Monday, June 30, 2014

Mekap Raya ala2 Frozen

Salam semua..

Walaupun Ramadhan ni semua letih tapi x dinafikan kaum wanita bila lalu je area booth jual baju atau tudung mesti hilang rasa lapar, letih dan dahaga kan.. Hahaha.. Ke saya je yg mcm tu..

Biasanya kalau nak pilih baju saya mesti imagine kan color apa sy nak pakai utk tudung dan mekap apa yg sesuai. Tak nak nanti bila dah sarung semua dgn mekap bagai jd mcm burung kakak tua pencen.. So, nasihat sy utk wanita2 anggun kat luar sana siap2 kan awal nak mekap color apa bagai biar match dgn outfit.  Tak lah kelam kabut. Lagi2 nak packing2 brg bg yg beraya di kampung. Tips sy, standby cermin yg mudah di bawa. Sy mmg wajib bw sbb rasa selesa walau mekap di mana2 pun.

Utk ibu2 pula selain busy menyiapkan diri anak adalah keutamaan jg. Pengalaman sy sendiri pun.. sbb sy nak tgk anak2 saya cantik masa pagi raya walaupun mak nya dah rupa org lepas gotong royong majlis kahwin lps berjaya menyiapkan anak2 tercinta.. Haha..

Tutorial kali ni sy buat mekap raya ala2 Frozen yg nama Elsa tu. Anak sy request. Katanya buat la mekap Frozen.. Kakak suka. Hakikatnya, mak nya yg tua bangka ni pun suka jugak ! 



Time ni shoot outdoor di rumah saya. Baju sy pakai ni sebenarnya baju tahun sebelum2nya lagi. Tudung tu pula saya dok pikir2 color apa yg match dgn mekap dan baju sy. Sooo... Ini lah hasilnya. Kalau nak solat mmg siapla. Belit balik tudung ni ntah2 jd rupa selimut bungkus kut.. Haha..

By the way, nampak x bunga kecik warna warni sebelah sy tu... Yg gubah tu suami saya. Kalau sy yg gubah mmg jd sampah sarap. Tgn keras. Bab gubah menggubah, balut hadiah atau berkebun mmg sy x reti. Kiranya kami ni melengkapi each other lah.. Cewahhh !!!

Yg ni pict dlm studio. Agak hampir accurate dgn actual / live. Sy peminat kurung moden. Tak mcm zaman sy anak dara.. Dulu mak saya selalu bising suruh saya feminin dan belajar pakai baju kurung. Hakikatnya sy sgt benci pakai baju kurung sbb sy rasa nampak selekeh. Yg sebetulnya bkn salah baju pun. Dah diri sendiri yg selekeh.. Haha


Waktu shooting ni anak sy no 2 bad mood sbb br bgn tido. So, x ada la pict Aleya si supergirl kerenteng. Peace dari Uzma..

Utk full tutorial dan nak tgk satu persatu produk apa sy pakai utk dpt mekap mcm ni blh la jengah2 di youtube channel Yatie Sendayu Tinggi ( https://www.youtube.com/watch?v=ODdhGPnnqno&list=UUHqziE5WAYcZ9Nphs95jKzw ) atau lihat disini :)


 

Ok that's it for today. Selamat menjalani ibadah puasa !!

Sunday, June 29, 2014

Rahsia Saya Kurus Walaupun Zaman Anak Dara Chubby !

Hari ni boring2 naik kereta dgn hubby terbelek album lama di fb. Rasanya dulu dah habis hati bergaya. Tp bila tgk mmg senyum sorang2. Sampai laki sy tanya "apasal muka u pelik dlm ni. Kepala penyek, mata kecik " ..

Ya.. Ni la saya zaman sekolah. Tang kening tu x menahan kan. Giler tebal mcm shin chan.. 

Ni zaman2 baru nak "up".. Umur dlm 17thn kut

Picture ni di Madinah ms zaman kami mula2 kahwin dlm 10 thn lalu. Saya ni asalnya gadis berkaca mata. Rabun sebelah mata je hampir 700  dan silau 250. Tanpa cermin mata saya cuma boleh meraba2 keliling sbb mmg x nampak apa sgt. Biasanya sy akan pakai contact lens.. So, lps kawen tu sy tekad buat Lasik. Tak sakit pun. Prosedurnya cuma 20minit. Lps sebln saya dah blh nmpk jelas mcm org normal. Doa sy di Mekah waktu tu spy sy x rabun. Mcm x percaya akhirnya sy dah x rabun.. Amin, alhamdulillah !! Dan ye, waktu ni sy bam2 sgt kan. Hahaha..


Lps 2 kali gugur sy akhirnya berjaya pregnant lps ambil ST Beauty, D'Folia dgn Botanical Herbal Sendayu Tinggi yg baru launch di pasaran. Ni lah buat hati kami, Uzma Raisah. Waktu ni sy 25thn dan sekali lg sy ke Mekah. Waktu ni berat bdn sy lps bersalin spt zaman sy ms anak dara sekitar 56-58kg.. Masa pregnant berat sy naik sampai 80kg. Sy ambil Amme Complete ST ms pantang tp x konsisten. Dlm 2 bln je sy spt berat zaman sy bujang. Bg sy time tu ok dah sbb sblm hamil tu berat sy pernah capai 62kg !


Ini lah set berpantang Amme Complete Sendayu Tinggi. Dlm ni ada 11 produk utk 60hari pantang dan bkn 44 hari spt pantang melayu biasa.



Ms pantang sy ambil nasi tp beras perang. Lebihkan ikan dan sayur sahaja. Lps 2 minggu bersalin sy start treadmill 30minit sehari. Tp lps dah masuk kerja x sempat dah nak treadmill bagai.. Body Contour saya sapu since lps bersalin lg. Sapu area perut dan sy ukur tiap2 hari.. Hahaha.. Sehari sy kurang 1inci. Amme corset / bengkung ST saya pakai sebulan je. Masa tidur pun saya pakai. 


Slps bersalin ke 2 sy tekad nak turunkan lg berat bdn. Sbb nya mak sy ckp perempuan ni sekali kehamilan lemak kekal akan "menetap" pd bdn 2-5kg. Bayangkan kalau 5x beranak. Brp kg lemak nak di bela ??! Tak dinafikan apa yg mak sy sebut tu byk betulnya. Tgk la keliling kita yg dah beranak pinak kan.. Nenek sy pun pandai komen knp sy nampak tua sgt lps bersalin.. So, sy azam nak ubah diri habis2an. Ni pict sy masa aqiqah anak sy ke 2 dlm sebln lps bersalin. Pipi dah mcm doh roti kan.. Spt biasa kali ke 2 pun berat sy masa due 80kg.. Keluar hospital je terus cari penimbang kat rumah. Azabbb !!! Kurang 2kg je lps bersalin.



Yg ni lps 2 bln bersalin. Walaupun dpt berat lama 58kg tp body anak dara dgn mak dara kan x sama. Still rasa kembang setaman mcm mangkuk.


Bila ada baby ni mmg x dapat la nak bergaya sakan. Kendong ni dah mcm aksesori wajib bila keluar. Mak sy kata huduh sgt. Lagi2 kalau kendong tu jenis pattern batik asli .. Hahaha.. Biar la sy mcm rupa bibik yg penting baby x nangis kan.. ( menyedapkan hati je ni )

Dan sy jg notis 1 perkara, bila berat susut lemak2 di hidung, mata, pipi akan berkurangan. Waktu gemuk ni pipi sy je 2kg



Tadaaa.. Slps habis 2 bln dgn Amme Complete sy ambil ni pulak. Dan hasilnya sy dpt berat yg sy selalu impikan masa zaman sy anak dara iaitu 49kg. Tp bila tgk pict ni sy rasa still chubby. So, sy nak turunkan lagi berat. Pict ni la suami sy kata knp kepala sy penyek dan mata tu kecik.. Adoi, dulu x nampak pulak dia kan !




Sy ambil kapsul slim ST . Lucimax, Slimmertique dgn Garlic Plus. Sy mula ambil lps 2 bln bersalin. Sbnrnya kapsul ni blh ambil lps 4 bln bersalin. Memandangkan sy x menyusu bdn + tak sabar nak kurus jadi sy ambil awal.



Sy combine dgn Bio Triple perasa Epal ni. Bgs sgt kalau nak kurangkan selera makan. Ambil sepaket je sehari. Bagusnya produk ni x ada cirit birit. Jd x la panik mencari port tandas kalau nak keluar jalan2.



Yg ni pict latest sy cuti di Hatyai.. Uzma selak apa tu.. Malu la kakak !!


Peace..


So.. Kalau tanya apa sy ambil skrg utk maintain. Sy just ambil DTox utk pastikan sy ke tandas daily dan EasyFull kalau tiba2 mlm rasa lapar. Elakkan makan lbh dr jam 6ptg. Ia sgt bgs utk maintain berat ideal. Makin meningkat umur, makin ssh kurus tp senang naik berat bdn. So, jgn sampai lemak tepu tu lama sgt bertapa kat bdn..


So, inilah serba ringkas yg blh sy share dgn wanita2 di luar sana yg nak kuruskan badan. Jgn jadikan alasan dah "berpunya" utk x perlu lagi menjaga penampilan. Jom cepat2 cr gmbr lama2 dulu dan compare dgn skrg.. 

Jumpa lagi utk next story yer !


Friday, June 27, 2014

Kisah si Pengantin Jawa & Kami


Selamat malam semua 😉

Nak share family trips kami berempat di Surabaya baru2 ni masa cuti sekolah.. Mula2 mmg ajak mak sekali ikut tp dia x nak sbb katanya di sana x seronok. Jadinya, dia ke Sabah dan kami ke Surabaya. Lagipun kami nak tgk anak pembantu rmh kami ( Tri ) yg dah kerja hampir 10thn kerja dgn kami since sy x ada anak lagi. Tanda terima kasih sy sbb menjaga anak2 sy.. Mrk lah pengganti saya setiap kali kami keluar kerja. Sanggup x tidur malam, menggendong anak2 sy menyuapkan mkn lbh2 lg bila mrk sakit.. Saya anggap mrk spt keluarga sy sendiri. Anak2 sy kekal tembam walau sakit sampai doktor pun heran sbb biasanya bdk2 kalau demam mesti susut berat. Tp anak2 sy makin dipam2 😝😝 

Kebetulan pembantu rmh sy bawa anak perempuannya ( Eka  )sekali kerja menjaga anak sy. Jd bila Eka blk ke Indonesia utk kahwin mmg anak2 sy merayu2 spy mrk blh tgk kak Eka mrk kali terakhir..

Tgk la Uzma kemain sedih bila sy ckp dah nak blk Msia. Eka pun ikut menangis sekali smpai penuh org kmpg kehairanan menjenguk mrk yg menangis teresak2 berdua..






Tp keseluruhan trip mmg berbaloi. Org Surabaya tersangatlah peramah. Lebih sopan dari org Bali. Part paling best ialah shopping.. Mak aihhhh... Murahhh gilerrr !!! 😂😂 nak menangis membeli. Tp x ada la nak attach gmbr kat blog ni. Next post je la yer.. Makan pulak jgn ckp la. Balik Msia je sy naik 2kg.. Hahahah.. 


My lil princess.. Minta selfie jap dgn mummy katanya. Time ni otw nak ke Tuban kampung pengantin lelaki

Yg ni princess 1st sy.. Kalau x anak sy dah 4 org. Uzma ni yg ke 3.. Yg pertama & kedua gugur. Kalau hidup yg sulung dah masuk 10thn dan yg sorg lagi 8 thn.. Dah anak dara kan 😊.. Nak buat mcm mana. X ada rezeki. Nasib baik Allah kesian kat saya.. Di bg jugak sy 2 org princess ni..



Ecece🙊🙊 pemalunyer Aleya..



Smileeeee 😁😁


Ok guys.. That's it for today update. Jumpa lagi next story .. Nunite all..

Cara Lilit Wide Shawl Supaya Muka Tak Nampak Bulat


Salam,
Hari Ahad adalah hari pertama kita menyambut Ramadhan. Hari pertama biasanya adalah hari yang paling mencabar. Anak saya yang sulung pun payah nak gagahkan diri puasa separh hari. Balik rumah dan meraung-raung menangis kelaparan.. hihi.. Tak lupa suami saya juga .. Antara yang paling lembik pada hari pertama puasa nanti.
 
haa.. ni la pengarang jantung hati saya :)

 
Seperti baisa tahun-tahun sebelumnya waktu Ramadhan ni adalah time terbaik untuk shopping sebabnya time Raya nanti biar glamer balik kampong tunjuk kat sedara mara.. sebab tu juga lah Sendayu Tinggi mesti buat Promo time macam ni. Start dari 3-7hb Julai ni dah mula promo besar-besaran satu Msia. Siapa beli RM150 je mesti dpt FREE Urban Scarf mcm ni.. kalau dulu ST selalu bagi Tupperware dan balang raya. Tapi kali ni ST nak buat kelainan sikit.. kot2 sesiapa yg ada cadangan blh la bg komen sikit nak hadiah apa pulak tahun depan. Jgn minta Ferrari udah la..
 Yang ni style lain pula.. lebih ringkas & mudah ;)


jangan lupa tgk date ni.. lambat je melepasss !!

 
Sebenarnya kali ni saya nak share cara pakai wide shawl. Ramai tak nak pakai shawl sebab alasannya muka nampak bulat sgt. melepek tudung tu di dahi. Kalau muka jenis sharp ala2 Angelina Jolie boleh la. Kalau muka tak berapa nak Jolie mcm mana.. So, saya just try dengan idea ringkas ni.. Pakai dulu anak tudung yg ada awning keras kat depan. Saya beli ni di The Store Sg Buloh jer.. harga cuma RM7.. Lepas tu belakangnya saya gunting sikit spy tak ketat dan selesa bila dipakai.  Diingatkan yer.. saya ni bukanlah pandai sangat membelit selendang pun.. So, sesiapa yang nak tgk full tutorial blh la tgk kat link ni.
 https://www.youtube.com/watch?v=VKzF0IhmQJc&list=UUHqziE5WAYcZ9Nphs95jKzw

Adik saya kata suara sy dalam ni lawak sgt mcm suara tersepit.. Sebab sy ni live bkn sopan & lembut mcm tu. Hahaha.. habesss… nak buat mcm mana. Ni pun dah habis cover ayu.. bhahah...
 
 
 Selamat menonton & menyambut Ramadhan semua !!