Wednesday, August 24, 2016

MAJORITI ADA RESDUNG TANPA SEDAR

gambar dari google. Pesakit adalah bekas pemain bola sepak yang menghidap kanser hidung tahap 4
Nak tau apa simptom-simptom orang yang menghidap penyakit resdung?

Sebenarnya ramai penghidap resdung tak sedar yg mereka ada resdung. Mungkin anggapan umum, resdung ni kalau nampak muka jerawat batu bernanah tu dianggap resdung. Penyakit resdung ni juga ada tahapnya. Jika dibiarkan ke tahap serius ia blh menyebabkan kepada kanser hidung. Ok, disini saya listkan beberapa simptom awalan resdung :

  1. Kalau bangun pagi je mula lah hidung tu berair, tersumbat & lepastu bila duduk dalam cuaca sejuk je bersin, Itu maknanya simptom resdung tu ada ya. Bukan tu je, orang yang ada resdung ni kalau dekat dengan habuk atau asap pun dia senang terbersin. Kadang-kadang bila bau makanan yang pelik-pelik sikit pun nak bersin.
  2. Walaupun kita rasa resdung ni sekadar bersin, mata gatal-gatal merah dan termasuk pada telinga. Rasa macam ulat bulu merayap satu muka. tonyoh la macam mana pun tak hilang rasa mengerenyam tu
  3. Kepala atau muka terasa berat sebelah especially masa membongkok. Biasanya masa matahari terik lagi terasa berpinau kepala seolah-olah tersangat silau sampai sakit kepala
  4. Hilang deria bau serta mulut & hidung mengeluarkan bau yang busuk. Ia disebabkan nanah sudah berkumpul banyak dan perlukan pembedahan
  5. Kelemumur berkuping - kuping sampai ke telinga. Tukar syampu macam mana pun tetap keluar kelemumur tu. Akibatnya juga, rambut mudah gugur 
  6. Ekzema atau gatal kulit juga berpunca dari resdung. Bagi kanak-kanak biasanya kita akan lihat kulit mereka cepat gatal-gatal, semput nafas atau asma
  7. Jerawat bernanah di kepala, muka, depan serta belakang badan. Biasanya jerawat resdung susah untuk dipecahkan kerana ia besar seakan bisul
  8. Ingat ya, resdung yang serius boleh jadi suatu benda yang bahaya bila dah sampai tahap kronik sebab boleh membawa maut.

Apa sebenarnya penyakit resdung (Sinusitis) ni?

Kalau nak ikut istilah tradisional, resdung ni kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Tapi kalau istilah saintifiknya, resdung ni merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Resdung (sinusitis) ni adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat bila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang tu lemah dan tak dapat menahan kuman resdung(hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit. Biasanya, sinusitis ni disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Apa punca resdung dan apa gejalanya?


Sinusitis ni biasanya berlaku lepas dapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.

Seseorang itu akan merasakan dirinya tidak sihat. Membrane mucus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak. Kadang-kadang tu ada yang sampai nanah terkeluar dari hidung. Jijik kan? Ha sebab tu lah kena cepat-cepat ambil inisiatif untuk merubati penyakit resdung ni.


Di kalangan kanak-kanak pulak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit kat bahagian mata dan bengkak sekitarnya. Dalam keadaan ni, rawatan kecemasan diperlukan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua sinusitis akut dan kronik.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
*streptococcus
*staphylococcus

Kalau dalam keadaan normal, kuman-kuman ni dah memang ada dekat rogga hidung kita tapi taka da menyebabkan apa-apa penyakit. Malah dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlaku kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ni dapat membiak tanpa kawalan dan kat situ la dia akan menyebabkan resdung.
Jenis resdung ni ada dua:

·         AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan hidung jadi tersumbat. Kalau resdung akut ni tak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus tu tak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Jadi jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-ciri nya:
Ø  Hidung berair, tersumbat dan rasa sakit berdenyut kat muka dengan bahagian kepala terutama dahi dan pipi.
Ø  Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
Ø  Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

·         KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

Ø  Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
Ø  Jerawat yang banyak, ada juga individu yamg tak berjerawat
Ø  Kerap bersin pada waktu pagi
Ø  Adakalanya hidung tersumbat
Ø  Tanpa demam tetapi hingus bertambah
Ø  Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
Ø  Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Kadang-kadang bau busuk ni pesakit tu sendiri tak sedar, tapi orang sekeliling macam ahli keluarga dan rakan-rakan yang dapat rasa atau sedar benda tu.

Jom cegah resdung & lakukan perkara ini :
  1. Bila muka atau rongga mula gatal akibat alahan dari makanan tertentu, boleh ambil sebiji cetrizin ( ubat selesema ) yang banyak di jual di farmasi. Ia akan melegakan serta merta kegatalan dalam masa 30 minit selepas pengambilan
  2. Waktu pagi bagi penghidap resdung akan mengalami masalah sukar bernafas. beli nasal spray di farmasi untuk melegakan laluan hidung yang sempit & tersumbat akibat dari cecair resdung
  3. Elakkan terdedah kepada asap rokok, bas serta habuk kerana ia boleh meradangkan laluan hidung. Kalau nak tahu, perokok lagi senang dapat resdung tau
  4. Jangan pergi berenang atau menyelam semasa diserang resdung kerana bahan klorin yang terdapat di dalam air kolam renang akan mengganggu pengalas lapisan hidung & sinus. Kalau menyelam juga, kemungkinan akan mengalami kesesakan semasa bernafas


UBAT RESDUNG : Nosygone RM36.05 utk 60 kapsul

Nosygone ni merupakan produk herba tradisional yang berfungsi untuk melegakan resdung. Semua herba-herba yang terdapat di dalam kapsul ni dapat mengatasi alahan seperti jerawat, gatal-gatal, hidung berair, kelumumur dan bau yang tak enak.

BERSIHKAN DARAH KOTOR : Lucimax RM31.25 utk 60 kapsul

Kalau nak tau, produk Sendayu Tinggi yang ni dirumus dari herba kaum cina yang sangat terkenal masa zama dulu. Kiranya herba ni lah yang paling meletop. Nak tau herba apa? Nama herba tu Ganoderma Lucidum. Herba ni dari spesies tumbuhan cendawan. Apa yang best pasal herba ni, ia dapat tingkatkan sistem ketahanan badan, tambahkan tenaga badan selain buang toksin serta kuman dalam darah

FEEDBACK PENGGUNA YANG ADA RESDUNG :







SABUN ANTI  JERAWAT RESDUNG : Golden Herb Soap RM15.90




Sabun Golden Herb ni pula bagi mereka yang muka ada masalah jerawat. Yelah kalau siapa yang ada resdung teruk sampai muka naik jerawat tu boleh lah cuba guna sabun. Insyallah kulit slowly jadi bersih & kuman jerawat tu mati. Apa yang istimewa nya pasal sabun ni adalah sabun ni pun dari Ganoderma tapi di campur dengan madu. Fungsi dia memang dapat mengecutkan jerawat dan minyak berlebihan kat kulit muka.

Jadi untuk mereka yang rasa nak dapatkan kesan yang terbaik, bolehlah cuba semua produk yang dicadangkan ni. Yelah kalau nak cantik kena lah usaha dan rajin untuk tingkatkan penjagaan diri. Tak rugi mencuba & yang paling penting produk ni SELAMAT & BERDAFTAR dengan KKM. Siapa yg nak beli blh dapatkan di Outlet Sendayu Tinggi atau di website www.sendayutinggi.com ya. Blh whtsapp 0193042133 / 0197917133 kalau ada apa2 pertanyaan :)



0 comments:

Post a Comment