Tuesday, December 30, 2014

LELAKI SELALU TENGOK ISTERI ORANG CANTIK

TOPIK : BILA LELAKI TGK ISTERI ORG CANTIK


Betul ke ? kalau kita tanya suami kita dia ngaku ke tak ? hahaha.. mau perang sabil la kalau mengaku kan. Tu la penyakit manusia. Bila belum dapat mmg kemaruk sgt. Tapi bila dah dapat yg di hajati perjuangan mengorat si isteri atau suami mcm dah habis. THE END

Bila sy tengok org keliling termasuk mertua dan nenek yg juga berkerusi roda, hakikatnya mrk juga tetap mahu kelihatan segak di mata cucu dan anak2. Bila mrk nampak selekeh tak terurus kita sebagai anak sekaligus rasa mrk tak sihat dan disisihkan. Senang cerita, cantik ni kan di tuntut. Baik lelaki mahupun perempuan. Ada kes dah jadi bini org, pukul 1.00 tengahari tak mandi lagi. Laki kita ni walaupun tak mcm Brad Pitt tapi dia pun ada keinginan juga tengok bini dia mcm ala2 model Victoria Secret tau. Wangi2, pakai comey2 kat rumah, rambut kemas berikat ala2 Korean Bun. Masalahnya yg kita suka sarung ni kemain lagi. Baju kelawar yg seminggu sekali basuh. Yg tu jugak kita bawak tidur nanti. Rambut pulak sebulan sekali basuh. For sure ada yg komen, mana sempat sebab kami jaga anak. housewife sibuk. Eleh... jgn tipu ler. Main FB sempat je kan, nyembang dengan jiran sebelah rumah tak kira lagi tu..


Itu baru part luar yg kita nampak. Ada yg naik bau ikan masin kata suaminya. Patah segala selera.. Yg part tak nampak tu tak payah la kita kupas lagi lanjut. Nanti tak selera makan jap lagi.. hahaha. Bukan apa, lelaki skrg ni pandai dah. Laman sosial pun byk. End up bila tengok wanita / isteri orang lain lebih cantik dari isterinya di rumah. Dlm hatinya mungkin terdetik " cantiknya isteri org, kemasnya, wanginya.. alangkah indahnya kalau isteriku begini " ... Memang la org kata cantik tu tak kekal. Tapi jgn la dibiarkan mereput. Kerat kuku la lelaki suka tgk bini dia burok2 busuk2 ni. haha.. Previous post di blog sy ada ada share pengalaman sy dengan seorang suami yg concern pasal isterinya yg tak pandai menjaga dalaman kan. Ada yg pm saya lagi dan share mcm2 story. Saya jadikan iktibar sbb bukan niat blog ni nak buka aib sesiapa pun. Cuma peringatan uk diri sendiri juga.

Bila kita buat kerja yg kita suka, hakikatnya kita tak perah rasa kita bekerja. Especially kerja mcm sy ni kena jumpa ramai org kan. Jadi mcm2 perangai manusia sy dah jumpa. Part yg saya paling suka ialah masa photoshoot dan event. Time ni saya akan dpt jumpa pengguna ST yg dah ambil ST sejak bujang sampai dah beranak pinak malahan ramai yg guna sejak berpuluh tahun lamanya. Bila saya tengok secara luaran mmg rata2 jenis yg pandai jaga penampilan dan tak nampak di mamah usia. Ada juga yg jauuuhhhh nampak muda dari anak dara tau. Sedikit sebanyak menjadi pembakar semangat utk diri sendiri juga. Bila saya mekapkan mereka, kulit mereka halus kemerahan. Berbeza dgn anak dara. Nampak cantik tp kulit lagi kasar dari tumit pun ada. Kasar, kering, kusam, bintik hitam & putih siap main cak2 je kat hidung .. mmg naik geram tgn rasa nak tolong je picitkan. Saya share sikit gambar pengguna2 ST yg sempat saya korek dlm folder.. Jap lagi amik cermin jom tengok diri sendiri lak ye.

Bukan apa, perempuan sekarang byk dari lelaki. Rata2 kalau ditanya nak jodoh yg mcm mana pada anak dara.. mrk  pun suka dan kalau blh nak cari lelaki yg matang, stabil, penyayang, hormat orang tua & kanak2, ada basic agama ( kalau ustaz lagi bagus sebab boleh membimbing katanya  ), ada rumah, kereta dan romantic.. Kan ciri2 suami orang tu.. haha.. Sebab tu la kena jaga bebaik laki kita tu. Tak gitu :)

" saya dah ambil D'Folia dan Sedu Arrow lebih dari 10 tahun. Bagi saya penambahan usia hanya pada nombor "

" Sejak anak darak lagi saya amalkan D'Folia sampai lah anak dah 5 orang. Suami sentiasa support dan galakkan saya ambil ST sampai sekarang. Bagi saya nak cantik ni jangan luar je. Dalam penting juga. Baru lengkap ! "


" Masa dulu saya tak bekerja jadi tak mampu beli ST. Lepas bekerja saya tekad ubah diri dalam dan luar. Suami yg dulu tak kisah dengan saya sekarang kemain cemburu kalau saya keluar. Kawan2 mmg ramai tegur perubahan pada saya terutama pada skin lah. Saya setia amalkan Plasenta Powder dan pakai Perfect Skin Set sampai sekarang. Tengok gambar lama tak sangka mcm tu rupa saya dulu. Patut suami pun buat hal "

" Dengan usia 37 tahun suami saya masih bangga memimpin tangan saya sama seperti kami mula2 kahwin. ST Beauty mmg wajib saya amalkan utk kebahagiaan rumahtangga lebih2 lagi bila makin meningkat umur ni "

" Sendayu Tinggi kekal sejak penubuhannya mengekalkan pengguna sebenar sebagai muka depan produk2 nya. Walau sudah "TUA" di pasaran tapi ST sentiasa di hati ramai org "

" Sejak bersalin anak pertama sampai lah ke 3 saya menggunakan Amme Complete. Dengan umur saya 31 tahun penampilan saya kekal sama seperti zaman bujang. ST Beauty produk wajib saya. Kalau tak ambil mmg rasa beza lebih2 lagi bhgn dalaman. Org dah kahwin kena pandai jaga badan dalam & luar ni kalau nak rumahtangga kekal manis mcm mula 2 kahwin "

" Beauty Drink dari Sendayu Tinggi banyak merubah wajah saya. Bila yg dah lama tak jumpa hampir tak cam saya sekarang. Siapa kata orang makin meningkat umur makin tak cantik. Umur saya sekarang masuk 33 thn dan saya bangga bila org bertanya usia saya "

Bagi saya semua perempuan tu cantik. Kalau dia jaga faedahnya utk diri sendiri. Suami kita happy bermakna kita happy lah kan. Semua yg diminta pasti dituruti.. hahaha.. itu kan tujuannya cantik2 utk suami ni. Tak payah la nak bagi nasi kangkang bagai. Bg yg tercari2 cara nak dapatkan produk Sendayu Tinggi boleh je tengok di SINI.. Kita story lagi utk next post ye..



Wednesday, December 24, 2014

PEREMPUAN PUN BOLEH MATI PUCUK

TOPIK : MATI PUTIK DI KALANGAN WANITA



Dalam banyak2 masalah wanita selepas bersalin ada satu topik yg agak segan saya nak ulas. Tapi kali ni saya nak share sbb ia sebenarnya ilmu utk setiap org perempuan. Rata2 lepas bersalin hormon estrogen wanita akan drop. Sebab tu kalau jenis yang tak jaga masa pantang bahagian "bawah" dah tak sehebat masa belum kahwin. Ada kes yang berair becak masa bersama, berbau busuk, terlalu kering. Dan, akibat dari kekurangan hormon estrogen ni ramai perempuan yang tidak berkeinginan pada hubungan seks atau juga digelar mati putik. Ingat lelaki je ke boleh mati pucuk. Perempuan pun ramai dalam kategori mati putik tapi tak dikecohkan sebab perempuan kan pemalu. Lelaki pula kalau bab KEPERKASAAN tu kan amat dijaga. Yang glamer pun produk ubat kuat lelaki dari ubat kuat perempuan.. So, bab mati pucuk di kalangan lelaki mmg paling digeruni lah. 

Keputihan yg normal berwarna jernih dan hanya banyak semasa 1 minggu sebelum tempoh haid. Jika berbau, gatal dan sangat banyak ia adalah tidak normal dan perlukan rawatan sebelum menjadi lebih teruk. Keputihan juga harus dibersihkan sebelum solat sebab ia menjadikan solat kita tidak sah. Jadi keputihan ni jangan anggap perkara mudah ye.

Tapi kali ni sy bukan nak kupas isu lelaki tapi perempuan. Sebabnya, mcm mana sekali pun hubungan intim ialah pengerat kepada rumahtangga. ia bertindak sebagai "pengecas" kepada rasa sayang. Macam saya cerita pada blog yg lepas. Lelaki di kepala dia selalunya kereta & isteri dia cantik. Kalau perempuan ni byk tarikan benda lain. So, bagi yg dah kahwin ni faham- faham lah. Macam kes kat FB yg viral isu Mah badan berbau, gemuk dan tak cantik mcm dulu punca suami dia curang. Konon jadikan alasan, tapi mcm mana sekalipun kalau sayangkan suami kita yg sorang tu suka atau tak kena pandai jaga dalam dan luar spy sentiasa "HARUM"  di mata, hati dan angau si suami. 

Saya nak share pengalaman saya selama hampir 15 tahun bersama ST. Masa buat event biasanya saya akan turun sekali. Ada suami yg jenis care & mmg nampak sayangnya pada isteri siap bawa shopping dlm Outlet ST. Masa tu event ST di Outlet Kuantan Pahang. Bila si isteri masuk mmg dia tak membelek barang. Sekadar duduk di depan cermin mekap di sisi kabinet.Yang sibuk si suami. Saya kalau lelaki mmg segan nak ckp lebih2. Tapi kali ni si suami tadi yg beriya nak bercakap dengan saya. Rupanya dengan nada perlahan dan agak jauh dari si isteri beliau mengharapkan bantuan saya apa yg sesuai utk isterinya.. Dalam hati saya, untungnya si isteri punya suami yg sayang mcm ni dan sanggup carikan ubat utk rawat isteri nya. Susah dah jumpa laki mcm tu. Yg byk nya komplen lepas tu ada spare lain. tup tup mcm kes Mah tu la kan. Dah mmg dasar... Ok sambung balik ( menyampah bila teringat kes Mah tu .. hahah )
Pengguna ST bukanlah dikalangan model tetapi pengguna sebenar yg menggunakan produk tersebut. Pn Anastasia sudah amalkan D'FOLIA  bertahun lamanya. Ia bertindak menjadikan rahim wanita kekal sihat dan bebas dari masalah keputihan dan bau. Simptom awalan pengambilan keputihan akan di cuci keluar dari dinding rahim hingga mengeluarkan warna hijau, coklat dan keruh selain mengeluarkan bau yg sangat busuk. Simptom adalah selama 3-5 hari bergantung pada masalah keputihan seseorang. D'Folia ni juga bagus diamalkan harian sebagai suplemen utk kesihatan rahim selain bantu wanita awet muda dan kulit kemerahan semulajadi. Kalau lepas bersalin & menyusu bdn boleh ambil selepas 4 bulan. Anak dara ambil dos 2 biji 2 kali sehari tetapi lepas keputihan sembuh ambil 1 biji 2 kali sehari. Harga sebotol cuma RM28

Komen si suami " Isteri saya ni lepas bersalin dia dah tak mcm dulu lagi. Saya ada suruh dia cari ubat tp dia segan nak cakap. Bila ajak "bersama" dia tak mahu dan kurang keinginan. Masalah yang paling tak selesa bahagian sulit isteri saya tu ada terlalu berair & bau yang tak enak. Saya tak selesa dan patah selera. Nak cakap dengan isteri pasal hal ni pun segan dan takut sangat dia kecik hati. Jadi itu mungkin punca dia tak nak bersama. Saya harap sangat ST boleh bagi pada isteri saya ubat apa yg sesuai. Nanti kalau Puan cakap dengan isteri saya bg tau lah produk tu bagus utk kulit dan utk awet muda. Nanti dia malu. Saya sayangkan isteri saya. Tolong saya ya ".. saya muka merah padam sikit la sebab lelaki kan yg cakap tu. Tapi muka dia pun mcm malu jugak lah. Masa bercakap tu kami seolah-olah tengah belek barang mekap. Jadi memang tak relate lah dgn isu sulit2 ni kan.. Si Suami siap pilihkan bedak dan gincu utk isteri dia. Saya sempat lah buat simple makeover. Suami dia berkali2 puji cantik isteri dia. Saya happy sebenarnya nampak couple yg happy ni sebab kebahagiaan kita berpunca dari pasangan yg membahagiakan. Suami / Isteri tu kan tempat kita nak story kes tak puas hati dgn jiran, angan2 kita nak beli apa utk hias rumah, kawan gaduh, tempat baring celah ketiak, geng main PS3 dan tempat kita bersandar bahu tatkala kita berduka..

Enigma Beauty ni saya berikan pada si suami utk diajar pd si isteri bila balik nanti. Ia adalah herba pertama yg Pn Rozita keluarkan. Ia 99% berkesan merapatkan cengkaman pada otot "V" wanita seperti anak dara kembali. Kesannya serta merta selepas sapuan yg pertama pada alat sulit. Dipakai cuma 2 minit sebelum bersama. Ia serbuk perapat ajaib yang mampu mengetatkan alat sulit wanita terutama yg kerap melahirkan anak. Harga sebotol RM27.50

Apa yg saya bagi pada Isteri beliau ada 2 produk iaitu D'FOLIA dan ST BEAUTY. Ada satu produk rahsia saya asingkan plastik utk si suami iaitu ENIGMA BEAUTY.  Masa saya ckp pasal kebaikan produk tu memang betul pun bagus utk awet muda. Selebihnya cara makan dan simptom awalan masa dia mula2 ambil. Yang utk suami punya tu saya terangkan cara pakai Enigma Beauty. Nanti di rumah suruh dia terangkan pada si isteri mcm mana nak guna sebab isterinya tu penyegan sgt.

Ini lah herba rahsia turun termurun utk meningkatkan hormon seks wanita.  Produk ini juga digalakkan bagi yg sudah berkahwin sahaja. Ia bukan sahaja menambah hormon estrogen tetapi menyembuhkan peranakan selepas bersalin. Selepas 2 bulan bersalin sudah boleh ambil ST Beauty. Produk ni tak boleh di ambil bg yg menghidapi apa shj ketumbuhan dlm rahim serta penghidap sakit jantung. Selain utk tingkatka keniginan seks ia memejalkan punggung & payudara. Ini lah rahsia isteri yg sentiasa hebat dalam dan luar. Biasnaya lepas 3 hari pengambilan suami akan terasa perubahan pada cengkaman "v" dan ia juga bagus mengawal lebihan cecair semasa hubungan intim selain menaikkan seri wajah & tingkatkan kesuburan rahim wanita. Cuma ambil 1 biji 2 kali sehari sebelum makan


Selepas 2 bulan event di Kuantan staff outlet sms saya katanya ada pasangan suami dan isteri mencari seorang khidmat pelanggan masa event hari tu. Kebetulan mrk mmg tak kenal pun saya siapa. Katanya, si suami mahu ucap terima kasih atas pertolongan saya. Apa pun, saya bersyukur sebab semua kesembuhan tu datang dari Allah. ST hanyalah perantara sahaja. Alhamdulillah setelah hampir 20 tahun di pasaran beribu pengguna yg masih setia dgn ST. Ada juga katanya mencuba produk yg kecoh dipasaran utk tgk keberkesanannya. Alih2 pakai ST semula. Apa pun saya ucapkan terima kasih pada yg support ST sampai ke hari ni..


MAKLUMAN PROMOSI 25- 29hb Dis

Utk yg beli RM150 ke atas akan dpt baucer dgn no siri di atas. Cabutan Lucky Draw sebanyak 50 orang akan di buat selepas habis promosi. Make sure follow Instagram & Facebook Sendayu Tinggi Online ya utk tgk no siapayg bertuah. Click link di SINI


Sebelum tu saya nak bg tau yg promosi ST akan mula esok. Jadi produk semua pun ada diskaun. Saya pun tak sure esok nak turun outlet mana utk tolong jadi khidmat pelanggan. Kalau ada yg jumpa saya jgn la segan tegur saya ya.. utk detail promosi blh tengok di website SENDAYU TINGGI. Kita chat lagi utk sesi akan dtg :)




















Monday, December 22, 2014

BADAN KURUS TAPI PERUT BUNCIT

TOPIK  BADAN KURUS TAPI PERUT BERLIPAT / BUNCIT

Zaman sekarang semua concern pasal penampilan kan. Apa tak nya, skrg laman sosial byk sangat. Info semua ada dlm tu blm lagi imej permpuan thinspo yg jadi kegilaan kat barat. Saya yg tua bangka pun kadangkala 'termakan' dengan sajian gambar mcm tu. Lagi2 budak muda paling aktif dlm laman sosial kan.. Saya kebetulan berborak dgn adik perempuan saya yg umurnya masuk 17thn dan kawan-kawannya basicly obses pasal nak thigh gap, colar bone, hip bone lah.. budak2 skrg kan. Saya dulu tak disajikan dgn mcm2 ilmu jadi seusia tu mmg tak kisah berbadan panda sekalipun.. haha

kalau perut tak berapa nak flat mmg siap la lelemak tu muncul macam donut mengelilingi seluar low cut mcm ni.. 

Majoriti bila berborak antara gadis2 mahupun mak dara part paling mrk tak suka ialah tang perut. Ada yg anak dara tapi perut mcm beranak 3. Kalau dah beranak mau mcm beranak 13.. Itu mak saya cakap.. haha.. Stress kan.. Saya lepas bersalin paling stress part perut lah. Sampai suami cakap macam mengandung 6 bulan jer lagi. Saya bertuah sebab dulu walau sy chubby tapi perut saya naik sekata dan siembang dgn peha dan tangan. tak ada terbonjol keluar. Badan sy jenis padat mcm nangka. So bila bersalin, perut dak tak mcm zaman bujang. Hakikatnya, walaupun perut ni boleh sorok dengan baju, dikepit dengan girdle harga beribu ringgit atau ditutup dengan handbeg bila bergambar tapi kepuasan sebenar tak dapat bila kena dressing depan husband. Kena tutup lampu main cak2 dengan hubby baru confident tu keluar.. Kalau dulu masa anak dara, hambik.. kemain la lari2 ala Victoria Secret konon kan siap buat jalan kucing depan hubby. haha. Sekarang dah tak boleh sebab perutmu melambai2.. Kalau bersalin ceaser lagi kesian kalau tak jaga boleh jadi apam balik size jumbo. Kalau lelaki mmg tahunya komplen atau bila tgk yg pucuk muda perut sepapan dia jelinngggg je. Kadang2 diorg tak berbunyi. Tau2 je buat hal atau tetiba dingin. Kes ni bukan lawak dan saya tak niat nak buka aib sesiapa pun. Sebabnya sy bercerita dari pengalaman saya sepjg jumpa pengguna ST. dari situ lah keazaman saya utk sentiasa menjaga diri sebaik mungkin seperti pesanan mak saya. Hakikatnya kita org perempuan kalau tgk lelaki ala2 " Adi Putra " pun menoleh juga kan.. semua org suka tgk benda cantik. Kalau lelaki mcm biasa la. Dia suka tgk bini & kereta dia cantik. Kalau org perempuan suka tgk rumah cantik, baju cantik, tudung cantik.. dan macam2 lagi kan.. Tak mcm lelaki betul tak ??

So saya nak share sikit petua dan tips mcm mana nak dapatkan perut yg flat walaupun masa anak dara dan lepas beranak. Sebelum tu saya nak semua check jenis body type kita mcm mana. Saya jenis endomorph.. apa tu yer ? 




Saya jenis sangat payah berpeluh. Orang lain lenjun lepas work out 15 minit tapi sy blh relax lagi. Jenis yg tak berapa suka work out. Tapi demi jantung saya gagahkan juga berjalan 30 minit dalam 3 kali seminggu. Yg ni bukan window shopping tau. Jenis work out yg keluar peluh punya. Majoriti org melayu mcm ni kan. Window shopping amat gagah. Suruh work liat. Idaman body type saya nak mcm ectomorph sebab biasanya makan byk mana pun maintain je body dia mcm bela hantu raya kat sebelah.. ( gurau je )

Ok, utk kita2 yg tak berapa nak mcm ala2 model tu dont worry.. kita pun blh anggun mcm Erra Fazira tapi kena usaha sikit la. Saya sendiri amalkan senaman crunch ( senaman org malas ) dan sy buat mula2 lepas bersalin selama 2 bulan 200 kali sehari ( buat 10 kali rehat 10 saat sambil tgk TV ) .. Sekarang just 50 kali sebelum tidur. Yg bestnyer mmg perut sy less flabby. Tapi saya pakai Body Contour Cream pada area perut utk dapatkan kesan mcm sekarang. Bila dah flat sy tak pakai unless bila berat mula naik. Anak dara pinggang saya 29  inci paling kurus.. Tapi sekarang 21 inci. Kalau makan boleh naik jadi 22 inci setengah. Tak salah cuba work out ni sebab nanti kurus tapi perut lembik dan buncit nak buat apa. Jadi tak balance kan. Lagi satu senaman ni buat body nampak fit dan healthy.

Body Contour Cream ( RM45 ) dan Garlic Plus ( RM27.50 ) mmg bagus utk burn fat area perut, peha, punggung dan double chin kat dagu. Cuma yg dagu tu jgn la letak Body Contour Cream. memang ada yg buat pun tapi diorg letak sikit je. Krim ni panas tau !!




PUNCA UTAMA BUNCIT 
  • Lepas keguguran atau bersalin tak jaga dengan baik rahim blh menjadi kembang dan buncit. Ada yg ambil D'Folia je nampak kurang dah buncit.
  • Kenaikan berat badan selalunya berpunca daripada bahan pembuangan yg terkumpul di dalam usus besar. Ahli naturopathi serta homeopathi tidak menyangkal hakikat ramai di antara kita yg memikul beban sekurang-kurangnya 3kg dalam usus besar tanpa disedari. Macam size baby sebulan lebih tau.. Pakar pemakanan turut berpendapat individu yg memiliki usus yg bermasalah tidak mampu menyerap khasiat makanan yg diambil & mrk cenderung utk mkn lebih byk dari sepatutnya ( petikan diambil dari keratan akhbar )
  • Bagi yg alami masalah mcm ni amalkan Detox setiap hari sebelum jam 9mlm. Ia akan membantu melancarkan pembuangan, penyingkiran toksin dan mengempiskan perut. 
  • Ada pengguna yg sukar ke tandas dalam masa 5 hari turun dlm 8kg hanya dengan mengambil Detox

Detox  ( RM44 ) ni memang selalu sold out sebab produk ni efeknya nampak cepat. Tak ada kesan cirit birit yg blh rosakkan usus. Biasanya maksimum lepas ambil mmg blh kurang 3 kg tak sampai 2 hari terutama yg susah ke tandas tu. Ukur lilit perut mesti kurang byk. Edisi baru kali ni ST upgrade lagi rasanya. Produk ni sedap dan tak pejal / muak bila ambil. Pastikan kita minum sebelum jam 9 mlm sebab esok pagi subuh mmg terus membuang dgn lancar


MAINTAIN PERUT FLAT

Tips mudah utk perut flat yg saya amalkan sampai sekarang ialah :

  1. Minum air kosong dalam 3/4 gelas sebelum makan berat
  2. Tidak makan bersulam dengan air
  3. Tidak ambil ais /  gas
  4. Senaman crunch minimum 20 kali sehari
  5. Body Contour Cream & Garlic Plus sy mula ambil jika berat naik 2 kg dlm sebulan
  6. Detox sy wajib ambil setiap hari kalau tak perut sy mcm masuk angin mcm belon dan sy mmg jenis ssh ke tandas. So kalau x ambil Detox saya ambil masa 3-7 hari br ke tandas walaupun dah makan buah dan minum air lebih 2liter sehari.
  7. Sebulan sekali mesti ukur pinggang dgn tape spy berat dan size sentiasa dlm keadaan maintain indirectly buat sy lbh berwaspada bila nak melantak yg merepek2 ni... Saya jenis senang gemuk tp ssh kurus. Tambahan pulak kalau nampak kek, coklat, aiskrim, pop corn dan apa saja yg manis mmg kegemaran sy dr dulu. Kebiasaanya berat sy akan naik bila travel sbb sy makan sgt byk time tu sbb nak merasa makanan di tmpt org. 

Bg yg nak try produk yg sy ambil ni blh la shopping sakan time Promosi Akhir Tahun kat semua outlet ST di seluruh Malaysia atau through website SENDAYU TINGGI ONLINE


Jgn lupa follow ( Instagram Sendayu Tinggi ) dan ( FB Sendayu Tinggi Online  utk dapatkan cabutan bertuah tau. Masa promo ni bg yg beli RM150 ke atas akan dpt baucer. Di baucer tu ada no siri. Nanti no siri yg bertuah akan randomly pick utk dpt mystery gift tau.. Ada 50 hadiah kitrog nak giveaway.. Promosi akan mula 25 - 29hb Dis ni. Start hr Khamis ni tau.. 















Thursday, December 11, 2014

Bronze Eyeshadow Tutorial

Tajuk : Tutorial Mekap Mata Bronze & Contouring

Dah lama sgt sy tak berkesempatan utk buat tutorial. Masa tak ada.. Yg ni pun malam baru sempat buat. Simple & tak lapuk dek zaman ialah mekap mata yg berwarna tanah atau gangsa. Adjust sikit je dah vavavom.. Ok kali ni sy nak share teknik utk apply pembayang mata menggunakan HD Signanture Eyeshade. Colornya super pigmented. 

Eyes Tutorial 

Produk yg saya pakai ialah : 

1) Berus dan kemaskan kening. Kalau buku kening jenis degil sapukan dgn brow gel atau wax utk bg flat. Bila kening tu bulunya menegak mmg nampak tak berapa kemas bila pakai celak kening

2) Sapukan celak di bahagian hujung atas & bawah kening ( yg tak ada bulu kening pun sapukan sikit tp jgn over nanti dah tak natural ) 

3) Saya gunakan Doll Foundation dgn flat brush utk kemaskan hujung kening. Saya suka kening tebal. Adjust ikut citarasa memasing ( wah mcm buat resepi masakan.. Haha )

4) Sapukan eyeprimer utk makeup lasting. Then blend dgn jari. Utk makluman, kalau sy buat full makeup sy akan mulakan dgn mekap mata. Dah siap baru sy pakai foundation

5) HD Signature Eyeshade sy pakai kod Romantic Bold Smokey. Sy apply color Bronze Coklat di cornel kelopak mata dan tengahnya warna silver. Bila dah blend sy top up color hitam pula di betul2 hujung sudut mata supaya nampak lebih ada dimensi ( gradiant )

6) Bawah mata jgn lupa sapu warna Bronze Coklat juga sampai dekat tear duct tu top up color silver pula.

7) Utk smoothkan solekan mata ni saya tak pakai liquid liner tp sy gunakan Smokey Smudge Liner. Lepas tu blendkan dgn span yg ada blkg pensel tu supaya smooth. Masa sapu tu make sure betul2 dekat dgn bulu mata ya spy lebh natural nanti.

8) Sapukan mascara atas dah bawah mata. Siapa yg nak lbh extra kalau ada special event pakai Handmade Eyelashes ST kod 02. Yg ni sy curl kan dulu eyelashes tu sblm pakai.

9) Saya suka lens color2.. Uols kalau tak suka guna anak mata asli pun lawa dah


Tutorial Full Face


SIAP part mata. Now move on utk full face pulak. Utk muka pula saya gunakan antaranya ialah :

1) Sapukan Makeup Base dulu dan saya suka lebihkan pd kws yg pori besar dan kawasan yg cpt berminyak. Kalau skin kering make sure pakai pelembap baru foundation tu 'blend in' dgn skin

2) Utk highlight kan area penting di muka sy sapukan Concealer kod Vanilla. Blend dgn brush utk kemasan sekata

3) Lepas tu baru sy pakai Doll Skin Foundation kod Too Pretty. Blend semua then saya sapukan Rose Blush kod Bronzer utk contouring

4) Jgn lupa sapukan bawah rahang mcm picture tu. Utk area hidung pun jgn lupa buat shading

5) Blend shading tu semua sampai dah tak nampak line. Lps tu baru sapukan dengan Doll Powder kod 01 dengan berus besar

6) Kalau nak elakkan effect terlalu matte sy akan pakai Baked Face Powder lbh heavy berbanding Doll Matte Powder tadi. Lepas tu baru sy pakai Bright Duo Blush kod Cool Pink pada pipi.

7) Bibir saya lebihkan sapuannya dari frame bibir. Reason.. Saje je suka2 nak bibir penuh konon2 mcm Angelina Jolie.. Haha.. Yg ni Moisture Sensation kod Raisin

8) Utk tone down color tadi sy balas dgn gloss yg light dari HD Metallic Gloss kod Pink Lace. Bila pilih lipgloss tak semestinya kena sama color lipstick. Cuba eksperimen dgn kontra color mmg hasilnya kebabom..

Ok bagi yg nak dapatkan produk ST yg saya buat ni blh tgk detail dan harga di website sendayutinggi.com ok 





Habis tercampak sana sini kan mekap kalau buat tutorial ni. Meja mekap tu kecik sangat.. Some of the products ada kat meja tu. Kita jumpa lg utk next tutorial..






Wednesday, December 3, 2014

BERKESAN KE MAKAN PLASENTA UTK MUDA ?

TOPIK : BERKESAN KE MAKAN PLASENTA UTK MUDA ?


Ok, topik ni saya dah lama nak buat. Ramai juga tanya saya ada ambil apa2 suplemen tak utk skin. Ya ada.. Antaranya ialah Instant Collagen Powder dengan Plasenta Powder. Tapi har ni saya nak story lebih kepada Plasenta dan kenapa saya prefer Plasenta lagi kalau nak cepat. Dan.. betul ke berkesian ? Jawapan saya ialah, kalau yg dah berumur, ada skin problem mcm jeragat, parut jerawat dan skin ageing ( kendur, kedut, sagging skin ) memang akan nampak kesan sangat2 lah ketara. Biasanya paling awal dalam 3 hari akan rasa skin jadi moist je.. ala2 moist cake.. hahaha ( gurau je, sebab masa tulis ni tgh lunch hour. Perut lapar ingat kek coklat ).. Ada yg ambil suntikan utk nampak muda tapi efek jangka masa panjang tak baik utk badan dan kesihatan. Paling penting Plasenta ST ni halal sebabd ari salmon. Bukan dari biri-biri atau BAYI ye.. Singapore byk jual plasenta yang diekstrak dari uri bayi. Tapi kat Malaysia mmg susah jumpa. 

Ok.. siapa yg sanggup nak makan plasenta sendiri blh try yer.. ewwww

setiap uri yang dikeluarkan akan dibersihkan. Nanti akan diproses. Siap utk dimakan.. Siapa berani ??

ya betul, ni ialah uri lepas bersalin tu dalam keadaan yg dah dikeringkan.

Tapi jangan risau ye.. sebab ST punya Plasenta bukan mcm pict tu. Semuanya dari Plasenta Salmon dan halal utk dimakan. Rasanya pun tak hanyir.. ok, sambung balik cerita saya yang berjinak2 mula ambil skin suplement..
Gambar ni saya ambil tahun 2010. Di ofis KL. Waktu tu saya belum ambil lagi suplemen utk skin. Problem skin saya time tu gelap bawah dagu, pori besar, skin kasar dan pipi dah kendur sbb start ageing kan.. Kalau rajin blh la zoom dekat2 tgk 
Saya akan ambil Plasenta Powder ni time sebelum nak tidur. Sebetulnya saya ambil ni dalam 8 bulan. Instant Collagen Powder saya ambil dulu bila umur saya 29thn.. Tapi bila ambil Plasenta ni mmg saya ras alagi beza terutama bahagian pigmen / jeragat bawah mata. Dah jadi less brown. Masa balik umrah memang jadi gelap sgt area pigmen tu. Padahal dan pakai sunblock bagai. Tu yg jadi ekstrem combine Plasneta dgn Collagen sekali. Biasnaya saya selang2kan dgn Collagen Powder sebab nak jimat. Tapi nak jimat sgt pun tak blh sebab anak saya cukup suka makan sekali. Tak pasal2 Aleya yg gerhana jadi cerah sikit.. haha.. Dah ketagih tiap malam menyelongkar laci bilik sebab suplemen saya mmg di alci bilik. Takut lupa nak makan time siang. Nanti nak tidur baru saya ambil semua. Yang sya perasan bila ambil ni mata juga jadi lifting.. bahagian pipi pun sama. Area pigmen ada lagi tapi tak teruk macma dulu. Pori pun jadi kecik sikit. Bila pakai mekap tak susah hati nampak macam kawah bulan. 

Ni betul2 pict sebelum nak tidur. Saya akan ambil sepaket sahaja. Kunyah dan minum air lepas tu. Skin juga bebas dari sebarang mekap atua krim. Rasa Plasneta ni tak hanyir dan halal diambil. Rasanya manis buah Raspberi.
Sekarang siang kalau pakai Sunblock je dgn celak sikit dan tak rasa comot sangat :)
Ada yg tanya kalau umur 20an boleh ke ambil Plasenta Powder ni.. tak ada masalah pun kalau nak ambil. Selain bagus utk lewatkan penuaan produk ni akan bantu mencerahkan tona kulit jugak. Lagi efektif dari collagen atau gluthation. Lelaki pun ramai ambil ni. Alhamdulillah komen rata2 yg makan dalam 1 box memang nampak kesna positif. Lebih2 lagi kalau mmg ada skin yg tgh problem. 

INFO - PLASENTA POWDER

  • Plasenta kaya dengan 1001 khasiat dan vitamin yang banyak digunakan oleh Barat untuk tujuan kosmetik, kecantikan dan awet muda. Paling terkenal dan digunakan secara meluas. Namun, atas faktor tidak diketahui proses atau penyembelihannya, ia banyak digunakan oleh bukan Islam sahaja.
  • Yang nak tubuh dan wajah nampak muda, lambat berkedut sihat dan segar bolehlah amalkan Salmon Plasenta Powder ini. TAk perlu nak suntik bagai, krim atau kolagen pada muka.
  • Placenta biasanya sangat terkenal di China, Switzerland dan Jepun. Ia amat berkesan untuk tubuh dan wajah sentiasa anjal dan sihat selain merawat kerosakan badan. Kalau di barat,
  • Produk ini memang kaya dengan protein dan yang penting dijamin HALAL bukan dari plasenta bayi atau haiwan. Rasanya pun sedap dan ia lagi berkesan daripada kolagen biasa.

Harga RM55/RM57 ( 10 paket )

Promosi Syoknya Sale (YES) RM49.50 (Member)
Dlm ni kaya dengan Collagen juga selain Plasenta, Asid Amino, RNA & DNA dan vitamin utk keperluan kesihatan badan dan kulit
KELEBIHAN PLASENTA POWDER
  • Formula unggul dan berkesan dari plasenta telur ikan salmon, kolagen, anggur dan Co.Enzyme Q10.
  • Kombinasi suplemen kunyah terus mudah diserap oleh badan dan meresap ke peredaran darah
  •  Kaya nutrien bio aktif seperti Asid Amino, Melatonin, Asid Nucleic, Antioksidan sebagai anti penuaan.
  • Merawat kerosakan kulit, badan selain menambah kesihatan badan lebih cepat berbanding kolagen.
  •  Kandungan Vitamin C yang tinggi dan bagus mencegah osteoporosis.
  • Meningkatkan metabolisma dalam badan manusia sekaligus membantu pelangsingan juga.
  •  Plasenta secara semulajadi meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengelak penyakit merbahaya.
  • Kesan berganda dari kolagen untuk tubuh dan wajah kembali muda, segar dan mengurangkan penuaan.
  • Ia juga lebih konsentrasi bagi menjernih, memerahkan kulit tubuh dan wajah.
  • Memudarkan parut jerawat / jeragat dan kulit kusam
  • Senang bawa travel sebab dalam sachet.
  • Satu kotak ada 10 paket. Biasanya dalam 5 hari purata pengguna dah nampak kesannya
Pengambilan : 1 / 2 paket sehari. Kunyah dan minum air suam. Sebaiknya diambil pada waktu malam / pagi. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil. teruskan pengambilan semasa haid


PENGUMUMAN : VIP INVITATION CONTEST
Siapa nak FREE baucer RM300 ?? Boleh beli Plasenta Powder nanti masa promo ST akhir bulan ni pada 25 - 29hb Dis . Tapi kena join contest ni dulu ( click utk join : SENDAYU TINGGI ONLINE CONTEST )

Bagi yang nak join contest ni kena click SENDAYU TINGGI ONLINE
Tag kawan baik anda dalam 5 org. Kalau terpilih nanti dapat setiap sorang RM50 ( Jumlah RM300 utk 6 org )


Promosi akhir tahun Sendayu Tinggi diseluruh Malaysia akan bermula dari 25-29hb Dis ni. Ada VIP INVITATION CONTEST dan pemenang dapat baucer belian produk. Siapa nak baucer produk Sendayu Tinggi kena join contest ni. Korang boleh shopping dengan baucer tu dengan 5 org rakan tau. Contest akan berakhir 15hb Dis. Cara nak join :

-        Like page Facebook SENDAYU TINGGI ONLINE ( link : https://www.facebook.com/sendayu.tinggi.56 )
-        Follow Instagram @sendayu_tinggi ( link : instagram.com/sendayu_tinggi_online)
-        Tag 5 kawan anda di picture yang ada post promosi ni di page Facebook SENDAYU TINGGI ONLINE / Instagram @sendayu_tinggi_online
-        Jangan lupa sertakan caption sekali kenapa anda dan rakan-rakan anda layak memenangi VIP INVITATION
-        Pemenang sebanyak 20 orang ( Instagram & Facebook )  yang dipilih akan menerima baucer belian produk ST bernilai RM50.00 setiap seorang. Pemenang bertuah bersama 5 rakan juga akan menerima baucer tersebut yg berjumlah RM300.
-        Contest bermula pada 1-15hb Dis & terbuka pada ahli Sendayu Tinggi atau bukan ahli.
-        Pemenang akan diumumkan di page Facebook SENDAYU TINGGI ONLINE & di Instagram @sendayu_tinggi_online pada waktu yang akan ditetapkan
Jangan lupa tau, 25 – 29hb ni sale akhir tahun kat semua 33 outlet Sendayu Tinggi seluruh Malaysia. Selain dapat banyak diskaun mana tau dapat gift pula nanti. Siapa yg pengguna tegar ST boleh beli masa promo ni secara online juga. Beli di website diorang sendayutinggi.com atau beli di page facebook SENDAYU TINGGI ONLINE. Mudah kan, sekarang semua beli kat hujung jari je..

Wednesday, November 26, 2014

CERITA SEBENAR : KENAPA LEPAS GUGUR SUSAH HAMIL

TOPIK : SUKAR HAMIL LEPAS KEGUGURAN

Ramai wanita tidak sedar yang mereka keguguguran. Dianggarkan 3 / 4 daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan. Selepas ujian kehamilan, 1 daripada 5 kehamilan akan gugur. Biasanya trimester pertama adalah saat penting utk menjaga kandungan sebab senang utk gugur. Ini yang saya alami semasa kehamilan pertama & kedua. Saya selalu cakap, kalau hidup dah besar anak saya yang sulung masuk 11 tahun. yang kedua masuk 9 tahun. Tapi nak buat mcm mana dah bukan rezeki kan.
Selepas 8 tahun akhirnya dapat juga 2 org puteri kesayangan kitorg ni. Time ni baru lepas 44 hari pantang. Chubby lagi. Pipi je sebelah 2kg.. haha..



GUGUR KALI PERTAMA
Waktu tu muda belia lagi. Saya kahwin awal usia 19 tahun. Lepas 9 bulan kahwin saya pregnant. Tapi disebabkan tak tahu sangat pasal pregnancy ni jadi bila sakit perut tu anggap nak ke tandas je lah. Memang sakit amat masa gugur. Tapi penyesalan tu tak berapa nak mendalam sebab jiwa tgh muda rasa nak enjoy la kononnya dulu. Kebetulan mmg kami plan utk dapat anak nanti2 je sebab fokus kerja yang mmg tak pernahnya berkurang pun. Saya kenal suami pun tak lama. Beberapa bulan je.. Mak saya tu Super Garang. Dating pun tak lebih 2 jam. Balik sebelum jam 6.00 petang. End up saya dating pergi Supermarket Giant je.. hahaha.. Selebihnya saya dating kat ofis je. Jadi bila dah kahwin ni dating la sesangat kan. Masa gugur tu sedih juga tapi dalam hati tak apa, ada rezeki lain kali.

GUGUR KALI KEDUA
Selang 2 tahun lepas tu saya pregnant lagi. Dah puas kot berdua jadi mmg happy sangat bila tau pregnant balik. Tambahan pulak waktu tu saya dah pindah rumah sendiri. Masa yg 1st kami duduk serumah dengan mak. Antara reason kenapa saya tak nak anak lagi time tu. Bila dah ada rumah tu anak memang jadi penyeri. Excited amat la time tu siap beli baju pregnant bagai. Padahal baru 3 minggu je pun pregnant. Bila pegi check up semua nampak normal je. Tapi bila masuk bulan ke 3 saya pergi scan lagi sekali. Muka Doktor tu lain macam masa scan. Kami mmg tak sedap hati lah. Bila doktor tanya ada mabuk tak. Baru saya perasan saya mmg tak mabuk langsung. Rasa beruntung kejap. Tapi mula susah hati bila tengok air muka Doktor tu mcm ada benda tak kena. Doktor cakap tak ada heart beat lagi. Mungkin saya bagi date last period salah. So, saya kena pergi check up lagi minggu depan.
D'Folia paling bagus diambil jika lepas gugur. Ia akan kecutkan kembali rahim dan suburkan kembali utk memudahkan kehamilan yg akan datang. Bagi wanita bujang juga ambil utk rawatan keputihan. Yang menyusu badan boleh ambil lepas baby usia 4 bulan ke atas.

Belum sempat tunggu check up, pagi tu saya ke ofis di KL. Bangun pagi tu memang dah rasa sakit perut memulas. Tiba-tiba teringat kes gugur yg 1st. Dalam hati berdoa banyak2 supaya tak jadi lagi kes dulu. Tapi dah namanya takdir, jam 10 pagi saya di ofis KL ada darah keluar. Tak banyak, tapi saya ingat pesan Doktor hari tu. Bila bleeding kena cepat pergi klinik. Saya terus ke klinik. Bila sampai, doktor bagi ubat untuk kuatkan kandungan. Dalam hati berdoa banyak2 supaya tak jadi benda yang saya takutkan. Sebenarnya sebelum jadi kes ni, 2 hari sebelum saya ada mimpi. Ada orang rampas anak saya lari. Beriya saya menangis sampai suami kejutkan dari tidur.  Tak sangka alamat mimpi tu ada makna tersirat. Akhirnya, disebabkan terlalu tak tahan sakit yang amat sangat dan lebih sakit dari gugur yang 1st. Saya ajak suami balik. Kononya nak kemas baju lah lepas tu pergi hospital. Petang saya sampai rumah, waktu tu muka dah biru habis menahan sakit. Air mata jgn cakap la keluar macam mana. Dah tak ingat apa time tu, ingat sakit je. Lepas sampai rumah, dalam 30 minit sakit yang terlalu kuat, akhirnya saya ke tandas. Keluar satu ketulan sebesar saiz penumbuk. Saya terus ke hospital. Saya menangis semahunya dalam kereta. Keesokannya saya terus buat D&C. Kalau nak diingatkan balik rasanya bersalin pun tak sakit macam tu. Saya memang tak bagi tahu apa2 dekat mak saya. End Up dia tahu bila saya dekat wad. Masa D&C ni jugak saya tahu yang kedudukan rahim saya tak normal. Doktor cakap hanya 10% yang berjaya pregnant. Waktu tu sedih pun ada , gembira pun ada. Sedih sebab tau diri ni abnormal. Gembira sebab tahu yg diri ni adalah 10% yang BOLEH utk hamil lagi. Lepas cuci rahim baru saya mula berjinak ambil D'Folia. Dalam hati menyesal juga. Sepatutnya sebelum pregnant saya dah mula ambil. Bila dah gugur baru sibuk nak cari suplemen apa yg patut.

PROSES MERAWAT DIRI & HATI
Lepas gugur, saya jadi depressed. Tak boleh tengok anak orang. Rasa macam laki nak kahwin lain. Rasa tak berguna jadi perempuan. Bila tau orang pregnant lagi stress dibuatnya. Macam-macam saya baca untuk cari punca kenapa boleh gugur. Semua bahan saya baca dan kaji. Sejujurnya, hikmah keguguran ni banyak mengajar saya menjadi parent yang penuh ilmu. Macam-macam ilmu saya dapat. Jadi bila ada pengguna yang pernah gugur saya dah tahu nak tanya apa yang diamalkan, makan, keliling, sejarah keluarga dan lain-lain. Sampai lah satu hari, saya lunch dengan suami di ofis Klang. Saya cakap, saya nak ambil anak angkat. Pernah juga saya tanya suami nak kahwin lagi ke.Suami saya cakap, dia kahwin dengan saya sebab saya. Bukan sebab anak. Tu saya cakap, memang la sebab muda lagi. Nanti dah tua bangka tak sedih ke orang ada anak, kita dok melopong berdua. Jadi bila saya suggest ambil anak angkat ni sebenarnya untuk menceriakan diri sendiri. Suami saya cakap, mana tahu Allah kesian dekat kita lepas ambil anak angkat dapat anak sendiri. Mak saya cukup supportive utk ambil anak angkat. Dia yg carikan baby untuk elakkan keturunan yang tak dikenali asal usulnya. Tapi, keluarga suami tidak setuju dan katanya masih boleh mencuba sebab baru 5 tahun pun kahwin. Ada yg 10 tahun baru dapat anak. Pokoknya nak keturunan sendiri.

Actually lepas gugur sejak dari yg 1st saya tunggu 5 tahun utk pregnant balik. Rezeki Allah nak bagi kita tak tahu bila. Kebetulan Sendayu Tinggi ada launch produk baru time tu iaitu ST Beauty. Saya mula combine dgn kapsul D'Folia. Memang terasa beza lepas ambil tu sekali. Kalau dulu period tungang langgang salah satu punca susah pregnant sbb susah nak jangka waktu subur. Tapi alhamdulillah lepas ambil period jadi teratur. Emosi pun kurang stress sangat. 

Nak dijadikan cerita, kebetulan adik lelaki saya baru kahwin. Lepas 3 bulan kahwin adik ipar saya pregnant. Mereka cukup serba salah nak bagi tahu saya pasal berita kehamilan tu. Mak saya terutamanya takut saya terasa. Bila saya dapat tahu siapa yg tak sedih kan... Sepatutnya kami yg bagi cucu sulung tapi dah bukan rezeki. 

ST Beauty bukan sahaja memudahkan kehamilan malahan ia merawat dalaman wanita sekaligus menjadikan diri lebih sihat, bertenaga dan awet muda. Cuma boleh diambil utk wanita sudah berkahwin. Jika menyusu badan boleh ambil selepas anak usia 4 bulan ke atas

Uzma masa 9 bulan. Ini lah buah hati Mummy dgn Daddy. Disebabkan 5 tahun baru dapat puteri sorang ni, jgn ckp la betapa manjanya dgn kitorg. Bapak dia yg lelebih. Kalau outstation pergi mana pun tak pernah tinggal si kenit debab ni.

Time ni Uzma masuk 3 tahun datang Aleya. Tak lama kami plan dapat Aleya. Cuma 5 bulan je.. Uzma mmg kakak yg penyayang sangat
Aleya yang tiba-tiba berambut kerenteng selepas umur setahun lebih. Tak tahu mana sesat dapat rambut tu

Lepas 4 bulan, saya ambil D'Folia dengan ST Beauty saya notice benda aneh berlaku. Biasanya kalau ambil suplemen saya blh makan sekali 8biji serentak macam makan nasi. Tapi kali ni tak boleh. Malas nak buat test dah sebab berkotak2 ada dlm almari. Tiap bulan pun buat test tapi tak pernah pun positif. Jadi malas nak berharap sangat. Tapi bila period tak datang, jantung mula laju. Nak happy sangat tak berani. Nanti kecewa lagi. Saya buat check up sendiri. Ujiannya positif. Malam tu jugak saya pergi klinik buat pregnancy test. Ya Allah, kali ni memang hadiah bermakna sangat. Lepas 5 tahun menunggu.. Itupun lepas hati ni betul2 redha dan pasrah sampai sanggup nak ambil anak angkat. Bila masuk trimester kedua baru saya bagitahu pada ahli keluarga. Excited bukan kemain. Baju budak umur 5 tahun dah siap beli. Keluar dari perut pun blm lagi tu..Disebabkan tu juga lah saya kekal ambil ST Beauty sampai sekarang. Bila mengandung ke 4 saya cuma ambil masa 5 bulan je utk lekat. Tak macam 1st dan 2nd pregnancy yang gugur tu. Nasihat saya bagi yang tengah berusaha nak dapatkan anak tu jangan stress. Nanti lagi susah nak lekat. Doa banyak2 dan try ikhtiar rawatan tradisional. Selepas je dapat Uzma, ST Beauty adalah produk wajib yg akan saya ambil setiap hari. Sesiapa yg nak cuba boleh lah try. Memang ramai saya jumpa couple yg try produk ni berjaya pregnant dgn izin Allah..

Pejam celik dah besar budak2 ni. Ada yg tanya saya tak nak tambah ke.. Insyallah kalau ada rezeki


_______________________________________________________________________

( SEDIKIT ARTIKEL YANG DIAMBIL DI INTERNET SEBAGAI RUJUKAN )

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan ?
Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi. 

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio. 


Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pad awal kehamilan ?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku. 



Apakah yang berlaku selepas keguguran ?



Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu. 

Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda. 

Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya. 

Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut: 

  • Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.
  • Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.
  • Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.


Bagi yang berminat mendapatkan produk Sendayu Tinggi click BELI SENDAYU TINGGI - ONLINE