Friday, February 13, 2015

BISNES ONLINE - Mudah & Tak Perlu Kos Tinggi


CARA BUAT PART TIME YANG PALING MUDAH




Ramai sebenarnya yg suka buat part time dan pm saya boleh tak nak jadi dealer ST tapi budget terhad. Memandangkan permintaan yg tinggi, ST akan open utk dealer online. Tak ada syarat ketat pun. Modal pun rendah. Syaratnya kena rajin je. Ada yg niaga dari rumah ke rumah terutama suri rumah, antara kawan2 dan melalui FB, Instagram dan Youtube. Macam mana nak daftar  ? blh tgk dan daftar terus di SINI

KONSEP DEALER ONLINE
1)       Apa yang dimaksudkan dengan dealer online ST ?
v  Salah satu cara untuk anda menjadi dealer / pengedar ST untuk KESEMUA produk  sekaligus membolehkan anda menjual di laman sosial untuk menjana pendapatan secara part time dan tanpa sewa kedai atau pekerja
v  Keuntungan yang di tawarkan juga antara 30-45% berbeza setiap produk.
v  Pengedar Online ST ini terbuka kepada semua golongan. Anda bebas menggunakan imej dan iklan ST untuk tujuan promosi di Laman Sosial anda.

2)       Berapakan modal permulaan ?
Ø  Setiap pengedar Online harus membuat belian produk ST bernilai RM350 dengan harga sebagai pengedar ST
Ø  Setiap pengedar berdaftar akan menerima FREE GIFT produk dari ST

3)       Kelebihan menjadi dealer online:
Ø  Modal belian yang melayakkan anda menjadi pengedar hanya RM350 dengan belian produk. Anda juga akan menerima hadiah misteri untuk pertama kali pendaftaran,
Ø  Keuntungan dealer dari 30 - 45% berbeza setiap produk.
Ø  Postage percuma untuk belian RM500 ke atas.
Ø  Setiap RM1 akan mendapat 1 point untuk dikumpul dan ditebus baucer rebat produk Sendayu Tinggi
Ø  Pakej yang ditawarkan hanya untuk sekali seumur hidup. Tiada renewal kecuali anda tidak aktif dalam masa 3 bulan berturut-turut
Ø  Setiap dealer boleh share semua iklan / imej dan gambar dari Laman Sosial Sendayu Tinggi untuk tujuan promosi.
Ø  Dealer juga bebas untuk membuat promosi atau diskaun kepada pengguna anda.
Ø  Anda boleh menjual, mempromosikan dan mengiklankan produk mekap ST di mana-mana sahaja termasuk facebook, blog, instagram, website, tweeter, youtube & lain-lain.
Ø  Terdapat promosi bulanan khas yang akan dibuat khas untuk dealer . Pastikan anda masuk di dalam Group Laman Sosial ST untuk makluman promosi terkini
Ø  Jualan Online sangat membantu menambah pendapatan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak utk sewa dan ubah suai kedai, pekerja, bil api dan air atau lambakan stok tak terjual.
Ø  Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuh masa bagi pelajar, suri rumah, pekerja swasta ataupun kerajaan.


4)       Bagaimana cara permohonan dealer ST :

Langkah 1
v  Melalui pendaftaran secara online di Website / Blog ( DOWNLOAD BORANG ) dan emailkan di sendayu.online@gmail.com
v  SMS / WHATSAPP di +6019 472 0133 utk sebrang pertanyaan

Langkah 2
v  Apa yg perlu anda lengkapkan di borang tersebut ialah :
1.        Nama penuh
2.        No telefon bimbit & rumah
3.        No Ic
4.        Email
5.        Alamat rumah
6.        Alamat office (jika ada)
7.        ID di laman sosial – Youtube, Tweeter, Blog, Instagram, Facebook dll

Langkah 3
v  Selepas mendapat pengesahan serta belian produk yang pertama dari pihak ST  anda akan diberi kod ID sebagai pengedar sah. Selepas mendapat kod ID, pengedar boleh membuat pembelian secara online melalui website www.sendayutinggi.com atau secara talian telefon di +6019 472 0133 dengan harga pengedar.
v  WAJIB membuat pembelian pertama RM350 keatas bagi mana-mana produk Mekap, Herba & Penjagaan Wajah


PERHATIAN : Sila baca dengan teliti
§  Pembayaran mesti diterima dahulu sebelum kami membuat penghantaran kepada anda.
§  Pengedar online juga boleh membuat belian di mana-mana outlet Sendayu Tinggi selain secara online
§  Sila check stok selepas diterima. Jika terdapat kerosakan atau kehilangan produk penggantian produk tersebut hanya di buat 7 hari selepas produk diterima oleh pengedar.
§  Dealer mestilah aktif sekurang-kurangnya dalam 3 bulan sekali minima belian RM150 SEBULAN
§  Belian dealer yang tidak aktif lebih dari 3 bulan ke atas wajib membuat pembelian baru minima sebanyak RM200.


CARA BELIAN SEBAGAI PENGEDAR ONLINE ST
1.        Dealer online boleh membeli / menempah produk dengan harga dealer melalui website www.sendayutinggi.com . Pastikan anda ingat NO ID semasa mendaftar di website utk belian produk
2.        Untuk memudahkan anda merujuk senarai harga lengkap, selain melalui website sendayutinggi.com boleh emailkan permohonan senarai lengkap produk di sendayu.online@gmail.com 
3.        Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Ayu di +6019 472 0133 atau emailkan permasalahan anda di sendayu.online@gmail.com


Pengedar Online juga dijemput secara percuma untuk menghadiri apa sahaja aktivti yang diadakan


Antara promosi mingguan yg dibuat khas utk Dealer Online


Antara promosi mingguan yg dibuat khas utk Dealer Online

Antara promosi mingguan yg dibuat khas utk Dealer Online


sesi bengkel solekan Watsons yang turut disertai oleh beberapa Dealer Online ST




Sekitar Event Bengkel Solekan pada Ogos lalu di Kuala Lumpur. Insyallah padaakhir bulan 29hb Ogos ini saya akan ke Kelantan utk Bengkel Solekan. Pengedar Online ST dialu2kan utk join..





Saturday, January 31, 2015

PERKARA PENTING KENA TAHU SEBELUM KAHWIN

TOPIK : PENGALAMAN SAYA SEBELUM KAHWIN


Gambar lama ni snap dari phone je. Sorry la kualiti kurang. Muda lagi mak time ni baru 30+


Kisahnya mak mertua sy siap picit2 jari saya sebab katanya debab2 mcm serai gemuk.. haha
               


Entry kali ni saya nak share pasal persiapan anak dara sebelum jadi mak dara. Ada yg tanya saya apa yg penting luar & dalam. Kalau tanya luar tu semestinya la skin dan body shape. Sebab masa sanding kalau blh nak perfect 10 gituh kan. Jgn jadi mcm saya dah la, time sanding jadi tong sampai koyak baju pengantin. Nasib event malam, tampal kat blkg tak nampak sgt. Kalau idak mmg aibbb.. haha.. Then dalaman mmg penting. Lagi2 org perempuan. Malu kalau laki yang tegur spenda ada tanda kuning, bra lunyai ke, rambut bau kepam.. Dulu masa anak dara rupanya indah luar dari dalam. Bertahan maintain ayu depan laki dalam 5 bulan pertama masa awal kahwin je. Lepas tu korek idung merata, kentut main lepas.. haha.. Kalau blh cover2 la sikit ye kan.. Saya ada sempat buat simple review persiapan sebelum perkahwinan dalam Youtube. Yg ni pun ringkas je khas utk dalaman & luaran. Yg blm tgk blh click SINI utk full video ya


Merisik sudah, bertunang pun sudah, sekarang masanya utk menghitung hari utk melangkah ke fasa seterusnya iaitu pernikahan dan persandingan. Barulah complete semua fasa perkahwinan org melayu. Nak share sikit pengalaman sy sebelum kahwin. Mak saya ni jenis garang sesangat. Dating pun tak blh balik lewat dari jam 6 ptg. End up saya dating kat pasaraya Giant je sbb jumpa pun dalam pkl 4 ke atas. Mana sempatnya nak redah sampai ke Mid Valley nun.. Anak dara nya yg taat ni juga tak pernah ada boipreng. Jadi mak sy mmg tak suka tgk berkepit lama. Kahwin je katanya. Saya nikah umur 19 tahun.. dulu masa nak nikah percaya tak mak saya minta berapa wang hantaran ? Mesti org ingat puluhan ribu kan. Hakikatnya cuma RM1000 sahaja. Duit tu pun katanya hadiah utk saya je. Bukan merendahkan martabat anak, jauh sekali niat nak menjual anak katanya. Alasan mak sy ialah kerana bakal Suami saya tu baru je kerja. Simpanan pun tak ada. Biarlah sederhana je. Pelbagai persiapan harus disiapkan. Tapi sebelah suami nak grand sebab anak lelaki sorang kan, terjebak jugak lah hutang credit card sampai 2 tahun br langsai.. meranaaaaaa... dpt gaji bulanan buta2 byr kredit kad je. So, pesanan sy utk mereka yg baru nak kahwin tu try la elak hutang2 ni. Menyeksa jiwa. Fasa mengenal org baru juga bermula ya. Mak saya kata 1 tahun kahwin honeymoon, 3 tahun kahwin dugaan, 5 tahun ujian hebat.. Kalau lepas 5 tahun tu lega sikit. Tggu nanti lg 10 tahun katanya.. alhamdulillah saya dah lalui fasa tu. Mmg benar belaka apa ckp mak sy tu. Nanti anak sy pun sy akan advice perkara yg sama. Nak masuk 12 tahun kahwin ni pun mcm2 perangai baru yg kita belajar dan detect tau dari pasangan kita. Tapi, itu yg buat hubungan tu lg fun. Bila tgk org bersanding, kami selalu ingat yg baru semalam je kitorg naik pelamin kena kompang cenggitu gak.. cehhh.. perasan.. haha.. 

PENJAGAAN MUKA & BADAN 30 HARI SEBELUM KAHWIN
  • Sebulan sebelum bernikah at least 2 kali buat facial. Tak ada masa ke salon buat je di rumah, Pakai Whitening Flawless Scrub dan Clay Mask ( utk skin oily ) atau Gel Mask ( skin dry ). Lepas tu buat extraction dengan jarum besi jerawat. Lepas tu sapu Acne Toner supaya jerawat tak tumbuh balik di tempat yg sama. Soothing Cream sapu tipis area yg kita dah picit. Tujuannya utk redakan kesan bengkak, menggelupas dan luka kesan picit jerawat, bintik putih & bintik hitam
  • Bakal pengantin jgn terlalu kerap mengenakan mekap yang tebal sebab ia akan menyebabkan kulit naik jerawat terutama skin sensitif bila tak cuci bersih. Pakai Mousse Sunblock atau BB Cream je waktu siang utk protect skin dari sunburn. 
  • Perlu membersih muka dengan sempurna setiap kali mengenakan mekap. Basuh wajah sekurang-kurangnya 3 kali sehari dan elakkan air panas. Ia akan sebabkan skin jadi dry dan pori besar. Malam jangan lupa sapu Serum Stem Cell & 24k Gold utk remove dead cell dan haluskan lagi skin. Pori pun jadi kecil selain blh kurangkan dark circle
  • Utk badan pula mandi dengan Zeodari Soap dan sapu Anti Strecth Mark Cream pada bahagian yg gelap dan berparut. Insyallah akan nampak perubahan dan skin jadi smooth je. Sebolehnya kita taknak lah badan berkerak berdaki sana sini kan.






SUPLEMEN DALAMAN & KEPENTINGANNYA PADA PENGANTIN
  • D'Folia RM28 ialah suplemen herba diperakui berkesan pada dalaman wanita dan bagus diamalkan bagi wanita bujang untuk memelihara dalaman dan kesihatan rahim dari awal lagi. Bagus utk suburkan rahim utk memudahkan kehamilan dan kurangkan masalah keputihan. Kalau tak di rawat ia menyebabkan bau busuk dan menyebabkan ketidakselesaan masa hubungan intim. Ada kes keputihan teruk bg anak dara, masa malam pertama mudah tembus dan disyaki tak dara lagi oleh si suami. Simptom awal masa ambil keputihan keluar lebih banyak dari biasa utk mencuci kotoran dlm rahim. Ia bersifat sementara. Teratas sengal-sengal badan dan bahagian ari-ari.

Diambil 2 biji kapsul 2 kali sehari sebelum mkn..

  • Salmon Plasenta Powder RM55 Suplemen kecantikan kunyah telan terus formula daripada plasenta ikan salmon, kolagen, anggur & Q10. Kaya dengan protein dan vitamin yg dijamin HALAL pengambilannya. Ia memang elok utk merawat kerosakan bdn, menambahkan kesihatan bdn lebih cepat drpd kolagen. Lebih konsentrasi menjadikan kulit lebih tegang, muda dan kurangkan kedutan. Amalkan 30 hari sebelum wedding insyallah akan nampak muka firm dan cerah sekata je. Mekap pun nanti nampak flawless jer..

Serbuk kunyah telan terus perasa anggur


  • Body Contour Cream RM45 berkesan memecahkan selulit, lemak dan lebihan air dlm badan 3x ganda. Mengatasi lengan besar, perut boyak dan lipatan lemak di belakang bdn. So tak payah nak pakai korset masa pakai baju wedding nanti. Selulit pun insyallah licin lepas sapu

Sapu di bahagian bdn 2kali sehari lps mandi.biarkan meresap ke dlm kulit

  • Acne Tablet RM35 tablet kunyah yg sedap dgn perisa strawberi bersama biji anggur dan kolagen utk mengurangkan bengkak, keradangan & kemerahan jerawat juga mengawal pengeluaran minyak berlebihan di muka. Kena start ambil sbb time ni senang breakout sebabnya perubahan hormon. Ia akan mengawal muka dari naik jerawat teruk. Sebolehnya kita nak muka licin je makeup nanti kan


Ada 30 tablet. Makan 2 biji pada waktu pagi

LAST TIPS : Pengantin Kena Ada Persediaan Mental
  • Perlu terbuka & kena face to face kalau ada benda yg kita tak puas hari pasal pasangan kita. Jangan merajuk. melarikan diri dari rumah, mengadu dgn mak atau kawan terus tanpa bertanya pada pasangan. Dapat yg bila bg advice baik membawa ke syurga. Yg musuh dalam selimut, membawa ke neraka semua nasihat2 nya tu.. paham kan ? Lebih2 lagi yg melibatkan masalah seksual.. simpan dalam2 ego tu sebab time emo mmg mcm2 blh berlaku samada perbuatan / percakapan
  • Kesihatan adalah faktor yang agak penting dalam proses pembinaan rumahtangga kerana penyakit kronik hanya akan dianggap menyusahkan pihak yang satu lagi. Jagalah kesihatan untuk orang yang tersayang. Tapi kalau pasangan kita mmg Allah dah bg sakit jgn pula main sedap kita tinggalkan ye. Besar ganjaran tau jaga pasangan masa sakit ni. Ujian utk kita juga sayang tu tahap mana
  • Cubalah belajar untuk berkomunikasi dengan cara yang betul. Hampir 80% kegagalan rumahtangga berpunca dari masalah komunikasi. Masalah dgn couple yg problem ni jenis tak terus terang. Pendam je. Sampai dah tua makin hati. Saya selalu jumpa makcik2 masa tazkirah dok luah perasaan yg suami memasing buat hal buli diorg. Tak blh tgk isteri rehat. Dia nak melenting je. Nak buat mcm mana, ujian utk kita di hujung usia kan. Harap suami sy tak menguji mcm tu la hendaknya..
  • Pasangan juga perlu bersedia daripada soal kewangan/ekonomi. Pastikan ada menyimpan sedikit wang untuk keperluan pada awal perkahwinan. Malah kedua-duanya juga perlu saling bekerjasama dan bantu-membantu. Jangan terlalu boros berbelanja sebaliknya menggunakan apa sahaja yang ada untuk keperluan harian. Belanja ikut kemampuan. Kadang2 tgk org pakai brg mahal2 tu mmg teringin. Tapi ada benda lain yg lebih utama. Time susah benda2 branded tu tak blh nak tolong cash liquid pun kan.. Time berdua mmg tak pakai byk duit, nanti dah mengandung, ada anak, nak sekolah lagi. Isu duit ni jadi isu besar ye. Boleh cerai berai gara2 duit juga.. hmm.. 
  • Pasangan yang bakal berkahwin perlu tahu dan faham skop tanggungjawab masing-masing dalam memainkan peranan sebagai suami mahupun isteri. Bagi saya back to basic. Baik lelaki atau perempuan kena kuat dan faham islam tu apa. Kalau kita faham kehidupoan sebenar dlm islam insyallah rumahtangga tu akan ada penyelesaian dan Allah akan mudahkan segalanya. Bagi sy setiap org ada pasang surutnya dlm sebuah perkahwinan. Sekaligus mematangkan kita sebagai manusia. Jgn lupa, setiap org juga kena lengkapkan diri mengenai ilmu menjadi ibu & bapa juga supaya anak yg lahir nanti sihat. Byk parent muda bila dah kahwin terus bunting pelamin & tak prepare pasal pregnancy dll. Lps tu jadi stress..
Tq pada yg sudi baca sampai habis & hopefully tips pengantin tak berapa lama ni blh membantu anak2 dara yg baru nak kahwin. Doakan perkahwinan sy pun kekal bahagian hingga akhir hayat dan
dunia akhirat hendaknya.. amin..


Bagi yg nak beli online blh click http://sendayutinggi.com/ atau whatsapp order di 019 7917133 / 019 3042133. Produk yg saya nyatakan juga blh di dapati di Watsons terpilih dan Outlet ST seluruh Msia :)


Wednesday, January 28, 2015

LAKI MINTA CERAI LEPAS DAPAT TOMBONG

TOPIK : PERANAKAN / RAHIM TERKELUAR ( TOMBONG )
khas utk wanita shj ni.. kalau ngeri scroll laju2. Yg tak tau mcm mana rupa tombong tu beginilah keadaanya ya.


Pernah dengar tak tombong tu apa ? Kalau anak dara ramai tak tahu. Yg mak dara mcm saya pun baru je tahu lepas beranak 1. Bila selalu jumpa macam2 pengguna ni mmg byk membuka mata saya utk belajar dan dpt ilmu baru. Ada kes sorang pengguna ST yang hanya menoreh getah. Anak masuk 3 waktu tu. Disebabkan faktor kesusahan dan tiada yg blh membantu terpaksa buat segala kerja rumah walaupun lepas 3 hari bersalin. Akibatnya, lepas 2 bulan peranakan turun. Ramai tak tahu bila lepas bersalin rahim perempuan ni akan menjadi sebesar ayam dara saiznya. Bila dalam pantang selama 2 bulan saiz rahim akan back to normal. Ada yg lepas 6 bulan baru kpd saiz asal sbb kurang penjagaan / ilmu. Sebaiknya lepas bersalin buat pap smear terus dan boleh tanya doktor saiz rahim dalam keadaan baik atau tak. Bagi yg tak pernah buat pap smear ni mmg cuak. Mcm saya juga lah. Dah la baru 2 minggu bersalin terus buat. Ngeri betul. Bila ingat2 balik rasa gerun rasa nak beranak lagi.. haha..
Ihsan google - pap smear ni ni bagus utk mengetahui kesihatan dalaman rahim sekaligus dapat detect awal jika ada tanda2 awal kanser atau ketumbuhan rahim
Pn Lotinah ni mmg pengguna setia ST. Dulu muka cengkung dan bawah mata kelam. Lepas ambil Dfolia & Sedu Arrow dlm 3 bulan alhamudlillah katanya peranakannya naik balik & keputihan tak ada

Ok saya sambung cerita pengguna tadi ya. Namanya Pn Lotinah. Dia sendiri sanggup share pengalaman sendiri. Katanya buat apa nak segan. Dulu gara2 segan lah sampai melarat teruk mcm ni. Waktu peranakan tu keluar sakitnya jgn cerita. Pucat lesu satu muka. Memang tak selesa. Nak jalan mesti rasa bergesel je benda tu di seluar. Melecet dan pedih. Kalau ada keputihan lagi lah tak selesa. Kalau pergi ke Doktor Sakit Puan biasanya rahim yg dah terkeluar sgt tu mrk akan ikat dengan cincin. Bukan cincin belah rotan tu tau. Lepas tu katanya berbau kuat sangat sebab keputihan. Sampai lalu depan suami pun kena marah sebab busuk sgt. Katanya lagi teruk dari bau ikan masin. Kesian dgr nasib dia sebab gara2 tombong ni lakinya minta cerai. Tambahan bila bersama mmg azab sangat rasanya. Nasib perempuan kan, dah penat bersalin, mengandung, berpantang lagi.. Mudahan kita wanita dapat suami yg menghargai kita. Ingat senang ke nak keluarkan budak tu. Belum lagi tahap ada ibu2 yg dapat buasir lepas bersalin kan.. ( geram jap sebab teringat laki Pn Lotinah ni ) Masa sy dengar dia cerita sebak rasa dada.. Apa pun, jadi perempuan ni kena ada ilmu di dada. Tak boleh juga kalau mengharap & doa je kan..
Nampak tak cincin ( pessaries 0 tu.. yg tu la akan di gunakan utk ikat rahim yg terjulur keluar dari alat sulit wanita. Ini lah yg dinamakan tombong ye.. Basicly kalau dalam Sendayu Tinggi perlu ambil Sedu Arrow RM30  & D'Folia RM28 utk naikkan semula rahim yg keluar. Proses sembuh juga tak sama setiap org. Senaman kegel juga amat membantu supaya otot rahim kembali kuat
APA YANG PERLU WANITA TAHU PASAL RAHIM & TOMBONG ?
  • Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvic dan  disokong oleh otot jaringan dan ligament.
  • Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligament yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.
  • Rahim terkeluar dari vagina boleh dirasai melalui jari terutama semasa mencangkung. Ia juga menyebabkan wanita mudah sakit belakang / pinggang
  • Bagi peringkat yg teruk tombong pesakit akan terasa sakit seperti mahu bersalin. Kejang pada otot perut, sakit pada dinding faraj, keluar keputihan banyak yg luar biasa
  • Wanita yang alami lemah bahagian peranakan cenderung terkencing bila batuk, kencing tidak lawas, mudah keguguran awal kehamilan, sakit ketika hubungan seksual dan terasa peranakan tersembul terkeluar melalui vagina.

Peringkat 1 - Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear. Kalau nak test blh mencangkung dan rasa macam ada benda tersembul tak dari kemaluan. Kalau ada mgkn anda dah tahap peringkat 1


Peringkat 2 - Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj. Bila dipegang dari luar boleh terasa seakan licin sepeti belon. Jika tidak dirawat mmg akan lebih teruk. Waktu ini bila ketawa atau batuk mmg mudah utk terkucil sekali

Peringkat 3 - Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj. Pelu ke Pakar Sakit Puan sebab jika tidak dicuci akan menyebabkan jangkitan pangkal rahim yg menjurus kepada kanser sebabnya sebahagian organ kita dah terdedah di luar. 
Ok yg ni picture simbolik je. bayangkan yg tengah tu rupa peranakan yg terkeluar. Bila disentuh licin je rasanya. Ia akan tersembul pada pintu alat sulit begini. 

Punca Peranakan Jatuh:

·         Kehamilan dan kerap bersalin,  terutama mereka yang melahirkan anak yang besar atau pun melahirkan bayi secara instrumental (forceps/ vacuum)
·         Umur meningkat dan menopaus.
·         Tidak meneran dengan betul semasa bersalin
·         Batuk atau sembelit kronik.
·         Berat badan berlebihan (obesiti).
·         Sering mengangkat barang berat.
·         Ketumbuhan dalam abdomen.

Kesan Jika Dibiarkan Berlarutan?
·         Menjejaskan hubungan suami isteri
·         Sukar mengawal atau tidak berasa puas ketika membuang air besar atau kecil.
·         Kandungan mudah gugur.
·         Peringkat ketiga peranakan terkeluar, pintu peranakan akan bergesel pada seluar dalam dan menyebabkan luka, jangkitan dan kanser pangkal rahim.


RAWATAN HERBA ALTERNATIF
Ramai yg takut berjumpa Doktor dan menidakkan masalah tombong ni. Selain dari rawatan moden, ada alternatif lain yg ramai telah berjaya amalkan. Ada 2 produk penting iaitu D'Folia & Sedu Arrow

      BERAPA LAMA NAMPAK KESAN ?
  •       Biasanya dalam 2 minggu pengambilan pesakit akan merasa merengat pada air2 dan terasa berdenyut pada perut. Ada keluar keluar keputihan banyak waktu ni. Jika tombing dalam peringkat 1 sahaja kesan boleh dilihat seawal 1 bulan. Jika peringkat 2 & 3 perlu ambil masa dan 60% berjaya atasi masalah tombong tanpa perlu rujuk pada pakar sakit puan. Apa pun semuanya izin Allah.. yg penting ada usaha :)


SEDU ARROW - 60 Kapsul RM30.00

  • Suplemen tradisional herba kulit cendana, biji kucing hindi dan akar susu baik untuk kesihatan dalaman.
  • Bagus diamalkan wanita yang telah berusia 30an ke atas untuk melewatkan simptom pra menopaus.
  • Membantu menyihatkan rahim selepas melahirkan anak dan menjadikan wanita lebih awet muda.
  • Menyihatkan rahim selepas bersalin dan atasi ketidaksuburan untuk yang sukar hamil.
  • Merawat masalah rahim /  peranakan terkeluar dan kerap terkencing semasa batuk atau kurang lawas.
  • Menggalakkan penghasilan hormon estrogen secara semulajadi.
  • Mengatasi sakit belakang, sengal sendi dan mudah penat.
  • Pengambilan D’Folia dan Sedu Arrow menegangkan dan menguatkan semula peranakan yang lemah.
  • Cara pengambilan: Ambil 2 biji 2 kali sehari sebelum  makan.


    D'FOLIA - 60 kapsul RM28.00
    •   Mengurangkan lebihan cecair pada vagina.
    •  Menguatkan cengkaman vagina yang longgar terutama sekali selepas bersalin.
    •  Mengatasi keputihan yang serius
    •   Menguatkan rahim lemak terutama wanita yang mudah keguguran.
    • Mengatasi rahim kembang dan perut buncit selepas keguguran atau selepas bersalin.
    • Merangsang hormon seks wanita dan mengurankan lendir berbau dan kotoran dalam rahim.
    • Elok diamalkan setiap hari sebagai suplemen harian bagi menaikkan seri wajah dari dalam dan
    • mengurangkan masalah keputihan & lebihan cecair pada alat sulit.
    • Cara pengambilan : ambil 2 biji 2 kali sehari sebelum makan

    RAWATAN SENAMAN KEGEL ?? APA TU ..
    Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak atau masa hamil. Ia juga membantu memantapkan otot perut & mengecilkan punggung selain membentuknya agar tidak jatuh dan hilang shape & kepejalan. Semasa hamil juga bgs amalkan senaman ni sebab sy pun dapat advice dari Doktor sy masa pregnant dulu. Bila meneran nanti kita akan tau bezakan utk teran yg depan atau belakang. Bila salah teran atau blm tiba waktu byk wanita yg dapat buasir. So dgn senaman kegel ni kita dah praktis awal. Cara ini juga diamalkan oleh wanita Thailand kerana ia berkesan menyempitkan cengkaman alat sulit dan memudahkan proses bersalin juga tanpa menyebabkan koyakan yang besar. Selain tu ia akan mengurangkan masalah tombong ni dari berlaku. 

    Fungsi dan Faedah Senaman Kegel
    • mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing{mosimage}
    • mengurangkan kes peranakan turun
    • meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
    • meningkatkan kualiti hubungan kelamin
    • menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium


    Teknik Senaman Kegel

    CARA SENAMAN KEGEL

    1. Cara-cara :Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba.
    2. Tahan kemutan selama 8 – 10 saat dan lepaskan dengan perlahan-lahan baki kencing seperti biasa.
    3. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.
    4. Ulangi langkah ini sehingga empat ke lima kali. Seeloknya lakukan secara berkala sabanyak tiga kali sehari dan lakukannya sekerap yang mungkin.
    5. Cara kemutan ini boleh dilakukan dengan cara berdiri, duduk atau berbaring