BELI 2 PRODUK ST DI WATSONS DAPAT FREE BENGKEL SOLEKAN
THE STYLE & BEAUTY GURU
Jurumekap : Yatie Sendayu Tinggi ( Makeup Guru )
Lokasi : Cititel Express Hotel
Masa : 10.30 pg - 1.00 tgh
Tarikh : 1hb Ogos 2015
CARA PENYERTAAN :
Beli mana-mana 2 produk kosmetik Sendayu Tinggi di
Watsons dan anda layak tebus tiket KELAS MEKAP bersama Sendayu Tinggi
Hantar bukti pembelian dan maklumat peribadi di 013 2792133 atau di Instagram dan
hashtag #sendayutinggimakeupwatsons.
Terhad kepada 100 peserta terawal sahaja.
Sendayu Tinggi ada promosi bulan ni sempena Raya di Watsons. Beli 2 item dari kategori ni pun dah melayakkan anda dpt tiket FREE utk Bengkel Solekan bersama saya :)
Diskaun special bg pengguna Sendayu Tinggi di Watsons. Grab 2 item di atas utk melayakkan anda join bengkel solekan saya pd 1hb Ogos ni di Kuala Lumpur ;)
KELEBIHAN JOIN BENGKEL SOLEKAN ST:
Peserta akan membuat mekap
secara praktikal bersama-sama semasa bengkel berlangsung
Setiap produk & tester disediakan oleh Sendayu
Tinggi. Peserta perlu membawa tisu basah, cermin,berus sahaja ( juga boleh membawa
barangan mekap sendiri )
Peserta diajar setiap langkah mekap ( Basic Daily
Glamour Makeup )
Makanan pagi & tengahari disediakan
Percuma Baucar DISKAUN 15% kepada setiap peserta semasa
kelas mekap. Ia boleh digunapakai semasa sesi Jualan Murah di lokasi selepas
habis sesi bengkel solekan
Peserta yg join bengkel ni adakan dpt setiap seorang baucer 15%. Time ni juga ada less utk semua produk ST. Jadi harha mmg murah sesangat
PREVIEW - BENGKEL SOLEKAN YANG PERNAH DIBUAT OLEH SENDAYU TINGGI
Sebelum ni ST mmg ada buat bengkel solekan. Insyallah kelas mekap akan dibuka semula dan saya akan maklumkan tarikh & payment yg dikenakan. Special sikit kali ni kerjasama antara ST & Watsons sempena menghargai pengguna-pengguna ST yg shopping di Watsons.
Sebarang soalan semasa sesi bengkel diadakan dibuka utk setiap peserta bertanya
Utk mekap siang saya akan share tips & teknik mudah utk contouring. Bg yg nak belajar teknik lukis kening teurtama beginner ini lah masanya :)
Peserta akan bersama-sama membuat solekan ke wajah sendiri kerana bengkel ini diadakan untuk perbaiki skill sedia ada
selfie time :)
Demo di hadapan akan dibuat oleh saya. Skrin besar disediakan utk memudahkan peserta yg jauh melihat step by step lbh jelas. Muka time ni fokus sgt sampai gitu sekali..
Utk mekap class kali ini bersama Watsons hanya 100 org yang akan dipilih. Siapa cepat booking cepat akan reserve sit awal.
TOPIK : Kurang 10kg Masa Puasa ?? Hamboihhh, besar cita-cita ya masa puasa ni. Boleh ke kurang 10kg masa puasa ni ? Jawapan saya ialah tak mustahil sbb mmg ada pengguna ST yg kurang 10kg dalam masa bulan biasa. Tak perlu time Ramadhan pun. Diingatkan ya, produk slim ST ni bertindak 60% membantu proses kurus. Lagi 40% pada empunya badan, sejarah kesihatan dan faktor-faktor lain juga diambil kira utk "menjayakan" projek kurus uols ... Kelebihan bulan puasa ni mmg rata-rata komen blh kurang 4-5kg maksimum. Tapi lepas raya tambah 10kg katanya.. hahaha.... tu dia... So, sy nak share sikit tips kurus masa puasa sbb blh loss weight double & next entri sy akan share tips & cara maintainkan berat lepas berjaya kurus. Part ni paling crucial sbb ramai yg naik balik lepas berjaya turunkan berat badan ..
Cara Pengambilan Masa Ramadhan Ada yg ambil jenis Slimming Drink dan ada yg ambil jenis kapsul. Di sini sy sertakan cara pengambilan masa puasa ya. Kalau yg ada yang ambil produk herba ST yang lain pun blh ambil 5 minit sebelum makan berat semasa buka & sahur
WAKTU SAHUR
WAKTU BERBUKA
Sepaket Bio Triple Slym dibancuh dan diminum 10 minit sebelum bersahur. Kalau mempunyai gastrik ambil selepas makan.
Sepaket Slimmax Drink di bancuh dan diminum 15 minit sebelum / selepas bersahur.
Jika ada ambil set slim jenis kapsul (Lucimax, Garlic Plus & Slimmertique) diambil selepas Slimmax Drink tadi
1)Bancuh 1 paket Slimmax Drink dan minum semasa berbuka, 5 minit kemudian baru mengambil makanan berat / menu utama.
2) Jika ada ambil set slim jenis kapsul (Lucimax, Garlic Plus & Slimmertique) diambil selepas Slimmax Drink tadi
3)Bancuh 1 ½ sudu D’Tox dengan 75ml air sejuk dan ambil sebelum jam 9.00 malam / selepas terawih.
MENU SAYA MASA BERBUKA & BERSAHUR Saya nak share sikit la apa menu ringkas yg sy makan.. Utk pengetahuan semua, sy ni jenis suka makan. Rugi kalau tak jamah. Walaupun makanan tu sedikit berlemak.. hahaha.. saya akan cuba utk jamah sikit walaupun kadangkalanya terbabas..
BERBUKA
Saya akan ambil manisan dulu then
habiskan secawan air kosong sbb nanti terawih ssh nak bekejar ke tandas. Antara
menu saya masa berbuka :
1 mangkuk beras perang / ponni (
lebih rendah kalori, kanji & sihat )
1 mangkuk sayur. Kegemaran sy jenis masak lemak. Lagi-lagi lemak rebung.. haiyoo sedapp..
Masakan laut / Isi ayam / Ikan bakar
@ sup lebih baik dalam semangkuk
Daging saya jarang makan. Kalau ambil tak lebih dari semangkuk kecil
Jika mahu ambil desert / manisan
jenis bubur ambil dlm 1 mangkuk kecil je. Yang penting kena rasa semua
makanan.. hahaha..
Saya suka manisan tapi tapi tak
suka air manis. Jadi air kosong shj setiap hari
LEWAT MALAM / SELEPAS TERAWIH
Biasanya saya jarang makan lewat
sebab cepat mengantuk masa bulan puasa ni. Kalau ke dapur mesti mengunyah. Jadi
ini yg saya akan makan salah satu dari list ni :
Roti serat bakar sekeping / buah / kerepek dalam mangkuk kecil. Kalau tak
nanti saya terbabas makan lebih
Air kosong 3 gelas besar
BERSAHUR
Sahur saya jarang selera makan
byk. Tapi dengan Slimmax Drink Alhamdulillah saya tak lapar. Gastrik sy yg agak
mild pun tak menyerang time bulan puasa kalau ambil Slimmax Drink. Kalau
terlupa, siap la esoknya mesti pedih ulu hati & sesak dada. Menu sahur saya
:
Nasi separuh mangkuk je. Tu pun
susah nak habis
Lauk : ikan masin, sayur, kembung
rebus masak cili ( favourite !! ), ayam goreng kunyit, ikan singgang ( saya
suka mkn ikan dari haiwan yg lain )
Slimmax Drink. Kalau hari tu tak
selera saya ambil ni dgn yogurt je sahur..
Air kosong 3 gelas besar
Tips makanan yg perlu dielakkan:
1) Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan. 2) Makanan bergaram seperti jeruk (menyerap air dlm badan). 3) Berlemak, berminyak & bersantan (Kandungan karbohidrat tinggi blh menambahkan berat badan). Kalau ambil berpada-pada dan jangan kerap 4) Kuih muih yg manis (tinggi kalori tetapi rendah nutrisi). Jadi saya akan hadkan pengambilan dalam sekeping sehari. Kegemaran saya ialah kuih raya. Boleh habis sebalang saya kerjakan. Tapi sehari makan maksimum 5 keping
Cara Diet Masa berpuasa
1)Kenal pasti kadar metabolisme tubuh badan. Kerana individu yang mempunyai metabolisme tinggi, tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka. Tanda metabolisma rendah ialah cepat mengantuk lepas makan, susah berpeluh dan cepat naik berat badan. Biasanya yg jarang bersenam akan alami metabolisma rendah
2)Jangan lupa utk bersahur. Bersahur membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa.
3)Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang.
4)Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu
5) Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
6) Ambil serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya.
7) Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.
8) Minum cukup air masak. Berpuasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
9) Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun berpuasa
10) Jangan asyik menimbang berat badan. Hanya timbang seminggu sekali.
BAGI YG NAK TGK TIPS SENAMAN RINGAN MASA PUASA & VIDEO YG LEBIH JELAS CLICK KURUS SEBELUM RAYA
Produk Diet Masa Bulan Puasa Bagi yg nak try menguruskan badan lebih cepat masa berpuasa blh lah try produk yg saya listkan ni. Cara makan masa berpuasa blh skroll atas ya. 1) Slimmax Drink Hi Fibre Cereal RM27.90
Bijirin tinggi serat
- Minuman berkhasiat berserat tinggi & bagus diamalkan masa hamil juga - Diperkaya dgn campuran bijirin, oat, gandum, jagung & fiber - Fiber tadi akan bertindak " mengembang " di dalam perut utk kesan kenyang lebih lama - Juga bagus membuang toksin & yg kerap pedih ulu hati. - Sebagai pengganti sarapan / sahur ketika berpuasa. - Kawal pengambilan makanan secara berlebihan. Try ambil masa berbuka utk cut selera - Sesuai utk pesakit gastrik, wanita dlm pantang dan semasa hamil utk elakkan sembelit. - Membantu proses diet utk berat bdn lebih ideal.
2) Bio Triple Slym RM44
Cuma ambil 1 paket je pd waktu pagi @ sebelum sahur
- Ada 2 perisa iaitu lemon & epal hijau - Berkesan menyekat selera makan. Ambil 2 paket jika selera jeis " besar" - Membantu proses pembakaran lemak 3 kali ganda - Diperkaya dgn agen pelangsingan yg selamat iaitu ekstrak drpd Garnicia Cambogia, Citrus Auratium & L-Carnitie.
3) D'Tox RM44
- Bantu mencuci / membersih usus dan menyingkir sisa toksin. - Bantu sistem penghadaman, pundi kencing dan atasi sembelit. - Menurunkan berat badan dan menurunkan lemak - Mengempiskan perut yang buncit - Ektrak daripada Oat, Aloe Vera, Alfalfa dan Licorice Root. - Boleh diambil bagi penghidap sembelit, buasir, ibu menyusu badan serta dlm pantang
Bancuh 1/2 sudu dgn air sejuk
4) Slimming Set (Lucimax, Garlic Plus & Slimmertique) RM96.50 (1 set)
Produk 3 serangkai utk turunkan berat bdn dgn slmt tanpa cirit birit
Lucimax RM29.50 - Raja penawar dgn herba Ganoderma Lucidum utk atasi pelbagai masalah kesihatan - Membetulkan sistem bdn secara sistematik & tingkatkan metabolisma. - Membuang toksin, tekanan darah tinggi / rendah, menurunkan kolesterol - Ambil 2 biji 2 kali sehari - Hentikan pengambilan semasa haid dan 2 minggu sebelum pembedahan). Garlic Plus RM27.50 - Campuran herba bawang putih kering, ubi temu kunci dan biji lada hitam. - Membuang angin, memecahkan selulit, membakar lemak di perut, paha & lengan. - Atasi masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sembelit. - Melawaskan pembuangan air kecil atau besar. - Ambil bersama Lucimax dan Slimmertique. Slimmertique RM39.50 - Bertindak melawaskan pembuangan air kecil & bsr. - Mengurangkan rasa lapar dan membuang air yg berlebihan dlm bdn. - Menegangkan kulit bdn gelambir dan boyak slps berat bdn turun. - Kekalkan body shape & curve selain tegangkan kulit lepas kurus - Mengelakkan rasa penat dan lapar agar sentiasa bertenaga.
* Perhatian : Lucimax, Garlic Plus, Slimmertique, Bio Triple Sym boleh diambil selepas 4 bulan bersalin.
Bagi yg nak shopping sakan dgn harga best price boleh beli di Outlet ST pada 25 - 28hb Jun 2015 ni ya. Semua produk ada diskaun & bg yg jauh blh dapatkan secara online di SENDAYU TINGGI ataupun whatsapp 019 3042133 / 019 7917133. Jumpa lagi next entri uolssss... muahhh !!!
Malunya lahai kalau suami tegur " yang, kenapa bau kuat sangat ni. Awak tak cuci bersih ke ?? ". Sebagai wanita kita terkenal dengan pembersih dari lelaki kan ? Bau ada kait rapat dengan keputihan. Ada yg mengalami keputihan tapi belum peringkat kronik. Penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait
rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.
Dalaman ni kena jaga start anak dara lagi. Bagi yg dah kawen pulak, dalaman ni mmg penting dan kena jaga sgt2. Macam2 jamu moden & tradisional yg masih diamalkan oleh org Melayu termasuk org Indonesia & Thailand yg lebih terkenal dgn herba ni. Pernah berborak dgn org Indonesia.. katanya " mudah sahaja kalau mahu merampas suami org. Bila dia sudah "merasa" sy, lelaki itu pasti tak keruan dan banding2kan dengan isterinya ".. Sy ni angguk je lah. Dlm hati, mintak dijauhkan lah perangai perempuan mcm ni. Katanya, ramai lelaki takut nak komplen pd isterinya. Nanti isteri mrk kecil hati katanya.. Ada yg mengadu " tak boleh lah nak ajak sebab bila buka terus bau ikan masin.. mati selera ". Jadi lepas ni kena rajin2 mewangikan cik pah ya ( lor, mcm tajuk lagu Akim dah ni.. hahaha )
APA YG ANDA PERLU TAHU MENGENAI KEPUTIHAN ? Bahagian alat sulit sensitif pada
perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan
wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau
faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin
tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau,
bengkak alat kelamin dan kesakitan.
Masalah kegatalan dan
keputihan mungkin berpunca daripada jangkitan di faraj dan permukaan kulit
sekitarnya. Masalah ini boleh dirawat dengan menjalani ujian untk mengesahkan
jangkitan dan mendapatkan nasihat doktor tentang kaedah rawatan terbaik
mengatasinya.
Keputihan biasanya boleh bertukar akibat campuran peluh dan
jangkitan bakteria serta akan mengeluarkan bau yang agak kurang enak jika tahap
kebersihan sekitar kemaluan kurang dijaga.
Ia juga akan menjejaskan
hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri. Disamping itu,
jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan
menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar
mendapat zuriat.
Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk
menjaga vagina
Bersihkan bahagian luar
kemaluan selepas buang air kecil / air besar, seelok-eloknya menggunakan
air. Lap kering dengan tisu. Jangan basah2 terus sarung seluar dalam. Ia memerangkap bakteria dan mengundang bau
Pakai pantyliner jika mengalami keputihan teruk. Ia mengelakkan bau dan jangkitan. Tukar pantyliner apabila perlu
Semasa haid, dinasihatkan kerap menukar
tuala wanita terutama bila darah haid keluar dgn banyaknya. Ini kerana darah
adalah tempat yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan
tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
Elak daripada sering
mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam vagina dengan
tujuan membersihkan bahagian dalamnya.
Juga elakkan dari memakai bedak pada kawasan vagina kerana ia boleh mengumpul partikel halus sekaligus bakteria
Selepas hubungan intim, wanita digalakkan membuang air kecil dan membersihkan alat sulit
Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang
terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada
kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
Wanita yang mengalami keputihan kena tahu bezakan keputihan biasa dan yg teruk. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu-waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan atau selepas menopaus.
Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj.
TANDA KEPUTIHAN SERIUS & KESANNYA
Pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau.
Jika dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan jangkitan kuman pada rahim dan menyumbang kepada kanser
Keputihan yang banyak juga menyebabkan kemutan vagina menjadi longgar. Selain keadaan tekstur yang "berkeju kental" mengundang rasa geli kepada pasangan setiap kali bersama
Keputihan menjadikan air muka nampak kusam & kelam. Dalaman yg sihat menjadikan kulit cantik dan kemerahan. Berbeza dgn mereka yg mengalami masalah dalaman
Rata-rata wanita mengalami masalah keputihan & haid tak teratur selepas bersalin. Ia berlaku dari perubahan hormon dan penjagaan pantang yg kurang ditekankan
keputihan normal sepatutnya berwarna jernih dan tidak berbau.
RAWATAN TRADISIONAL VS MODEN
Bagi rawatan moden, Pakar Sakit Puan biasanya akan memberikan anda antibiotik setelah memeriksa jenis keputihan yg dialami. Ia bersifat sementara sahaja. Penggunaan pembersih peribadi pula haruslah mempunyai asid laktat dan pH 3.8 - 4.5 sahaja iaitu pH yg sama dengan pH semulajadi faraj wanita. Bagi rawatan tradisional di dalam Sendayu Tinggi ada 2 produk yang paling penting iaiatu kapsul D'Folia dan Virgin Wash untuk cucian alat sulit. Ia akan merawat keputihan dan kesannya untuk jangka masa panjang
D'Folia RM28 (60 kapsul)
Mengeluarkan sisa keputihan yg melekat pada dinding rahim.
Pada 1 minggu pertama pengambilan keputihan akan keluar lebih byk dari biasa. Ada yg mengeluarkan bau, berwarna hijau, keruh, coklat gelap dan gatal
Selepas proses "pencucian" selesai, keputihan akan hilang kembali kepada keputihan normal
Jika berhenti produk ini, rahim akan kembali kepada asal. Amalkan diet sihat kerana keputihan juga disebabkan pengambilan makanan segera dan tidak sihat selain dari masalah hormon dan kebersihan diri.
Bagi anak dara ambil 2 biji 2 kali sehari. Selepas keputihan sembuh cuma amalkan 1 biji 2 kali sehari. Yg sudah berkahwin perlu ambil seperti biasa iaiatu 2 biji 2 kali sehari waktu pagi dan petang.
Produk ini tidak boleh diambil bagi wanita hamil dan selepas bersalin kurang dari 4 bulan.
Bagi yg keguguran, kapsul ini amat bagus menguatkan rahim semula selain mengecutkan peranakan sekaligus memudahkan kehamilan pada masa akan dtg.
Virgin Wash RM24.50
Cuci alat sulit 2 kali sehari dengan Virgin Wash untuk mengatasi kegatalan dan bau
Pembersih alat sulit wanita daripada
ekstrak Daun Sireh, Lobata dan Kacip Fatimah untuk kesegaran berpanjangan.
Atasi keputihan, bau, kegatalan,
membasmi bakteria dan melembutkan kulit sekitar vagina.
Menghangatkan keintiman hubungan suami isteri dgn haruman wangian herba.
Sesuai digunakan semasa hamil dan
dalam pantang.
EXTRA UTK YG DAH KAHWIN : Enigma Beauty RM27.50
Keputihan akan membuatkan cengkaman longgar, terlalu berair atau berlendir semasa bersama selain mengurangkan keputihan & rasa gatal. Sapukan Enigma Beauty pada alat sulit sebelum bersama. Ia seakan " tepung herba" yg bertindak menyeimbangkan cairan dan menguatkan cengkaman seperti 99% dara semula. Terbukti dengan 1 kali penggunaan sahaja. Ia bersifat sementara dan kesannya hilang selepas membuang air kecil
Untuk yg nak dapatkan info lengkap mengenai masalah keputihan ni blh tgk interview saya di WHI TV3 di link ni ya RAWATAN KEPUTIHAN SERIUS
Bagi yg nak dapatkan consultation dan segan nak bertanya blh whatsapp saya di +6013 3922133. Produk ni blh dibeli di Outlet ST atau online di sendayutinggi.com ( atau whatsapp order di 019 3042133 / 019 7917133 )
Topik : Tuduhan Sibutramine Dalam Produk XTrimme Slym
Surat dari KKM - Alhamduillah, surat rasmi daripada KKM sendiri yg mengesahkan produk tersebut tiada bahan terlarang. Namun kami pasrah produk yg dirampas tidak dipulangkan memandangkan itu prosedur mereka.
Pada 16hb April 2012, saya ingat lagi ST telah diserbu dgn pegawai Farmasi serentak kami di HQ dan seluruh Outlet Malaysia. Dengan tak semena-mena juga wartawan pun dah standby sekali. Pagi tu mmg aneh sbb semuanya seolah dah dirancang dengan baik. Sy sudah tentu panik, bukan sebab serbuan semata-mata tetapi pertuduhan yg disampaikan mengatakan X-Trim Slym ST beracun. Kalau beracun mengapa sy yg sendiri mengamalkan selama lebih 2 tahun masih sihat walafiat. Siap buat medical check up lagi.
Belum lg blogger2 yg melakukan cerita dan menambah ajinamotokan story rampasan ni. Hakikatnya, kami tak buat yg dituduh. Tapi org lebih percaya apa yg keluar di Buletin Utama, Radio, Surat Khabar dan di Internet.
Selepas shj kes tu, kami hantar semua sampel produk di setiap makmal yg ada. Ujian negatif dari Sibutramine. Kami tak pernah jemu call dan minta feedback kes kami di KKM. Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 Tahun jawapan diterima. Allah akan membela org teraniaya. Kami bersyukur yg memang kami tak aniaya pengguna. Terima kasih tak terhingga kepada pengguna yg masih setia dan yakin menggunakan produk ST !!
Gambar Internet - Selepas beberapa jam rampasan terus PC dibuat di depan premis ST
Gambar Internet - ST terpaksa memanggil wartawan utk menerangkan apa yg berlaku
Setiap badan manusia adalah unik. Anda jenis gemuk yang bagaimana. Saya cenderung gemuk di muka, punggung dan peha :)
Ramai yg mengalami masalah kegemukan. Rata-rata selepa susia 30an. Kenapa ?? Kenaikan berat badan seiring dengan peningkatan usia. Apabila makin kita berumur, metabolisma akan menjadi semakin rendah. Ia menjadikan lemak lambat terbakar. Metabolisma rendah juga di sebabkan faktor kurangkan melakukan riadah. Berbeza masa kita budak-budak yg mana aktiviti harian lebih kepada bermain, berlari dan ketika ini metabolisma memang tinggi. Masalah obesiti atau kegemukan juga adalah penyumbang terbesar kepada pelbagai penyakit merbahaya. Jadi, kurus bukanlah semata-mata utk kecantikan. Tanpa kesihatan, setiap yg kita miliki tidak berharga. Malah, Malaysia adalah antara negara yang rakyatnya mempunyai masalah obesiti paling tinggi di Asia Tenggara. Percaya atau tidak, mereka yg mengalami kegemukan cederung utk kelihatan 15 tahun lebih nampak "berusia' dari umur sebenar mereka. Pelbagai jenis ‘gemuk’ yang dapat dikenalpasti. Bagaimana cara utk kita mengenal jenis gemuk yg dialami dan adakah ia memberikan apa-apa kelebihan atau kekurangan ?
KENALI JENIS
KEGEMUKAN
Adakah
anda tergolong dalam golongan yang gemuk? gemuk yang bagaimana? Sebenarnya, ada
beberapa jenis kegemukan, yang boleh dikenalpasti dari beberapa ciri
fizikal.Jom kenali jenis kegemukan supaya kita tahu cara untuk mengatasi nya
Ciri-ciri gemuk air
badan menggelembir dan
lembik
badan terasa
'berkocak' dan lemak terasa bergerak semasa melompat atau bergerak
cepat mengah apabila
melakukan aktiviti fizikal
KELEBIHAN & KEKURANGAN : Gemuk air paling mudah kurus. Dengan sedikit bantuan aktiviti senaman 3 kali seminggu dan diet pemakanan yg seimbang anda mampu turun lebih banyak dari mereka yg mengalami masalah gemuk daging & angin. Namun, apabila anda kurus rata-rata akan mengalami masalah lebih daging yang ketara. Senaman memejalkan bahagian badan sangat penting untuk membentuk badan lebih firm selain pengambilan makanan yg tinggi protein
Ciri-ciri gemuk angin
kerap sendawa atau
kentut
mudah loya, sakit
kepala dan migrain serta sebu perut
pantang salah makan, mudah mendapat angin satu badan
KELEBIHAN & KEKURANGAN : Gemuk angin adalah seperti gemuk air. Mudah untuk kurus. Tetapi perutnya sangat sensitif dan kena berhati-hati memilih makanan. Badan jenis gemuk angin cenderung sembab tetapi lampung bila dipicit. Apabila kurus, badan kelihatan kecut. Pengambilan makanan tinggi protein bagus untuk membina otot semula
Ciri-ciri gemuk daging
Badan berasa berat dan pejal.
Mudah penat melakukan tugas harian
badan dan otot terasa pejal bila di pegang
KELEBIHAN & KEKURANGAN : Gemuk daging jenis gemuk ini agak susah nak turunkan berat badan dan mengambil masa yg lama nak capai berat badan ideal. Tetapi jgn bimbang, biar lambat asalkan selamat. Kelebihanya ialah, apabila kurus badan anda tidak mengalami lebihan daging yg terlalu ketara.
Jika bersenam, ada yg akan alami penurunan berat badan tak ketara. Tetapi hakikatnya mengalami penurunan yg ketara jika dilihat dari mata kasar. Jadi jangan risau dengan skala penimbang. Yg penting luaran nampak langsing. Tambahan, jika kita kehilangan otot dan bukannya lemak, kita akan cenderung cepat gemuk semula dan kelihatan flabby
Setiap manusia memiliki shape tersendiri. Jangan samakan bentuk badan anda dgn orang lain. Sebagai contoh bentuk badan curvy seperti hourglass memang cantik tetapi bahagian peha cenderung utk besar supaya balance dgn portion punggung. Apa pun, yg penting berat badan yg ideal dan sihat menjadikan kita lebih sihat & awet muda
Faktor keturunan.
Aktiviti fizikal. Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.
Faktor psikologi. Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.
Penyakit. Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan.
Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti
Obesiti punca mcm2 penyakit
TESTIMONI - ALINA ALI, 25 TAHUN adalah pengguna ST yang berjaya menurunkan berat badan dari 109kg - 48kg selama 8 bulan. Semasa pengambilan 4 bulan pertama akhirnya berta badan berjaya turun sedikit demi sedikit. Selera makan bekurangan ketara selepas bulan ke 3. Apabila kegemukan yg dialami lama, kita tak blh expect dalam masa 1 bulan boleh turun berkilo-kilo. Tambahan lagi, produk ST bukan dari drug yang menjanjikan proses kurus cepat tetapi kesannya dada bedebar-debar, berpeluh. menggigil dan merosakkan buah pinggang.
BERAT SEBELUM 108kg
SELEPAS 48KG
Utk lihat live interview & makeover dgn Pn Alina click link SINI
BERKESAN & SELAMAT KAH PENGAMBILAN SET SLIMMING ? Produk yg dipasarkan untuk tujuan pelangsingan haruslah mempunyai lesen dari KKM sebelum di jual. Sebelum ini ST amat terkenal dengan produk pelangsingan jenis kapsul iaitu Lucimax, Garlic Plus dan Slimmertique. Ia membantu memperbetulkan sistem dalaman badan terlebih dahulu sebelum bertindak melangsingkan badan. Konsep pelangsingan ST ialah 60% atas bantuan suplemen dan 40% atas usaha sendiri iaitu displin, aktiviti sukan yang membantu booster metabolisma selain konsisten dalam pengambilan diet harian selepas kurus bagi mengelakkan gemuk yoyo ( on off ). Ia bukan bertindak menguruskan badan sahaja tetapi membakar lemak. Terkini, ST mengeluarkan produk pelangsingan dalam bentuk powder bagi memudahkan mereka yg tidak gemar mengambil kapsul
Lebih 20 tahun Sendayu Tinggi memasarkan produk Kapsul pelangsingan ni. Lucimax, Gralic Plus dan Slimmertique antara yang masih ramai pengguna setianya sampai ke hari ni
BIO TRIPLE SLYM RM44
Ekstrak drpd Garnicia CAmbogia, Citrus, Auratium & L-Carnitine. Mengawal selera mkn & bakar lemak 3x ganda. Menyingkirkan sisa toksin dari badan, membersihkan sistem penghadaman yg menjadi punca kegemukan. dan men jadikan badan kekal segar dan bertenaga. Hanya sepeket mampu menunjukkan penurunan selera makan yg ketara esok harinya. Jika selera masih sama, ambil 2 paket sehari.
Cuma bancuh je sepeket pada waktu pagi sebelum sarapan
EASYFULL RM56
Minuman mengawal pengambilan kalori dan mengurangkan rasa lapar. Kaya dgn Vit, C, A, ASid Lemak, Omega 3 dan Anti Oksida.
Kandungan beras perang yg tggi serat mengurangkan rasa lapar dan perut sentiasa kenyang dan membantu menurunkan kolesterol.
Ia juga mengelakkan badna kehilangan otot sepanjang proses kurus. Kehilangan otot menjadikan badan flabby dan tidak menarik selepas kurus. Ianya seakan badan menjadi lisut dan sakit
Dibancuh 3 sudu dgn air pns & ambil sebelum makan tengahari
D'TOX RM44
Membantu kekalkan kandungan bakteria sihat dlm kolon, mencuci toksin dalam usus, Ekstrak drpd Alfalfa utk membantu sistem penghadaman dan pundi kencing. Ia juga berkesan dan elok utk menurunkan berat bdn dan meningkatkan sistem pertahanan bdn. Boleh diamalkan untuk yg mengalami masalah sembelit.
Dtox dibancuh 1 1/2 sudu dan minum sebelum pukul 8pm.
DIET HARIAN & PERKARA YG PERLU DIELAKKAN UTK MENJAYAKAN PROGRAM PELANGSINGAN
Elakkan mengambil makanan yang tinggi pengawet, garam dan perasa.
Jauhi makanan proses seperti snek, fast food, minuman dalam tin, ais dan tinggi lemak
Elakkan dari mengambil karbohidrat selepas jam 6 petang.
Bijak memilih makanan. Kurangkan pengambilan karbohidrat tetapi lebihkan protein
Jika suka mengudap makanan atau selalu mengidam manisan, sediakan kekacang dan asingkan mengikut sukatan supaya tidak terlebih
Lebihkan sayuran, buahan, ikan dan isi ayam. Tukarkan mee, roti putih, nasi putih, pasta kepada bihun, laksa, suhun, roti serat dan beras perang
Ambil 2 gelas air kosong sebelum makan sangat membantu memberikan rasa kenyang lebih awal
Apabila perut sudah terbiasa mengambil makanan dalam portion sedikit, ia akan menjadi rutin harian
Makanan manis cenderung "berkampung " di middle section badan seperti perut, punggung dan peha. Elakkan makanan tinggi gula untuk mendapatkan shape badan yang cantik. Jika teringin, jangan ambil terlalu kerap. Displinkan diri untuk mendapatkan badan yang lebih sihat
Antara pengguna yang berjaya menguruskan badan dengan Set Slimming ST
Nur Fadila selepas pengambilan set slimming
Utk sesi interview & makeover click SINI. Selain tu ada sesi makeover sekali. Boleh belajar step mekap :)
Lelaki pun ambil produk slim ni. Bukan bangsa Melayu sahaja
Bagi yg berminat mendapatkan produk ST boleh click sendayutinggi.com atau whatsapp 019 3042133 / 019 7917133