Friday, February 5, 2016

5 PERKARA YANG BUAT WANITA CEPAT NAMPAK TUA

Adakah anda memilik 5 perkara di bawah ?? Jom baca






1.       Kulit Kering
Kulit kering adalah simptom awalan yang menunjukkan bahawa badan kita sudah semakin kurang hormon. Ia mula menyusut apabila usia kita 25 tahun. Kita akan mula terasa kering pada badan dan muka. Bagi yang dulunya kulit jenis berminyak, anda jangan terlalu gembira bila kulit sudah tidak lagi berminyak & berjerawat. Sepatutnya, penjagaan wajah dan badan haruslah ditukar bersesuaian dengan perubahan kulit. Ini kerana, kulit yang kering cenderung mudah kusam, berjeragat dan berkedut

2.       Kenaikan Berat Badan Selepas Berkahwin & Bersalin
Apabila wanita mencecah angka 26 tahun ke atas, perubahan yang paling ketara ialah dari kenaikan berat badan saban tahun. Ini kerana penurunan hormon estrogen membuatkan kalori lambat dibakar. Ditambah tiada bantuan dari sudut suplemen dan senaman berkala. Wanita cenderung gemuk selepas berkahwin dan bersalin. Majority disebabkan rasa selesa atau alasan “ sudah berpunya “ antara faktor tiada fokus untuk menjaga berat badan ideal. Akibatnya, anda kelihatan berumur disebabkan badan dan wajah yang semakin berlemak, rambut yang makin menipis dan perut yang makin membuncit

3.       Tiada Lagi Ghairah Mencantikkan Diri Kerana Rasa Diri Sudah Tua
Perkara ini biasa untuk wanita luar bandar. Ini kerana, di usia 30an ke atas adalah umur yang dianggap sudah matang. Agak kekok untuk berpenampilan menawan kerana segan dengan jiran tetangga. Ia sekaligus menjadikan anda kelihatan berumur dan lusuh

4.       Mengabaikan Kesihatan Dalaman Wanita
Apabila sudah berkahwin dan beranak pinak, ramai yang tidak mengamalkan apa-apa suplemen. Samada kurang kesedaran atau masalah kewangan. Jika suplemen memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak, memadai dengan penjagaan makanan kesihatan yang baik. Apabila diserang pelbagai penyakit seperti tombong, keputihan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ia akan mengganggu kepada raut wajah anda. Sekaligus ia menampakkan wajah berumur dari usia sebenar
Pn Asfaliza ketika remaja 2003. Selepas mengamalkan Flawless Set & Beauty Drink kulit kembali licin

Puan Asfaliza kini, 36 tahun pengamal Beauty Drink
5.       Malas
Ya, ini penyakit paling banyak dihadapi oleh semua orang. Bila diturutkan rasa malas memang semuanya akan jadi NEGATIF. Nak mandi malas, nak bersenam malas, nak berdandan malas, nak sikat ambut malas..semuanya malas. Alasan bila berjumpa orang kita akan sebut, sibuk jaga rumahtangga, kerja dan sebagainya. Bila ia berlarutan, penyakit ini lah yang akan membuatkan anda nampak tua dari usia

Untuk menjadikan diri kita kelihatan segar dan sihat sekaligus nampak muda di mata suami, anak-anak dan orang ramai ialah sikap yang positif selain air wudhuk ( haa.. mesti ada yang komen, kalau berwudhuk awet muda la muka tu :D ). Saya lihat syeikh dan orang penghafal al quran kebanyakannya nampak muda. Selain amalan yang mereka buat , yang saya perhatikan mereka cukup displin bab menjaga makan. Perut ialah sarang kepada penyakit. Mula-mula memang payah nak displinkan diri bab makan ni. Tapi slowly kita akan mula membiasakan diri.

Previous video saya di Youtube saya juga ada membincangkan topik utk awet muda ni. Click utk view ya PETUA AWET MUDA






Utk sebarang pertanyaan & pembelian produk Sendayu Tinggi boleh whatsapp 0193042133 / 0197917133 atau melalui Online di WWW.SENDAYUTINGGI.COM