Wednesday, September 28, 2016

PERLU RISAU KE KALAU HAID TAK TERATUR ?


PUNCA HAID TAK TERATUR


Lebih banyak negatif dari positif kalau lama sangat tak datang haid ni. Salah satunya boleh menyebabkan atau menandakan yang kita ni berpenyakit tau. Ada kes sampai SETAHUN tak datang bulan. Ada pula yang haid SEPANJANG TAHUN ! 


APA KESAN JIKA HAID TIDAK TERATUR ? 
  • Sukar mendapatkan zuriat 
  • Masalah jerawat terutama di rahang muka, atas bibir, dagu & pelipis pipi
  • Sentiasa rasa moody, lonely dan cepat letih
  • Wajah pucat, kusam dan kering
  • Badan mudah lemah dan sakit tumit serta pinggang
  • Mudah naik berat badan walaupun makan sedikit

Ada beberapa punca kenapa haid seseorang menjadi tidak teratur. Antaranya : 



  1. KEGEMUKAN : Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Bagi yang berbadan besar tu pasti akan mengalami pengalaman haid tak teratur ni. Saiz badan pun boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid kita
  2. TERLALU KURUS : Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid kita. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang
  3. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN : Hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya. Hormon prolaktin ini bagi kesan kepada ovulasi dan kitaran haid kita. Itulah sebabnya agak sukar bagi ibu menjadi hamil sekiranya anda menyusu secara eksklusif semasa 6 bulan pertama. Prolaktin ini menyekat pengeluaran 2 hormon penting ovulasi iaitu FSH (follicle-stimulating hormone) dan GnRH (Gonadotropin-releasing hormone). Kedua hormon ini yang bertanggungjawap menolong tumbesaran telur dalam ovari. Sekiranya anda mempunyai prolaktin yang berlebihan dalam badan, ovulasi tidak akan berlaku dan anda tidak akan hamil. Prolaktin juga boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu. Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk hamil dan dalam masa yang sama mempunyai masalah tiada haid, anda mungkin mempunyai prolaktin yang berlebihan atau hyperprolactinaemia. Tahap prolaktin boleh diukur dengan senang melalui ujian darah.
  4. MENOPAUS : Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku. Namun, akibat dari kurangnya nutrisi, terlalu kurus dan tidak bersenam proses menapous blh berlaku awal 30an ya. Jadi, amalkanlah pemakanan serta cara hidup sihat & seimbang
  5. PENCEGAH HAMIL : Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon
  6. TEKANAN/STRESS : Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya, mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid. Sebab tu kalau bulan ni kita stress, haid mungkin keluar sedikit sahaja
  7. PENYUSUAN BADAN : Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!
  8.  MASALAH TYROID : Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
  9. UBAT-UBATAN : Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita. Siapa yg ada amalkan apa-apa suplemen pastikan anda mendapat khidmat runding yang jelas. Bagi suplemen herba ST memang ada wanita yang mengalami kelewatan / awal datang haid dari biasa untuk permulaan pengambilan terutama bagi produk yang mempunyai herba khas bg hormon wanita

MACAM MANA NAK ATASI MASALAH HAID TAK TERATUR?


Produk Sedu Arrow oleh Sendayu Tinggi sebenarnya berfungsi untuk kilang telur wanita & menggalakkan penghasilan hormon estrogen serta progestron. Ini kerana, hormon tersebut biasanya semakin menyusut apabila wanita berusia 30an ke atas. Kehilangan hormon akan mempercepatkan penuaan, menapous awal, mudah sakit sendi, rambut gugur, sukar tidur dan badan letih. Berbza semasa kita muda yang mana badan susah rasa penat kan ? Semua ini adalah disebabkan HORMON. 

Jadi sangat penting untuk setiap wanita menjaga level hormon mereka. Mula amalkan Sedu Arrow apabila usia 30an. Namun, jika anda mengalami haid tak teratur walaupun usia baru 15 - 20 tahun, produk ini boleh diambil bagi memperbaiki kitaran haid anda. Jika ada ambil ubatan doktor, jarakkan 1 jam pengambilannya. 

 Sedu Arrow yang mempunyai 60 biji kapsul, diambil 2 biji 2 kali sehari sebelum makan. Antara bahannya ialah Semen Mucuna Puriens, Caulis Mucuna Puriens Domestica, Caulis Santalbum Album, Rhizome Hemidismus Indicus, Semen Daurus Caroya dan Semen Asteracantha Longifolia. Produk ini sudah 20 tahun dipasaran serta mendapat lesen dari KKM. Jadi, ia selamat untuk diambil bagi jangka masa panjang



Bagi  mereka yang berminat dan nak mencuba atau bertanya lebih lanjut boleh whatsapp atau ada apa-apa pertanyaan di talian 0197917133 / 0193042133. Produk juga boleh dibeli secara online di www.sendayutinggi.com

0 comments:

Post a Comment