Monday, June 13, 2016

Apa Rahsia Wanita Dahulu Badan Kurus, Cantik & Montok

Zaman dulu sabun dan losyen tak wujud. Tapi wanita dahulu dilihat cantik dari muda hingga sudah berumur. Badan mereka berpotongan menarik, sihat, bertenaga, rambut tebal dan tidak banyak penyakit. Apa rahsianya ? Salah satu rahsia mereka ialah mandian yang diamalkan. 



Mandian herba ni sebenarnya dari zaman nenek moyang kita dulu dah ada dah. Ia adalah rawatan kuno yang masih digunakan kini tapi cuma sekarang lebih terkenal hanya untuk kegunaan semasa berpantang sahaja. Zaman dahulu mandian herba digunakan untuk rawatan kecantikan & kesihatan badan. Nenek-nenek moyang kita dulu ambil sendiri bahan-bahan yang nak digunakan tu macam rempah, akar-akar kayu dan lain-lain lagi di hutan. Mandian herba ni bukan sahaja kita berendam dengan herba atau mandi dengan air yang di letak herba-herba ni. Tapi ada juga sebagai sauna iaitu mandian wap herba. Masa zaman dulu-dulu amalan mandi wap ni dilakukan dengan merebus daun-daun herba dalam periuk lepas tu duduk dekat periuk dan ditelungkupkan dengan tikar atau selimut sehingga air dalam periuk tidak berwap. Bagi mereka yang lakukan mandian herba ini, akan berpeluh dan yang tengah demam, biasanya demamnya akan sembuh. Tak perlu ubatan lain untuk merawat demam, Sebab tu kalau kita tengok orang dulu kurang penyakit macam sekarang seperti kanser, kegagalan buah pinggang dan lain-lain. Mandian herba sebenarnya tidak hanya diamalkan oleh wanita sahaja. Lelaki juga bagus mengamalkannya untuk memperbaiki perjalanan darah & bagus untuk kesihatan serta tenaga. Sebab tu kalau kita lhat orang zaman dahulu kurang penyakit kulit dan jerawat
Cara bertangas. Rebus MANDIAN HERBA dan letakkan di bawha kerusi. Balut badan dengan kain separuh sahaja. Tutup badan sepenuhnya untuk bersauna. Gambar sumber google

Bagi wanita yang sedang berpantang mandian herba bagus diamalkan selepas sahaja bersalin kerana ketika ini pori terbuka luas dari biasa. Segala khasiat herba meresap terus ke pori dan darah untuk kesan yang terbaik. Kaedah bertangas atau sauna memang bagus diamalkan selepas 2 minggu bersalin untuk membersihkan darah beku, nifas selain ia membakar lemak lebih cepat. Siapa yang nak kurus cepat mas apantang WAJIB bersauna. Memang puas hati. Badan pun jadi ringan, kepala pun kurang berata atau pening. Masa berpantang lebih elok mandi dengan mandian herba berbanding mandi dengan air biasa. Wanita yang berpantang ni kalau dia amalkan mandi dengan mandian herba, bukan je badan dia akan rasa lebih segar, malah pengaliran pengeluaran susu badan pun akan jadi lebih lancar. Bagi anak dara juga bagus amalkan untuk menaikkan seri wajah & tingkatkan kesuburan lebih-lebih lagi bakal pengantin baru


APAKAH KHASIAT MANDI HERBA ?

  1. Membakar lemak lebih cepat berbanding senamanProses berpeluh menggunakan banyak tenaga. Tenaga ni diperolehi dari penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500gm dalam satu sesi sauna membakar hampir 300-400 kalori. 
  2. Kulit cantik & berseri Amalkan berendam dengan Mandian herba dengan air yang hangat. Ia bagus untuk meningkatkan aliran darah ke kulit sekaligus menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit & permukaan tisu. Hasilnya kualiti kulit akan beransur baik secara beransur-ansur
  3. Detoksifikasi Mandian herba membantu menyingkirkan toksin. Biasanya selepas mandia badan akan berpeluh. Ketika itu toksin akan disingkirkan. Toksin menjadi punca badan lesu, perut buncit, rambut gugur, jerawta batu dan muka kusam. Penggunaan konsisten 2 kali seminggu sudah memadai untuk mendapatkan kesan yang optimum
  4. Buang angin dalam badanAngin dalam badan boleh berpunca daripada pengambilan makanan yang berunsur sejuk seperti sayur kubis, timun, kacang bendi dan pelbagai jenis ubi selain gemar menikmati minuman berais. Angin ni kalau dah masuk dalam badan kita mulalah kita rasa perut ni senak atau kembung, selalu sendawa dan badan rasa berbisa sampai buatkan kita rasa tak selesa, letih dan kadangkala boleh buat kita sakit kepala.
  5. Memulihkan mengembalikan tenaga & atasi stressMandian herba dapat mengembalikan tenaga dan keselesaan diri. Bila kita mandi herba ni, terutamanya herba sauna, liang-liang pori pada badan akan terbuka dan mengeluarkan toksin dalam badan yang tak sihat tu. Jadi bila kita buat rawatan herba pada badan ni, kebaikan-kebaikan herba tu semua akan diserap masuk dalam badan dan akan menyebabkan badan kita kembali segar. Ia juga melegakan stress yang tidak baik untuk kesihatan. Stress blh menyebabkan sakit jantung, darah tinggi dan penuaan awal
  6. Menghilangkan bau busuk pada badanToksin yang banyak terperap dalam badan pun akan menyebabkan punca bau badan kurang enak. Sebab tu kita kena keluarkan segala kotor-kotoran dalam badan ni. Bila semuanya dah dikeluarkan, bau badan pun hilang dan lepas tu badan akan jadi wangi. Memang ada jenis orangnya yang dah pakai deodarant pun baunya tetap kuat. Samada bau melalui ketiak, kemaluan dan rongga yang terbuka. Amalkan Mandian Herba 3 kali seminggu untuk bau badan yang kuat
  7. Bersauna Tingkatkan Imunisasi / HipertermiaBila badan terdedah kepada haba yang tinggi seolah-olah badan seakan demam. Keadaan "demam" akan merangsang proses penyembuhan badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit & antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain
  8. Terapi aromaApa tu aroma terapi? Terapi aroma merupakan gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir dari pati minyak dan terapi bermaksud bagaimana bauan tersebut diaplikasi untuk melegakan atau memulihkan simptom-simptom fizikal dan meningkatkan kesihatan mental. Terapi aroma ni pun penting sebenarnya. Ia dapat bantu kita untuk hilangkan tekanan yang kita kena hadap setiap hari. Bau-bau herba yang kita hidu tu bagus untuk kesihatan. Kita pun akan rasa lebih tenang bila kita cuma rileks menikmati terapi badan tu.

Herbal Bath Treatment
Kebaikan mandian herba yang diamalkan sejak beribu tahun dahulu kini di popularkan kembali. Caranya sangat mudah. Ambil satu paket Herbal Bath Treatment dan rebus hingga minyak & bau herba keluar. Ambil patinya dan campurkan dengan mandian harian dalam satu baldi ( blh adjust ikut keselesaan. Yang penting bau herba masih blh dihidu ya ). Gunakan  sebagai rendaman badan, sauna atau bertangas pun boleh. Senang kan ?? Bagus kalau dapat buat 2 atau 3 kali dalam seminggu. Biasanya sepaket tu boleh tahan sebulan. Rebus semula uncang sampai bau herba hilang. Lepas mandi mesti muka jadi merah dan berpeluh sampai pori di kulit kepala.




In case korang masih ragu-ragu nak beli produk ni sebab taktahu betul ke kandungan dia ni semua herba kat sini ada disertakan kandungan produk ni. Bolehlah siapa yang rajin tu buat kajian sendiri macam mana kandungan herba ni semua membantu. Yang pastinya memang macam zaman dulu-dulu punya herba. Sekotak cuma RM21.20 sahaja. TAHAN SEBULAN.  Kandungan herba-herba dalam produk ni :

§  Daun Serai wangi
§  Daun Meringan
§  Daun Sirih
§  Daun Inai
§  Daun Mengkudu
§  Daun Belah Angin
§  Daun Pisang Kelat
§  Daun Beluntas
§  Daun Lemuni
§  Daun Kapal Terbang
§  Daun Limau Purut
§  Garam Bukit


Untuk mendapatkan produk Sendayu Tinggi blh ke outlet ST seluruh Malaysia, Online di web www.sendayutinggi.com atau whatsapp 0193042133 / 0197917133

Tuesday, June 7, 2016

Cyst dan Fibroid. Wanita Perlu Ambil Tahu Perbezaannya



Cyst tu apa?


Ramai yang masih belum didedahkan dengan penyakit yang bernama Cyst ini. Cyst ni ada pelbagai jenis dan boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh manusia. Tapi yang selalu jadi kat tubuh wanita ialah Ovarian Cyst. Senang cerita cyst ni pembengkalan di bahagian kilang telur wanita.

Sistem pembiakan wanita terdiri daripada rahim, serviks, ovari dan tiub fallopian. Ovari adalah dua organ kecil yang terletak dikiri dan kanan rahim dalam badan wanita. Ha organ ni la yang menghasilkan telur(ovum) dan hormon seperti estrogen dan progesterone. Penting tau hormon-hormon ni. Pada setiap kitaran haid tu nanti, telur membesar dan akan tumbuh pada satu kantung kecil di dalam ovari yang dipanggil folikel. Bila telur ni dah matang, folikel akan pecah dan membebaskan telur atau ovum tadi. Seterusnya kantung akan mengecut dan berubah menjadi corpus luteum. Corpus luteum merembeskan hormon yang membantu menyediakan telur pada kitaran seterusnya.

Cyst ovari adalah masalah yang selalu jadi kat wanita. kebanyakan cyst ovari ni bukannya ketumbuhan kanser. Apa yang best nya, hampir semua cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa perlukan rawatan. Walaubagaimanapun, ada jugak cyst yang tak hilang sperti biasa dan memang perlukan rawatan. Apa yang paling menakutkan bila ada kes-kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst ni bertukar jadi kanser.

Fibroid tu pulak apa?

Fibroid ni ketumbuhan biasa atau benign(bukan kanser) yang terdapat dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an. Fibroid ni salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kat wanita masa tahun-tahun kesuburan mereka. Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organyang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid ni adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber. Ha kat situ lah mana dia dapat nama dia. Fiber dengan fibroid kan tak jauh beza bunyi nya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom. Masalah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ni, sebenarnya dah mencetuskan kontroversi. Nak tahu kenapa? Sebab ketumbuhan ni merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Dalam hal ni, suami kena bagi sokongan yang sewajarnya pada isteri untuk meneruskan kehidupan seharian termasuk hubungan suami isteri. Kalau mengikut nasihat pakar, wanita perlu menjalani ujian pap mear secara berkala untuk mengesan kaner servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Apa punca cyst dan fibroid ni

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.
Fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Kalau hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita ni tak seimbang, pasti berisiko untuk dapat penyakit ini. Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility. Penggunaan pil perancang keluarga pun boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.

2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah ‘estrogen sintetik’ yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan). Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?
– phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
– racun serangga (pesticides)
– tobacco by products.

3. Obesiti.
Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil ‘Endocanabinoid system’. Sistem ni akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan. Benda ni bukan je menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.

4. Genetik
Kalau anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama. Jadi, make sure siasat family tu ada ke tak penyakit ni. Bukan apa, senang nak cegah dari awal.

Macam mana nak rawat penyakit ini?

Laparoskopi
Rawatan laparoskopi dilakukan dengan membuat tiga lubang di bahagian pelvik. Satu lubang untuk dimasukkan kamera dan 2 lubang lagi untuk peralatan membuang cyst atau fibroid tu. Biasanya rawatan ni dilakukan sekiranya saiz ketumbuhan ni berukuran kecil ataupun ia tumbuh kat tempat yang senang nak capai. Cyst atau fibroid yang berjisim cecair biasanya guna cara ni.

Pembedahan
Pembedahan ni plihan terakhir yang doctor suggest. Kalau adan di sahkan ada cyst atau fibroid yang bersaiz besar, pembedahan diperlukan untuk keluarkannya. Sesetengah cyst mengakibatkan kerosakan ovari dan terpaksa dibawa keluar sekali bersama-sama dengan cyst tu.

Suplemen yang korang boleh cuba untuk elakkan ketumbuhan cyst dan fibroid

D’Folia keluaran Sendayu Tinggi

Produk ni memang digunakan secara tradisonal untuk kesihatan rahim wanita, mengurangkan lendir dan keputihan. Walaubagaimanapun, produk ni memang di khaskan untuk kesihatan dalaman wanita. Jadi InsyaAllah dapat bantu dalam merawat cyst dan fibroid jugak. D’Folia merupakan produk yang paling dikenali di dalam rangkaian herba wanita Sendayu Tinggi. Formulasi diolah daripada campuran herba seperti ubi kunyit kering dan ubi temu kunci. Produk ni sesuai untuk setiap wanita dari semua peringkat umur. Kalau anda amalkan produk ni, ia dapat menyihatkan dalaman wanita dan menaikkan seri. Yang masih muda tu eloklah amalkan produk ni sebagai makanan tambahan. Untuk badan kita jugak. Lebih baik mencegah dari merawat kan?

Untuk mendapatkan produk Sendayu Tinggi blh ke outlet ST seluruh Malaysia, Online di web www.sendayutinggi.com atau whatsapp 0193042133 / 0197917133


Thursday, April 28, 2016

PUNCA GAGAL KURUS WALAUPUN DIET ? Wajib baca



Toksin dan gula punca masalah proses diet terganggu.


Diet yang tidak menjadi boleh menyebabkan saiz badan makin membesar dan menimbulkan masalah diabetes.

Toksin merupakan bahan beracun dalam tubuh badan. Para penyelidik mendapati bahawa toksin yang terkumpul dalam tubuh badan manusia adalah dalam lingkungan 2kg hingga 4kg. Melalui hasil kajian klinikal pula, 90% punca penyakit berbahaya adalah dari kolon dan usus besar. Kajian secara rawak pula mendapati seseorang yang tidak pernah mebuang toksin sejak lahir hingga berusia 30 tahun, maka akan timbul pelbagai jenis penyakit. Begitu juga dengan kandungan gula berlebihan di dalam tubuh badan. Pengambilan gula pada kadar tidak berpatutan yang diperlukan oleh tubuh akan menjejaskan kesihatan dan menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesity, kemurungan serta kerosakan gigi.

Mengapa perlu singkirkan toksin dari badan?

Nak tahu kenapa orang yang mengamalkan diet kadang-kadang berat mereka tidak turun-turun dan kadangkala ada yang turun tapi lepas stop amalkan diet tu, berat badan diorang kembali ke berat badan asal, bahkan ada yang beratnya naik lebih dari sebelumnya dan itulah yang dinamakan diet YOYO. Berat yang hilang tu sebab kehilangan air bukan toksin. Toksinnya masih lagi terkumpul di organ seperti usus dan hati. Antara simptom-simpton masalah toksin berlebihan di dalam badan adalah seseorang tu sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala, mulut dan badan berbau, sukar untuk bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap dari warna asal kulit. Wajah yang berjerawat dan berat badan meningkat juga salah satu tanda badan seseorang itu mengandungi toksin berlebihan. 

Jom singkirkan toksin dari badan!

Melakukan Detox terhadap tubuh badan merupakan salah satu cara menyingkirkan toksin dari dalam badan. Bagi yang kurang mempunyai masa atau memang malas nak buat detox sendiri menggunakan bahan semulajadi kat rumah, produk Dtox keluaran Sendayu Tinggi pasti dapat membantu masalah anda dalam mengurangkan berat badan serta memastikan diet anda tidak sia-sia. Minuman Dtox berfungsi dalam membantu mengekalkan kandungan bakteria sihat dan mencuci usus anda. Minuman ini juga mengandungi fiber tinggi yang mampu membantu menurunkan kolesterol serta kandungan alfafa yang terdapat di dalam minuman ini membantu sistem penghadaman dan pundi kencing agar memudahkan lagi sistem pembuangan toksin dalam badan. Selain itu Licorice Root yang terdapat dalam campuran produk Dtox ini juga dapat membantu menurunkan kadar lemak yang terdapat di dalam badan seseorang. Minuman ini bukan je boleh digunakan untuk buang toksin dalam badan, tapi boleh juga membantu pengguna yang mengalami masalah sembelit. Cara nak minum air Dtox ni pun mudah je. Bancuh 1 sudu setengah serbuk Dtox ni dengan 200ml air sejuk dan terus minum.

Untuk kesan yang lagi okay, ambil sebelum pukul 9 malam. Dan lepastu boleh rasa sendiri macam mana minuman ni bantu rawat tubuh badan anda. Jangan lupa pula banyakkan minum air kosong kerana di dalam air kencing juga terdapat toksin, tapi jangan merungut bila kerap membuang air sebab ia sebenarnya membuang toksin dalam badan kita. Begitu juga dengan membuang najis. Anda kena usahakan untuk membuang najis sekurang-kurangnya sekali dalam sehari dan yang lebih baik adalah sebanyak dua kali sehari. Jangan biarkan najis berada lama di dalam usus kerana is boleh mendatangkan penyakit. Dah lakukan detoks pada badan, jangan lupa pula untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Senaman yang dilakukan dapat bantu mengeluarkan peluh. Bila peluh keluar, maka toksin dalam badan pun akan keluar.

Pengambilan gula berlebihan ganggu diet


Vitamin dan mineral penting dalam badan boleh berkurang kalau kita ambil gula terlalu banyak. Gula yang diambil setiap hari menghilangkan simbiosis bakteria baik di dalam usus seterusnya mengurangkan stok Vitamin B. Kebanyakan manusia masih lagi kekurangan mineral walaupun mengamalkan diet yang seimbang. Gula berlebihan akan memberi kesan kepada setiap organ badan. Pada awal pengambilan, gula disimpan di dalam hati sebagai glukosa. Apabila hati tidak lagi mampu menyimpan glukosa, glycogen berlebihan akan kembali ke saliran darah dalam bentuk asid lemak. Asid lemak yang di bawa ke setiap tubuh ini yang sebabkan badan kita banyak lemak dan tubuh pun jadi gemuk. Jadi, kalau kita diet tapi tak control pengambilan gula pun tak boleh juga. Secara ringkasnya kalau nak tubuh badan sihat, tak mudah penat, kulit cantik dan dapat memiliki berat badan ideal, maka mulakan diet sihat tanpa gula bermula sekarang.

Ganti gula dengan supplemen kesihatan

Sesetengah orang memang susah nak kawal pengambilan gula dalam badan. Kalau minum mesti nak manis je, tambah-tambah lagi yang suka makan coklat. Apa kata try produk Easyfull keluaran Sendayu Tinggi ni. Kandungan bahan-bahan dalam minuman ni macam acai berry dan oat boleh bantu kurangkan rasa lapar dan menggantikan gula dalam badan sebab minuman ni tinggi anti-oksidan. Bahan semulajadi yang ada dalam minuman ni juga mampu kurangkan risiko kolon, payudara dan melindungi daripada penyakit hati yang disebabkan oleh pengambilan gula yang berlebihan. Kira macam siapa yang jarang makan buah-buahan tu bolehlah amalkan minum Easyfull sebagai pengganti gula dalam badan tu. Barulah diet korang menjadi.

Senang je nak amalkan pengambilan produk ni. Cuma bancuh 3 sudu serbuk Easyfull dengan 200ml air suam. Untuk kesan yang baik, ambil pada waktu tengahari. Boleh juga diambil pada waktu malam untuk mengelakkan pengambilan makanan berat. Pengambilan makanan pada waktu malam memudahkan berat badan kita naik kerana kandungan karbohidrat yang kita makan di malam hari tidak akan terserap sempurna dalam tubuh dan akan menyebabkan pengumpulan lemak pada tubuh badan. Bila lemak dan toksin dah tak terkumpul kat badan, barulah diet tu nampak lebih berkesan. Lepas cuba Dtox dan Easyfull mesti badan akan nampak lagi kurus, cantik dan tak lesu macam selalu.  Self-confident level pun akan terus naik sebab dah tak risau dengan masalah lemak degil kat badan tu.

Untuk mendapatkan produk Sendayu Tinggi blh ke Outlet ST seluruh Msia, Online di web www.sendayutinggi.com atau whatsapp 0193042133 / 0197917133

Friday, February 5, 2016

5 PERKARA YANG BUAT WANITA CEPAT NAMPAK TUA

Adakah anda memilik 5 perkara di bawah ?? Jom baca






1.       Kulit Kering
Kulit kering adalah simptom awalan yang menunjukkan bahawa badan kita sudah semakin kurang hormon. Ia mula menyusut apabila usia kita 25 tahun. Kita akan mula terasa kering pada badan dan muka. Bagi yang dulunya kulit jenis berminyak, anda jangan terlalu gembira bila kulit sudah tidak lagi berminyak & berjerawat. Sepatutnya, penjagaan wajah dan badan haruslah ditukar bersesuaian dengan perubahan kulit. Ini kerana, kulit yang kering cenderung mudah kusam, berjeragat dan berkedut

2.       Kenaikan Berat Badan Selepas Berkahwin & Bersalin
Apabila wanita mencecah angka 26 tahun ke atas, perubahan yang paling ketara ialah dari kenaikan berat badan saban tahun. Ini kerana penurunan hormon estrogen membuatkan kalori lambat dibakar. Ditambah tiada bantuan dari sudut suplemen dan senaman berkala. Wanita cenderung gemuk selepas berkahwin dan bersalin. Majority disebabkan rasa selesa atau alasan “ sudah berpunya “ antara faktor tiada fokus untuk menjaga berat badan ideal. Akibatnya, anda kelihatan berumur disebabkan badan dan wajah yang semakin berlemak, rambut yang makin menipis dan perut yang makin membuncit

3.       Tiada Lagi Ghairah Mencantikkan Diri Kerana Rasa Diri Sudah Tua
Perkara ini biasa untuk wanita luar bandar. Ini kerana, di usia 30an ke atas adalah umur yang dianggap sudah matang. Agak kekok untuk berpenampilan menawan kerana segan dengan jiran tetangga. Ia sekaligus menjadikan anda kelihatan berumur dan lusuh

4.       Mengabaikan Kesihatan Dalaman Wanita
Apabila sudah berkahwin dan beranak pinak, ramai yang tidak mengamalkan apa-apa suplemen. Samada kurang kesedaran atau masalah kewangan. Jika suplemen memerlukan anda mengeluarkan wang yang banyak, memadai dengan penjagaan makanan kesihatan yang baik. Apabila diserang pelbagai penyakit seperti tombong, keputihan, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya ia akan mengganggu kepada raut wajah anda. Sekaligus ia menampakkan wajah berumur dari usia sebenar
Pn Asfaliza ketika remaja 2003. Selepas mengamalkan Flawless Set & Beauty Drink kulit kembali licin

Puan Asfaliza kini, 36 tahun pengamal Beauty Drink
5.       Malas
Ya, ini penyakit paling banyak dihadapi oleh semua orang. Bila diturutkan rasa malas memang semuanya akan jadi NEGATIF. Nak mandi malas, nak bersenam malas, nak berdandan malas, nak sikat ambut malas..semuanya malas. Alasan bila berjumpa orang kita akan sebut, sibuk jaga rumahtangga, kerja dan sebagainya. Bila ia berlarutan, penyakit ini lah yang akan membuatkan anda nampak tua dari usia

Untuk menjadikan diri kita kelihatan segar dan sihat sekaligus nampak muda di mata suami, anak-anak dan orang ramai ialah sikap yang positif selain air wudhuk ( haa.. mesti ada yang komen, kalau berwudhuk awet muda la muka tu :D ). Saya lihat syeikh dan orang penghafal al quran kebanyakannya nampak muda. Selain amalan yang mereka buat , yang saya perhatikan mereka cukup displin bab menjaga makan. Perut ialah sarang kepada penyakit. Mula-mula memang payah nak displinkan diri bab makan ni. Tapi slowly kita akan mula membiasakan diri.

Previous video saya di Youtube saya juga ada membincangkan topik utk awet muda ni. Click utk view ya PETUA AWET MUDA






Utk sebarang pertanyaan & pembelian produk Sendayu Tinggi boleh whatsapp 0193042133 / 0197917133 atau melalui Online di WWW.SENDAYUTINGGI.COM

Wednesday, December 2, 2015

Isteri Dingin Hubungan Intim Alasan Suami Tambah Bini



KISAH MALANG SI ISTERI yang terpaksa redha bila si suami minta izin poligami. Alasannya memang menyakitkan hati. Tapi kalau dicerita buat malu dek orang katanya. Niat saya berkongsi cerita buka mengaibkan sesiapa tetapi ilmu utk setiap wanita yg bergelar isteri.







Ramai wanita yg ambil sambil lewa isu hubungan intim. Tambahan pula si suami jenis tak banyak kerenah. Semua yg si isteri buat okay saja sebab katanya si suami tak pernah pula komplen. Tak disangka dari diam2 si suami boleh nak menambah isteri. Umur bukan muda sgt pun. Dalam 42an, yg isteri 38thn. Anak yang sulung masuk 12 tahun. Lelaki ni walau usia bertambah, calon isteri mudah di cari sebab ekonomi dah stabil. Berbeza dgn perempuan bila menjanda. Faktor usia & bersalin akan buat kita cepat tua. Kalau dah jadi janda ni yg mahu mungkin lelaki pencen, jadi bini no 2 atau bujang sampai hujung usia membesarkan anak2 yg ada. Bila borak2 dgn Akak masa event di Kuantan hari tu byk ilmu sebenarnya utk kaum2 wanita.

" Suami akak ni dik sebenarnya okay sgt. Dari muda mmg tak banyak kerenah. Akak masak sedap ke, tidak ke.. tak pernah komplen. Akak suri rumah sepanjang masa sebab nak jaga sendiri besarkan anak-anak 3 orang ni. Bila dia cakap nak kahwin lagi, akak rasa gelap pandangan terus. Kalau tak di bagi, dia tetap nak juga. Akak bergaduh besar. Puas akak korek apa masalahnya. Desak punya desak, rupanya hal dlm kelambu yg dia ungkit. Katanya akak dah tak layan dia macam mula2 kahwin. Akak jawab, nampak sangat menggatalnya awak. Makin tua makin menggatal nak menambah. Jawab dia, dah tu bila diajak bersama ada je alasan awak. Sebulan belum tentu sekali dapat. Kalau sekali dua saya faham. Tapi masuk tahun ke 4 macam ni. Saya ni lelaki tetap ada kehendak. Bukan saya nak buat benda haram pun. Tu saya nak bagi tahu awak yg saya nak kahwin lagi. Bila saya "ajak" je awak nak tidur lah, penat lah, demam lah.. Bila saya cerita pasal ni cepat2 awak cari alasan tukar topik. Habis awak nak saya buat macam mana sebenarnya ?!. Saya tak pernah pun abaikan awak. Awak yg abaikan saya ! .. Kalau saya gatal dah lama saya ada girlfriend. Ni belum ada pun. Saya bercadang nak carik lah ni. Baru awak tahu yg saya betul2 serius kali ni "


Then bila saya tanya, habis akak bagi ke laki akak kahwin lagi ? Akak tu cakap " bagi dia masa utk perbaiki diri dalam sebulan. Sebab selama kahwin akak ni dah take for granted. Sebab suami ni sayang sentiasa, tak pernah marah, nafkah anak2 pun cukup. Rasa ralat kongsi dgn perempuan lain. Punca akak menolak ni bukan ada sebab besar sgt pun katanya. Cuma bila masuk 30an lepas beranak yg ke 2, mungkin dalam pantang tak jaga sangat jadi efek pada keinginan seks. Terus hilang keinginan tu. Sampai jadi benda terpaksa dah. Rasa rimas .. Bila tanya kawan2 yg sebaya ada juga yg sama problem mcm akak. Majoriti yg tak ambil apa2 herba utk dalaman wanita. Yg kata "OK & SENTIASA ON " tu mmg yg rajin ambil jamu sejak anak dara. Bila dah jadi mcm ni rasa menyesal jugak. Tu yang sibuk sekarang cari suplemen nak bagi "naik keinginan " tu balik dengan suami. Ni masuk minggu ke 2, akak paksa diri lah kan. Tapi mmg rasa hambar. Mcm menipu diri sendiri. Lepas tu rasa "kering" sangat sampai rasa tak selesa bila bersama. Last ikhtiar nak try herba ST. Sebab member2 yg suggest kan. Mana tahu berkesan, dapat selamatkan rumahtangga akak ".. 



Bagi yg ada problem mcm ni biasanya saya akan suggest ambil ST BEAUTY. Herba ni bukan semata2 nak naikkan keinginan seks wanita tetapi stabilkan hormon. Punca wanita dingin pada seks ialah hormon estrogen yg drop atau kurang dalam badan. Bila paras estrogen kita baik, biasanya haid lancar, lebih feminine, rasa nak melawa sentiasa ada & sekaligus keinginan seks sama mcm kita usia 20an. Ramai perempuan yg alami masalh dingin pd seks selepas bersalin. Kenapa ?? Sebab masa pantang tak jaga & selepas bersalin tiada suplemen herba yg diamalkan. Sedangkan muka kita dok jaga, tepek bedak sejuk, krim malam foundation bagai nak bagi putih & awet muda. Inikan pula dalaman, rahim wanita. Itu la tempat membesarnya zuriat kita selama 9 bulan 10 hari. Kira pula berapa kali beranak.. Kalau tak di jaga "tua" lah rahim kita. Sedangkan kereta pun perlu diservis, inikan pula dalaman badan kan. Yang tanya bila nampak kesan ? Jawapan saya tengok pada dalaman seseorang. Kalau kes dah lama mmg ambil masa sikit. Ada yg dpt efek dalam sekotak je blh rasa perubahan pada sexual desire. Apa pun, seorang isteri jgn take for granted dan berbekalkan muka lawa semata2. Dalaman penting sebab dari situlah tersimpannya pelbagai rahsia. Bg yg nak info lanjut atau order produk ni blh whatsapp 0193042133 / 0197917133 ya




Wednesday, November 18, 2015

HINA SANGATKAH WAJAHKU BERJERAWAT ?!

Jerawat Punca Rasa Rendah Diri


Bagi yg berkulit licin mmg tak akan blh menyelami mereka yg ada masalah dgn jerawat ni. Especially yg ada jerawat jenis resdung. Mmg jerawat tu tak mahu pupus. Mati yg ni tumbuh sebelah pula. Kadang-kadang rasa give up dah. Sy dah pernah rasa bila jerawat bernanah teruk menyerang satu muka. Rasa nak angkat muka pun segan. Org tgk seolah-olah kita ni macam pengotor. Padahal, org berjerawat ni lah cukup jaga sbb kononnya tak nak bg jerawat merebak. Belum cukup jerawat bernanah di tambah pula dgn bintik hitam. putih di hidung, dagu dgn tepi bibir. Mmg stressss !!!!


Bagi yg ada jerawat, kena kenal dulu jenis jerawat kita mcm mana. 


JERAWAT SENSITIF : Tak blh salah pakai produk. Elakkan dari pakai foundation kerana skin akan jadi lbh sensitif. Sebaiknya try yg light coverage dan jenis mineral. Make sure kena remove makeup dgn sempurna. Kalau tak akan break out lagi worst. Selain tu, ada yg senditif disebabkan pada sesetgh bahan pada produk yg dipakai contoh alergi talkum, vit E dll. Kena kena kenal apa yg blh dan tak blh. Try buat eksperimen sendiri. Sebelu apply apa2 produk, try sedikit di antara pipi & rahang. tgk dlm 24jam. Jika tak ada redness atau jerawat bermakna skin kita serasi

Penghidap resdung jg cenderung berjerawat teruk pada badan, Mandi dgn Juglan Soap membantu mematikan kuman jerawat selain memudarkan parut

JERAWAT BERNANAH RESDUNG : Kalau resdung pantangnya elakkan dari seafood dan jenis2 cencaluk budu bagai. Makanan pedas, terlalu manis juga kadangkala menyumbang kepada jerawat lagi meriah. Biasanya kalau resdung sembuh insyallah jerawat dah tak teruk mcm dulu. Sebab saya juga penghidap jerawat resdung. Saya ada buat sedikit video & cara mengenali resdung di Youtube.  Produk khas bg yg ada resdung ni kena ambil Nosygone & Lucimax. Click video di  PENGALAMAN SAYA RESDUNG




JERAWAT HORMON ; Bengkak, tidak bermata dan merah2. Selalu naik di area tepi rahang, pipi atau atas bibir. Punca utama ialah hormon tak stabil. Suka makan pedas dan berminyak. Try ambil suplemen yg bantu seimbangkan hormon. Insyallah jerawat akan hilang sendiri. Utk remaja pun selalu jadi. Kalau dalam Sendayu Tinggi blh try ambil Beauty Drink utk stabilkan hormon selain bgs utk skin & dalaman wanita

JERAWAT HALUS & MUKA BERMINYAK : Kalau skin mudah berminyak kena pakai produk skincare jenis waterbase, tak terlalu creamy dan mudah diserap. Kena rajin pakai mask utk balance kan penghasilan sebum. Ia akan buat kurang berminyak + jerawat tak mudah tumbuh. Skrub penting kerana ia akan kurangkan pengumpulan dead cell pada permukaan skin. Mekap pula kena makesure cuci bersih. Makeup remover penting spy pori2 bersih sepenuhnya spy jerawat tak naik


BLACKHEAD + WHITEHEAD : Membiak bagai diternak area hidung, dagu, bibir dan dahi. Biasanya sbb byk sgt dead cell. Kita mungkin tak pergi facial / skrub muka dgn kerap. Punca terhasilnya ialah disebabkan persekitaran, makeup tak cuci bersih & habuk. Sebab tu Makeup Remover penting. Walaupun kita bkn artis yg mekap tebal 20inci, tapi habuk blh menyumbat dan clog pores yg ada. End up skin akan kasar. Bila dead cell byk skin akan nampak kusam & setiap produk yg disapu pada skin akan less effective

JERAWAT STRESS / TAK CUKUP TIDUR : Biasanya student selalu kena. Akan attack di dahi dgn meriah sekali. Sebab tu, tidur yg mencukupi penting utk skin clear. Jgn dipicit dgn meriah sekali. Biarkan hingga jerawta benar2 masak & ranum. Ada jerwta yg akan kecut dgn sendirinya. Ia akan mengelakkan masalah scar yg teruk nanti. Ingat, jerawat lbh mudah kecut tetapi parutnya yg sukar dihilangkan especially bila kita picit tu tak ingat dunia. Sampai koyak dan luka dalam. 


Bagi yg rasanya dah putus asa nak try semua skincare sbb tak ada yg berkesan apa kata try yg ni last. Rata-rata feedback alhamdulillah dalam masa 3 hari jerawat nampak tak meriah dah. Sebab jerawat ada byk jenis. Ada yg pakai skincare mcm2 tapi still tak jalan. Saya ada compile antara pengguna yg amalkan ACNE TABLET & ACNE POWDER ( RM71 satu set utk 2 minggu ). Bagi yg berminat utk try & pertanyaan blh Whatsapp 0193042133 / 0197917133 / 0133922133 atau ke Facebook  SENDAYU TINGGI