Thursday, December 11, 2014

Bronze Eyeshadow Tutorial

Tajuk : Tutorial Mekap Mata Bronze & Contouring

Dah lama sgt sy tak berkesempatan utk buat tutorial. Masa tak ada.. Yg ni pun malam baru sempat buat. Simple & tak lapuk dek zaman ialah mekap mata yg berwarna tanah atau gangsa. Adjust sikit je dah vavavom.. Ok kali ni sy nak share teknik utk apply pembayang mata menggunakan HD Signanture Eyeshade. Colornya super pigmented. 

Eyes Tutorial 

Produk yg saya pakai ialah : 

1) Berus dan kemaskan kening. Kalau buku kening jenis degil sapukan dgn brow gel atau wax utk bg flat. Bila kening tu bulunya menegak mmg nampak tak berapa kemas bila pakai celak kening

2) Sapukan celak di bahagian hujung atas & bawah kening ( yg tak ada bulu kening pun sapukan sikit tp jgn over nanti dah tak natural ) 

3) Saya gunakan Doll Foundation dgn flat brush utk kemaskan hujung kening. Saya suka kening tebal. Adjust ikut citarasa memasing ( wah mcm buat resepi masakan.. Haha )

4) Sapukan eyeprimer utk makeup lasting. Then blend dgn jari. Utk makluman, kalau sy buat full makeup sy akan mulakan dgn mekap mata. Dah siap baru sy pakai foundation

5) HD Signature Eyeshade sy pakai kod Romantic Bold Smokey. Sy apply color Bronze Coklat di cornel kelopak mata dan tengahnya warna silver. Bila dah blend sy top up color hitam pula di betul2 hujung sudut mata supaya nampak lebih ada dimensi ( gradiant )

6) Bawah mata jgn lupa sapu warna Bronze Coklat juga sampai dekat tear duct tu top up color silver pula.

7) Utk smoothkan solekan mata ni saya tak pakai liquid liner tp sy gunakan Smokey Smudge Liner. Lepas tu blendkan dgn span yg ada blkg pensel tu supaya smooth. Masa sapu tu make sure betul2 dekat dgn bulu mata ya spy lebh natural nanti.

8) Sapukan mascara atas dah bawah mata. Siapa yg nak lbh extra kalau ada special event pakai Handmade Eyelashes ST kod 02. Yg ni sy curl kan dulu eyelashes tu sblm pakai.

9) Saya suka lens color2.. Uols kalau tak suka guna anak mata asli pun lawa dah


Tutorial Full Face


SIAP part mata. Now move on utk full face pulak. Utk muka pula saya gunakan antaranya ialah :

1) Sapukan Makeup Base dulu dan saya suka lebihkan pd kws yg pori besar dan kawasan yg cpt berminyak. Kalau skin kering make sure pakai pelembap baru foundation tu 'blend in' dgn skin

2) Utk highlight kan area penting di muka sy sapukan Concealer kod Vanilla. Blend dgn brush utk kemasan sekata

3) Lepas tu baru sy pakai Doll Skin Foundation kod Too Pretty. Blend semua then saya sapukan Rose Blush kod Bronzer utk contouring

4) Jgn lupa sapukan bawah rahang mcm picture tu. Utk area hidung pun jgn lupa buat shading

5) Blend shading tu semua sampai dah tak nampak line. Lps tu baru sapukan dengan Doll Powder kod 01 dengan berus besar

6) Kalau nak elakkan effect terlalu matte sy akan pakai Baked Face Powder lbh heavy berbanding Doll Matte Powder tadi. Lepas tu baru sy pakai Bright Duo Blush kod Cool Pink pada pipi.

7) Bibir saya lebihkan sapuannya dari frame bibir. Reason.. Saje je suka2 nak bibir penuh konon2 mcm Angelina Jolie.. Haha.. Yg ni Moisture Sensation kod Raisin

8) Utk tone down color tadi sy balas dgn gloss yg light dari HD Metallic Gloss kod Pink Lace. Bila pilih lipgloss tak semestinya kena sama color lipstick. Cuba eksperimen dgn kontra color mmg hasilnya kebabom..

Ok bagi yg nak dapatkan produk ST yg saya buat ni blh tgk detail dan harga di website sendayutinggi.com ok 





Habis tercampak sana sini kan mekap kalau buat tutorial ni. Meja mekap tu kecik sangat.. Some of the products ada kat meja tu. Kita jumpa lg utk next tutorial..






0 comments:

Post a Comment