Trend mekap berubah setiap zaman. Kalau dulu zaman 80an glamor mekap skin putih, celak hitam, bibir merah menyala. Peredaran zaman menyaksikan byk jenis mekap. Pendapat saya mekap ialah aksesori. Mcm kita beli tudung lain color, lain juga auranya di muka. Begitu juga mekap. Lately trend mekap makin meluas di Malaysia. Usia belasan lagi dah mula mengenali apa itu pembayang mata, pemerah pipi dan gincu. Zaman saya dulu kenal bedak sejuk dgn krim temulawak je
Kali ni entry saya ialah bagaimana mendapatkan kesempurnaan mekap. Kita hairan kenapa sentuhan makeup artist / mak andam tak sama dgn sentuhan kita. Pendapat saya, kalau kita mahir utk membentuk kening serta contouring basicly makeup kita akan nampak sgt berbeza & jauh elegant dari mrk yg tak mahir 2 asas penting ni.
Kenapa wanita tak suka mekap ?
- MALAS : Sebab nak capai bedak pun malas inikan pula nak berdandan. Tudung pun main sarung je. Bagi yg tak kisah pasal isu penampilan ok. Tapi kalau dah bersuami kena lah sedap mata memandang. Kadangkala suami mungkin tak bercakap tapi matanya mungkin " terpandang " yg lain lebih indah. Malangnya yg indah itu bukan anda. Macam mana tu ?
- TAK SUKA : Ya mmg ada org tak suka mekap. End up kita akan buat keputusan / komen di post laman sosial " MAKEUP IS FAKE " justeru berpendapat bahawa " aku lebih cantik tanpa mekap, dalam makna yg tersirat".. tapi bila tgk orang lain cantik lepas mekap, mesti ada sekilas lalu yang kita rasakan org itu nampak menarik. Tapi, cantik sebab mekap lah tu !! ".. Jgn kita jeles, menidak atau membenci mekap gara-gara kita tak suka mekap ( padahal tak reti sebenarnya ).
- TAK PANDAI : Majoriti macam tu. Teringin juga macam org lain pakai eyeliner tapi bila kita pakai jadi panda. Letak blusher jadi mcm kena penampar. End up laki kita suruh cuci. Sebab di matanya lebih cantik tanpa adanya mekap di muka ( tu yg ramai buat andaian, husband i tak suka i pakai makeup. Dia suka i natural beauty je .. wahh !! ). Logiknya, mekap ni macam mewarna, Bila budak kecil mewarna mmg byk kurangnya. Sakit mata dan elok lukisan tu sebelum di warnakan bukan ? Tetapi berlainan rupanya kalau org dewasa mewarna tambahan professional. Sedap mata memadang. Begitu juga mekap. Lebih kerap kita menggunakannya maka lebih mahir & improve makeup skill kita secara beransur2.
Jika kena dgn gayanya, mekap yg betul akan menyerlahkan lagi natural beauty anda. Ada orang mekap hanya dengan bedak dan secalit gincu. Bagi mereka itu sudah natural, tapi dengan beberapa tips lain yg kita apply mampu menyerlahkan lagi pesona walaupun bermekap tipis iaitu pemerah pipi. Dan... sedikit sentuhan highlight & contour jika sudah mahir. Kalau utk daily ni sapu light2 je dah memadai. Sebab org selalu salah anggap bila apply mekap je bererti kena siap dalam 2 jam dan hasilnya ala2 nak pergi buat show padahal nak pergi dating dgn husband atau ke pasar je pon. Bagi beginner, try sedikit sentuhan pemerah pipi blh menampakkan wajah kita segar & muda. Kalau tak percaya kena cuba. Dari situ kita akan berani mencuba yg lain. Org perempuan suka baju, tudung & kasut. Tapi muka yg sedia ada tak pernah bertukar2 kan. 20 tahun lipstik yg sama dengan bedak Thailand. Try lah teknik yg berbeza, baru seronok ;)
Saya sendiri bukanlah 24jam "berwarna" je muka ni. Tapi sekali sekala teringin juga especially kalau ada hari istimewa. Bg yg baru berjinak dgn mekap, nanti kalau dah advance blh la try yg lbh deep. Contohnya solekan utk makan malam memerlukan teknik yg berbeza kerana keadaan yg gelap / lampu hotel akan menenggelamkam 60% mekap kita. Teknik contour & highlight juga ada pelbagai. Mencuba pelbagai teknik akan memberi impak yg besar pada keseluruhan mekap kita nanti. Jgn takut utk mencuba. Mcm resepi masak juga. Lain tekniknya, lain juga rasanya kan ?
BAGAIMANA CARA APLIKASI "CONTOUR " ?
1. Kenal pasti dulu bentuk muka untuk lebih senang apply contouring mengikut jenis muka. Gambarajah ni antara yg paling simple utk describes bahagian mana yg pelru digelapkan pada muka kita. Konsepnya mudah, kawasan yg kita nak sorokkan haruslah digelapkan. Manakala kawasan yg kita nak tonjolkan haruslah dihighlight
Bentuk muka |
Saya buat swatches di tgn utk produk Contour. Gunakan berus sederhana utk aplikasi di wajah. Color white shimmer tu sebagai highlight |
Dlm palet ni ada gambarajah utk kita senang follow color mana utk area yg mana di muka |
BAGAIMANA CARA APLIKASI "BLUSHER " ?
sapukan blusher mengikut shape muka yg sesuai. Mula-mula sapu dgn jari sikit2 kalau tak biasa & blend sampai nampak natural |
Yg ni blusher code 02. Saya shoot tanpa flash |
Utk beginner pun blh pakai palet ni. Lama-lama kita akan lbh mahir & improve teknik mekap kalau selalu praktis. Terus muka akan nampak berbeza |
Utk daily kalau rajin blh try contour dulu then baru pakai blusher. Kalau tak rajin, memadai sapuan pemerah pipi dan naik seri. Kalau kita mekap jgn bagi nampak "pale" dengan sapuan bedak semata-mata. Bereksperimenlah dgn warna. Bagi mereka di luar sana yang "anti mekap " tak salah utk mencuba. Rumah kalau tak dihias berbeza dgn dihias kan ? Begitu juga muka. Pakai mekap tak bererti kita "fake". Dan bukan bereti kita bermekap ni asal orangnya pasti hodoh. Selamat mencuba !!
Utk pakai bronzer yg simple & natural blh click SIMPLE CONTOURING
Saya pernah buat teknik contour yg lebih detail lagi. Click HOW TO CONTOUR & HIGHLIGHT
Utk pakai bronzer yg simple & natural blh click SIMPLE CONTOURING
Saya pernah buat teknik contour yg lebih detail lagi. Click HOW TO CONTOUR & HIGHLIGHT
Produk ni akan masuk di semua Outlet insyallah paling awal minggu ni. Utk belian online blh whatsapp 0193042133 / 0194720133 atau dari website www.sendayutinggi.com
Bagi mereka yg berminat utk jadi Dealer Online Sendayu Tinggi dengan modal yg sgt minimum blh CLICK BISNES MUDAH . Terbuka utk lelaki, perempuan, pelajar, suri rumah atau dijadikan part time