Sunday, November 23, 2014

TIPS : KULIT GEBU & TUTORIAL MEKAP HARIAN

TOPIK : TUTORIAL MEKAP HARIAN



Dah lama sangat saya tak buat tutorial. Hari Sabtu ni lapang sikit jd nak share dgn semua mekap harian yg blh kita gayakan utk siang hari kalau nak pergi ofis, jalan2 atau outing. Paling best, teknik ni ringkas. Yg penting, kulit nampak gebus gitiewww.. Jd mekap yg ringkas pun nampak cantek jer. 

DOLL SKIN FOUNDATION
Bagi yg belum pernah cuba produk ni harussss cuba.. Kalau yg teringin nak beli tapi asyik je habis stok di Watsons atau Outlet ST blh beli online di SENDAYUTINGGI ONLINE Tekstur produk ni rich, thick, high coverage tp masih smooth kat skin. Bila apply mmg blh cover habis semua problem kat skin kita mcm parut jerawat, scar atau jeragat. Kalau ada dark circle dap are bwh mata lebihkan sikit. Tips kalau nak mcm glissy smooth effect spray dulu dgn toner atau air brush tu. Br licin mcm porcelain. 


Pict ni Doll Foundation imej lama. Sekarang dah ada imej baru color matte maroon. Dalamnya tetap kualiti yg sama. Foundation ni kalau tak pakai bedak pun cantik. Tp dah apply dgn bedak Doll Matte Powder lg la jatuh cintun ..



DOLL MATTE POWDER
Yg ni bedak terbaru. Mmg diformula combine dgn Doll Skin Foundation. Teksturnya masyallah sgt2 lembuuttttt dan halus amat. Kalau nak natural just apply pakai brush. Tp nak high coverage pakai span.


TUTORIAL - Simple Daily Makeup



Jom kita mulakan :

1) Make sure muka kita bersih. Kalau muka jenis kombinasi atau super oily tu bgs apply makeup base spy mekap lasting

2) Dot2 kan kat muka mcm tu atau apply dgn brush terus. Make sure spraykan dulu berus tu dgn toner collagen atau air pun blh. 

3) Ok lps tu sekatakan. Seriously kalau keluar mcm ni takut org tgk. Mcm mayat idop dah. Hahaha.. Tutorial kali ni sengaja sy pakai kod very cute yg lbh cerah. Padahal biasa sy pakai kod too pretty je. 

4) Lepas mcm momok td, terus dgn pantas kilat cecepat sapu Doll Matte Powder. Yg ni sy pakai kod 02. Biar gelap sikit baru balance dgn tgn nanti.

5) Utk mata sy pakai HD Signature Eyeshade kod Romantic Bold Smokey. Tp sy guna satu color je. Yg color brown tu. Sapu dgn flat brush lps tu buat wings kat corner mata dgn Waterproof Liquid Liner kod Platinum Black. Then sapu mascara bebanyak 

6) Ok kalau uols nak glowy blh letak color silver glitter kat tear duct kat mata tp look ni sy x buat la sbb nak cepat. Terus pop up sikit mata kan lps ada color kat eyelid. 

7) Jgn lupa sapu Glow Rose Blush On pd buah pipi. Sy pakai kod Young Pink. Kalau x pakai mmg muka mcm cat putih je. Nanti tak nampak natural.. Konon kan. Ingat senang ke nak nampak natural .. Hahaha

8) Lepas tu nak nampak fresh try teknik ni. Sapukan Moisture Sensation kod Very Cherry kat center lips. Lps tu ketap bibir atau brush pun blh spy smooth. Jgn semua bibir tau. Tengah2 shj..

9) Last sekali, pakai jari atau brush sapukan Lip Cake kod Vanilla kat area yg belum ada lipstick. Lebihkan pd frame bibir kalau nak nampak ala2 mungil gituh..  Senang je kan.

Yg penting utk nampak mekap tu cantik sebenarnya basic dari foundation. Sebab tu uols kena try 2 killer produk dari ST ni. Kalau tak best mana mungkin selalu sold out je dik non .. 

Ok yg ni preview sikit video actual look tp sorry kualiti tak berapa nak ok sbb pakai phone je.. utk tgk click PRODUCT REVIEW - Doll Skin Foundation & Doll Matte Powder









Thursday, November 6, 2014

TIPS : SOLEKAN MATA SUPAYA NAMPAK BESAR

TOPIK : DOLL EYES MAKEUP

Tutorial kali ni saya buat khas sempena koleksi Hijabi Doll Collection. Ramai yang request solekan utk mata nampak besar ala2 Doll hakikatnya saya ni sedar diri mata ni kecik je pun. Bagi yang suka cute eyes look blh la try mekap ni. Sy dah simple kan yang seboleh mungkin supaya semua blh follow. 


Paling penting utk Doll Eyes Look ni sebenarnya lens. Saya pakai size yang besar. Mana saya beli lens tu ? Yang saya pakai ni beli di Instagram je. Search nama " Promotion Lens Hari Raya " mesti jumpa..  Saya pakai color mcm picture model ni pakai tapi dah tak ingat nama Lens ni. 

size lens ni mmg saya tak tahu tapi bila pakai sure mata jadi besar lah. Agak selesa juga dipakai seharian

MAKEUP STEP

Ada new items dalam koleksi Hijabi Doll ni. Celak dan Mascara baru tu belum masuk lagi. Nanti dah masuk saya update.


Antara produk yang saya gunakan masa demo ialah :
1) Makeup Base  RM29.00
2) Mousse Sunblock RM30.00
3) Collagen Toner RM37.000
4) Cream Foundation Brush RM35.00
5) Doll Skin Foundation RM38.00
6) Doll Matte Powder RM35.00
7) Eye Primer RM25.00
8) Eyes & Cheek Palette RM65.00
9) Doll Intense Eyeliner - Belum keluar
10) Long Lash Mascara - Belum keluar
11) Handmade Eyelashes - RM15.50
12) Rose Glow Blush On RM33.00
14) Bright Duo Blusher RM34.00
15) Pure Shine Lipstick RM30.00
16) HD Metallic Gloss RM29.00

*Semua harga ialah normal price. Kalau ahli Sendayu Tinggi ada diskaun. Boleh dapatkan online di  sendayu tinggi online


Saya dah pakai lens tu masa demo. So make sure muka bebas mekap. Tapi saya dah apply makeup base & mousse sunblock
TIPS KULIT GEBU : DOLL SKIN FOUNDATION + DOLL MATTE POWDER

Rahsia saya utk skin macam ala2 Doll yang gebu, halus dan glowing kena pakai 2 produk ni. Saya guna Doll Foundation dan top up dengan Doll Matte Powder. Memang mekap jadi halus dan fine walau dipakai seharian

Doll Skin Foundation ni ad a3 color.. saya pakai kod 01 utk tutorial ni. Tapi daily biasanya saya suka kod 03.
Then, utk tone down kan foundation yg cerah saya top up Doll Powder 02. Nanti kulit tak nampak gelap lepas berpeluh


TIPS : EYESHADOW NAMPAK SOFT BERKABUT

Masalah utama bila pakai pembayang mata ni selalu warna eyeshadow tak kemas dan warna tak jelas. Senang je kalau nak nampak smooth. Lepas je apply make sure pakai Blending Brush utk harmonikan color yg kita sapu. So, mekap kita tak akan nampak 'cheap'. Sebab tu jgn kedekut utk spend tools seperti brush. 

cth picture ni nak tunjuk kemasan yang dibuat dengan blending brush. Ada byk shape blending brush. yang tanda # tu antara yg brush yg common. Sendayu Tinggi ada jual loose dan dalam set juga


TEKNIK SAPUAN CELAK : UTK MATA NAMPAK BESAR

Saya guna celak terbaru dari ST. Masa sapuan pertama saya pakai color coklat gelap supaya tak nampak terlalu 'hard'. Then saya top up dengan celak putih dalam ring waterline. So, mata naturally akan nampak super besar. Cuba try teknik simple ni. Saya tiru sikit teknik Puppy eyeliner dari Korean Style yang mana celaknya di bawa meleret ke bawah dan bukannya ke atas.

Paling best produk ni waterproof dan tak payah nak raut. Kalau tumpul blh sharp guna peraut yang ad adi belakang pensel tu

tanda anak panah tu yang saya maksudkan bawa meleret ke bawah. Kalau panjangkan sikit lagi pun blh if ada pakai eyelashes macam dalam tutorial saya buat di youtube. Ni la namanya Puppy Eyes Makeup.

yang ni ialah teknik sapuan celak putih pada waterline akan membuka saiz mata seolah2 besar dan bundar

Saya lalukan celak hitam di bawah garis bulu mata utk enlarge kan lagi bukaan mata. Simple trick but its work !! Cuba buat nanti mesti tak menyesal walau mata terkedip-kedip masa apply tu. Tapi kena guna celak yang waterproof kalau tak edn up jadi mata panda


TIPS : PASANG EYELASHES SUPAYA NAMPAK MATA GALAK
  1. Bila pakai eyelashes saya cut kod 06 separuh dan ambil hujungnya sahaja. Kemudian lekatkan di bahagian paling last yg part sapu eyeliner tadi.
  2. Then baru pakai eyelashes kod 07 pada full mata. 
  3. Last pakai eyelashes bawah pula utk extra effect kalau suka. Saya ambil separuh je pun. 

STEP 1 : Potong separuh eyelashes dan ambil hujungnya

STEP 2 : Pasang di bahagian last celak mata yang dilebihkan

STEP 3 : Pasang full eyelashes kod 07
STEP 4 : Pakai eyelashes bawah mata pula. Saya ambil separuh juga
STEP 5 : Sapu celak dalam ring atas mata dan celak putih di waterline

STEP 6 : Top up maskara pada bulu mata asli supaya nampak lebih real

FINAL LOOK
Jangan lupa subscribe dan thumbs up video saya di youtube ;)

Yang ni maskara bau Sendayu Tinggi tapi belum masuk HQ lagi. Memang mata jadi dolly gitieww 
Antara produk yang saya guna utk Look ni


Bagi yang tak jelas dengan teknik ni boleh click link DOLL EYES MAKEUP . Harap dengan sedikit tips ni membantu untuk solekan uols lebih mantap. Borak lagi utk next entry. Luv u guys.. Muaahhhh !!!



Follow me on :


Monday, November 3, 2014

KENAPA PEREMPUAN KENA BELAJAR MENDANDAN DIRI ?

TOPIK : PERLU KE BELAJAR MENDANDAN DIRI ??

Ok topik hari ni sebenarnya berkisarkan cerita yang saya tengok dalam episod tanah kubur. Si suami berleter di meja makan bila si isteri datang menghidang dengan muka berbedak sejuk, rambut mengerbang dilengkapi baju kelawar.. bila lapang2 je boleh terbang pakai baju kelawar tu.. hahaha.. 

Bagi para isteri, saya berani kerat kuku yang si suami 100% menyampah betul kalau kita sarungkan "uniform" rasmi tu lagi2 bila menyambut mereka balik kerja. Serammmm !!! Kiranya boleh patah selera. 

ok yang ni sebagai hiasan je. Saya pun ngeri kalau nak pakai macam ni .. haha.. masalahnya siap confident bawak gi jenjalan tu memang sangat berani cik kak !!

Ada yg ramai berminat nak mendandan diri, tapi end up macam badut pula. Belum foundation melepak mcm kertas. Jadi lagi hilang selera si suami tgk mcm mayat idop.. Sebab tu laki2 kita lebih suka kita natural beauty kononnya sebab lebih ngeri bila tengok kita bermekap.
Ok yg ni gambar hiasan je. Jgn ngeri sangat.. Hakikatnya teknik mekap mmg membantu wanita nampak lebih cantik. Walau tatarias tipis tp kalau kena dengan produk dan tekniknya sesiapa pun nampak vasss !!! Hokey... ( tangan kat bahu, mata sambil pandang kat atas gitieww ) 


So, bila Sendayu Tinggi buat bengkel solekan saya suka ajar basic makeup tapi bengkel seharian tak akan peserta dapat ilmu biasa2 je kan. Jadi saya akan tambah kepada advance sikit dalam masa yg sama langkah2 rumit tu pun saya skip. Hasilnya tetap meletop. Bagi saya mekap ni macam aksesori. Kita boleh tukar warna atau pattern dan hasilnya kita akan nampak segar, muda dan ceria selalu. Baru suami tengok tak ngeri.. Ramai sebenarnya para isteri yg berniqab juga mesej saya di facebook atau email. Pokoknya walau kita tak secantik Erra Fazira tapi kalau didandan dan diperhias sedap sikit mata laki kita memandang. Jgn tggu di luar baru nak melaram mengerlip bagai. Kat rumah je kita beterbangan dengan baju kelawar.. Hadoiii.

So bg para isteri dan bakal isteri2 yg nak belajar cara berdandan dengan betul blh join kelas mekap yg ST buat. Saya akan coach. Bengkel solekan ST ni sy dah tour 1 Msia. Tapi ramai jg yg tak tahu pasal aktiviti yg ST buat ni. Antara topik yg diajar masa bengkel ialah :

1. Cara aplikasi foundation yang betul
2. Teknik memancungkan hidung
3. Membentuk wajah tirus
4. Melukis kening dengan kemas
5. Cara blending eyeshadow multicolor
6. Tips & rahsia solekan natural

Peserta juga akan experience sendiri produk mekap ST selain saya ajar step by step bersama2 dari kanvas kosong. Kebanyakan yg join bengkel solekan ST dari wanita berkerjaya hingga housewife. 

Yg ni antara picture candid masa saya buat bengkel di Terengganu.

Biasanya sy akan demo model di depan. Peserta akan follow. Tester disediakan. Peserta cuma bawa diri, cermin, tisu dan berus. Nak bawa duit pun blh sbb time bengkel mmg ada promosi produk ST. Time ni ramai la sedih sbb brg borong2 belaka tp duit tak cukup..

Masa demo sy akan tunjuk close up dan zoom in. So walaupun duduk jauh peserta still blh rasa mcm belajar sebelah saya. 

Ada yg tanya saya kalau x ada basic langsung blh ke join. Jgn risau, itu lah tujuan bengkel ni dibuat. Mengajar yg zero knowledge mcm mana mekap yg betul.

Semua produk yg saya demo dari produk Sendayu Tinggi. Yg ni pict masa saya demo di KL baru2 ni. 

Kalau masa demo ada peserta yg tak faham mcm mana nak pakai certain product peserta blh tanya sy direct. Sebab mekap ni biasanya tgk pada muka peserta jg. Sesetengah teknik dan warna mungkin x sesuai digayakan. Itu tujuan bengkel ni. Sebab tu peserta kena join sekali masa saya demo. Ni antara picture peserta yang dah siap demo mekap pd muka sendiri sepanjang bengkel dibuat. Mereka boleh jadi pro dah lepas ni !



Lepas habis sesi bengkel ni peserta akan lunch dan ada sesi photoshoot. Gambar terus siap print dan mmg cun2 gambarnya semua. 

Lepas tu apa lagi, semua orang sibuk selfie dan sy jadi retissss kejap.. Hahaha




So sesiapa yg nak join bengkel Solekan ST blh contact atau sms Cik Nani 019 4351896 terus. Bayaran cuma RM50 utk ahli ST dan RM60 utk bkn ahli. Murah kan ?? Peserta siap dapat free gift produk lagi. Latest bengkel solekan 2014 ni ialah di :

- Sandakan, Sabah 30hb November
- Ipoh, Perak 7hb Disember

Jumpa nanti anda di sana !!!

Friday, October 31, 2014

RAHSIA KULIT HALUS & GEBU MACAM DOLL

TOPIK : HIJABI DOLL


DOLL SKIN FOUNDATION

Tengah hot sekarang produk Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi. Letak je habis.. hahaha .. Gitiew !!  Entry kali ni saya nak share langkah mekap yang pernah saya buat utk beberapa photoshoot previously di ST Studio. Saya tengah buat new tutorial pakai 2 produk utama ni. Yang ni preview sikit je mekap yg dah siap. Tapi pakai phone je rekod jadi kualiti agak tak best



Saya pernah buat demo produk ni banyak kali. Reason kenapa top sesangat sebab produk ni sangat mudah digunakan tanpa perlu layer by layer foundation. Paling best produk ni akan buat skin jadi super gebus tanpa nampak cakey macam kulit anak patung. Asas produk ni seperti cream foundation yang selalu diguna untuk tujuan professional seperti professional. So, mekap akan nampak gebu giler sebab dapat cover semua imperfection macam jeragat, parut jerawat, dark circle dan macam2 lagi lah keanehan di muka kita ni. Masalahnya dengan produk mcm tu ialah skin akan jadi rosak jika dipakai kerap. Sebab tu lah terjadinya formulasi Doll Skin Foundation ni. Khas utk cover imperfection yang kita tak suka, coverage mantap tapi skin tak rosak. Sape taknak kan ??

Doll Skin Foundation ada 3 color. Kod paling cerah 01 Very Cute, 02 So Sweet dan 03 Too Preety.
So far saya suka yang kod Too Preety sebab colornya natural. Memandangkan orang melayu ni ramai suka yang tona cerah2 jadi color code ST memang x ada yang 'tan' sangat. 



Yg ni imej baru Doll Skin Foundation. Harga RM38.00 utk bukan ahli ST

Yang ni color code produk Doll Foundation. Imej lama ni masih ada dipasaran. Jangan rebut2 nak yang baru tu. Sebab dlmnya tetap kualiti terbaik !

DOLL MATTE POWDER

Memandangkan fenomena tsunami Doll Skin Foundation ni menjadi2, sooo ST decide utk tambah koleksi kepada Doll Mate Powder. Bedak ni pun ada 3 color sahaja. Masyaallah ampunnn, giler halus kulit lepas pakai. Memang tak tipu. Lepas tu skin jadi tak berminyak. Ye la bila kita ni berada di Malaysia memang susah sikit nak cari formula bedak yang boleh kontrol oil.

Lepas pakai Doll Foundation pakai yang ni pula. Memang gebunya tak terkata !

MAKEUP DEMO - HIJABI DOLL COLLECTION

Yang berminat nak join MakeOver Sendayu Tinggi boleh emailkan gambar uols di stmodel@sendayutinggi.com  ... Penyertaan terpilih akan dipilih oleh Team ST Advertising dan shooting di ST STudioa kat Sg Buloh.. Peserta akan menerima wang tunai RM250 dan free makeover oleh saya :) 





Saya sertakan step masa saya mekapkan salah seorang testimoni menggunakan Doll Skin Foundation dengan Doll Matte Powder. Paling best bila pakai guna Cream Brush. Cuma masa demo ni saya nak cepat selamba ambil Liquid Foundation Brush, boleh je sebenarnya.. penggunaan berus yang betul ni sebenarnya penting supaya mekap akan jadi lebih sekata dan smooth. Jadi kalau blh jangan main belasah je berus mana utk aplikasi yg mana ya

Yg ni berus basic utk foundation. Dijual loose


Function berus ni :

  1. Powder Brush RM32.50 - Berus terbaik utk kemasan bedak tabur, padat dan kompak. Ia akan bantu kemasan lebih ringan dan halus. Gunak ni utk apply Doll Matte Powder kalau nak finishingnya smooth dan light
  2. Cream Foundation Brush RM35.00 - Permukaannya yang flat / rata memberikan kemudahan semasa aplikasi tesktur jenis krim. Yang ni mmg bagus utk sapu Doll Skin Foundation
  3. Tapered Powder Brush RM33.00 - Bagus utk meratakan bedak kontur pada pipi dan tepi muka bagi membentuk wajah lebih tirus dan runcing
  4. Liquid Foundation Brush RM36.00 - Membantu kemasan bedak cecair lebih sekata dan licin.Sudutnya yang muncung di depan memudahkan sapuan pada sudut wajah.

MACAM MANA NAK BELI PRODUK NI ?

Ramai lagi sebenarnya tau tahu yang Sendayu Tinggi ni ad ajual produk mekap. Yg org tau produk jamu sahaja. Cara nak dapatkan produk ni boleh ke Watsons terpilih, Outlet2 ST seluruh Malaysia atau online di http://sendayutinggi.com/ .. yg tak tahu lokasi dealer atau tempat terdekat uols click je yang saya buat anak panah tu okey ;)



Sendayu Tinggi juga ada page utk belian secara online / pos ke rumah bagi yang masih susah mendapatkan produk ni. Tak payah susah dah. Abang posmen terus hantar depan pintu.. hahaha..click je link ni  :



Monday, October 20, 2014

TUTORIAL : STYLE MAKEUP KOREAN UTK WANITA MELAYU ?

TOPIK : TEKNIK MEKAP KE PEJABAT ALA2 KOREAN STYLE

1st thing sebelum saya buat konsep Korean Look ni saya dok pikir jadi ke idak.. Tapi why not cuba jer.. Biasanya perempuan akan berdandan time dating. Kalau yg bujang lagi la wajib kan.. yg dah mak2 org macam saya ni, ada mood. Tapi hakikatnya bila kita bermalasan di pagi hari time ke ofis aura negatif akan ikut sekali. Kali ni saya nak buat mekap ke pejabat tapi nak yg mudah.. Semua yg saya guna dari produk Sendayu Tinggi ;) 




Biasanya orang melayu ni kalau mekap suka yg light2 dan simple.. alasannya nak cepat lebih-lebih lagi kalau yang ada anak di rumah. Mana nak siapkan anak, laki, sarapan, diri sendiri dan macam-macam lagi. Ada yg ambil pendekatan mudah menyiapkan diri dengan hanya menepek bedak baby dah siap.. Haaa... gitieww.. 

Ok fine, kalau kita ni natural beauty ala2 Fasha Sandha memang ok je kalau nak natural beauty cenggitu. Tapi, kalau kita ni so so jer, mekap sangat membantu supaya kita nampak bersemangat dan ceria bila nak ke ofis. Tapi diingatkan..jangan mekap je meletop, tapi keluar pakai kasut flat atau jenis tapak tebal beli kat booth Thailand tu, tudung RM5 beli kat kedai borong pastu tak bergosok then matching kan pulak dengan seluar zaman 80's .... ohh sedehh... Tak matching uolss.. 

Sebelum pergi ke topik sepatutnya moh kita ke produk yang saya gunakan utk tutorial kali ni. Antaranya  : 

  1. Makeup Base RM29.00
  2. Mousse Sunblock RM30
  3. Doll Skin Foundation RM38
  4. Baked Face Powder RM40.00
  5. Gel Liner RM29.90
  6. Tapered Brush RM33.00 / Cream Foundation Brush RM35.00
  7. Eye Primer RM25.00 / Eyes & Cheek Palette RM65.00
  8. Double Coating Mascara RM35.00
  9. Rose Blush On RM33.00
  10. Glitter Gloss RM29.00
  11. Lip Art Lipstick RM31.00

Bagi yang tak tahu mana nak dapatkan produk ST ni, just pergi di Watsons terpilih, Outlet2 ST seluruh Msia ataupun online whatsapp di 019 7917133 / 019 3042133. Link FB Online, IG dan lain2 saya ada bagi di ruangan kanan panel blog ni.. 









Teknik mekap kali ni saya ambil inspirasi dari Korean Style yg suka skin ala2 glossy dan bibir merah di center lip shj.. Apa kata kita try.. yg dah tua mcm saya ni pun blh fefeling konon sweet 17th hokey ( jangan muntah kuning ye.. hahaha ). Pict di bawah ni step paling ringkas macam mana nak menggayakan Korean Lips. Sapu Lip Art kod Pink Posh di center bibir dan sapukan Simply Gorgeous Lips kod Peach Fudge di keliling frame bibir. Senang kan ??

KOREAN LIPS STYLE

LOOK 1 - Soft & Natural

Mekap yang 1st ni memang natural dan nampak muda. Tekniknya super ringkas dan tak overdone. Tapi lipstick saya pakai utk look ni Lip Art kod Velvet Melon dengan Heavenly Glitter Gloss kod Apricot Sorbet.

utk tutorial tudung ni saya ada buat di youtube..

sebenarnya tgh pose pikir jam kat belakang ni dari pukul 7.00 tak gerak2.. hahaha

gitieww.. saya membaca buku jugak di masa lapang. Rajin kan :) cettt...


LOOK 2 - Bold & Confident

Sangat sesuai kalau uols ada special occasion atau presentation. Memang nampak konfiden walau dalam hati kecut kan .. hahaha.. penampilan ni penting sebab dari situ org akan judge kita. Kalau uols banyak terlibat dengan orang luar terutama profession melibatkan marketing, appearance tu mmg aset sangat utk dapat job kan :)

rahsia gigi dan kulit nampak putih ialah gincu merah.. cer try..

ehh.. nampak sket la muka boypreng i kat frame kecik tu :P

props prepared by me :)


So, bagi yang nak tgk full tutorial please click http://youtu.be/qB0IG0aFULI 

Please comment kalau ada mekap yg uols nak saya share utk look yg akan datang.. and Tq again for ur comment di youtube, FB dan Instagram.. :) :) :)  bye..