Wednesday, November 2, 2016

HAID BERMASALAH TANDA AWAL TAK SUBUR


Ada 2 jenis hormon terkenal yg orang perempuan perlu ambil tahu ialah ESTROGEN & PROGESTRONE. Ia berkait rapat dengan kesuburan & kesihatan wanita. Jika kekurangan hormon ini ia akan menjejaskan kualiti anda sbg seorang wanita dan isteri

Ramai yang ingat bila jarang datang haid ia disebabkan oleh saluran fallopian yang tersumbat. Tapi sebenarnya masalah ini dikaitkan dengan masalah hormon, bukan struktur laluan haid. Kalau nak tahu, kitaran haid yang tidak teratur adalah disebabkan oleh gangguan proses kematangan dan pengeluaran telur yang secara tak langsung menjadikan wanita itu mengalami masalah kesuburan. Bila ovulasi tak berlaku untuk satu pusingan haid, maknanya peluang untuk hamil takde pada pusingan tu.

Apa itu hormon Estrogen?
Estrogen adalah hormon utama bagi menentukan pembentukan seks atau jantina individu. Kalau paras hormon estrogen dalam badan seseorang tu tinggi, maka ciri-ciri wanita akan lebih menonjol. Ha jadi siapa yang rasa-rasa macam terganas lebih ke suara agak kasar macam lelaki tu maknanya hormon estrogen kurang sikit la dalam badan. Hormon ni jugak ia menzahirkan sifat kewanitaan dan berfungsi dalam membentuk tubuh badan wanita, payudara dan kitaran haid pada setiap bulan serta menjadi kunci terhadap kesuburan wanita.

Estrogen akan dialirkan oleh darah menuju pelbagai jaringan sel di seluruh badan , otak, faraj, buah pinggang dan lain-lain serta menimbulkan kesan tertentu sesuai dengan fungsi masing-masing. Ini berikutan, molekul estrogen akan melekat pada reseptor dan menghasilkan tindak balas pada organ.
Kadar normal estrogen bergantung kepada usia. Wanita berusia antara 20 hingga 29 tahun lazimnya, memiliki kadar estrogen sehingga 149 piktogram per milliliter (pg/ml), manakala wanita berusia 30-an, purata jumlahnya adalah 210 pg/ml. Untuk mereka yang berusia lebih 40 tahun dan masih belum mengalami masalah menopaus akan memiliki tingkatan estrogen. Peningkatan estrogen seseorang wanita itu pelbagai dari sehari ke sehari bergantung kepada kitaran haidnya.

Kalau mengikut pakar estetik Marissa Aesthetic & Wellness, Dr Rushmini Maris Ismail, katanya sistem hormon wanita ni berperanan penting untuk memastikan keremajaan dan kualiti kesihatan seseorang. Sebab tu, kalau kita tengok ada wanita yang usia 40an tetapi tidak berkedut, nampak muda remaja. Ia disebabkan tahap hormon yg bagus dalam badan wanita tersebut. Pengambilan suplemen juga sgt membantu mengekalkan tahap hormon dalam keadaan seakan di kala usia 20an. Jadi, kalau nak awet muda bukan semata-mata VIT C atau kolagen je tau. Hormon wanita yg perlu dijaga. Jika horon dalam keadaan baik, biasanya wanita tersebut tak mudah diserang sakit jantung & mudah menyerap kolagen yg diambil sbg suplemen



Bagaimana pula dengan hormon Progesterone?

Progesterone ni juga salah satu hormon yang penting bagi wanita sebab bagi mereka yang mempunyai tahap kandungan progesterone yang rendah, ia benar-benar merupakan satu ujian buat wanita yang terlalu inginkan cahaya mata. Yelah, kalau dah kahwin, siapa je yang taknak merasa untuk ada anak. Progesterone ni penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau nak kekalkan kehamilan tu. Kalau ikutkan perkataan Progesterone ni dalam bahasa Latin maksud dia “menyokong” atau “membawa”  bagi merujuk kepentingan ini.

Hormon ni kalau nak tahu, ia dikeluarkan oleh corpus luteum yang berfungsi menyediakan lapisan endometrium dalam rahim untuk “menanam” telur ovum yang telah disenyawakan. Setelah ditanam pengeluaran hormon ini diambil alih oleh placenta (uri) dalam rahim bagi meneruskan perkembangan embryo. Kalau pengeluaran hormon ni diberhentikan, lapisan endometrium akan tanggal dan menjadi darah haid. Kalau dah tengah mengandung keluar darah, maksudnya gugur lah kan.

 Jadi bagi mereka yang sering mengalami keguguran, ia nya disebabkan oleh tahap kandungan hormon progesterone dalam badan mereka rendah. Ini menyebabkan lapisan endometrium(yang telah ‘ditanam’ telur yang telah disenyawakan) akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutama di awal kehamilan.

Jangan risau, Sendayu Tinggi ada keluarkan produk yang in shaa Allah dapat membantu wanita di luar sana yang mengalami masalah ni.

Sedu Arrow:

Gabungan herba seperti kulit cendana, akar susu dan biji kucing hindi merupakan bahan utama bagi produk ni. Herba-herba yang dah dicampur dalam produk ni dapat membantu menghasilkan hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kebaikan untuk semua wanita. yang paling best nya bila makan kapsul ni ia dapat kekalkan keremajaan kulit. Nampak muda je nanti bila dah amalkan Sedu Arrow ni sebab ia akan booster hormon estrogen wanita. Bagi yang benar-benar inginkan cahaya, memang digalakkan untuk makan produk ni.Tapi awas, produk ni tak boleh diambil oleh wanita yang hamil, penghidap cyst, fibroid atau apa sahaja ketumbuhan pada rahim dan payudara

Untuk kesan yang lebih baik, boleh diambil bersama D’Folia bagi menguatkan rahim yang lemah atau rendah. Produk-produk ini memang di khaskan untuk merawat ketidaksuburan, memudahkan kehamilan dan merawat masalah dalaman wanita. Memang rezeki itu Allah yang atur tapi kalau tak usaha tak boleh juga kan?



Bagi yg kerap keguguran pun bagus amalkan. Saya sendiri mengalami keguuran sebanyak 2 kali


Untuk mendapatkan produk Sendayu Tinggi blh ke outlet ST seluruh Malaysia, Online di web www.sendayutinggi.com atau whatsapp 0193042133 / 0197917133 kalau nak buat pertanyaan :)

2 comments:

Jaja said...

Selain kesuburan, jerawat pun ada kena mengena dengan kesan ketakstabilan hormon. Jadi memang betul tu setuju sangat kena jaga kestabilan hormon badan kita dengan baik :)

Jaja Zaleha said...

Haid yang teratur ni memang membimbangkan.. saya nak tanya, apa jadi pada keihatan seseorang tu bila tak haid ye?

Post a Comment