Tuesday, September 1, 2015

TIPS PAKAI : BLUSHER, HIGHLIGHT & CONTOURING

TOPIK : KENAPA PERLU BLUSHER, CONTOUR & HIGHLIGHT ?

Trend mekap berubah setiap zaman. Kalau dulu zaman 80an glamor mekap skin putih, celak hitam, bibir merah menyala. Peredaran zaman menyaksikan byk jenis mekap. Pendapat saya mekap ialah aksesori. Mcm kita beli tudung lain color, lain juga auranya di muka. Begitu juga mekap. Lately trend mekap makin meluas di Malaysia. Usia belasan lagi dah mula mengenali apa itu pembayang mata, pemerah pipi dan gincu. Zaman saya dulu kenal bedak sejuk dgn krim temulawak je

Kali ni entry saya ialah bagaimana mendapatkan kesempurnaan mekap. Kita hairan kenapa sentuhan makeup artist / mak andam tak sama dgn sentuhan kita. Pendapat saya, kalau kita mahir utk membentuk kening serta contouring basicly makeup kita akan nampak sgt berbeza & jauh elegant dari mrk yg tak mahir 2 asas penting ni.


Kenapa wanita tak suka mekap ?
  1. MALAS : Sebab nak capai bedak pun malas inikan pula nak berdandan. Tudung pun main sarung je. Bagi yg tak kisah pasal isu penampilan ok. Tapi kalau dah bersuami kena lah sedap mata memandang. Kadangkala suami mungkin tak bercakap tapi matanya mungkin " terpandang " yg lain lebih indah. Malangnya yg indah itu bukan anda. Macam mana tu ?
  2. TAK SUKA : Ya mmg ada org tak suka mekap. End up kita akan buat keputusan / komen di post laman sosial " MAKEUP IS FAKE " justeru berpendapat bahawa " aku lebih cantik tanpa mekap, dalam makna yg tersirat".. tapi bila tgk orang lain cantik lepas mekap, mesti ada sekilas lalu yang kita rasakan org itu nampak menarik. Tapi, cantik sebab mekap lah tu !! ".. Jgn kita jeles, menidak atau membenci mekap gara-gara kita tak suka mekap ( padahal tak reti sebenarnya ). 
  3. TAK PANDAI : Majoriti macam tu. Teringin juga macam org lain pakai eyeliner tapi bila kita pakai jadi panda. Letak blusher jadi mcm kena penampar. End up laki kita suruh cuci. Sebab di matanya lebih cantik tanpa adanya mekap di muka ( tu yg ramai buat andaian, husband i tak suka i pakai makeup. Dia suka i natural beauty je .. wahh !! ). Logiknya, mekap ni macam mewarna, Bila budak kecil mewarna mmg byk kurangnya. Sakit mata dan elok lukisan tu sebelum di warnakan bukan ? Tetapi berlainan rupanya kalau org dewasa mewarna tambahan professional. Sedap mata memadang. Begitu juga mekap. Lebih kerap kita menggunakannya maka lebih mahir & improve makeup skill kita secara beransur2. 
Jika kena dgn gayanya, mekap yg betul akan menyerlahkan lagi natural beauty anda. Ada orang mekap hanya dengan bedak dan secalit gincu. Bagi mereka itu sudah natural, tapi dengan beberapa tips lain yg kita apply mampu menyerlahkan lagi pesona walaupun bermekap tipis iaitu pemerah pipi. Dan... sedikit sentuhan highlight & contour jika sudah mahir. Kalau utk daily ni sapu light2 je dah memadai. Sebab org selalu salah anggap bila apply mekap je bererti kena siap dalam 2 jam dan hasilnya ala2 nak pergi buat show padahal nak pergi dating dgn husband atau ke pasar je pon. Bagi beginner, try sedikit sentuhan pemerah pipi blh menampakkan wajah kita segar & muda. Kalau tak percaya kena cuba. Dari situ kita akan berani mencuba yg lain. Org perempuan suka baju, tudung & kasut. Tapi muka yg sedia ada tak pernah bertukar2 kan.  20 tahun lipstik yg sama dengan bedak Thailand. Try lah teknik yg berbeza, baru seronok ;) 


Saya sendiri bukanlah 24jam "berwarna" je muka ni. Tapi sekali sekala teringin juga especially kalau ada hari istimewa. Bg yg baru berjinak dgn mekap, nanti kalau dah advance blh la try yg lbh deep. Contohnya solekan utk makan malam memerlukan teknik yg berbeza kerana keadaan yg gelap / lampu hotel akan menenggelamkam 60% mekap kita. Teknik contour & highlight juga ada pelbagai. Mencuba pelbagai teknik akan memberi impak yg besar pada keseluruhan mekap kita nanti. Jgn takut utk mencuba. Mcm resepi masak juga. Lain tekniknya, lain juga rasanya kan ?



BAGAIMANA CARA APLIKASI  "CONTOUR " ?

1. Kenal pasti dulu bentuk muka untuk lebih senang apply contouring mengikut jenis muka. Gambarajah ni antara yg paling simple utk describes bahagian mana yg pelru digelapkan pada muka kita. Konsepnya mudah, kawasan yg kita nak sorokkan haruslah digelapkan. Manakala kawasan yg kita nak tonjolkan haruslah dihighlight

Bentuk muka


Saya buat swatches di tgn utk produk Contour. Gunakan berus sederhana utk aplikasi di wajah. Color white shimmer tu sebagai highlight
Dlm palet ni ada gambarajah utk kita senang follow color mana utk area yg mana di muka






BAGAIMANA CARA APLIKASI  "BLUSHER " ?


sapukan blusher mengikut shape muka yg sesuai. Mula-mula sapu dgn jari sikit2 kalau tak biasa & blend  sampai nampak natural



Yg ni palet blusher & highlight code 01. Yg warna paling cerah tu akan bg skin nampak glowy


Yg ni blusher code 02. Saya shoot tanpa flash

Utk beginner pun blh pakai palet ni. Lama-lama kita akan lbh mahir & improve teknik mekap kalau selalu praktis. Terus muka akan nampak berbeza



Utk daily kalau rajin blh try contour dulu then baru pakai blusher. Kalau tak rajin, memadai sapuan pemerah pipi dan naik seri. Kalau kita mekap jgn bagi nampak "pale" dengan sapuan bedak semata-mata. Bereksperimenlah dgn warna. Bagi mereka di luar sana yang "anti mekap " tak salah utk mencuba. Rumah kalau tak dihias berbeza dgn dihias kan ? Begitu juga muka. Pakai mekap tak bererti kita "fake". Dan bukan bereti kita bermekap ni asal orangnya pasti hodoh. Selamat mencuba !!


Utk pakai bronzer yg simple & natural blh click  SIMPLE CONTOURING


Saya pernah buat teknik contour yg lebih detail lagi. Click HOW TO CONTOUR & HIGHLIGHT

Produk ni akan masuk di semua Outlet insyallah paling awal minggu ni. Utk belian online blh whatsapp 0193042133 / 0194720133 atau dari website www.sendayutinggi.com

Bagi mereka yg berminat utk jadi Dealer Online Sendayu Tinggi dengan modal yg sgt minimum blh CLICK BISNES MUDAH . Terbuka utk lelaki, perempuan, pelajar, suri rumah atau dijadikan part time

Friday, August 28, 2015

MAKIN LAMA KAHWIN MAKIN HAMBAR ?

Kenapa Lepas Lama Berkahwin Makin Tawar ?

Betul ke ? Mesti yang baru kahwin terbaca post saya ni jadi risau kan. Sebab masa bercinta perasaan "mengerenyam" nya membuak-buak. Bila dah kahwin setahun dua, dibuatnya blm ada anak lagi masa ni.. mmg rasa mcm dlm drama cinta Sonata sgt kan. Hahaha..

Biasanya lepas beranak 1 rata-rata pasangan komen akan ada perubahan besar. Dulu si isteri sibuk berdandan mencantikkan diri & melayan kerenah laki / baby besar.. ye la, sebab masa tu tak ada anak nak diuruskan susu, lampin, berak bagai. Tapi bila dah ada anak semuanya berubah. Yg bini mmg tinggal semua shawl, high heel, mekap sampai deodarant pun lupa gara-gara nak menyiapkan anak, suami dan diri. Sudahnya, si isteri yg dulu meletotop dah rupa bidan. Lbh sadis, masa pantang tak jaga badan. Habis boyak sana sini. Itu blm dalam lagi. Dapat laki jenis laser mmg mendapat lah. Walaupun ramai wanita tak suka, cakap suami tak menghargai isteri lah, apa lah, kena terima seadanya sebab tu anak dia lah... Tapi hakikatnya, suami kita suka tgk isterinya cantik. Tak kurus pun tak apa yg penting bersih, kemas dan dalaman "batin" tertunai. Kalau dpt kurus mmg bonus lah kan. Sihat pun dapat selain cantik.. 

Kalau laki kita jenis diam je tak byk komplen pasal penampilan kita, jgn nak bersyukur sgt. Sebabnya sy selalu dapat pm dari golongan suami yg tak tahu mcm mana cara nak bg isteri ni sedar. Kalau dibagitahu mmg tidur luar jawabnya ataupun perang sabil. Paling tak best, tiba-tiba dah ada madu muda.. Selain dari wanita, ramai juga lelaki yg pm sy. Bukan nak berkenalan pun tapi cari penyelesaian. Antara topik yg selalu saya dapat dari org lelaki :


  1. Lepas bersalin isteri saya dah tak macam dulu. Bila "ajak" je dia byk alasan. Masuk bilik je dia dah berdengkur. Cakap penat. Sekali dua kita paham. Tapi kalau dah masuk 3 tahun macam ni lelaki mana tak berdarah hidung
  2. Masalah keputihan terlalu teruk. Bila "bersama" boleh sampai melekat-lekat. Saya jadi geli. Lepas tu berbau. Saya sayangkan dia, tapi takut nak cakap dgn isteri. Risau dia kecik hati
  3. Badan berbau kuat lagi-lagi ketiak & bahagian alat sulit. Sampai hilang rasa nak bersama isteri. Bila tengok isteri orang bersih & wangi rasa tercuit juga hati. Dulu masa bercinta tak tidur sebantal, jadi tak tahu sifat pengotor isteri
  4. Lepas bersalin isteri saya boyak. Saya sayangkan lagi isteri, tapi serba salah nak suruh kurus sebab dia dah susah payah lahirkan anak kami. Jadi saya tak pernah komplen walaupun teringin tengok isteri kurus macam dulu. Tapi, dia macam tak kisah je nak kurus. Mungkin perasaannya bila dah kahwin tak payah dah jaga badan
  5. Lepas isteri beranak yg ke 5, bila bersama mcm tak ada apa-apa.. semuanya bolos je. Mungkin sebab dah beranak banyak jadi mcm tu. Ada pernah suruh dia try la ubat herba ke apa utk ketat balik macam dulu. Tapi malu. 
  6. Lepas menyusu badan aset isteri dah tak macam dulu. Jadi mcm kasut Aladdin. Boleh cecah ke pusat. 

Bila dibaca rasa nak buat sepakan tanpa bayang je pada laki-laki tu semua kan. Pendapat saya kena ada usaha juga. Tak blh terus melenting. Anggap yg positif dulu. Org perempuan kan terkenal dgn kebersihan & kecantikan. Apapun, kita ambil iktibar. Ada berlambak je org perempuan kat luar yg cantik solid molid kena cerai dek laki kan.. Tapi pokoknya, isteri yg bijak ialah yg pandai menjaga diri, suami termasuk pakai, makan, minum & batin.


Kunci kebahagiaan rumahtangga bukan sahaja terletak pada belaian mesra atau kemewahan harta benda tetapi terletak pada hubungan yang mesra, perasaan kasih sayang juga penjagaan kesihatan dalaman. Oleh itu, ia harus diberi perhatian dalam menghangatkan hubungan suami isteri supaya terus kekal lama. Terutamanya para isteri yang mula berdepan dengan seribu satu macam masalah selepas berkahwin dan mahupun selepas bersalin. Ini menjadikan hubungan makin dingin. Isteri dingin ketika di kamar beradu merupakan salah satu penyumbang ke arah keretakan rumah tangga. 

Mereka seolah-olah lupa akan tanggung jawab batin seorang isteri terhadap suaminya.Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga; ia perlu dijaga, disiram dan dibajai  juga dibelai dari semasa ke semasa agar sentiasa subur, segar dan mekar mewangi. Baja kasih sayang anda bersama pasangan bukan hanya ketika di awal perkahwinan atau semasa bercinta. Jika sebaliknya dibiarkan tanpa siraman atau baja ia akan layu dan mati. Begitu juga dengan hubungan suami isteri, ia perlu  diluahkan melalui kasih sayang dan belaian mesra dengan penuh rasa cinta. Namun apabila usia perkahwinan kian bertambah, rasa kasih sayang dan kehangatan hubungan intim bersama pasangan juga semakin pudar dan layu tiada manisnya umpama bunga yang tiada lagi madunya  

Oleh itu, saya ada buat summary serta produk yg sesuai utk semua persoalan yg datang dari suami-suami di atas.


  1. Mmg perempuan lps bersalin lebih2 lagi kalau dah 30an ke atas akan cepat penat. Mana nak layan anak, rumah, laki lagi.. Biasanya kalau anak kecik mmg struggle time ni. Insyallah lepas anak dah usia 8 tahun ke atas dah tak pening sangat nak basuh kencing berak semua. Utk isteri, try ambil ST Beauty RM39.20. Bukan shj akan boosterkan sexual desire tapi bgs bg energy spy malam blh "kerja lebih masa "
  2. Keputihan berlaku sebab faktor makanan junk food, kebersihan dan perubahan hormon. Masa pregnant normal semua akan dpt lbh keputihan dari baisa. Tapi kalau dah sampai melekat-lekat tu mmg geli lah. Ambil D'Folia RM29.70 utk cuci keputihan keluar. Masa ambil mmg akan keluar semuanya. Dalam beberapa hari akan bersih. Keputihan ni juga blh jadi punca cengkaman longgar
  3. Badan bau tu maknanya mgkn peluh kuat. Rajin-rajinkan mandi dgn Zeodari Soap RM 15.90 selain bgs putihkan bhgn badan yg berkerak. Utk alat sulit mmg mudah perangkap bau teruama masa haid / keputihan byk. Cuci dgn Virgin Wash RM26  utk kurangkan bau. Kalau guna sabun biasa nanti kering jadi gatal-gatal. Tak ada la cik abang selak "hidangan" bau ikan kering kan
  4. Nak kurus tak mudah & ambil masa terutama yg bersalin ceaser. Rata-rata perempuan boyak sebab ambil pil perancang. Mmg ssh nak kruus balik. Utk permulaan ambil dulu Garlic Plus RM29.60 & Detox RM46.60 dulu. Bgs utk buang toksin & burn fat pada bhgn yg degil spt perut dan peha. Kalau nak faster result combine dgn Easyfull RM59.40, Bio Triple RM46.60  ( bg yg susah kontrol selera makan ) & Body Contour RM47.70 sapu area berlemak & berselulit. Jgn lupa makanan seimbang sebab produk hanya bantu 60% proses diet anda. lagi 40% pada usaha anda juga
  5. Mmg perempuan dah beranak byk cengkaman akan longgar. Ada jg yg beranak satu dah jadi mcm tu. Amalkan ST Beauty RM39.20  & D'Folia RM29.70 konsisten. Insyallah cengkaman mantap sentiasa. Bukan shj bg utk sex drives, hormon & elak keputihan semata-mata. Kalau nak lg hebat, sapukan Enigma Beauty RM29.20 ( serbuk perapat ) sebelum bersama. Insyallah 99% mcm anak dara balik. Kesan serta merta
  6. Dulu masa menyusu badan air susu penuh mmg payudara nampak padat. Bila dah kurang / stop akan jd lembik. Especially yg memiliki payudara besar. Mcm belon juga. Bila ditiup padat. Bila buang angin lisutlah ia.Selain itu faktor usia jg punca payudara jatuh. Amalkan suplemen yg kaya kolagen & hormon spt Beauty Drink RM36. ia akan mengangkat & menegangkan payudara walaupun tak sama spt macam zaman kita anak dara. At least tak lah jadi lisut sampai ke pusat. 



Monday, August 24, 2015

PUNCA KENAPA JERAWAT TAK PERNAH SEMBUH


Benci dengan jerawat!


Masalah jerawat kadangkala disebabkan perubahan hormon, permakanan, pengeluaran sebum berlebihan, persekitaran dan sensitif pada perubahan cuaca. Walau dah beribu duit habis pada produk penjagaan wajah mengapa kulit masih berjerawat. Kalau jerawat tak dikawal pasti akan jadi lebih teruk lagi.  Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada liang roma kulit.Ia boleh meliputi bahagian muka, leher dada dan belakang badan. Pada sesetengah orang jerawat mungkin terjadi sehingga ke peringkat bernanah.Ada sesetengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah merebak ke serata muka. Ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul tak? Tapi jerawat ini tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Ini mungkin penyelesaian kepada masalah jerawat.Jom kita baca...

Kulit berjerawat


jerawat bernanah


KENAPA MASALAH JERAWAT TIDAK PERNAH SEMBUH?
  
1. ALAHAN KEPADA MAKANAN
  • Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng,pedas,kopi,coklat dan makanan laut yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
  • Kuantiti air yang tidak mencukupi tidak dapat membuatkan badan untuk mengalirkan toxin. Oleh yang demikian,toksin dalam badan akan kekal lama dan menyebabkan jerawat bertambah teruk.
  • Dinasihati supaya makan lebih banyak buah-buahan segar,sayuran dan minum air yang mencukupi supaya mempercepatkan aliran toxin dari badan.
2.TIDUR
  • Pembaikan sel-sel sistem badan tidak berfungsi dengan baik jika kurangnya tidur. Harus tidur sekurang-kurangnya 8jam sehari. Jam 12mlm-3pagi merupakan masa sistem badan tengah menjalankan tugas.

3. SEMBELIT
  • Sembelit membuatkan toxin kekal lebih lama di dalam badan menyebabkan peredaran darah tidak  lancar. Toxin yang berlebihan akan tersekat dan akan dikeluarkan naik pergi melalui kulit wajah. Timbulnya jerawat dan lambat untuk sembuh selagi masalah sembelit ini tidak diselesaikan.
4.  PEMILIHAN PRODUK YANG SALAH.
  • Pemilihan produk yang kuat bahan didalamnya membuatkan masalah jerawat akan jadi lebih teruk. Selain itu sering bertukar memakai produk juga menjadi punca jerawat tidak dapat dirawat dengan baik.
5BAKTERIA.
  • Menyentuh dan memicit jerawat mengundang masalah lebih besar. Jerawat akan bertambah lebih banyak seperti berjangkit. Ini kerana kemasukan bakteria telah berlaku. Dan parut hitam juga akan terjadi jika sering menyentuh jerawat dengan jari.
6HORMON TIDAK SEIMBANG.
  • Masalah hormon yang tidak seimbang menyebabkan punca jerawat tumbuh dengan lebih banyak dan lambat untuk sembuh. Ini kerana Kelenjar sebaceous mengeluarkan banyak sebum sehingga liang roma tersumbat . Dan terus dikeluarkan sehingga jerawat bertambah banyak dan menjadi bengkak dan merebak.
7.PENJAGAAN MUKA YANG TIDAK BERTERUSAN.
  • Tidak berdisplin untuk megikuti basic jagaan muka iaitu memakai cleanser,toner,moisturiser,anti-blemish dan sunblock.
8.TERDEDAH DENGAN PERSEKITARAN
  • Terdedah dengan udara yang kotor dan cahaya matahari tanpa perlindungan seperti asap kereta
 9.HATI TOKSIN
  • Hati yang bertoksin penyebab jerawat tidak pernah sembuh. Perlu ambil ubat daaman untuk membersihkan hati. Jerawat berpunca juga dari dalam badan kita.
  • Darah yang kotor adalah salah satu puncanya. Sebab itulah ramai yang kini sedar betapa pentingnya mendermakan darah dan berbekam.

Macamana Nak Atasi Jerawat ?

1) Bersihkan Wajah Cuci Kulit Wajah 
Lakukan pencucian dan pembersihan wajah paling kurang dua kali sehari melalui urutan ringan di seluruh wajah, menggunakan pencuci khas bertekstur lembut. Gunakan Acne Bar Soap

2) Jangan Memicit Jerawat Dengan Kuku
Jgn picit jerawat dengan kuku. Ia boleh memburukkan keadaan kulit dan berisiko meninggalkan parut kekal dan sukar untuk hilang. Gunakan alat khas iaitu Besi Extraction Jerawat yg banyak dijual di farmasi. Pastikan anda menyapu Acne Toner selepas proses pembersihan jerawta agar ia tidak dijangkiti kuman hingga menyebabkan jerawat membiak ke tempat lain

3) Amalkan Pemakanan Sesuai
Individu mengalami masalah ini terutama jenis serius perlu mengurangkan pemakanan berminyak, telalu manis dan pedas. Bagi yg alah pada makanan laut pastikan anda mengelakkan diri dari mengambilnya kerana ia akan menyebabkan jerawta bertambah teruk

4)  Minum Air Kosong
Amalkan meminum air kosong dalam kuantiti yang banyak setiap hari, sekurang-kurangnya tiga liter, bertujuan memastikan keadaan dalaman badan sentiasa bersih dan kurang toksik.

5) Suplemen Dalaman Yang Sesuai - Resdung
Jika anda menghidap resdung, selain dari ubatan doktor ada perubahan herba yang sememangnya berkesan merawta resdung dari akarnya. Berbeza dgn ubat doktor yg hanya bersifat menahan alergi & bersifat sementara, Nosygone akan mengeluarkan semua kuman & hama dari bdn punca resdung. Bagi yg jerawat resdung biasanya akan mengeluarkan jerawat nanah & bau utk beberapa minggu. Selepas dalaman & darah bersih, jerawat teruk & alahan resdung akan hilang. Utk detail mengenai resdung click video Rawatan Resdung


6) Suplemen Dalaman Yang Sesuai - Sensitif / Hormon
Bagi yg tiada resdung tetapi jerawat selalu on off bagus mengamalkan Acne Tablet. Ia meredakan jerawat akibat stress, kurang tidur atau berpunca dari perubahan hormon disebabkan kehamilan ( ya produk ini blh diambil masa hamil & menyusu badan ). Sebelum kahwin pun bagus amalkan sebab ia akan kawal jerawat disebabkan masa nak kahwin hormon akan jadi imbalanca tambahan kurang tidur dgn segala persiapan. Click link video Persiapan 30 Hari Bakal Pengantin




Terperinci - Produk Skincare & Suplemen Anti Jerawat !


Produk Baru! Acne Bar Soap & Whitening Bar Soap

ACNE Bar Soap ( Sabun Jerawat ) RM19.10/RM21.20
  • Sabun wajah dengan diperkaya dengan formula epilobium angustifolium, Aloe Barbadensis Extract, Hydrolyzed Collagen dan yang berkesan  membasmi bakteria punca jerawat di wajah selain menjadikan wajah bersih dan bebas daripada masalah kulit.
  • Ia bertindak membersihkan kotoran yang menyumbat pori, mengeringkan jerawat yang naik selain mengecutkan jerawat dengan berksan dan mengawal minyak di muka di bahagian ZOn T. 
  •  Gunakan Acne Balm dan Scar toner bersama untuk kesan terbaik.



Acne Tablet & Acne Powder

Acne Powder (Suplemen Telan Terus)  RM35(RM37)
1. Suplemen telan terus yg merawat jerawat, ekzema & psoriasis dari dlm
2. Ekstrak Vitamin C, Burdock, Lactoferin & Mangga yg kaya antioksidan utk anti penuaan
3. Membantu mengurangkan pengeluaran sebum minyak pada wajah
4. Mengembalikan kecantikan & kehalusan kulit


Acne Tablet (Suplemen Kunyah )  RM35(RM37)
1. Mengandungi kandungan bahan anti oksida yg tinggi untuk mengekalkan kelembapan kulit & anti bakteria
2. Mengurangkan bengkak, radang dan kemerahan pada kulit
3. Membantu meneutralkan radikal bebas yg menyebabkan kerosakan pd kulit.
4. Kaya dgn ekstrak kolagen, anggur, manggis, teh hijau, buah zaitun, aloe vera, strawberi & dandelion


CONTEST : click Menang RM150 produk ST dengan selfie bersama ACNE TABLET utk join.Tarikh tutup pada 31hb Ogos ni ya.. Good luck !!!

Whatsapp 0193042133 / 0194720133 utk beli secara Online atau dari website http://www.sendayutinggi.com/


Thursday, August 13, 2015

Petua Kulit Kekal Muda Bermula Dari Sunblock


Topik : Tips Pilih Sunblock & Kenal Jenis Kulit


Utk entri sebelum ni saya ada share tips paling mudah menentang jeragat dari muncul. Masalah yg cukup & paling dibenci & takuti oleh kaum hawa. Click SINI utk baca entri yg lepas. Penjagaan awal bukan sahaja menyelamatkan ribuan ringgit duit kita dari dibelanjakan utk treatment anti ageing pada masa akan dtg tetapi menjanjikan kulit lbh nampak segar walaupun sudah berumur. Sunblock ni ramai yg tak suka pakai sebab berminyak / berlengas. Kalau kulit jerawat lagi leceh nak jaga sebab amat mudah naik jerawat lebih2 lagi yg sunblock yg tinggi spf atau dari oil base. So entri kali ni saya nak share apa beza dua jenis sunblock dlm ST dan skin apa yg sesuai. Ia blh dijadikan base sblm mekap selain protect skin kita. Saya akan pakai Mousse SUnblock setiap hari kalau skin saya sgt oily waktu tu. Skin sy jenis kombinasi. Lately skin sy dry sbb cuaca hangat, jadi sy switch pd Tinted Moisturiser Sunscreen. Kalau tak, nnti skin sy keluar biji2 kecil jerawat dan x keluar mata sbb dlm skin oil tp luar dry. Jadi sebelum try apa2 sunblock kita kena kenal dulu jenis kulit memasing



Kulit kita ni ada banyak jenis, yang paling basic seperti...
  1.   Kering
  2.   Normal
  3.   Kombinasi
  4.   Sensitif
  5.   Berminyak




Jenis-jenis kulit 

Kulit Kering

  • Kulit kering ni kita akan rasa stretch/ tegang di muka dan permukaan/ struktur kulit kita boleh rasa kasar dan selalu menggelupas. Bila selalu menggelupas, lama-kelamaan kulit akan jadi nipis dan bertukar menjadi kulit yang sensitif. Untuk kulit jenis ini krim yang sesuai saya cadangkan krim jenis water based, lebih elok untuk muka. 

Kulit Normal
  • Kulit normal adalah kulit yang diidamkan oleh semua orang, takde rasa strecth/ tegang dan takde rasa berminyak pada kulit muka. Untuk kulit jenis ini boleh pilih untuk menggunakan krim jenis water based atau oil based, mengikut keselesaan. 

Kulit Kombinasi
  • Kulit jenis kombinasi akan rasa berminyak pada bahagian hidung dan dahi atau T-Zon. Pada bahagian lain kering atau normal skin. Kebiasaannya kulit orang Asia adalah jenis kulit kombinasi atau kulit berminyak. Untuk kulit jenis kombinasi ini, krim yang sesuai adalah jenis water based. 

Kulit Sensitif
  • Kulit sensitif ni selalunya kulit yang nipis. Bila lambat basuh kulit muka yang kotor atau kena asap, kulit akan mudah terasa pedih dan gatal. Dengan mudah akan tumbuh bintik-bintik merah dan jerawat pada kulit muka. Kebiasaannya, untuk kulit jenis sensitif ini krim jenis water based atau oil based tidak sesuai lagi digunakan. Hanya sesuai memakai krim untuk jenis Sensitive Skin.  

Kulit Berminyak
  • Kulit jenis ni akan menghasilkan minyak di seluruh muka dan menampakkan pori-pori besar yang giat memproses minyak di kulit muka. Jenis kulit seperti ini sesuai memakai krim water based.


Utk siang mcm ni sy suka mekap ringkas je. Tinted Moisturiser Sunscreen sy guna sbb skin sy dry lately. Dan Natural Lip Color utk bibir & last sekali Waterproof Eyeliner utk mata

PERBEZAAN Tinted Moisturizer + Sunscreen & Mousse Sunblock
produk ni bila disentuh seakan agar2 yg anjal

tekstur bila disapu pada tangan
tekstur selepas di sapu. Yg tanda dot2 tu x ada sunblock ya


Tinted Moisturizer + Sunscreen SPF 30
  • Sesuai untuk kulit normal, kering, sensitif dan kombinasi 
  • Teksturnya creamy mempunyai kombinasi pelembap dan krim tabir siang
  • Menghalang sinaran UV terus sampai ke kulit 
  • Bersifat Waterbase dan mudah di cuci selain sejuk di muka selepas disapu
  • Membantu memberikan kesan wajah lebih cerah kejernihan dan berseri 
  • Sesuai digunakan setiap hari bagi mengurangkan penghasilan jeragat, cela dan kekusaman
  • Ia melembapkan kulit dan menjadikan kulit nampak cerah glowing 
  • Boleh dijadikan sebagai asas solekan, kerana teksturnya adalah lebih ringan berbanding dengan krim berasaskan minyak dan tidak akan menyebabkan jerawat apabila dipakai sepanjang hari. Produk pelembap berasaskan air akan mengurangkan peluang jerawat tumbuh. 
  • Pelembap berasaskan air bukan sahaja menjadi asas yang berkesan untuk mekap, tetapi mempunyai tekstur cahaya yang cantik, juga lebih cepat diserap oleh kulit. Ini adalah kelebihan bagi mereka yang inginkan pelembap dengan cepat sebelum bersolek dan tidak perlu bimbang penyerapan.






Inspire Matte Mousse Sunblock Foundation SPF 25
  • Sesuai untuk kulit normal, jerawat, sensitif, berminyak dan kombinasi 
  • Teksturnya seakan whipped/ mousse, ringan dan seakan tidak terasa bila disapu
  • Ia bersifat matte dan mempunyai SPF 25 yang menghalang UV sampai ke kulit
  • Memberikan kesan light on skin & tidak menyumbat pori 
  • Jerawat tidak mudah membiak kerana ia minyak pada wajah terkawal sekaligus kotoran tidak melekat di kulit & menyumbat pori
  • Selepas sapuan ia bertukar menjadi seakan powder. 
  • Boleh disapukan sebelum memulakan sebarang bedak asas. Ia menjadikan mekap tahan lama & cantik

   

Bagi yang berminat mendapatkan produk ni blh beli di mana2 outlet ST atau Online melalui website www.sendayutinggi.com atau whatsapp order di 019 3042133 / 019 7917133 ya ;)












Monday, June 29, 2015

BELI 2 PRODUK ST UTK SERTAI BENGKEL SOLEKAN




 BELI 2 PRODUK ST DI WATSONS DAPAT FREE BENGKEL SOLEKAN




THE STYLE & BEAUTY GURU

Jurumekap : Yatie Sendayu Tinggi ( Makeup Guru )
Lokasi : Cititel Express Hotel
Masa : 10.30 pg - 1.00 tgh
Tarikh : 1hb Ogos 2015


CARA PENYERTAAN :
  1. Beli mana-mana 2 produk kosmetik Sendayu Tinggi di Watsons dan anda layak tebus tiket KELAS MEKAP bersama Sendayu Tinggi
  2. Hantar bukti pembelian dan maklumat peribadi di 013 2792133 atau di Instagram dan hashtag #sendayutinggimakeupwatsons.
  3. Terhad kepada 100 peserta terawal sahaja.

 
Sendayu Tinggi ada promosi bulan ni sempena Raya di Watsons. Beli 2 item dari kategori ni pun dah melayakkan anda dpt tiket FREE utk Bengkel Solekan bersama saya :)
Diskaun special bg pengguna Sendayu Tinggi di Watsons. Grab 2 item di atas utk melayakkan anda join bengkel solekan saya pd 1hb Ogos ni di Kuala Lumpur  ;)


KELEBIHAN JOIN BENGKEL SOLEKAN ST:
  1. Peserta akan membuat mekap secara praktikal bersama-sama semasa bengkel berlangsung
  2. Setiap produk & tester disediakan oleh Sendayu Tinggi. Peserta perlu membawa tisu basah, cermin,berus sahaja ( juga boleh membawa barangan mekap sendiri )
  3. Peserta diajar setiap langkah mekap ( Basic Daily Glamour Makeup )
  4. Makanan pagi & tengahari disediakan
  5. Percuma Baucar DISKAUN 15% kepada setiap peserta semasa kelas mekap. Ia boleh digunapakai semasa sesi Jualan Murah di lokasi selepas habis sesi bengkel solekan
Peserta yg join bengkel ni adakan dpt setiap seorang baucer 15%. Time ni juga ada less utk semua produk ST. Jadi harha mmg murah sesangat

PREVIEW - BENGKEL SOLEKAN YANG PERNAH DIBUAT OLEH SENDAYU TINGGI
Sebelum ni ST mmg ada buat bengkel solekan. Insyallah kelas mekap akan dibuka semula dan saya akan maklumkan tarikh & payment yg dikenakan. Special sikit kali ni kerjasama antara ST & Watsons sempena menghargai pengguna-pengguna ST yg shopping di Watsons.
Sebarang soalan semasa sesi bengkel diadakan dibuka utk setiap peserta bertanya


  
Utk mekap siang saya akan share tips & teknik mudah utk contouring. Bg yg nak belajar teknik lukis kening teurtama beginner ini lah masanya :)
Peserta akan bersama-sama membuat solekan ke wajah sendiri kerana bengkel ini diadakan untuk perbaiki skill sedia ada
selfie time :)
Demo di hadapan akan dibuat oleh saya. Skrin besar disediakan utk memudahkan peserta yg jauh melihat step by step lbh jelas. Muka time ni fokus sgt sampai gitu sekali..


Utk mekap class kali ini bersama Watsons hanya 100 org yang akan dipilih. Siapa cepat booking cepat akan reserve sit awal.









Monday, June 22, 2015

TURUN 10KG MASA PUASA

TOPIK : Kurang 10kg Masa Puasa ??

Hamboihhh, besar cita-cita ya masa puasa ni. Boleh ke kurang 10kg masa puasa ni ? Jawapan saya ialah tak mustahil sbb mmg ada pengguna ST yg kurang 10kg dalam masa bulan biasa. Tak perlu time Ramadhan pun. Diingatkan ya, produk slim ST ni bertindak 60% membantu proses kurus. Lagi 40% pada empunya badan, sejarah kesihatan dan faktor-faktor lain juga diambil kira utk "menjayakan" projek kurus uols ... Kelebihan bulan puasa ni mmg rata-rata komen blh kurang 4-5kg maksimum. Tapi lepas raya tambah 10kg katanya.. hahaha.... tu dia... So, sy nak share sikit tips kurus masa puasa sbb blh loss weight double & next entri sy akan share tips & cara maintainkan berat lepas berjaya kurus. Part ni paling crucial sbb ramai yg naik balik lepas berjaya turunkan berat badan ..







Cara Pengambilan  Masa Ramadhan
Ada yg ambil jenis Slimming Drink dan ada yg ambil jenis kapsul. Di sini sy sertakan cara pengambilan masa puasa ya. Kalau yg ada yang ambil produk herba ST yang lain pun blh ambil 5 minit sebelum makan berat semasa buka & sahur 

WAKTU SAHUR
WAKTU BERBUKA

 Sepaket Bio Triple Slym dibancuh dan diminum 10 minit sebelum bersahur. Kalau mempunyai gastrik ambil selepas makan.

      Sepaket Slimmax Drink di bancuh dan diminum 15 minit sebelum / selepas bersahur.  

      Jika ada ambil set slim jenis kapsul (Lucimax, Garlic Plus & Slimmertique) diambil selepas Slimmax Drink tadi


1)  Bancuh 1 paket Slimmax Drink dan minum semasa berbuka, 5 minit kemudian baru mengambil makanan berat / menu utama.

2)  Jika ada ambil set slim jenis kapsul (Lucimax, Garlic Plus & Slimmertique) diambil selepas Slimmax Drink tadi

3)   Bancuh 1 ½ sudu D’Tox dengan 75ml air sejuk dan ambil sebelum jam 9.00 malam / selepas terawih.



MENU SAYA MASA BERBUKA & BERSAHUR
Saya nak share sikit la apa menu ringkas yg sy makan.. Utk pengetahuan semua, sy ni jenis suka makan. Rugi kalau tak jamah. Walaupun makanan tu sedikit berlemak.. hahaha.. saya akan cuba utk jamah sikit walaupun kadangkalanya terbabas..



BERBUKA
Saya akan ambil manisan dulu then habiskan secawan air kosong sbb nanti terawih ssh nak bekejar ke tandas. Antara menu saya masa berbuka :
  • 1 mangkuk beras perang / ponni ( lebih rendah kalori, kanji  & sihat )
  • 1 mangkuk sayur. Kegemaran sy jenis masak lemak. Lagi-lagi lemak rebung.. haiyoo sedapp..
  • Masakan laut / Isi ayam / Ikan bakar @ sup lebih baik dalam semangkuk
  • Daging saya jarang makan. Kalau ambil tak lebih dari semangkuk kecil
  • Jika mahu ambil desert / manisan jenis bubur ambil dlm 1 mangkuk kecil je. Yang penting kena rasa semua makanan.. hahaha..
  • Kuih tradisional / kurma ( 2 biji shj ) *kadang-kadang terbabas jugak
  • Saya suka manisan tapi tapi tak suka air manis. Jadi air kosong shj setiap hari

     LEWAT MALAM / SELEPAS TERAWIH
Biasanya saya jarang makan lewat sebab cepat mengantuk masa bulan puasa ni. Kalau ke dapur mesti mengunyah. Jadi ini yg saya akan makan salah satu dari list ni :
  • Roti serat bakar sekeping  / buah / kerepek dalam mangkuk kecil. Kalau tak nanti saya terbabas makan lebih
  • Air kosong 3 gelas besar


BERSAHUR
Sahur saya jarang selera makan byk. Tapi dengan Slimmax Drink Alhamdulillah saya tak lapar. Gastrik sy yg agak mild pun tak menyerang time bulan puasa kalau ambil Slimmax Drink. Kalau terlupa, siap la esoknya mesti pedih ulu hati & sesak dada. Menu sahur saya :
  • Nasi separuh mangkuk je. Tu pun susah nak habis
  • Lauk : ikan masin, sayur, kembung rebus masak cili ( favourite !! ), ayam goreng kunyit, ikan singgang ( saya suka mkn ikan dari haiwan yg lain )
  • Slimmax Drink. Kalau hari tu tak selera saya ambil ni dgn yogurt je sahur..
  • Air kosong  3 gelas besar




Tips makanan yg perlu dielakkan:

1) Pengambilan minuman berkafein seperti teh atau kopi tidak digalakkan kerana ianya boleh mengakibatkan kehilangan air dalam badan.

2) Makanan bergaram seperti jeruk (menyerap air dlm badan).

3) Berlemak, berminyak & bersantan (Kandungan karbohidrat tinggi blh menambahkan berat badan). Kalau ambil berpada-pada dan jangan kerap

4) Kuih muih yg manis (tinggi kalori tetapi rendah nutrisi). Jadi saya akan hadkan pengambilan dalam sekeping sehari. Kegemaran saya ialah kuih raya. Boleh habis sebalang saya kerjakan. Tapi sehari makan maksimum 5 keping


Cara Diet Masa berpuasa

1) Kenal pasti kadar metabolisme tubuh badan. Kerana individu yang mempunyai metabolisme tinggi, tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka. Tanda metabolisma rendah ialah cepat mengantuk lepas makan, susah berpeluh dan cepat naik berat badan. Biasanya yg jarang bersenam akan alami metabolisma rendah
2) Jangan lupa utk bersahur. Bersahur membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. 
3) Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. 
4) Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu
5) Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan. Dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.
6) Ambil serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya. 
7) Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.
8) Minum cukup air masak. Berpuasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa. 
9) Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun berpuasa


10) Jangan asyik menimbang berat badan. Hanya timbang seminggu sekali.


BAGI YG NAK TGK TIPS SENAMAN RINGAN MASA PUASA & VIDEO YG LEBIH JELAS CLICK KURUS SEBELUM RAYA

Produk Diet Masa Bulan Puasa
Bagi yg nak try menguruskan badan lebih cepat masa berpuasa blh lah try produk yg saya listkan ni. Cara makan masa berpuasa blh skroll atas ya. 

1) Slimmax Drink Hi Fibre Cereal RM27.90


Bijirin tinggi serat

- Minuman berkhasiat berserat tinggi & bagus diamalkan masa hamil juga
- Diperkaya dgn campuran bijirin, oat, gandum, jagung & fiber
- Fiber tadi akan bertindak " mengembang " di dalam perut utk kesan kenyang lebih lama
- Juga bagus membuang toksin & yg kerap pedih ulu hati.
- Sebagai pengganti sarapan / sahur ketika berpuasa.
- Kawal pengambilan makanan secara berlebihan. Try ambil masa berbuka utk cut selera
- Sesuai utk pesakit gastrik, wanita dlm pantang dan semasa hamil utk elakkan sembelit.
- Membantu proses diet utk berat bdn lebih ideal.


2) Bio Triple Slym  RM44


Cuma ambil 1 paket je pd waktu pagi @ sebelum sahur

- Ada 2 perisa iaitu lemon & epal hijau 
- Berkesan menyekat selera makan. Ambil 2 paket jika selera jeis " besar"
- Membantu proses pembakaran lemak 3 kali ganda
- Diperkaya dgn agen pelangsingan yg selamat iaitu ekstrak drpd Garnicia Cambogia, Citrus Auratium & L-Carnitie.




3) D'Tox RM44

- Bantu mencuci / membersih usus dan menyingkir sisa toksin.
- Bantu sistem penghadaman, pundi kencing dan atasi sembelit.
- Menurunkan berat badan dan menurunkan lemak
- Mengempiskan perut yang buncit
- Ektrak daripada Oat, Aloe Vera, Alfalfa dan Licorice Root.
- Boleh diambil bagi penghidap sembelit, buasir, ibu menyusu badan serta dlm pantang


Bancuh 1/2 sudu dgn air sejuk


4) Slimming Set (Lucimax, Garlic Plus & Slimmertique) RM96.50 (1 set)


Produk 3 serangkai utk turunkan berat bdn dgn slmt tanpa cirit birit

Lucimax RM29.50
- Raja penawar dgn herba Ganoderma Lucidum utk atasi pelbagai masalah kesihatan
- Membetulkan sistem bdn secara sistematik & tingkatkan metabolisma.
- Membuang toksin, tekanan darah tinggi / rendah, menurunkan kolesterol 
- Ambil 2 biji 2 kali sehari
- Hentikan pengambilan semasa haid dan 2 minggu sebelum pembedahan).

Garlic Plus RM27.50
- Campuran herba bawang putih kering, ubi temu kunci dan biji lada hitam.
- Membuang angin, memecahkan selulit, membakar lemak di perut, paha & lengan.
- Atasi masalah perut buncit, lemak berlebihan dan sembelit.
- Melawaskan pembuangan air kecil atau besar.
- Ambil bersama Lucimax dan Slimmertique.

Slimmertique RM39.50
- Bertindak melawaskan pembuangan air kecil & bsr.
- Mengurangkan rasa lapar dan membuang air yg berlebihan dlm bdn.
- Menegangkan kulit bdn gelambir dan boyak slps berat bdn turun.
- Kekalkan body shape & curve selain tegangkan kulit lepas kurus
- Mengelakkan rasa penat dan lapar agar sentiasa bertenaga.

* Perhatian : Lucimax, Garlic Plus, Slimmertique, Bio Triple Sym boleh diambil selepas 4 bulan bersalin.


Bagi yg nak shopping sakan dgn harga best price boleh beli di Outlet ST pada 25 - 28hb Jun 2015 ni ya. Semua produk ada diskaun & bg yg jauh blh dapatkan secara online di SENDAYU TINGGI ataupun whatsapp 019 3042133 / 019 7917133. Jumpa lagi next entri uolssss... muahhh !!!