Thursday, September 15, 2016

KENAPA LEPAS KEGUGURAN SUKAR HAMIL ? APA PUNCANYA

Keguguran? Semua wanita kalau boleh taknak terlibat dengan keguguran. Tambah-tambah lagi yang dah lama berkahwin tapi baru ada rezeki untuk mengandung. Yelah, kalau asyik keguguran maknanya mesti ada sesuatu yang  tak kena dalam rahim kita. Bagi yang pernah mengalami keguguran, ia merupakan satu pengalaman yang amat menyedihkan dan satu kejutan emosi yang sukar untuk dihadapi.

Apa tu keguguran?


Bagi yang tak tahu keguguran tu apa, keguguran ni maksudnya kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Keguguran ni ada dua kategori. Kalau keguguran tu berlaku masa 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal. Tapi kalau dah lepas 12 minggu, ia dipanggil keguguran lewat.

Keguguran awal  sangat kerap berlaku sebab selalunya wanita yang keguguran awal ni dia tak sedar yang dia sedang mengandung. Tahu-tahu je dah tumpah darah. Mungkin sebanyak tiga perempat telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Selepas mendapat ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan keguguran awal berlaku. Waktu inilah keguguran paling banyak berlaku.

Keguguran lewat pulak tak kerap berlaku. dan selalunya terjadi selepas 12 minggu pertama kehamilan. Tapi sama je. Keguguran lewat atau awal masih kena melakukan D&C jugak. Cuma kehilangan kandungan masa peringkat ini boleh jadi sangat sukar untuk dihadapi terutama dari segi emosi.

Sesetengah wanita ada yang mengalami keguguran berulang. Ini bermakna mereka dah keguguran tiga kali atau lebih secara berturut-turut. Tapi ianya berlaku kepada kira-kira satu dalam 100 wanita. Ada juga kes bila dah keguguran dah tak hamil-hamil lagi lepas tu

Apa yang menyebabkan keguguran?

1) Embrio tak berkembang seperti yang sepatutnya.
Biasanya punca berlaku kerana masalah pada kromosom. Wanita yang lebih lanjut umurnya berisiko lebih tinggi bagi  bayinya mempunyai kecacatan kromosom. Jika janin tidak cukup kromosom iaitu 23 kromosom dari ibu dan 23 kromosom dari bapa, keabnormalan kromosom ni akan menghalang bayi dari berkembang, maka kat sini lah berlakunya keguguran. Kalau ikut kajian pulak, wanita berusia 30 tahun, risiko untuk dia keguguran ialah satu dalam lima, manakala pada usia 42 tahu, risikonya ialah satu dalam dua.

2) Rahim yang bermasalah.
Antara masalah rahim yang boleh menyebabkan keguguran adalah Bicornuate Uterus atau Uterine Septum. Pangkal rahim terbuka juga menyebabkan janin boleh gugur dengan senang. Ia terjadi disebabkan oleh pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence”, biasanya keguguran kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh tekanan dalam rahim kerana janin yang semakin membesar. Ketumbuhan dalam rahim juga boleh menjadi penyebab keguguran.

3)Hormon yang tak seimbang.
Ovulasi tidak teratur biasanya dikaitkan dengan masalah PCOS. Pengidap PCOS akan menjadi kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Kehamilan akan terganggu kerana gangguan pada hormon progesterone dan hormon LH pada penghidap PCOS.

4) Darah beku.
Perjalanan darah yang tak normal di dalam rahim boleh menyebabkan janin tak dapat bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya untuk berkembang, akibatnya janin mungkin akan mati dan gugur. Kejadian darah beku ni selalunya disebabkan oleh antibody phospholid yang banyak di dalam darah.
Sindrom darah pekat atau sindrom antiphospholid (antiphospholid syndrome – APS) yang menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah, juga diketahui sebagai penyebab keguguran berulang. APS juga dikenali sebagai sindrom Hughes, dan ia boleh hadir sebagai satu masalah tersendiri atau sebagai masalah yang seiring dengan penyakit lupus. Ha tapi jangan risau, penyakit  APS ni boleh dirawat.

5)Tahap kesihatan
Bagi wanita yang sememangnya dah ada masalah kesihatan pulak, penting bagi wanita tersebut untuk  mendapatkan penjagaan yang betul. Mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, berpenyakit seperti diabetes atau bermasalah tiroid, mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.
Jangkitan jugak boleh menyebabkan keguguran jika anda menerimanya semasa hamil.ini termasuk literiosis dan toxoplasmosis. Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries juga dikaitkan dengan keguguran lewat kehamilan.

6)Gaya hidup
Fakta menunjukkan bahawa mereka yang merokok, banyak meminum minuman keras dan mengambil kokain mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran.  Bukan tu je, kalau terlalu banyak mengambil kafein pun boleh tingkatkan risiko keguguran. Jumlah pengambilan kafein yang selamat ialah 200mcg (dua cawan besar kopi) sehari. Lepastu pastikan untuk mengelak sebarang bentuk sukan berimpak tinggi yang boleh menyebabkan badan tu terjatuh atau perut terhentak.


Macam mana nak tahu yang anda mengalami keguguran?




Tanda-tanda yang paling jelas ialah kesakitan seakan-akan senggugut dan pendarahan yang banyak, yang mungkin mengandungi gumpalan darah. Macam period jugak, cumanya kalau period tu darah kita mungkin tak berketul. Tapi kadang-kadang boleh jugak masa gugur tu kita taktau, terutamanya masa awal kehamilan. Ramai yang ingatkan mereka datang haid, rupanya keguguran.

Ada pulak kes keguguran ni dikesan melalui rutin imbasan pada awal kehamilan. Bila imbasan ultrabunyi menunjukkan kantung kehamilan kosong, di mana embrio sepatutnya berada. Ini kadangkala kita panggil keguguran terlepas (misses miscarriage). Kadang-kadang tahap hormon kehamilan jatuh sehingga cukup untuk bagi orang tu sedar yang dia tak begitu loya seperti sebelumnya ataupun payudara dah tak terlalu sakit. Tapi normal jugak bagi simptom-simptom kehamilan ni hilang selepas minggu ke-12 atau ke-13.

Keguguran lewat, selalunya merupakan pengalaman yang sukar untuk dihadapi. Tanda-tanda keguguran lewat ni contohnya pendarahan yang banyak, dan kadang-kadang, air ketuban tu pecah. Mungkin juga disertai dengan kesakitan seolah-olah bersalin, dan kadang-kadang sampai kena makan ubat penahan sakit sebab yelah, dah kalau rasa macam bersalin, mestilah sakit sangat. Tapi jangan risau, dalam sesetengah kes, takde kesakitan berlaku pun. Keguguran yang disebabkan oleh serviks yang lemah mungkin tak menyakitkan.

Macam mana pulak dengan tompokan darah atau spotting? Ha itu bermakna badan kehilangan sikit je darah. Tompokan darah yang berlaku pada awal kehamilan adalah perkara biasa dan biasanya tak membimbangkan. Tapi, sebarang pendarahan yang berlaku eloklah dimaklumkan dekat doktor. Kalau pendarahan tu berhenti dan kehamilan tu berjalan lancar, itu dikenali sebagai ancaman keguguran.

Macam mana nak kurangkan risiko keguguran?



Produk D’Folia oleh Sendayu Tinggi dirumus khas secara tradisional untuk kesihatan rahim wanita. Ia sesuai untuk setiap wanita dari semua peringkat umur sebab ia dapat menyihatkan dalaman wanita dan menaikkan seri. Bukan tu je, produk ni jugak digunakan sebagai suplemen herba untuk awet muda. Apabila keguguran kurang dari  4 bulan ke bawah, terus amalkan DFolia ni. ia akan mencuci rahim bersih dari sisa janin yang tertinggal. Sekaligus menyuburkan rahim bagi mengelakkan keguguran lagi pada kehamilan akan datang. Wanita yg amalkan D'Folia juga mempunyai peluang lebih tinggi utk hamil selepas gugur. Selain tu, ia akan merawat keputihan. Ia antara produk BESTSELLER dalam Sendayu Tinggi since produk ni dah hampir 20 tahun di market. Maknanya, produk ni sgt2 dipercayai oleh ramai pengguna setianya :)



Bagi yg ada masalah kekurangan telur & hormon boleh jugak cuba produk Sedu Arrow. Suplemen berbentuk kapsul ni merupakan gabungan herba seperti kulit cendana, akar susu dan biji kucing hindi. Ia sangat digalakkan untuk wanita yang nak memiliki cahaya mata. Suplemen ni jugak dapat menggalakkan penghasilan hormon estrogen & progestrone. Bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur sangat bagus mengamalkan Sedu Arrow bagi meperbaiki kitaran haid bermasalah yg berpunca dari hormon tak seimbang

Utk mereka yang nak mendapatkan produk ni atau ada pertanyaan blh whstpp 0197917133 atau 0193042133. Belian melalui online click www.sendayutinggi.com


Wednesday, August 24, 2016

MAJORITI ADA RESDUNG TANPA SEDAR

gambar dari google. Pesakit adalah bekas pemain bola sepak yang menghidap kanser hidung tahap 4
Nak tau apa simptom-simptom orang yang menghidap penyakit resdung?

Sebenarnya ramai penghidap resdung tak sedar yg mereka ada resdung. Mungkin anggapan umum, resdung ni kalau nampak muka jerawat batu bernanah tu dianggap resdung. Penyakit resdung ni juga ada tahapnya. Jika dibiarkan ke tahap serius ia blh menyebabkan kepada kanser hidung. Ok, disini saya listkan beberapa simptom awalan resdung :

  1. Kalau bangun pagi je mula lah hidung tu berair, tersumbat & lepastu bila duduk dalam cuaca sejuk je bersin, Itu maknanya simptom resdung tu ada ya. Bukan tu je, orang yang ada resdung ni kalau dekat dengan habuk atau asap pun dia senang terbersin. Kadang-kadang bila bau makanan yang pelik-pelik sikit pun nak bersin.
  2. Walaupun kita rasa resdung ni sekadar bersin, mata gatal-gatal merah dan termasuk pada telinga. Rasa macam ulat bulu merayap satu muka. tonyoh la macam mana pun tak hilang rasa mengerenyam tu
  3. Kepala atau muka terasa berat sebelah especially masa membongkok. Biasanya masa matahari terik lagi terasa berpinau kepala seolah-olah tersangat silau sampai sakit kepala
  4. Hilang deria bau serta mulut & hidung mengeluarkan bau yang busuk. Ia disebabkan nanah sudah berkumpul banyak dan perlukan pembedahan
  5. Kelemumur berkuping - kuping sampai ke telinga. Tukar syampu macam mana pun tetap keluar kelemumur tu. Akibatnya juga, rambut mudah gugur 
  6. Ekzema atau gatal kulit juga berpunca dari resdung. Bagi kanak-kanak biasanya kita akan lihat kulit mereka cepat gatal-gatal, semput nafas atau asma
  7. Jerawat bernanah di kepala, muka, depan serta belakang badan. Biasanya jerawat resdung susah untuk dipecahkan kerana ia besar seakan bisul
  8. Ingat ya, resdung yang serius boleh jadi suatu benda yang bahaya bila dah sampai tahap kronik sebab boleh membawa maut.

Apa sebenarnya penyakit resdung (Sinusitis) ni?

Kalau nak ikut istilah tradisional, resdung ni kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan. Tapi kalau istilah saintifiknya, resdung ni merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.


Resdung (sinusitis) ni adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat bila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang tu lemah dan tak dapat menahan kuman resdung(hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit. Biasanya, sinusitis ni disebabkan oleh jangkitan bakteria yang akan berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria.

Apa punca resdung dan apa gejalanya?


Sinusitis ni biasanya berlaku lepas dapat selesema dan selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan. Ia boleh terjadi kepada semua kumpulan umur.

Petanda yang klasik penyakit ini ialah di bahagian muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.

Seseorang itu akan merasakan dirinya tidak sihat. Membrane mucus dalam hidungnya kelihatan merah dan bengkak. Kadang-kadang tu ada yang sampai nanah terkeluar dari hidung. Jijik kan? Ha sebab tu lah kena cepat-cepat ambil inisiatif untuk merubati penyakit resdung ni.


Di kalangan kanak-kanak pulak, simptom yang lazimnya berlaku ialah pengap hidung. Ini akan menyebabkan sakit kat bahagian mata dan bengkak sekitarnya. Dalam keadaan ni, rawatan kecemasan diperlukan. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua sinusitis akut dan kronik.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
*streptococcus
*staphylococcus

Kalau dalam keadaan normal, kuman-kuman ni dah memang ada dekat rogga hidung kita tapi taka da menyebabkan apa-apa penyakit. Malah dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlaku kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ni dapat membiak tanpa kawalan dan kat situ la dia akan menyebabkan resdung.
Jenis resdung ni ada dua:

·         AKUT
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan hidung jadi tersumbat. Kalau resdung akut ni tak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus tu tak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Jadi jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-ciri nya:
Ø  Hidung berair, tersumbat dan rasa sakit berdenyut kat muka dengan bahagian kepala terutama dahi dan pipi.
Ø  Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
Ø  Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

·         KRONIK
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

Ø  Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
Ø  Jerawat yang banyak, ada juga individu yamg tak berjerawat
Ø  Kerap bersin pada waktu pagi
Ø  Adakalanya hidung tersumbat
Ø  Tanpa demam tetapi hingus bertambah
Ø  Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
Ø  Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Kadang-kadang bau busuk ni pesakit tu sendiri tak sedar, tapi orang sekeliling macam ahli keluarga dan rakan-rakan yang dapat rasa atau sedar benda tu.

Jom cegah resdung & lakukan perkara ini :
  1. Bila muka atau rongga mula gatal akibat alahan dari makanan tertentu, boleh ambil sebiji cetrizin ( ubat selesema ) yang banyak di jual di farmasi. Ia akan melegakan serta merta kegatalan dalam masa 30 minit selepas pengambilan
  2. Waktu pagi bagi penghidap resdung akan mengalami masalah sukar bernafas. beli nasal spray di farmasi untuk melegakan laluan hidung yang sempit & tersumbat akibat dari cecair resdung
  3. Elakkan terdedah kepada asap rokok, bas serta habuk kerana ia boleh meradangkan laluan hidung. Kalau nak tahu, perokok lagi senang dapat resdung tau
  4. Jangan pergi berenang atau menyelam semasa diserang resdung kerana bahan klorin yang terdapat di dalam air kolam renang akan mengganggu pengalas lapisan hidung & sinus. Kalau menyelam juga, kemungkinan akan mengalami kesesakan semasa bernafas


UBAT RESDUNG : Nosygone RM36.05 utk 60 kapsul

Nosygone ni merupakan produk herba tradisional yang berfungsi untuk melegakan resdung. Semua herba-herba yang terdapat di dalam kapsul ni dapat mengatasi alahan seperti jerawat, gatal-gatal, hidung berair, kelumumur dan bau yang tak enak.

BERSIHKAN DARAH KOTOR : Lucimax RM31.25 utk 60 kapsul

Kalau nak tau, produk Sendayu Tinggi yang ni dirumus dari herba kaum cina yang sangat terkenal masa zama dulu. Kiranya herba ni lah yang paling meletop. Nak tau herba apa? Nama herba tu Ganoderma Lucidum. Herba ni dari spesies tumbuhan cendawan. Apa yang best pasal herba ni, ia dapat tingkatkan sistem ketahanan badan, tambahkan tenaga badan selain buang toksin serta kuman dalam darah

FEEDBACK PENGGUNA YANG ADA RESDUNG :







SABUN ANTI  JERAWAT RESDUNG : Golden Herb Soap RM15.90




Sabun Golden Herb ni pula bagi mereka yang muka ada masalah jerawat. Yelah kalau siapa yang ada resdung teruk sampai muka naik jerawat tu boleh lah cuba guna sabun. Insyallah kulit slowly jadi bersih & kuman jerawat tu mati. Apa yang istimewa nya pasal sabun ni adalah sabun ni pun dari Ganoderma tapi di campur dengan madu. Fungsi dia memang dapat mengecutkan jerawat dan minyak berlebihan kat kulit muka.

Jadi untuk mereka yang rasa nak dapatkan kesan yang terbaik, bolehlah cuba semua produk yang dicadangkan ni. Yelah kalau nak cantik kena lah usaha dan rajin untuk tingkatkan penjagaan diri. Tak rugi mencuba & yang paling penting produk ni SELAMAT & BERDAFTAR dengan KKM. Siapa yg nak beli blh dapatkan di Outlet Sendayu Tinggi atau di website www.sendayutinggi.com ya. Blh whtsapp 0193042133 / 0197917133 kalau ada apa2 pertanyaan :)



Thursday, June 23, 2016

SIDE EFFECT : PRODUK PELANGSINGAN HERBA VS DRUGS


Adakah anda pasti produk yang digunakan itu selamat?
Assalamualaikum semua.. hai2, hari ni nak share sikit pasal produk pelansingan yang berasaskan herba tradisional dan ‘drugs’. Seperti yang kita tahu, pasaran ubat dan kosmetik hari ni banyak dilambakkan dengan produk kesihatan dan kecantikan yang semuanya claim dijamin keberkesanannya. Dari produk memutihkan, sampailah ubat menguruskan semuanya ada. Tapi anda pasti ke semua produk kat pasaran tu selamat untuk digunakan atau lebih tepat lagi selamat untuk dimakan? Haa..dah rasa was-was kan..teruskan baca kat bawah ni.
Isu campurpalsu produk
Sejak tahun 2008 lagi Kementerian kesihatan Malaysia telah menyenaraihitamkan banyak produk di pasaran yang dikesan mengandungi bahan kimia termasuk racun berjadual yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius jika digunakan/diambil. Semua produk tersebut telah dibatalkan pendaftaran dan ditarik balik dari pasaran atas kesalahan isu campurpalsu produk. Apa benda campurpalsu produk ni? Okey, campurpalsu berlaku bila produk dicampurkan dengan racun berjadual untuk memberi kesan segera kepada pengguna. Kesan segera ni lah yang selalu kita dengar “putih dalam masa 3 hari”, “kurus dalam masa seminggu” dan macam-macam lagi tagline yang dipakai. Jadi, bila dah campur dengan bahan kimia, selamat lagi ke produk/ubat tersebut untuk dihadamkan oleh badan kita? Hurmm..bawak-bawak berfikirlah ye..
Tradisional vs.drugs
Tahu tak, alam semulajadi kat sekeliling kita ni terlalu banyak khasiat dan kelebihannya pada tubuh badan kalau kita rajin buat kajian. Ala bukan susah pun, Google je..dari sekecil-kecil tumbuhan sampailah sebesar-besar pokok. Semuanya diciptakan Allah s.w.t bersebab. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi jom kita tengok persamaan fungsi antara ubat terlarang dengan tumbuhan tradisional.

DRUGS VS TRADISIONAL : PENAHAN SELERA , PELAWAS & PENYERAP MINYAK
Kesemua ubat ini mempunya fungsi yang hampir sama iaitu merencat/menahan selera makan penggunanya. Di antara kesemua drugs yang dinyatakan, sibutramine adalah yang paling kerap dijumpai dalam produk pelansingan. Yang popular seperti ubat penyerap minyak & pelawas juga sering digunakan dalam produk pelangsingan. Tapi, korang tahu tak apa side-effect ubat-ubatan ni? Dan korang tahu tak ada tumbuhan yang mempunyai fungsi yang sama dengan ubat kimia ni untuk menyekat selera makan tanpa meninggalkan sebarang side effect ?
DRUGS PENAHAN SELERA
KESAN NEGATIF
1.     Phentermine (Adipex-P, Suprenza)
2.     Benzphetamine (Didrex
Ø  meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan darah, kesukaran untuk tidur, kurang rehat, gemuruh, pening kepala, sembelit, dan kering mulut.

3.     Fendimetrazin tartrate, metamfetamin, fentermin, fenfluramin, deksfenfluramin, dietilpropion, mazindol, benzfetamin, dan fenil propanolamin
Ø  insomnia, mengalami mimpi ngeri,
Ø  anoreksia, kekejangan pada kawasan perut,
Ø  gangguan gastro, pening, gementar, masalah koordinasi,
Ø  tekanan darah menjadi tinggi atau menurun,
Ø  kerosakan hati, jantung, penggantungan atau ketagihan dan tindakbalas psikotik termasuk skizofenia

4.     Fenfluramin
Ø  Kerosakkan pada salur darah terutama : pada paru-paru dan jantung, kerosakan injap jantung, kelenjar tiroid membengkak, kerosakan hati, tekanan darah tinggi,  strok serta gangguan mental, Kegagalan fungsi hati pula boleh berlaku dalam masa satu minggu hingga sebulan jika diambil secara berlebihan, 
Ø  Sekiranya diambil berterusan dalam jangkamasa yang lama, boleh mengakibatkan radang hati (hepatitis).

5.     Sibutramine (struktur molekulnya hampir sama dengan amphetamine)
Ø  Meningkatkan kadar degupan jantung.
Ø  Tekak berasa haus yang melampau
Ø  Berpeluh yang melampau
Ø  Kemurungan yang melampau, Mudah berasa marah,
Ø  Tiada tenaga, Mengalami halusinasi (risiko menjadi gila).

TUMBUHAN SEMULAJADI PENAHAN SELERA
KEBAIKAN
Garcinia cambogia aka asam gelugur

( Salah satu bahan yg terdapat di dalam BIO TRIPLE SLYM Sendayu Tinggi )

Ø  menurunkan berat badan, dan menahan selera makan.
Ø  Selain tu, buah ni juga ada khasiat lain: anti bakeria, buah, bunga dan pucuk bertindak sebagai antioksidan dan awet muda, dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung
DRUGS PENYERAPAN LEMAK
KESAN NEGATIF
         Orlistat/ Xenical or Alli
Ø kekejangan usus dan bahagian perut, najis berlemak/minyak, cirit-birit, lemah badan, kekuningan pada mata dan kulit, tidak dapat mengawal pembuangan najis atau lelehan najis berminyak, pergerakan usus yang lebih kerap & kesukaran untuk mengawal pergerakan usus.

TUMBUHAN SEMULAJADI PENYERAPAN LEMAK
KEBAIKAN
Licorice Root
( Salah satu bahan yg terdapat di dalam HERBA PELANGSINGAN Sendayu Tinggi )
Ø  berkesan menurunkan lemak dalam badan. Komponen asid glycyrrhetinic dalam Licorice Root berkesan dalam mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol dalam badan manusia.
Ø  Selain itu, licorice root ni juga mengandungi fiber yang tinggi mampu membantu menurunkan kolestrol.
DRUGS PELAWAS (LAXATIVES)
KESAN NEGATIF
1)  Bisacodil, laktulos
2)  Furosemid, asid etakrinik, hidrokloroiazid, amilorid,
     acetazolamid, bumetanide
Ø  sakit dan kekejangan di bahagian perut,
Ø  cirit birit berpanjangan yang menyebabkan kehilangan air.
Ø  dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit
Ø  lemah otot, pening, loya anoreksia, impoten,
Ø  penglihatan berwarna kuning,
Ø  degupan jantung yang laju dan tidak normal,
Ø  gangguan mental dan pendarahan dalam perut

TUMBUHAN SEMULAJADI PELAWAS (LAXATIVES)
KEBAIKAN
1) Ekstrak Alfalfa (Medicago sativa)

( Salah satu bahan yg terdapat di dalam DTOX Sendayu Tinggi )

Ø Mengubati masalah pencernaan (perubatan India).
Ø  Melancarkan pembuangan air kecil (perubatan Eropah
Ø Klorofil Alfafa = mengubati kanser, radang, anemia, sembelit, antibakteria, pembersih racun, penyeimbang nutrisi.


Berbanding dengan produk pelangsingan yang menggunakan bahan kimia yang sudah terang lagi bersuluh boleh memudaratkan kesihatan kita ternyata di kawal ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka. Sendayu Tinggi memperkenalkan produk dari herba yang terbukti  hanya menggunakan ekstrak herba tumbuh-tumbuhan asli yang diketahui lebih selamat dalam masa sama mempunyai efek menyamai drugs. TAPI TANPA SIDE EFFECT & mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Setiap produk pelangsingan ST mempunyai MAL NO yang tertera di label produk. Blh masukkan MAL NO tersebut di website BPFK utk melihat pendaftaran produk wujud atau tidak. Sebab tu kena hati-hati bila membeli produk kurus secara online kerana dikhuatiri ada salah satu DRUGS seperti senarai di bawah Ada 2 jenis produk pelangsingan dalam Sendayu Tinggi iaitu jenis Minuman & Kapsul " iaitu :
  
JENIS PIL PELANGSINGAN SENDAYU TINGGI 





                                    
    JENIS MINUMAN PELANGSINGAN SENDAYU TINGGI










                 
TESTIMONI YANG BERJAYA KURUS DENGAN PRODUK PELANGSINGAN DARI HERBA SENDAYU TINGGI

Bagi yang berniat utk mencari produk yang boleh membantu korang kurus lagi cepat blh try. Ni komen & feedback yg pernah cuba. Tak ada side effect. Utk tgk INTERVIEW mereka yg dah berjaya kurus click :






LAGI KOMEN PENGGUNA YANG DAH CUBA !! Siapa yg berminat blh whatsapp 019 3042133 / 0197917133 / www.sendayutinggi.com ya