Friday, October 31, 2014

RAHSIA KULIT HALUS & GEBU MACAM DOLL

TOPIK : HIJABI DOLL


DOLL SKIN FOUNDATION

Tengah hot sekarang produk Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi. Letak je habis.. hahaha .. Gitiew !!  Entry kali ni saya nak share langkah mekap yang pernah saya buat utk beberapa photoshoot previously di ST Studio. Saya tengah buat new tutorial pakai 2 produk utama ni. Yang ni preview sikit je mekap yg dah siap. Tapi pakai phone je rekod jadi kualiti agak tak best

video


Saya pernah buat demo produk ni banyak kali. Reason kenapa top sesangat sebab produk ni sangat mudah digunakan tanpa perlu layer by layer foundation. Paling best produk ni akan buat skin jadi super gebus tanpa nampak cakey macam kulit anak patung. Asas produk ni seperti cream foundation yang selalu diguna untuk tujuan professional seperti professional. So, mekap akan nampak gebu giler sebab dapat cover semua imperfection macam jeragat, parut jerawat, dark circle dan macam2 lagi lah keanehan di muka kita ni. Masalahnya dengan produk mcm tu ialah skin akan jadi rosak jika dipakai kerap. Sebab tu lah terjadinya formulasi Doll Skin Foundation ni. Khas utk cover imperfection yang kita tak suka, coverage mantap tapi skin tak rosak. Sape taknak kan ??

Doll Skin Foundation ada 3 color. Kod paling cerah 01 Very Cute, 02 So Sweet dan 03 Too Preety.
So far saya suka yang kod Too Preety sebab colornya natural. Memandangkan orang melayu ni ramai suka yang tona cerah2 jadi color code ST memang x ada yang 'tan' sangat. 



Yg ni imej baru Doll Skin Foundation. Harga RM38.00 utk bukan ahli ST

Yang ni color code produk Doll Foundation. Imej lama ni masih ada dipasaran. Jangan rebut2 nak yang baru tu. Sebab dlmnya tetap kualiti terbaik !

DOLL MATTE POWDER

Memandangkan fenomena tsunami Doll Skin Foundation ni menjadi2, sooo ST decide utk tambah koleksi kepada Doll Mate Powder. Bedak ni pun ada 3 color sahaja. Masyaallah ampunnn, giler halus kulit lepas pakai. Memang tak tipu. Lepas tu skin jadi tak berminyak. Ye la bila kita ni berada di Malaysia memang susah sikit nak cari formula bedak yang boleh kontrol oil.

Lepas pakai Doll Foundation pakai yang ni pula. Memang gebunya tak terkata !

MAKEUP DEMO - HIJABI DOLL COLLECTION

Yang berminat nak join MakeOver Sendayu Tinggi boleh emailkan gambar uols di stmodel@sendayutinggi.com  ... Penyertaan terpilih akan dipilih oleh Team ST Advertising dan shooting di ST STudioa kat Sg Buloh.. Peserta akan menerima wang tunai RM250 dan free makeover oleh saya :) 





Saya sertakan step masa saya mekapkan salah seorang testimoni menggunakan Doll Skin Foundation dengan Doll Matte Powder. Paling best bila pakai guna Cream Brush. Cuma masa demo ni saya nak cepat selamba ambil Liquid Foundation Brush, boleh je sebenarnya.. penggunaan berus yang betul ni sebenarnya penting supaya mekap akan jadi lebih sekata dan smooth. Jadi kalau blh jangan main belasah je berus mana utk aplikasi yg mana ya

Yg ni berus basic utk foundation. Dijual loose


Function berus ni :

  1. Powder Brush RM32.50 - Berus terbaik utk kemasan bedak tabur, padat dan kompak. Ia akan bantu kemasan lebih ringan dan halus. Gunak ni utk apply Doll Matte Powder kalau nak finishingnya smooth dan light
  2. Cream Foundation Brush RM35.00 - Permukaannya yang flat / rata memberikan kemudahan semasa aplikasi tesktur jenis krim. Yang ni mmg bagus utk sapu Doll Skin Foundation
  3. Tapered Powder Brush RM33.00 - Bagus utk meratakan bedak kontur pada pipi dan tepi muka bagi membentuk wajah lebih tirus dan runcing
  4. Liquid Foundation Brush RM36.00 - Membantu kemasan bedak cecair lebih sekata dan licin.Sudutnya yang muncung di depan memudahkan sapuan pada sudut wajah.

MACAM MANA NAK BELI PRODUK NI ?

Ramai lagi sebenarnya tau tahu yang Sendayu Tinggi ni ad ajual produk mekap. Yg org tau produk jamu sahaja. Cara nak dapatkan produk ni boleh ke Watsons terpilih, Outlet2 ST seluruh Malaysia atau online di http://sendayutinggi.com/ .. yg tak tahu lokasi dealer atau tempat terdekat uols click je yang saya buat anak panah tu okey ;)



Sendayu Tinggi juga ada page utk belian secara online / pos ke rumah bagi yang masih susah mendapatkan produk ni. Tak payah susah dah. Abang posmen terus hantar depan pintu.. hahaha..click je link ni  :



Monday, October 20, 2014

TUTORIAL : STYLE MAKEUP KOREAN UTK WANITA MELAYU ?

TOPIK : TEKNIK MEKAP KE PEJABAT ALA2 KOREAN STYLE

1st thing sebelum saya buat konsep Korean Look ni saya dok pikir jadi ke idak.. Tapi why not cuba jer.. Biasanya perempuan akan berdandan time dating. Kalau yg bujang lagi la wajib kan.. yg dah mak2 org macam saya ni, ada mood. Tapi hakikatnya bila kita bermalasan di pagi hari time ke ofis aura negatif akan ikut sekali. Kali ni saya nak buat mekap ke pejabat tapi nak yg mudah.. Semua yg saya guna dari produk Sendayu Tinggi ;) 




Biasanya orang melayu ni kalau mekap suka yg light2 dan simple.. alasannya nak cepat lebih-lebih lagi kalau yang ada anak di rumah. Mana nak siapkan anak, laki, sarapan, diri sendiri dan macam-macam lagi. Ada yg ambil pendekatan mudah menyiapkan diri dengan hanya menepek bedak baby dah siap.. Haaa... gitieww.. 

Ok fine, kalau kita ni natural beauty ala2 Fasha Sandha memang ok je kalau nak natural beauty cenggitu. Tapi, kalau kita ni so so jer, mekap sangat membantu supaya kita nampak bersemangat dan ceria bila nak ke ofis. Tapi diingatkan..jangan mekap je meletop, tapi keluar pakai kasut flat atau jenis tapak tebal beli kat booth Thailand tu, tudung RM5 beli kat kedai borong pastu tak bergosok then matching kan pulak dengan seluar zaman 80's .... ohh sedehh... Tak matching uolss.. 

Sebelum pergi ke topik sepatutnya moh kita ke produk yang saya gunakan utk tutorial kali ni. Antaranya  : 

  1. Makeup Base RM29.00
  2. Mousse Sunblock RM30
  3. Doll Skin Foundation RM38
  4. Baked Face Powder RM40.00
  5. Gel Liner RM29.90
  6. Tapered Brush RM33.00 / Cream Foundation Brush RM35.00
  7. Eye Primer RM25.00 / Eyes & Cheek Palette RM65.00
  8. Double Coating Mascara RM35.00
  9. Rose Blush On RM33.00
  10. Glitter Gloss RM29.00
  11. Lip Art Lipstick RM31.00

Bagi yang tak tahu mana nak dapatkan produk ST ni, just pergi di Watsons terpilih, Outlet2 ST seluruh Msia ataupun online whatsapp di 019 7917133 / 019 3042133. Link FB Online, IG dan lain2 saya ada bagi di ruangan kanan panel blog ni.. 









Teknik mekap kali ni saya ambil inspirasi dari Korean Style yg suka skin ala2 glossy dan bibir merah di center lip shj.. Apa kata kita try.. yg dah tua mcm saya ni pun blh fefeling konon sweet 17th hokey ( jangan muntah kuning ye.. hahaha ). Pict di bawah ni step paling ringkas macam mana nak menggayakan Korean Lips. Sapu Lip Art kod Pink Posh di center bibir dan sapukan Simply Gorgeous Lips kod Peach Fudge di keliling frame bibir. Senang kan ??

KOREAN LIPS STYLE

LOOK 1 - Soft & Natural

Mekap yang 1st ni memang natural dan nampak muda. Tekniknya super ringkas dan tak overdone. Tapi lipstick saya pakai utk look ni Lip Art kod Velvet Melon dengan Heavenly Glitter Gloss kod Apricot Sorbet.

utk tutorial tudung ni saya ada buat di youtube..

sebenarnya tgh pose pikir jam kat belakang ni dari pukul 7.00 tak gerak2.. hahaha

gitieww.. saya membaca buku jugak di masa lapang. Rajin kan :) cettt...


LOOK 2 - Bold & Confident

Sangat sesuai kalau uols ada special occasion atau presentation. Memang nampak konfiden walau dalam hati kecut kan .. hahaha.. penampilan ni penting sebab dari situ org akan judge kita. Kalau uols banyak terlibat dengan orang luar terutama profession melibatkan marketing, appearance tu mmg aset sangat utk dapat job kan :)

rahsia gigi dan kulit nampak putih ialah gincu merah.. cer try..

ehh.. nampak sket la muka boypreng i kat frame kecik tu :P

props prepared by me :)


So, bagi yang nak tgk full tutorial please click http://youtu.be/qB0IG0aFULI 

Please comment kalau ada mekap yg uols nak saya share utk look yg akan datang.. and Tq again for ur comment di youtube, FB dan Instagram.. :) :) :)  bye..

Wednesday, October 8, 2014

BERSALIN PEMBEDAHAN BOLEH KE MAKAN JAMU ?

Topik : Bersalin Pembedahan, Rawatan & Kesannya Pada Wanita



Bila keluar gambar Hera Helmi di majalah MW dan Paper baru-baru ni ramai jugak la yg mesej sy.. ( talian hotline ST saya yang jaga.. Kalau nak tanya apa2 blh msg jer kat 013 3922133 ) tak kurang yg inbox kat FB tanya boleh ke idak dia makan jamu padahal bersalin operate. Jawapan saya ialah BOLEH !! Bila bersalin ikut tingkap ni lebih lagi memerlukan penjagaan yang lagi rapi dari normal. Ingat seronok ke bersalin ceaser. Kalau bersalin normal sakitnya cuma time nak meneran. Lepas 2 minggu bersalin confirm dan okay dah bahagian jahitan tu. Tapi kalau ceaser, silap haribulan jahitan boleh terbuka balik. Belum lagi kes yg jahitan berair, bernanah dan macam-macma lagi la walaupun dah bersalin 6 bulan lamanya .. ngeri kan.. tu la, kesian perempuan ni byk pengorbanannya.
kena click pict utk full view

Jenis potongan untuk teknik ceaserian

APAKAH ITU PEMBEDAHAN CEASEREAN ?

  • Bagi yang baru kahwin atau hamil 1st kena ada ilmu. Nanti bila dah bersalin baru nak ambik tau. End up bila bersalin ceaser baru panik tak tahu mcm mana nak handle. Bila dalam pantang ambil mudah, yang merana body sendiri. Palingtak best bila ceaser ni perut memang berlipat dan lembik dari bersalin normal ( kalau bersalin normal pun boyak tak engat kalau tak berjaga masa pantang !! )
  • Bersalin pembedahan ni ialah bila [akar bedah membuat potongan pada perut dan rahim ( uterus ) agar bayi anda boleh dilahirkan. 
  • Masa operation, kita boleh pilih untuk sedar atau tidur / pengsan. Kalau separa sedar biasanya ubat bius / epidural akan disuntik pada tulang belakang bagi mengebaskan separuh badan si ibu.
  • Epidural ni ada banyak side effect. Tapi semua orang tak sama. Majoriti akan alami masalah sakit pinggang lepas bersalin.Walaupun macam tak sakit sebab masa operate kita tak rasa, hakikatnya bersalin  normal lebih selamat bersalin ceaser. Dan, berslain normal juga bagus untuk kesuburan anda pada masa akan datang.
  • Biasanya doktor tidak membenarkan wanita yang bersalin pembedahan mengandung lagi dalam masa terdekat bagi tujuan kesihatan si ibu tadi.
  • Namun, kaedah ceaser ini telah berjaya menyelamatkan ramai nyawa wanita dan baby zaman sekarang. Tak macam dulu-dulu. Kan dulu semua bersalin ikut bidan.. Bila anak songsang dan tak keluar ibu dan baby akan meninggal. Lepas tu siap jadi hantu kononnya.. Tapi dengan kaedah ceaser ni alhamdulillah ramai wanita dah tak takut lagi beranak ramai.



Jarum yang dicucuk dari belakang tu la epidural yang disuntik dari belakang. Utk mengebaskan badan semasa pembedahan nanti

KELEBIHAN BERSALIN CEASER

  • Ramai di momokkan dengan kaedah bersalin tingkap ni. Tapi banyak juga kelebihannya. Antaranya ialah kita boleh pilih tarikh baby. So, senang kalau jenis wanita bekerjaya nak urus jadual kerja.
  • Tidak ada kesakitan daripada luka jahitan / guntingan pada faraj dan dubur seperti bersalin normal
  • Tak ganggu pada cengkaman otot vagina sangat. Tapi kalau tak ambil herba dan buat senaman kegel mau longgar juga lama-lama bahagian tu.
  • Tidak merasa sakit semasa bukaan pelvik berlaku. Bagi yang bersalin anak 1st biasanya akan alami proses ni lebih lama. Ada yang kes anak terlalu besar hingga koyak banyak. Ini akan menyebabkan fobia. Jadi ceaser ni paling bagus untuk wanita paling cukup takut dengan sakit
  • Teknik tingkap ni juga menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Terutama bayi kembar, songsang atau ada komplikasi.
Luka ceaser yang bernanah. Ada kes yg jahitan terbuka semula. Siap berlendir lagi jahitan tu

luka bersalin boleh terbuka, berair dan bernanah jika tidak dijaga dengan betul. Gambar ehsan dari google

MACAM MANA KAEDAH PANTANG YANG BERSALIN CEASER ?

Sebetulnya, yang bersalin ceaser ni lebih leceh dan ngeri. Kalau tak jaga betul luka jahitan memang boleh busuk dan tak kering. Ada yang ambil pendekatan ambil ubat doktor sahaja. Tapi percayalah, ubat doktor ni hanya meredakan. Bukan merawat. Kan beza tu. Siapa kata orang bersalin pembedahan tak perlu ambil herba. Kali ni sya nak share mcm mana cara ambil Amme Complete kalau anda bersalin ceaser atau jika anak dapat masalah kuning

Utk dalaman lps bersalin ada 6 botol kapsul bagi 60 hari berpantang


LANGKAH 1
  • Ambil kapsul Amme Complete dari botol 1 - 60 ( RM34.50 per bottle ) ikut hari yang disarankan. Bila nak ambil ? Jawapannya ialah terus je ambil lepas bersalin tu. Kalau ada ambil ubat doktor kena jarakkan 1 jam dari pengambilan kapsul Amme Bottle
  • Kalau anak menyusu badan dan biasanya hari ke 3 - 7 adalah tempoh bayi akan mendapat kuning yang agak tinggi. Pad ahari ke 10 biasnaya kuning akan hilang. Kalau tak hilang kena cepat ke klinik. Jangan dijemur je baby tu sampai legap. Ramai salah anggap dengan mengatakan herba punca bayi dapat kuning. Hakikatnya, sel darah merah bayi tak sama dengan orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya pendek. Bilangannya juga lebih dari biasa. Sebab tu hari ke 3 lepas baby lahir kadar bilirubin meningkat, Hati-hati bayi belum cukup matang utk dan menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. 
  • Jika menyusu badan kena kurangkan dos kapsul atau stop dulu. Nanti sisa kapsul Amme Bottle tu habiskan semula selepas hari ke 60 bermula dari botol yg 1st tertinggal.
Ada 5 botol produk luaran utk dalam pantang. Lengkap utk ibu dgn baby sekali


LANGKAH 2
  • Sapukan Body Tone ( RM46.50 ) pada badan. Bagus untuk kurangkan sembab, sakit badan, water retention dan melangsingkan balik tubuh. Sapu selepas mandi seluruh badan. Body Tone ni juga dijadikan sebagai param / pilis pada dahi
  • Tummy Tone ( RM46.50 ) pula akan mengempiskan perut Yg ni special, just sapu pada perut sahaja. Kalau ceaser kena jarakkan dalam 5cm dari jahitan. Sapu jangan tebal buat permulaan.

LANGKAH 3
  • Sapukan Amme Heat ( RM34.50 ) pada tapak kaki dan pakai stokin. Sangat bagus melancarkan darah ibu. Banyak yang tak tau, dari tapak kaki ni lah pelbagai urat tubuh badan sampai ke kepala. Sebab tu masa pantang tak boleh tersadung terutama ibu jari kaki. Kalau jenis berurut, tanya bidan tu. segala bagai urat ada pada kaki ni.
  • Amme Heat ni boleh sapu pada bahagian badan yang lain utk tujuan memanaskan badan dan membetulkan urat. Lepas bersalin normal / ceaser biasanya tak digalakkan urut terus sebab rahim masih bengkak. Kalau ceaser lagi tak boleh usik bahagian perut. Kalau ada bidan yang pandai, dia akan urut tapak kaki sahaja atau betis dan area body yang lain.
  • Amme Massage ( RM34.50 )ni memang campur dengan Amme Heat utk mengurut. Tapi boleh je pakai untuk melancarkan darah dan menyegarkan badan. Sebab dalam ni bukan minyak panas biasa. Kesemua produk dalam Amme Complete ni ada herba khas. Umumnya masa lepas bersalin liang roma akan terbuka berganda dari normal. Jadi masa pantang memang setiap produk yang disapu mudah meresap berbanding waktu biasa. Jadi jangan sia-siakan tempoh ni tanpa manfaatkan sebaiknya dengan herba yang bagus untuk kesihatan badan  
  • Baby Telon ( RM17.00 ) yang ada dalam set ni khas utk baby. Memang bagus amalkan sampai baby usia 2 tahun. Sapu pad atapak tangan dulu sebelum ratakan pada parut, belakang dada, tapak kaki bayi. Ia akan atasi kembung perut, senak, dan masalah batuk dan hidung tersumbat akibat selesema

Bengkung ni free size. Cara ikat mcm konsep tali kasut dan mmg senang pakai sendiri

LANGKAH 4
  • Berbengkung. Ramai yang terkejut kan. Ya betul, berbengkung dengan Amme Corset ( RM40.00 loose. RM28.00 belian Amme Set ) tapi bukanlah ikat ketat. Biasanya ikatan sangat longgar. Ketatkan sedikit demi sedikit mengikut keselesaan individu. Nak buat senaman crunch pun kena tengok tahap kesihatan seseorang. Kalau masih terasa sakit pada bahagian luka memang tak boleh buat. Tunggu sampai dah tak sakit.
Lelaki pun boleh ambil produk ni sebab bagus utk smebuhkan luka kalau operation


LANGKAH 5

  • Paling penting kena amalkan makanan yang bagus utk sembuhkan luka jahitan. Pati Herba Amme ( RM34.00 ) ni saya sendiri amalkan. Rasa pun sedap dan tak hanyir. Dalam seminggu memang luka rapat walaupun sy tak ceaser
  • Dalam tu ada pati haruan, gamat, mengkudu, kurma, halia dengan pati kurma. Kalau breastfeed pun tak ganggu baby. Kalau bersalin normal ambil 2 sudu besar sekali sehari. Kalau tak pun blh campur dengan air suam.
  • Kalau ceaser saya galakkan ambil 4 sudu sehari. Kalau jahitan tak rapat memang leceh. Jangan lupa lap kering lepas mandi untuk luka cepat sembuh. Ubat doktor juga kena pakai untuk elak jangkitan kuman


So, harapnya entry kali ni boleh dijadikan ilmu utk para wanita yang bakal bergelar isteri, ibu ataupun bakal melahirkan tak lama lagi. Apa pun boleh terjadi dan siapkan diri dengan semua persediaan supaya tak menjejaskan kesihatan diri kita nanti. Jumpa lagi utk entry akan datang.. ;)