Tuesday, June 7, 2016

Cyst dan Fibroid. Wanita Perlu Ambil Tahu Perbezaannya



Cyst tu apa?


Ramai yang masih belum didedahkan dengan penyakit yang bernama Cyst ini. Cyst ni ada pelbagai jenis dan boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh manusia. Tapi yang selalu jadi kat tubuh wanita ialah Ovarian Cyst. Senang cerita cyst ni pembengkalan di bahagian kilang telur wanita.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ha organ ni la yang menghasilkan telur(ovum) dan hormon seperti estrogen dan progesterone. Penting tau hormon-hormon ni. Pada setiap kitaran haid tu nanti, telur membesar dan akan tumbuh pada satu kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Bila telur ni dah matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.

Cyst ovari adalah masalah yang selalu jadi kat wanita. kebanyakan cyst ovari ni bukannya ketumbuhan kanser. Apa yang best nya, hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa perlukan rawatan. Walaubagaimanapun, ada jugak cyst yang tak hilang sperti biasa dan memang perlukan rawatan. Apa yang paling menakutkan bila ada kes-kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst ni bertukar jadi kanser.

Fibroid tu pulak apa?

Fibroid ni ketumbuhan biasa atau benign(bukan kanser) yang terdapat dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Fibroid ni salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kat wanita masa tahun-tahun kesuburan mereka. Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organyang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid ni adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber. Ha kat situ lah mana dia dapat nama dia. Fiber dengan fibroid kan tak jauh beza bunyi nya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom. Masalah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ni, sebenarnya dah mencetuskan kontroversi. Nak tahu kenapa? Sebab ketumbuhan ni merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Dalam hal ni, suami kena bagi sokongan yang sewajarnya pada isteri untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk hubungan suami isteri. Kalau mengikut nasihat pakar, wanita perlu menjalani ujian pap mear secara berkala untuk mengesan kaner servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Apa punca cyst dan fibroid ni

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Kalau hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita ni tak seimbang, pasti berisiko untuk dapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga pun boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.

3. Obesiti.
Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ni akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Benda ni bukan je menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik
Kalau anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama. Jadi, make sure siasat family tu ada ke tak penyakit ni. Bukan apa, senang nak cegah dari awal.

Macam mana nak rawat penyakit ini?

Laparoskopi
Rawatan laparoskopi dilakukan dengan membuat tiga lubang di bahagian pelvik. Satu lubang untuk dimasukkan kamera dan 2 lubang lagi untuk peralatan membuang cyst atau fibroid tu. Biasanya rawatan ni dilakukan sekiranya saiz ketumbuhan ni berukuran kecil ataupun ia tumbuh kat tempat yang senang nak capai. Cyst atau fibroid yang berjisim cecair biasanya guna cara ni.

Pembedahan
Pembedahan ni plihan terakhir yang doctor suggest. Kalau adan di sahkan ada cyst atau fibroid yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk keluarkannya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama-sama dengan cyst tu.

Suplemen yang korang boleh cuba untuk elakkan ketumbuhan cyst dan fibroid

D’Folia keluaran Sendayu Tinggi

Produk ni memang digunakan secara tradisonal untuk kesihatan rahim wanita, mengurangkan lendir dan keputihan. Walaubagaimanapun, produk ni memang di khaskan untuk kesihatan dalaman wanita. Jadi InsyaAllah dapat bantu dalam merawat cyst dan fibroid jugak. D’Folia merupakan produk yang paling dikenali di dalam rangkaian herba wanita Sendayu Tinggi. Formulasi diolah daripada campuran herba seperti ubi kunyit kering dan ubi temu kunci. Produk ni sesuai untuk setiap wanita dari semua peringkat umur. Kalau anda amalkan produk ni, ia dapat menyihatkan dalaman wanita dan menaikkan seri. Yang masih muda tu eloklah amalkan produk ni sebagai makanan tambahan. Untuk badan kita jugak. Lebih baik mencegah dari merawat kan?

Untuk mendapatkan produk Sendayu Tinggi blh ke outlet ST seluruh Malaysia, Online di web www.sendayutinggi.com atau whatsapp 0193042133 / 0197917133


1 comments:

farelpaddack said...

Borgata Hotel Casino & Spa - JamBase
Borgata Hotel Casino 울산광역 출장안마 & Spa. Borgata 시흥 출장마사지 Hotel Casino & Spa. 이천 출장안마 Address: 1 Borgata Way, Atlantic City, NJ 08401 안동 출장샵 (609) 창원 출장안마 946-9980.

Post a Comment