Wednesday, August 27, 2014

CARA MEKAP TAHAN LAMA BG KULIT YG CPT BERMINYAK

Topik : Cara saya mekap utk elak kesan bercapuk terutama kulit berminyak serta penjagaan skincare yang membantu mengawal jerawat dan pori besar 



Entry kali ni saya nak share cara utk kawal kulit berminyak dan tips mekap supaya tahan lama. Biasanya skin oily ni mekap mmg tak tahan lama. Tak sampai sejam muka dah macam minyak goreng.. hahaha.. Kalau yg weding tu lah paling kesian. Sampai berkerut muka tetamu tgk muka pengantin perempuan.. Adoi.. ni pengalaman saya sendiri sebab dulu saya masalah jerawat resdung teruk + minyak di muka seolah-olah diternak dengan jayanya !! 

Saya baru pandai jaga beauty start umur 17 tahun. Sebab dah x tahan jerawat yg tak mahu surut-surut. Saya ambil Nosygone utk treat resdung dulu sbb jerawat saya jenis yg bengkak tak ada mata dan bernanah. Waktu tu tak ada Oily Set, jadi saya pakai Golden Soap dengan Face Mask je. Lepas Oily Set ada saya switch. Sampai sekrang pun saya ada mslh dengan Oily skin tapi dah tak teruk macam dulu. Bila skin oily biasanya jerawat lbh mudah naik. So, nasihat saya bg yg ada mslh skin berminyak ni kena take care btl2. Sayang oii muka berlubang2 lagi-lagi time tu tengah remaja baru nak UP.. Kawan-kawan semua gebu belako. Kita ni nan hadooo.. Belum scar dari jerawta tu. Sakiiiittt hati.. Hari-hari tgk cermin menangis.. ( Ni jenis jerawat batu ye.. sebab tu frust sesangat )

Tips ringkas yg saya nak share ialah cara penjagaan kulit berminyak dulu. Ini step yg super mudah. Bukan buat hari2 pun semua step ni.


STEP PENJAGAAN MUKA BERMINYAK 

1. Golden Herbs Soap
  • Ini lah produk yg pertama saya pakai. Dulu ST ada sabun ni je masa mula-mula di pasaran. Memang bgs sgt kalau skin jenis berminyak dan ada jerawat. Kulit jadi tegang, bersih dan jerawat kering cepat
2. Oily & Acne Masker + Scrub
  • Saya cuma pakai 2x sahaja dalam seminggu. Bagus remove dead cell. So, skincare yg kita pakai akan lebih mudah meresap dan menampakkan hasil yg cepat kat skin. Masa rub tu jgn over sangat kononnya mencuci bersih. Skin akan luka halus dan x bagus utk pori juga. Mula-mula just biasrkan macam mask. Dah kering baru sental lembut. Area mata kena rub sangat halus okey..
Saya saja buat sebelah muka, so blh tgk selepas perbezaannya lebih fresh. Kalau uols rajin try buat sebelah muka je. Baru puas hati tgk instant result kan :)

3. Clay & Mask
  • Produk ni dari tanah liat. Nak tgk efek uols just sapu sebelah muka je.Pasti jakun kejap.. hahaha.. Kalau ada masalah open pores mcm sy ni kena cuba. Pori akan mengecil sikit dan parut jerawat pudar. Mmg nampak ketara lepas satu kali pakai je. Yg ni saya pakai 2x seminggu. Saya akan selangkan dengan penggunaan skrub
4. Oily & Acne Powder
  • Bila muka saya berminyak saya akan pakai ni waktu malam sebelum tidur lepas pakai krim semua kat muka. Kalau uols rajin, sapukan bedak berubat ni dengan Toner atau air pun blh. Jadikan mcm bedka sejuk. Esok tu sure rasa muka different dan less oily. Masa skin saya dry, sy akan skip produk ni. Nak pakai siang pun blh jer.. sapu selepas atau sebelum Sunblock.
5. Mousse Sunblock spf 30
  • Sekarang dah ramai tau kebaikan pakai sunblock ni. Ia akan berikan kesan ketara lepas berpuluh tahun. Orang yg tak pakai sunblock mukanya akan cepat dimamah usia. Ia jg akan bg satu filter pada skin. Matahari akan sebabkan skin dry, kedut, jeragat dan kusam. Nah saya bagi link biar yg tak tau macam mana rupa sunblock tu lps sapu kat muka. Tapi kalau skin jenis Oily sebaiknya cari yg waterbase atau lightweight. Sebab tu sy suka sangat Mousse Sunblock sbb ringan jer kan skin dan x bercapuk-capuk disebabkan muka sy yg kombinasi ni ;)


6. AC-NE Tablet
  • Apa fungsinya ?? kalau uols ada masalah jerawat disebabkan hormon x stabil bila period atau terutama teenagers / student wajib ambil ni. Selain reducekan redness dan bengkak ia akan kawal pembiakan jerawat yg beranak pinak. Just kunyah 2 tablet waktu pagi. Tgk pada dalaman bdn. Ada yg cepat result nampak kesan lepas ambil 7 -14 hari. Jerawat dah kurang meriah dan lama-lama hilang.

7. AC-NE Powder
  •  Yg ni pulak just kunyah waktu malam sebelum tidur. Utk apa ?? Bagus kawal minyak dan kecilkan pori uols. Saya ada mslh dengan open pores area pipi sikit. Paling best parut jerawta cepat pudar sebab dalam ni ada kolagen selain kaya dengan VIT C yg mmg proven bantu kurangkan scar kan.. Nak kesna cepat mmg bgs combine those 2 produk. Yg ni mmg latest dr ST. Adik saya yg pompuan tu mmg dah pesan awal sebab dia ada masalah jerawat pasir.

Haaa.. senang kan. Biasanya kalau yg mmg follow tips sy bagi ni tak sampai 3 hari mmg akan happy dengan resultnya. So, bila skin dari awal dan kurang minyak apa shj mekap yg kita pakai akan lasting. Saya nak bagi tips utk mekap kalau skin kita ni mmg jenis cepat berminyak. Saya ada buat tutorial di youtube. blh click link ni ya :)


Yg ni saya pakai Lip Sensation Duo Function kod Pinky Blitz


PALING PENTING PERLU ADA UTK MEKAP TAHAN LAMA 

Produk Mekap yg saya gunakan :
  • Moisturizer Glow - sapu pada U Zone yg senang kering sahaja
  • Makeup Base - akan conceal pori besar & mekap tahan lama walau berpeluh / berminyak
  • HD Liquid Foundation - super full coverage & sesuai utk skin oily
  • HD Studio Powder - kesan matte & bedak tahan lama. Saya suka dot warna warni dalam tu
  • Gel Liner - Espresso Brown ( kening ) - masa apply jgn press utk dapatkan "soft look eyebrow "
  • Eye Primer - kalau pakai eyeshadow mesti sapu. Kalau x nanti crack terutama skin yg cpt peluh / oily
  • HD Signature Eyeshadw kod Oceanic Starlet - ada tips nak sapu color biru terang utk siang hari
  • Gel Liner kod Platinum Black - waterproof dan mmg x comot walau dah joging marathon 2x padang
  • Double Coating Super Volume Mascara - bagus utk besar & galakkan mata kecik macam saya
  • Rose Blush On kod Bronzer / shading - kalau rajin pakai, dan mmg akan nmpk perbezaannya ketara
  • Bright Duo Blush kod Sunset Rose & Cool Pink - saya combine 2 color utk dapatkan glowy result
*kalau x paham kena click tutorial yeee :D

Ni color swatch utk HD Liquid Foundation yg baru. Tutorial kali ni saya pakai kod Dust

Mmg cute Polka dot dalam ni. Tapi masa apply color tu akan blend in dgn skintone kita.. jgn ingat jadi pelangi lak bila sapu

ANTARA 5 WARNA LIPSTIK YG SAYA GUNAKAN :
Masa apply ni saya tak press sgt. Just light jer. Kalau nak color mantap mmg kena reapply.

Tadaaa.. tak tau nak pose apa dah ni sebenarnya. Boleh la main cak-cak

So, thats it.. leave a comment kalau ada apa2 tutorial yg uols nak tgk.. jumpa lagi next entry ye & tq sudi baca :)





















Wednesday, August 13, 2014

TIPS MEKAP : KURUSKAN MUKA YANG CHUBBY & MANCUNGKAN HIDUNG YANG KEMBANG

 
TOPIK : MACAM MANA CARA NAK BUAT MUKA KURUS, HIDUNG MANCUNG & PIPI MUNGIL TERLETAK
 
 
Setiap wanita sukakan kecantikan yang sempurna. Kala kita lihat di media massa banyak pengaruh yang buat wanita terutamanya lebih obsess nak cantik ni. Kalau KPop boleh la operate bagai untuk kecik kan lagi shape muka dan bagi hidung mancung. Masalahnya kita orang Islam dan sah2 tak boleh operate kan.. Jadi yang tak berapa nak "sharp" bentuk muka dan hidung tu ada cara lain untuk serlahkan lagi bentuk muka kita tang memang asli cantikkk gitieww.. hahah.. Kita kena rasa diri kita cantik. Siapa lagi nak cakap kalau bukan diri sendiri kan.
 
Saya nak share sikit cara shading yang pernah sy buat pada beberapa peserta ruangan makeover Sendayu Tinggi. Sejujurnya saya suka mekap pengguna biasa dari model kerana lebih mencabar dan saya akan belajar banyak benda baru. Tambahan mekap ST mmg di formula utk org umum mcm kita2 ni.. Ok, Jom saya perkenalkan Cik Shading
 
APA ITU SHADING ??
  • Ialah bayangan gelap dan cerah pada wajah.
  • Contohnya bila kita kena direct sinaran matahari, permukaan manakah yang akan kita nampak lebih menyerlah. Bahagian tersorok ialah bahagian yang perlu digelapkan. Bahagian wajah yang menonjol disinari matahari perlu dicerahkan.
  • Ia akan beri impak besar pada wajah supaya lebih nampak tegang, terbentuk, hidung mancung dan sangat2 penting bagi yang terlibat dengan Andaman. Sebab mekap BUKANNYA semata2 buat eyeshadow colourful dah siap.. Hakikatnya, shape muka yang sempurna akan determine mekap yang terletak sempurna. Lagi2 kalau kita buat wedding mekap
 
BAHAN UNTUK SHADING
 
Ada pelbagai pilihan di pasaran produk yang digunakan untuk shading. Tetapi untuk kegunaan harian biasanya wanita sukakan yang ringkas dan mudah di pakai. Kalau mekap artis, kebiasaanya memilih shading cream ( material seperti foundation gelap ) dan disudahi dengan matte shading powder.
 
Di Sendayu Tinggi, bagi mempercepatkan masa boleh gunakan Rose Blush On. Produk ni ada 4 warna untuk kegunaan di pipi. Saya wajib pakai produk ni bila buat full tutorial makeup. Kalau anda semua ada event malam hari, tebalkan sedikit.
yang ada anak panah ni la yg selalu saya buat shading untuk bentukkan wajah
Then, lepas kita bentuk kawasan tertentu dengan Shading tadi, sapukan Liquid Concealer atau apa sahaja bedak / krim yang cerah untuk menyerlahkan shape muka. Saya selalu pakai Liquid Concealer kod Vanilla untuk highlight. Concealer ni juga saya selau pakai untuk cover dark circle bawah mata dan parut. Kebanyakan yang tak ada basic mekap mrk akan apply foundation thicker pada bahagian parut. so end up untuk siang mcm terlalu heavy foundation tu.
Concealer ni ada 3 color. Kod Vanilla ialah yang paling cerah. Kalau ada scar atau jeragat yang ketara apply ini dahulu supaya foundation x heavy


Kemudian baru kita apply blusher. Kadangkala bila salah sapu muka jadi mcm badut dan nampak lagi pelik. Ini tips ringkas mcm mana sapu blusher ikut shape muka.


yg color merah ni untuk blusher / pemerah pipi ya. Bukan shading. Jangan salah faham


 
SHADING IKUT SHAPE MUKA
 
Setiap org memiliki bentuk wajah yang istimewa. Kalau kita kenal bentuk wajah kita, maka lebih senang untuk tahu area mana shading dan highlight perlu di apply
 
bentuk muka saya jenis heart
 

BENTUK WAJAH : DIAMOND

BENTUK WAJAH : OVAL
BENTUK WAJAH : RECTANGLE
 
BENTUK WAJAH : HEART
 
BENTUK WAJAH : ROUND
 
 
 
BENTUK WAJAH : SQUARE
 
Saya ada buat tutorial di youtube mengenai contouring ni. biasanya saya akan buat mcm ni kalau ada event special jer.. blh click link di http://youtu.be/nP4opUQzA7s
 
 

Antara peserta ruangan Makeover Sendayu Tinggi yang pernah saya buat sebelum ni.. sedikit view shading yang saya buat. Oh ye, selalu ramai pm saya nak jadi model makeup ST.. Just emailkan je detail dan gambar sebelum & selepas makeup di stmodel@sendayutinggi.com . Peserta yang terpilih utk photoshoot di Ruangan MakeOver ST akan dihubungi oleh jabatan Iklan ST. Diingatkan, jangan la bagi gambar guna 360 atau yang dah touch bagai. Kalau boleh kita nak yg asli ya :)
 
cuba teka ni shape muka apa..
 

 
tak perlu apply tebal pun shading tu kalau utk day makeup khas kalau nak attend mana2 event
 
 
Saya harap entry kali ni membantu anda semua untuk yakin buat shading di wajah sendiri. Jumpa lagi next entry. Sila tinggalkan di ruangan komen untuk next tips mekap yang ingin anda semua pelajari ;)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday, August 7, 2014

TANDA - TANDA WANITA & LELAKI TAK SUBUR - Punca susah dapat anak.


TOPIK : MENGAPA SUKAR SANGAT NAK DAPAT ZURIAT

 
Credit to staf Sendayu Tinggi atas lakonan semula yg memang menjadi..
Special entry kali ni sekali lagi saya nak kupas isu susah dapat anak. Ada yg tahu dan ada yg tak tahu. Sebabnya takut atau malas nak check. Tunggu bertahun-tahun sampai porak peranda rumahtangga. masing-masing makan hati. Ada yg isteri sanggup suami kahwin lagi satu dengan alasan tak mampu nak bagi suami zuriat. Boleh nak payung emas, tapi sebaiknya check dulu supaya bukti bukan anda si isteri yg bermasalah. Peringatan utk couple yg dah kahwin setahun dan tak merancang. Kalau masih belum hamil make sure pergi check up cecepat utk buat tindakan awal.
 
 
 
APA PUNCA TAK HAMIL ?

 
1. MANDUL
  • Kemandulan wanita berpunca dari ketidaksimbangan hormone dalam badan. Hanya insan terpilih sahaja. Ada yg born mmg dah mandul ada yg mandul kemudian.
  • Sebabnya, hormone tu terhakis kerana gaya hidup, pemakanan serta penggunaan bahan kosmetik kecantikan yang mempunyai pelbagai bahan kimia yang mematikan sel endoktrin.
  • Kalau yg pakai produk pengelupasan tu kena be carefull. Sebab majority bahan yg digunakan utk peel off kan skin supaya jadi licin mcm telur tu dari bahan terlarang seperti hidrokinon, tretenoin dll. Chemical tu kan meresap dalam darah dan effect pada badan dan kalau mengandung akan efek pada baby juga.
  • Mandul juga boleh terjadi sebab ada penyakit dalam faraj dan rahim. Ni dua part berbeza ya.
  • Penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegagalan ovulasi. Telur tak subur
  • Hakikatnya 60% perhatian diberikan pada isteri kalau timbul isu mandul ni. Please do your daily medical check up kalau yang dah kahwin
 
2. FIBROID
  • Kalau yg ada jangan risau. Bukan tak boleh hamil.. Tapi lambat. Puncanya disebabkan terlebih hormone estrogen.
  • Fibroid tu kena dikeluarkan dan bagi yang ada masalah ni make sure tak consume herba yg stimulate hormone estrogen. Sebab ia akan menyebabkan fibroid lagi membesar.
  • Kalau dalam Sendayu Tinggi biasanya 60% yang amalkan kapsul D'Folia Berjaya mengecutkan fibroid tanpa perlu dibedah.
  • Tapi diingatkan, pesakit perlu lakukan medical check up utk lihat progress fibroid yg dihidapi.
  • D'Folia tak ada bahan seperti Mirifica, Lobata atau apa-apa agen herba yg stimulate estrogen. So, boleh consume.. don't worry
 
3. PCOS ( Polycistic Ovarian Syndrome )
 
  • Apa benda tu.. boleh tengok gambar untuk tengok perbezaan ovary yang normal dengan yg ada problem ni. Ovari gagal mematangkan telur.
  • kegagalan ovulasi disebabkan hormone androgen yang berlebihan dan kekurangan hormone estrogen. Haid jadi tak teratur, mandul, haid sikit atau berlarutan panjang
  • Tumbuh rambut pada kaki, muka, dada atau dada seperti lelaki. Sebab hormone androgen tu ada lebih pada lelaki.
 
 
4. ENDOMETRIOSIS
Nampak tak parut tu..
Comparison antara yang normal dan tak normal / endometriosis 
 
  • Ia akan ganggu kesuburan. Dalam endometriosis, tisu endometrium yang sepatutnya berada dalam rahim tumbuh di luar rahim
  • Tak kira lah di mana ia tumbuh, ia akan mirip lapisan uterus kerana setiap bulan ia akan mengeluarkan darah ketika haid berlaku
  • Kalau darah haid boleh keluar melalui vagina, tapi darah dari tisu endometriosis ni tak dapat dibuang. Maka akan menyebabkan tisu parut dan sakit pada kawasan tersebut
  • Apa simptom atau gejala penghidap masalah ni :
           -  Inflamasi
           -  Sakit teramat masa haid terutama di akhir menstruasi
           -  Ketulan darah yg sangat besar
           -  Haid yang sangat banyak / pendarahan luar biasa
           -  Ovarian cyst
           -  Sakit ketika buang air besar
           -  Darah tompok-tompok sebelum haid
           -  Tidak subur
           -  Sakit dibahagian bawah pinggang
           -  Sakit semasa hubungan seksual
 
 
6. TIUB FALLOPIAN TERSUMBAT MENYEBABKAN KETIDAKSUBURAN
Kalau ada masalah ni biasanya doctor akan lakukan pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan atau mengatasi masalah tersumbat tu
 
 
PENYEBAB-PENYEBAB LAIN TIDAK SUBUR :
 
  1. Gangguan pada telur menyebabkan telur tak matang
  2. Umur meningkat terutama selepas usia 35 tahun ke atas
  3. Stress
  4. Pemakanan harian yang tak elok
  5. Latihan olahraga yg melampau
  6. Terlebih atau terlalu kurang berat badan
  7. Merokok
  8. Penyakit kelamin
  9. Masalah kesihatan disebabkan hormone
  10. Senggugut teruk
 
PENYEBAB LELAKI TAK SUBUR
  1. Sperma kurang atau tidak berkualiti. Air mani lelaki mengandungi sperma dan cecair nutrient yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila erdapat lebih 20 juta sperma dalam 1 milimiter ( ml ) air mani
  2. Merokok dan mengambil alcohol
  3. Berat badan berlebihan
  4. Kencing manis

 



perbandingan sperma normal dan tak normal

 
 
 

Kalau pergi ke pakar sakit Tuan setiap lelaki boleh memeriksa kadar kesuburan. Nasib baik sekarang Kursus Kahwin perlu buat HIV test je kan..  
 
APA RAWATAN YANG ADA DALAM SENDAYU TINGGI UNTUK PASANGAN SUSAH MENDAPAT ZURIAT ??
Pertama sekali kena buat medical check up. Dari situ kita akan tahu punca kenapa susah pregnant. Elakkan stress kerana ia boleh menganggu kualiti sperma dan telur wanita. Makanan yang diambil haruslah berkhasiat. Antara susulan lain, boleh cuba produk kesihatan yang membantu utk kesuburan dalam masa yg sama atasi masalah dalaman wanita. Alhamdulillah setelah Sendayu Tinggi berada hamper 20 tahun di pasaran sangat ramai pasanan pelbagai kaum yang berjaya hamil lepas ambil produk ni. Tak salah mencuba.. Dan paling penting langkah terakhir ialah doa.. Mudah-mudahan Allah izinkan kita mendapat cahaya mata. Tanda cinta anda dan suami :)
 
 
 
HERBA KESUBURAN UNTUK WANITA
Semua produk herba Sendayu Tinggi berdaftar dengan KKM dan mempunyai lessen MAL No yang tertera di belakang botol. Bagi isteri, ini antara produk yang perlu diambil serta kelebihannya
 
 
ST Beauty - 30 kapsul / 1 biji 2 kali sehari selepas makan (RM37 )
  • Ia atasi masalah dalaman rahim dan memudahkan kehamilan
  • 100% herba esktrak herba
  • Meningkatkan keinginan seksual wanita terutama yg ada masalah dingin hubungan seks selepas bersalin
  • memejalkan punggung dan payudara kerana ia mengandungi herba untuk tambah hormone estrogen
  • Jadi produk ni tak sesuai kalau anda menghidap fibdroid, cyst atau apa saja ketumbuhan dalam rahim
Sedu Arrow - 60 kapsul / 2 biji 2 kali sehari sebelum makan ( RM30 )
  • Bagus diambil jika alami haid tak menentu / tak lancar
  • Bertindak pada system produktiviti wanita untuk menyuburkan telur terutama yg ada masalah telur tidak matang. Sekaligus memudahkan kehamilan
  • Melewatkan menapous dan bagus diamalkan bila wanita start umur 30an. Kerana waktu ini hormon estrogen mula menurun. kekurangan estrogen menyebabkan wanita cepat tua dan tidak subur selain kurang keinginan seks pada pasangan
  • Menguatkan rahim yang lemah atau tombong / peranakan terkeluar
  • Tak sesuai utk penghidap cyst dan fibroid
 
 
D'Folia - 60 kapsul / 2 biji 2 kali sehari sebelum makan ( RM28 )
  • Ia amat berkesan mengatasi keputihan. Simptom awalan masa ambil akan keluar keputihan berketul - ketul dengan warna merah / coklat / hijau dengan bau busuk dalam 3-7 hari mengikut tahap keputihan seseorang.
  • Ada kes yang alami ketulan lemak keluar dari rahim lepas ambil D'Folia. Ia adalah punca pengguna ni susah hamil
  • Sangat bagus bagi yg kerap gugur atau selepas keguguran. Ia akan menyuburkan semula rahim dan menguatkan rahim utk elak keguguran berulang.
  • Kalau ada cyst, fibroid boleh ambil produk ni. Juga boleh diambil oleh wanita bujang
  • Saya ada buka topic keputihan semasa wawancara di WHI TV3. Click di sini : http://youtu.be/dHqhFirkfvQ?list=UUHqziE5WAYcZ9Nphs95jKzw
 
Botanical Herbal -  1 sudu besar 2 kali sehari sebelum makan ( RM43 )
  • Ia merapatkan cengkaman vagina dan otot dalam rahim
  • Menghaluskan kulit dan memejalkan payudara selepas bersalin
  • Mengatasi senggugut teruk
  • Melambatkan penuaan dalaman kerana kandungan herbanya juga mengandungi herba yang stimulate hormone estrogen
  • Juga tak sesuai bg penghidap cyst dan fibroid
  • Masa haid hanya produk ni sahaja yg perlu dihentikan pengambilannya
 
________________________________________________________________
 
 
HERBA KESUBURAN UNTUK LELAKI
 
Yang ni herba untuk lelaki. Kalau tak ada masalah kesuburan pun x ada masalah nak ambil. Sebab ia akan menyuburkan lagi sperma selain memudahkan kehamilan.
 
GINGKO - 60 kapsul / 2 biji 2 kali sehari sebelum makan ( RM40 )
  • Terkenal dengan herbanya yang mampu melancarkan pengepaman oksigen keseluruh tubuh badan dengan baik. Ia sangat bagus diamalkan bagi penghidap kencing manis
  • Mengelakkan masalah penuaan otak sekaligus mengurangkan masalah Alzheimer / nyanyuk ketika lanjut usia
  • Membuang toksin dalam badan dan bagus merawta masalah seksual
 
ROCK ARROW - 60 kapsul / 2 biji 2 kali sehari sebelum makan ( RM40 )
  • Tingkatkan keinginan seksual lelaki, atasi masalah tenaga batin & menambah tenaga seharian bekerja
  • Meningkatkan bilangan serta kualiti sperma
  • Melancarkan peredaran darah serta mengatasi masalah kebas kaki terutama penghidap kencing manis
  • Melambatkan ejakulasi semasa hubungan seksual
 
SPIRULINA - 60 kapsul / 2 biji 2 kali sehari sebelum makan ( RM35 )
  • Terkenal sebagai herba yang tinggi antioksidan. Boleh diambil lelaki atau wnaita selain sangat efektif sebagai herba anti penuaan
  • Membekalkan zat dan vitamin pada badan
  • Kaya nutrient dan bagus untuk yang alami kekurangan pengambilan sayuran / makanan berkhasiat / gizi seimbang.
 
ANTARA TESTIMONI SENDAYU TINGGI YANG BERJAYA HAMIL

Pn Ashlinda adalah antara pengguna setia ST. Beliau ambil D'Folia dan dalam masa 2 bulan hamil.

Pn Naira dari Langkawi sudi dtg ke Studio ST utk photoshoot. Beliau juga hamil lepas ambil produk kesuburan ST dalam masa tak sampai 6 bulan.
 
Perhatian : kesemua herba di atas boleh diambil untuk suplemen harian bagi tujuan kesihatan tubuh badan. Jika mengambil ubatan Doktor, jarakkan 1 jam dari pengambilan herba di atas

 
Bagi yang ada apa-apa pertanyaan mengenai entry ni jgn lupa isi ruangan komen di bawah. Kalau segan jugak sms / watsapp di 013 3922133.. Atau ada topic lain yang anda ingin tahu rawatan yang sesuai untuk masalah yg dihidapi. Thank You semua sudi baca :)