, Online di web www.sendayutinggi.com
atau whatsapp 0193042133 / 0197917133
0 comments:
Post a Comment