Wednesday, November 2, 2016

HAID BERMASALAH TANDA AWAL TAK SUBUR


Ada 2 jenis hormon terkenal yg orang perempuan perlu ambil tahu ialah ESTROGEN & PROGESTRONE. Ia berkait rapat dengan kesuburan & kesihatan wanita. Jika kekurangan hormon ini ia akan menjejaskan kualiti anda sbg seorang wanita dan isteri

Ramai yang ingat bila jarang datang haid ia disebabkan oleh saluran fallopian yang tersumbat. Tapi sebenarnya masalah ini dikaitkan dengan masalah hormon, bukan struktur laluan haid. Kalau nak tahu, kitaran haid yang tidak teratur adalah disebabkan oleh gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur yang secara tak langsung menjadikan wanita itu mengalami masalah kesuburan. Bila ovulasi tak berlaku untuk satu pusingan haid, maknanya peluang untuk hamil takde pada pusingan tu.

Apa itu hormon Estrogen?
Estrogen adalah hormon utama bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu. Kalau paras hormon estrogen dalam badan seseorang tu tinggi, maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Ha jadi siapa yang rasa-rasa macam terganas lebih ke suara agak kasar macam lelaki tu maknanya hormon estrogen kurang sikit la dalam badan. Hormon ni jugak ia menzahirkan sifat kewanitaan dan berfungsi dalam membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid pada setiap bulan serta menjadi kunci terhadap kesuburan wanita.

Estrogen akan dialirkan oleh darah menuju pelbagai jaringan sel di seluruh badan , otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain serta menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsi masing-masing. Ini berikutan, molekul estrogen akan melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ.
Kadar normal estrogen bergantung kepada usia. Wanita berusia antara 20 hingga 29 tahun lazimnya, memiliki kadar estrogen sehingga 149 piktogram per milliliter (pg/ml), manakala wanita berusia 30-an, purata jumlahnya adalah 210 pg/ml. Untuk mereka yang berusia lebih 40 tahun dan masih belum mengalami masalah menopaus akan memiliki tingkatan estrogen. Peningkatan estrogen seseorang wanita itu pelbagai dari sehari ke sehari bergantung kepada kitaran haidnya.

Kalau mengikut pakar estetik Marissa Aesthetic & Wellness, Dr Rushmini Maris Ismail, katanya sistem hormon wanita ni berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Sebab tu, kalau kita tengok ada wanita yang usia 40an tetapi tidak berkedut, nampak muda remaja. Ia disebabkan tahap hormon yg bagus dalam badan wanita tersebut. Pengambilan suplemen juga sgt membantu mengekalkan tahap hormon dalam keadaan seakan di kala usia 20an. Jadi, kalau nak awet muda bukan semata-mata VIT C atau kolagen je tau. Hormon wanita yg perlu dijaga. Jika horon dalam keadaan baik, biasanya wanita tersebut tak mudah diserang sakit jantung & mudah menyerap kolagen yg diambil sbg suplemen



Bagaimana pula dengan hormon Progesterone?

Progesterone ni juga salah satu hormon yang penting bagi wanita sebab bagi mereka yang mempunyai tahap kandungan progesterone yang rendah, ia benar-benar merupakan satu ujian buat wanita yang terlalu inginkan cahaya mata. Yelah, kalau dah kahwin, siapa je yang taknak merasa untuk ada anak. Progesterone ni penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau nak kekalkan kehamilan tu. Kalau ikutkan perkataan Progesterone ni dalam bahasa Latin maksud dia “menyokong” atau “membawa”  bagi merujuk kepentingan ini.

Hormon ni kalau nak tahu, ia dikeluarkan oleh corpus luteum yang berfungsi menyediakan lapisan endometrium dalam rahim untuk “menanam” telur ovum yang telah disenyawakan. Setelah ditanam pengeluaran hormon ini diambil alih oleh placenta (uri) dalam rahim bagi meneruskan perkembangan embryo. Kalau pengeluaran hormon ni diberhentikan, lapisan endometrium akan tanggal dan menjadi darah haid. Kalau dah tengah mengandung keluar darah, maksudnya gugur lah kan.

 Jadi bagi mereka yang sering mengalami keguguran, ia nya disebabkan oleh tahap kandungan hormon progesterone dalam badan mereka rendah. Ini menyebabkan lapisan endometrium(yang telah ‘ditanam’ telur yang telah disenyawakan) akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutama di awal kehamilan.

Jangan risau, Sendayu Tinggi ada keluarkan produk yang in shaa Allah dapat membantu wanita di luar sana yang mengalami masalah ni.

Sedu Arrow:

Gabungan herba seperti kulit cendana, akar susu dan biji kucing hindi merupakan bahan utama bagi produk ni. Herba-herba yang dah dicampur dalam produk ni dapat membantu menghasilkan hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk semua wanita. yang paling best nya bila makan kapsul ni ia dapat kekalkan keremajaan kulit. Nampak muda je nanti bila dah amalkan Sedu Arrow ni sebab ia akan booster hormon estrogen wanita. Bagi yang benar-benar inginkan cahaya, memang digalakkan untuk makan produk ni.Tapi awas, produk ni tak boleh diambil oleh wanita yang hamil, penghidap cyst, fibroid atau apa sahaja ketumbuhan pada rahim dan payudara

Untuk kesan yang lebih baik, boleh diambil bersama D’Folia bagi menguatkan rahim yang lemah atau rendah. Produk-produk ini memang di khaskan untuk merawat ketidaksuburan, memudahkan kehamilan dan merawat masalah dalaman wanita. Memang rezeki itu Allah yang atur tapi kalau tak usaha tak boleh juga kan?



Bagi yg kerap keguguran pun bagus amalkan. Saya sendiri mengalami keguuran sebanyak 2 kali


Untuk mendapatkan produk Sendayu Tinggi blh ke outlet ST seluruh Malaysia, Online di web www.sendayutinggi.com atau whatsapp 0193042133 / 0197917133 kalau nak buat pertanyaan :)

Thursday, October 27, 2016

GAGAL EREKSI ISTERI TAK PUAS

APA ITU EREKSI ?


Baca tajuk agak-agak faham tak apa yang nak disampaikan? Haaa saya pasti tk semua orang tahu apa itu ereksi, sedangkan perkara ni dah sememangnya sebati dalam kehidupan kita lagi-lagi bagi kaum lelaki. Memangla majoriti tak tahu ereksi ni apa, sebab perkataan ereksi ni merupakan istilah dalam bidang perubatan yang sememangnya hanya digunakan oleh para doktor atau ahli perubatan. Ingat, benda yg saya nak share ni ialah ilmu dan bukannya untuk tujuan lain

EREKSI ni sebenarnya adalah satu proses yang berlaku pada alat kemaluan lelaki (zakar) semasa terjadi suatu rangsangan tertentu dengan berubahnya bentuk zakar tersebut.. Okay kalau nak specific kan lagi, pada waktu ereksi berlaku ukuran zakar akan membesar dan memanjang hingga lebih dari dua kali lipat. Zakar yang tegang ni berfungsi untuk melakukan persenyawaan pada saat melakukan hubungan intim. Tapi, ereksi bukan hanya terjadi pada waktu rangsangan seksual sahaja tau. Pada waktu pagi pun akan mengalami ereksi, contohnya bangun dari tidur, waktu hujan, ataupun time sejuk-sejuk gituuuu.

Mesti ada sebab kenapa gagal ereksi. Bahaya tau, gagal ereksi ni boleh menyebabkan hubungan intim tidak sempurna dan tak dapat nak memuaskan keperluan batin si isteri. End up bercerai, aduhaiii sedih! Perkara ni memang merunsingkan kaum lelaki, tak kisah lah yang baru kahwin ataupun sudah lama berumahtangga. Jadi saya nak kongsikan satu-persatu punca yang menyebabkan kegagalan mencapai ereksi sepenuhnya. Mana tahu anda turut mengalami masalah ini. Dihujung perbincangan nanti saya akan kongsikan satu produk yang boleh membantu bagi mengatasi & juga mencegah masalah ini dari berlaku.

PUNCA-PUNCA KEGAGALAN EREKSI:


1)      Psikologi

Punca yang paling mungkin bagi kegagalan ereksi ni adalah berkait rapat dengan masalah emosi atau mental sahaja. Perasaan bimbang dengan prestasi diri sendiri merupakan antara penyebab yang biasa dikatakan. Bila seseorang tu berasa tertekan nak mencapai ereksi (selalunya disebabkan oleh kesukaran sekali-sekala), biasanya penghidap akan menjadi gelisah dan resah bila dalam keadaan desakan seksual. Penghidap akan berkonflik dengan keupayaan untuk mencapai ereksi yang diharapkan, dan bila gagal, perkara tu akan terus jadi kebimbangan apabila nak melakukan hubungan intim dengan pasangan.

2)      Gangguan Neurologi

Mana-mana saraf yang mengganggu bekalan darah kepada tisu ereksi akan menyebabkan kegagalan ereksi. Ketegangan zakar berlaku disebabkan saraf-saraf tertentu, tapi pendedahan mengenai saraf tertentu masih belum jelas dan boleh menyebabkan penghidap sukar untuk meramal macam mana kerosakan saraf boleh berlaku dan akan menjejaskan keupayaan ereksi.

3)      Aliran Darah

 

*Saluran darah bagi pengidap penyakit vaskular






Ereksi boleh berlaku kalau aliran darah ke dalam zakar terhenti ataupun terhalang. Penyakit vascular boleh menyebabkan arteri dalam zakar tersumbat dan juga sempit tau. Darah ni yang biasanya akan mengalir ke zakar masa nak capai tahap keghairahan tu, tapi sebahagiannya tersekat/terhenti dan menyebabkan ereksi gagal sepenuhnya.  Penyakit vascular juga boleh jadi penyebab kebocoran dekat arteri, ni pun boleh jadi punca masalah ereksi

4)      Penyakit Peyronie 









Penyakit ni adalah keserabutan parut yang terjadi dari proses keradangan. Apa punca proses ni masih belum diketahui. Tapi bila terjadi ereksi, terdapat lenturan zakar yang boleh menyebabkan rasa pedih. Penyakit ni boleh mengganggu ejakulasi dan juga dalam beberapa kes kapasiti ereksi. Kes ni serious tau, memang ada rawatan untuk masalah ni tapi hanya kalau lenturan tu ke satu arah tertentu sahaja. Kemungkinan besar hanya pembedahan yang sesuai boleh selesaikan masalah ni.

5)      Priapism

 









Bagi lelaki yang mengalami ereksi secara berterusan, kita kategorikan dia sebagai Priapism. Apa puncanya, masih belum diketahui, tapi berkemungkinan adalah penyakit yang memekatkan darah berpunca dari pengambilan ubat-ubatan tertentu digunakan secara tidak wajar untuk mencapai ereksi. Priapism ni boleh menyebabkan keadaan tak selasa, kadang-kadang menyakitkan dan kebiasaannya memerlukan pembedahan untuk melegakannya. Kalau gagal dapat rawatan segera boleh menyebabkan kerosakan kekal dekat tisu-tisu zakar sampai boleh jadi punca gagal nak capai ereksi.
6)      Kekurangan Hormon 

Kekurangan hormon ni pun salah satu punca kegagalan ereksi. Untuk lelaki muda, kekurangan ini biasanya berpunca dari psikologi dan bukannya kegagalan fizikal untuk hasilkan androgen. Di kemudian hari nanti, kelenjar pituitary mungkin gagal nak hasilkan hormon perangsang yang menggalakkan pengeluaran testosterone oleh buah zakar. Kegagalan tiroid dan kelenjar adrenal untuk mengeluarkan hormon juga mungkin berkait rapat dengan masalah ni. Jangan buat main-main, keadaan ni boleh menyebabkan mati pucuk dan keinginan sex tu jadi rendah.
7)      Jangkitan

Jangkitan pada zakar dan tisu sekitarnya boleh menghadkan keupayaan seorang lelaki untuk mencapai ereksi. Jangkitan ni biasanya lebih cenderung dalam kalangan lelaki yang berusia tetapi boleh menyebabkan mati pucuk sementara dikalangan lelaki di semua peringkat umur. Jangkitan virus dekat testis ni boleh menyebabkan ketidakselesaan. Bukan tu je, bakteria juga boleh mengakibatkan rasa pedih atau perit pada uretra dan kulit di sekeliling zakar yang boleh mengganggu ereksi. Akhirnya, kelenjar prostat boleh menjadi radang semasa jangkitan yang mengakibatkan kesakitan di seluruh bahagian kemaluan.
8)      Kencing Manis (Diabetes)

 






Kegagalan ereksi juga boleh berpunca dari masalah penyakit kencing manis. Nama je kencing manis, tapi pahit untuk ditelan kesannya. Mati pucuk mungkin berkait rapat dengan peningkatan paras gula dalam darah, dan kalau paras gula ni berjaya diturunkan, pesakit akan dapat melihat peningkatan dalam prestasi seksualnya.

Okay, kalau tadi kita bincang pasal punca-punca kegagalan ereksi. Sekarang ni saya nak kongsikan pulak tanda-tanda awal masalah. Ini lagi lah jangan pandang enteng, kalau rasa dah nampak ciri-ciri yang disebut ni dekat diri anda, baik atasi secepat mungkin!

Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini:

TANDA-TANDA AWAL MASALAH:

1)      Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Masalah mati pucuk ni yang paling di takuti lelaki.


2)       Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Masalah mati pucuk macam ni memang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.

3)      Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, tapi bukan pula itu menunjukkan seorang lelaki kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.


4)      Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.


VIDEO DI BAWAH INI MENJELASKAN LAGI TENTANG PERKARA DI ATAS:






MACAM MANA NAK ATASI/MENCEGAH MASALAH INI?




ROCK ARROW COFFEE adalah produk minuman berkhasiat keluaran Sendayu Tinggi yang dikhaskan untuk kaum lelaki. Minuman herba Rock Arrow Coffee merupakan campuran kopi dan ekstrak tongkat ali. Apa keistimewaan produk ni? Rock Arrow Coffee ni mampu membaik pulih masalah dalaman lelaki, menambahkan kecergasan, dan meningkatkan tenaga lelaki. Kewangian Rock Arrow Coffee pasti dapat menaikkan selera dan menambah kenikmatan untuk diminum setiap hari.

KEISTIMEWAAN ROCK ARROW COFFEE:
 1)      Menambah stamina dan kesihatan badan.
 2)      Mengelakkan rasa mengantuk dan keletihan badan.
 3)      Melancarkan peredaran darah.
 4)      Tingkatkan keinginan seksual.
 5)      Meningkatkan daya tahan semasa hubungan intim.

ANTARA KANDUNGAN HERBA DIDALAM PRODUK ROCK ARROW COFFEE:
Jangan risau, semua herba yg tedapat di dalam kopi herba ini ialah 100% herba tanpa campuran tadalafil. Ia berbeza sama sekali dgn Viagra kerana kesannya bukan terus serta merta. Herba tradisonal memerlukan pengambilan yg konsisten utuk mendapatkan hasil yg diingini. Cuma 1 atau 2 paket sehari untuk menampakkan kesan. Biasanya perubahan blh dirasai selepas hari ke 3-7 bergantung kepada individu



PENGAMBILAN PRODUK INI DIGALAKKAN KEPADA:
1)      Lelaki yang nak tambah tenaga dalam badan sepanjang hari.
2)      Lelaki yang bekerja berat dan sehingga lewat malam.
3)      Mereka yang kurang keinginan seksual.
4)   Mengalami masalah ejakulasi awal
5)   Mudah rasa letih, sakit badan, pinggang dan sendi terutama semasa bangun tidur

CARA PENGAMBILAN:
1)      Bancuh 1 paket dengan 120ml air panas.
2)      Ambil 1 atau 2 paket sehari.

Siapa yg nak beli blh dapatkan di Outlet Sendayu Tinggi atau di website www.sendayutinggi.com ya. Blh whtsapp 0193042133 / 0197917133 kalau ada apa2 pertanyaan :)



JANGAN TERLAMBAT! NANTI MENYESAL MACAM ABANG NI







Wednesday, October 26, 2016

NAK KURUS TAPI TAK TAHU CARA YANG BETUL

Kenali jenis gemuk, buang habit punca gemuk & pelajari tips kurus cepat

Asal nak menulis pasal kurus je mesti nak mesti teringat masa berazam nak kuruskan badan dulu. Start nak kurus kononnya masa anak dara. Tertunda sampai la jadi mak dara. Nak set azam & konsisten tu yg payah. Korang sendiri pun time tengah scroll2 facebook tu mesti terserempak dengan status kwn2 yang mention pasal nk kurus ni. Kadang2 jadi pembakar semangat. Tak kurang yg rasa mcm buat diri lagi rasa down

Tapi kalau sekadar tangan je yg berjalan menaip, mulut je berbunyi tapi nawaitu x kuat x jadi jugakkan?? So cakap pasal gemuk ni, apa yang you uolls tahu pasal gemuk ni?  

APA YANG ANDA TAHU TENTANG GEMUK?

Selalunya kita akan dikategorikan sebagai gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. ATAUPUN cara mudah nak tahu berat badan ideal kita adalah dengan kira BMI (Body Mass Index). X tahu cara nak kira? click BMI CALCULATOR ni. Ok, dah tahu tak BMI uols berapa ??

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dan jadilah lemak. Makin kita berusia, makin berat susah turun sebab kadar metabolisma & hormon menurun. Sebab tu kena amalkan senaman dan suplemen supaya hormon & metabolisma kita sentiasa dlm keadaan baik. Nak tahu berapa kalori yang badan kita perlukan ?? click JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN ni. Dari situ kita blh estimate kalori yg badan kita perlukan utk elak lemak berkumpul. Ok bagi yg mmg ZERO pasal berapa kalori yg ada dlm makanan tu blh click KALORI MAKANAN HARIAN 

Selalunya kaum wanita sangat menitikberatkan soal gemuk vs. kurus ni. Tapi bukan maksud kaum Adam xambil peduli. Cuma nk bgtahu perempuan ni dia ‘sedikit’ obses dengan kecantikan dan dia sangat-sangat down bila dengar perkataan gemuk tu. Stress sangat sampai rasa nak terbalik dunia ni. Bila stress sebenarnya akan menyebabkan perut membuncit dan lagi lambat kurus. Sekarang, jangan stress-stress. It’s never too late bak kata omputeh. Selagi masih hidup sihat walafiat selagi tu masih ada peluang untuk kuruskan badan. Tapi sebelum tu kita kena tahu dulu kita ni tergolong dlm kategori gemuk yang mana satu. Sbb bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okey jom scroll kat bawah ni. 

Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu:

Jenis Gemuk
Penerangan
1- Jenis Gemuk Daging

  • Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk daging terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
  • Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging.
  • Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah boleh.

2-Jenis Gemuk Air

  • Gemuk air terjadi bila badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh.
  • Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air.
  • Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan.
  • Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

3- Jenis Gemuk Angin

  • Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit.
  • Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… yg ni bahaya sikit hehe..Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
4- Jenis Gemuk Lemak Tepu
  • Gemuk lemak tepu boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak.
  • Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
                                                                                        Selain tu ada jugak jenis-jenis bentuk badan: Apple shape & Pear shape
 
Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Sbb lepas ni kena start buat muhasabah diri pulak. Muhasabah kenapa boleh naik kilo dan mcm mana nk turunkan balik kilo tu. Kalau nak list semua dekat sini mmg jenuh la kan. Disini sy senaraikan antara beberapa rutin/habits yang menyumbang kepada kegemukan & maybe pasni korang boleh ubah rutin yang tak bagus tu kepada yang lebih bagus. 

1   SAY NO TO SODA!
Air soda & kotak tu tinggi kandungan gula. Tahu tak sekotak air minuman kadangkala mengandungi lebih 3 sudu gula ! Semut pun geleng kepala..




2  SKIP BREAKFAST
Tahu x bila korang melambatkan sarapan, risiko untuk korang makan banyak masa lunch adalah tinggi. Sebab perut dah dibiarkan lapar untuk masa yg lama jadi kita cenderung akan makan amount yg banyak masa lunch. 

3   MAKAN NASI BERSULAM AIR MANIS
Makan sambil minum air menyumbang kepada buncit. Sebaiknya minum sekurangnya 2 gelas air kosong. Sekaligus akan rasa kenyang sikit. Jadi kita akan makan kurang. Malangnya ramai yang makan dulu baru minum air kan

4   MALAS BERSENAM 
Punya buruk perangai, jalan 15 minit pun tak mahu. Sayang sgt dgn lemak yg ada. Xde benda mudah dlm dunia ni. Utk dapatkan body yg lean, kemas dan terbentuk cantik WAJIB bersenam. Ringkas pun dah memadai yg penting konsisten. Click PETUA KECILKAN PEHA BESAR . Senaman yg paling mudah utk beginner


5  HEAVY LATE NIGHT SNACK / KUDAPAN
Yang ni rutin rakyat Malaysia yang paling susah nak dibuang. Suka makan lewat malam, makan pulak burger, roti canai, meggi kari..perghh matilanakkk.. selalunya dah lepas pukul 8 mlm tu kita dah xbuat aktiviti berat. Duduk umah je, xpun lepak2 kt mamak. So, confirm apa yang kita makan tu akan tersimpan sebagai lemak. Jadi kalau lapar sangat ganti dengan benda lain mcm kacang atau buah-buahan. Boleh ambil Easyfull untuk penuhkan perut sekaligus stimulate rasa kenyang. 

6  TAK SUKA FRUIT & VEGGIE
Last but not least, green is good. Maksud green kat sini adalah sayur-sayuran & buah-buahan. Ia akan buat kita full lebih lama + kalori sgt rendah. Tapi kat Msia ni ramai tak suka sayur dan buah. Siap asing tepi kalau ada ada secebis pun.. haisshhhh.. 

BOLEH KE KURUS CEPAT & NAMPAK KESAN ?
Ok, mmg ramai di dunia ni kalau boleh bangun esok timbang je dah turun 10kg. Tapi, benda ni adalah mustahil especially bila nak diet tapi selera masih selori. Setelah kajian dibuat, akhirnya ada tumbuhan semulajadi yg mmg hebat & berfungsi seperti mengawal selera makan, membuatkan kita bertenaga walaupun kurang makan, kurang rasa nak mengunyah serta bantu kita mudah ke tandas. Ya, bila kita susah ke tandas biasanya kita akan kumpul byk toksin. Makan suplemen apa pun tak berfungsi sbb body tak serap. Antara bahan natural yg terbukti membantu spy cepat kurus ialah :

TUMBUH-TUMBUHAN
PENERANGAN
Beras Perang

  • Beras perang sangat baik dimakan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Ia mengandungi:
  • MINERAL MAGNESE yg penting untuk kesihatan. (1 cawan beras perang = 88% magnesium utk tubuh). Ia membantu engekalkan berat badan yang ideal. Mengawal sistem saraf dan mengawal paras kolestrol badan.
  • SELENIUM DAN FIBER : Anti kanser. Menurunkan kolestrol dalam badan. baik untuk wanita menopause untuk menjaga jantung dan darah tinggi. mengurangkan penyakit kencing manis  jenis 2.
  • Vitamin B1, B2, B6, Zat Besi, Fostat, Kalsium.

Herba Chia Seed

  • Mirip biji selasih, tetapi bukan selasih sebaliknya dari keluarga sage (salvia hispanica). ‘Chia’ berasal dari suku kata Maya yang bermaksud kekuatan.
  • Masyrakat suku Aztec, Maya dan Inca zaman dahulu mengamalkan biji seed untuk meningkatkan daya ketahanan dan tenaga tubuh badan mereka.
  • Kaya dengan lemak Omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan dan paras kolestrol.
  • Biji Chia terbukti menjaga tekanan darah dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) sehingga mampu menurunkan kolesterol buruk (LDL) dan trigliserida.
  • Biji Chia juga mampu menyerap 10 kali air yang masuk ke dalam tubuh untuk membentuk sel yang baik untuk diet.

Acai Berry

  • Kebaikan Acai Berry:
  • meningkatkan tahap tenaga : digunakan atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana ia mempunyai banyak nutrisi, terutamanya lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga.
  • Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids) yang mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol).
  • Indek glisemik yang rendah dalam Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan.

Licorice Root
  •  Berkesan menurunkan lemak dalam badan. Komponen asid glycyrrhetinic dalam Licorice Root berkesan dalam mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol dalam badan manusia.
  • Mengandungi fiber yang tinggi mampu membantu menurunkan kolestrol.
  • Digalakkan penggunaannya bagi yang mengalami masalah sembelit



Ekstrak Alfalfa

  • Membantu membersihkan racun dalam darah atau detoxsifikasi. (perubatan Cina).
  • Mengubati masalah pencernaan (perubatan India).
  • Melancarkan pembuangan air kecil (perubatan Eropah).
  • Mengandungi vitamin (A, C, K, B1, B2, B3, B5, B6) & mineral (kalsium, besi, magnesium, fostor, tembaga dan seng) yang lengkap.
  • Klorofil Alfafa digunakan untuk mengubati kanser, radang, anemia, sembelit, antibakteria, pembersih racun, penyeimbang nutrisi  dan meneutralkan Asid Dalam Badan.
  • Merawat penyakit usus, buah pinggang, kencing manis, melawaskan usus, ulser.
  • Mengandungi enzim yang membantu : penghadaman, pencernaan, kembung perut, ketidakselesaan abdominal.

Garcinia Cambogia @ Asam gelugur

  • Mengandungi asid sitrik, asid tartaric, asid malic, asid askorbic, asid hidroksi sitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral.
  • Asid askorbiknya berperanan sebagai anti bakeria.
  • Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat membantu menurunkan darah tinggi,kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
  • Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
  • Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia.

Hoodia Gordini

  • Tumbuhan yang hidup di gurun Kalahari di Africa.
  •  Komponen dalam Hoodia bertindak seakan Glukosa atau Pseudo-Glucose, tetapi lebih hebat lagi. Ia menghantar isyarat kepada otak manusia bahawa perut sudah kenyang dan tidak menginginkan makanan lagi.
  • Secara tidak langsung otak akan memproses isyarat tersebut dan mematikan selera makan sekaligus membantu pembakaran lemak berlaku. 
  • Hal ini kerana apabila tiada makanan dalam perut maka badan terpaksa membakar lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Citrus Auratium @ bitter orange

  • Component Synephrine dalam Citrus Auratium berfungsi sebagai pembakar lemak yang turut membantu menurunkan selera makan, meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma dalam badan.


Teh hijau


  • Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA. 
  • Mengekalkan memori : antioksidan dalam teh hijau mampu mengekalkan kecergasan memori dan otak bagi mereka yang mengalami masalah kognitif, kerana antioksidan dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf dalam otak.
  • Meningkatkan pembakaran lemak : kandungan Catechin dlm teh hijau berupaya meningkatkan pembakaran lemak walaupun kita tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan.


Ini antara senarai tumbuh-tumbuhan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Tapi ada antara tumbuh-tumbuhan ni sukar didapati di supermarket atau Malaysia. Sendayu Tinggi sendiri pun ada keluarkan produk pelangsingan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang dinyatakan kat atas tu. Haa xcaya?? Boleh tengok kat bawah ni produk2 yang ada.


EASYFULL
  • Kandungan beras perang, acai berri & oat yang tinggi serat membantu mengurangi rasa lapar dan perut sentiasa kenyang selain ia adalah minuman protein yang bagus untuk membina otot. Menjadikan badan lebih lean dan firm
  • Membantu menurunkan kolesterol, berat badan selain tinggi anti-oksidan.
  • Herba Chia Seed kaya dengan lemak Omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan dan paras kolesterol Kaya dengan Vitamin C, A, dan B6, Asid Lemak Omega-3, Asid Folik, Vitamin K, Vitamin A dan anti-oksida.
  • Bahan semulajadinya mampu mengurangi risiko kanser kolon, payudara & melindungi daripada penyakit hati.



BIO TRIPLE SLYM
  • Minuman campuran botani Garcinia Cambogia, Citrus Auratium, Hoodia Gardoni, Green Tea dan L-Carnitine sangat berkesan meningkatkan metabolisma badan sekaligus membantu pembakaran lemak yg lbh efisien
  • Mengawal selera makan dan bakar lemak 3x ganda apabila kita brsenam
  • Sepaket diambil mampu menunjukkan penurunan selera makan yang ketara keesokan harinya. Tapi kalau selera memang besar boleh ambil tak lebih dari 4 paket sehari
  • Membakar lemak dan menukarkannya kepada bentuk tenaga. Jadi, bila bersenam akan ada lebih energy utk bersenam lebih lama

DTOX
  • Mereka yg sukar ke tandas cenderung mengumpul toksin & menjadi penyebab susah kurus. Jadi DTox akan membantu melancarkan pembuangan secara natural & membersihkan usus
  • Membantu kekalkan kandungan bakteria sihat  dalam usus
  • Mengandungi fiber tinggi mampu membantu menurunkan kolesterol
  • Alfalfa membantu sistem penghadaman dan pundi kencing.
  • Efektif menurunkan berat badan dan membuang toksin dalam badan, meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Licorice Root berkesan menurunkan lemak dalam badan.
  • Digalakkan penggunaannya bagi yang mengalami masalah sembelit serta boleh diambil bagi wanita hamil, menyusu badan dan dlm pantang


MANA NAK AMBIL DULU KALAU NAK KURUS ? 
Ok, tgk detail list ni ya. Tengok kita dalam kategori mana :

  • KATEGORI 1 : Susah ke tandas, cepat lapar, suka makan malam, suka kudapan, suka makan manis & bergoreng, mengantuk lepas makan ( Easyfull, Bio Triple Slym & DTox )
  • KATEGORI 2 : Mudah ke tandas, makan sikit tapi berat tak turun2, perut buncit (Sedu Arrow utk betulkan hormon, Easyfull & Body Contour Cream sapukan 2 kali selepas mandi ) Biasanya terjadi pada wanita yg ambil pil perancang
  • KATEGORI 3 : Lemak tertumpu pada area tertentu seperti peha, lengan atau punggung ( Easyfull, Garlic Plus & Body Contour Cream ) kombinasi ketiga produk ni akan burn fat area bermasalah lebih fokus 

 MACAM MANA NAK DAPATKAN PRODUK NI ?

  • Boleh dapatkan di Outlet ST seluruh Msia atau whatsapp 0197917133 / 0193042133. Nak beli dair Dealer Online pun blh juga selain dari web rasmi ST iaitu www.sendayutinggi.com

COFIRM KE BOLEH KURUS & BERAPA LAMA NAK NAMPAK KESAN ?

  • Kalau kita diet, tak makan nasi & bersenam mmg boleh kurus. Tapi kesannya mungkin lambat. Dengan bantuan produk, dari turun 5kg anda mungkin boleh turun 2 kali ganda. Maknanya, produk ni membantu 60% usaha anda yg nak kurus tu. Sama konsep kalau kita nak bina muscle. Tanpa bantuan protein drink kesan badan ripped / kekar adalah lambat dan mungkin tak terlihat walaupun dah training lama. 
KALAU STOP GEMUK BALIK TAK ?

  • Ni soalan yg mmg common ramai org tanya. Utk mendapatkan berat ideal spjg zaman lengkapkan diri dgn ilmu pengambilan kalori yg diperlukan oleh badan mcm sy tulis awal2 tadi. Biasnaya akan naik mendadak sbb kita tak amalkan hidup sihat. Pelru diingatkan produk ST ni kalau kita baca label semua bahan semulajadi. Bukan drug. Tak ada effect menggigil pun kalau consume. Jadi bila stop bukan penyebab berat badan naik mendadak. Metabolisma rendah, hormon menurun antara punca kenapa seseorang tu mudah gemuk. 
OK, sampai sini je saya menulis. Nanti sampai lusa tak abis baca.. hehehe.. Selamat Maju Jaya menguruskan badan utk mrk yg berzazam. Mulakan dgn AZAM tu penting. Kalau tak kita tak akan konsisten !