Wednesday, October 8, 2014

BERSALIN PEMBEDAHAN BOLEH KE MAKAN JAMU ?

Topik : Bersalin Pembedahan, Rawatan & Kesannya Pada Wanita



Bila keluar gambar Hera Helmi di majalah MW dan Paper baru-baru ni ramai jugak la yg mesej sy.. ( talian hotline ST saya yang jaga.. Kalau nak tanya apa2 blh msg jer kat 013 3922133 ) tak kurang yg inbox kat FB tanya boleh ke idak dia makan jamu padahal bersalin operate. Jawapan saya ialah BOLEH !! Bila bersalin ikut tingkap ni lebih lagi memerlukan penjagaan yang lagi rapi dari normal. Ingat seronok ke bersalin ceaser. Kalau bersalin normal sakitnya cuma time nak meneran. Lepas 2 minggu bersalin confirm dan okay dah bahagian jahitan tu. Tapi kalau ceaser, silap haribulan jahitan boleh terbuka balik. Belum lagi kes yg jahitan berair, bernanah dan macam-macma lagi la walaupun dah bersalin 6 bulan lamanya .. ngeri kan.. tu la, kesian perempuan ni byk pengorbanannya.
kena click pict utk full view

Jenis potongan untuk teknik ceaserian

APAKAH ITU PEMBEDAHAN CEASEREAN ?

  • Bagi yang baru kahwin atau hamil 1st kena ada ilmu. Nanti bila dah bersalin baru nak ambik tau. End up bila bersalin ceaser baru panik tak tahu mcm mana nak handle. Bila dalam pantang ambil mudah, yang merana body sendiri. Palingtak best bila ceaser ni perut memang berlipat dan lembik dari bersalin normal ( kalau bersalin normal pun boyak tak engat kalau tak berjaga masa pantang !! )
  • Bersalin pembedahan ni ialah bila [akar bedah membuat potongan pada perut dan rahim ( uterus ) agar bayi anda boleh dilahirkan. 
  • Masa operation, kita boleh pilih untuk sedar atau tidur / pengsan. Kalau separa sedar biasanya ubat bius / epidural akan disuntik pada tulang belakang bagi mengebaskan separuh badan si ibu.
  • Epidural ni ada banyak side effect. Tapi semua orang tak sama. Majoriti akan alami masalah sakit pinggang lepas bersalin.Walaupun macam tak sakit sebab masa operate kita tak rasa, hakikatnya bersalin  normal lebih selamat bersalin ceaser. Dan, berslain normal juga bagus untuk kesuburan anda pada masa akan datang.
  • Biasanya doktor tidak membenarkan wanita yang bersalin pembedahan mengandung lagi dalam masa terdekat bagi tujuan kesihatan si ibu tadi.
  • Namun, kaedah ceaser ini telah berjaya menyelamatkan ramai nyawa wanita dan baby zaman sekarang. Tak macam dulu-dulu. Kan dulu semua bersalin ikut bidan.. Bila anak songsang dan tak keluar ibu dan baby akan meninggal. Lepas tu siap jadi hantu kononnya.. Tapi dengan kaedah ceaser ni alhamdulillah ramai wanita dah tak takut lagi beranak ramai.



Jarum yang dicucuk dari belakang tu la epidural yang disuntik dari belakang. Utk mengebaskan badan semasa pembedahan nanti

KELEBIHAN BERSALIN CEASER

  • Ramai di momokkan dengan kaedah bersalin tingkap ni. Tapi banyak juga kelebihannya. Antaranya ialah kita boleh pilih tarikh baby. So, senang kalau jenis wanita bekerjaya nak urus jadual kerja.
  • Tidak ada kesakitan daripada luka jahitan / guntingan pada faraj dan dubur seperti bersalin normal
  • Tak ganggu pada cengkaman otot vagina sangat. Tapi kalau tak ambil herba dan buat senaman kegel mau longgar juga lama-lama bahagian tu.
  • Tidak merasa sakit semasa bukaan pelvik berlaku. Bagi yang bersalin anak 1st biasanya akan alami proses ni lebih lama. Ada yang kes anak terlalu besar hingga koyak banyak. Ini akan menyebabkan fobia. Jadi ceaser ni paling bagus untuk wanita paling cukup takut dengan sakit
  • Teknik tingkap ni juga menyelamatkan nyawa ibu dan bayi. Terutama bayi kembar, songsang atau ada komplikasi.
Luka ceaser yang bernanah. Ada kes yg jahitan terbuka semula. Siap berlendir lagi jahitan tu

luka bersalin boleh terbuka, berair dan bernanah jika tidak dijaga dengan betul. Gambar ehsan dari google

MACAM MANA KAEDAH PANTANG YANG BERSALIN CEASER ?

Sebetulnya, yang bersalin ceaser ni lebih leceh dan ngeri. Kalau tak jaga betul luka jahitan memang boleh busuk dan tak kering. Ada yang ambil pendekatan ambil ubat doktor sahaja. Tapi percayalah, ubat doktor ni hanya meredakan. Bukan merawat. Kan beza tu. Siapa kata orang bersalin pembedahan tak perlu ambil herba. Kali ni sya nak share mcm mana cara ambil Amme Complete kalau anda bersalin ceaser atau jika anak dapat masalah kuning

Utk dalaman lps bersalin ada 6 botol kapsul bagi 60 hari berpantang


LANGKAH 1
  • Ambil kapsul Amme Complete dari botol 1 - 60 ( RM34.50 per bottle ) ikut hari yang disarankan. Bila nak ambil ? Jawapannya ialah terus je ambil lepas bersalin tu. Kalau ada ambil ubat doktor kena jarakkan 1 jam dari pengambilan kapsul Amme Bottle
  • Kalau anak menyusu badan dan biasanya hari ke 3 - 7 adalah tempoh bayi akan mendapat kuning yang agak tinggi. Pad ahari ke 10 biasnaya kuning akan hilang. Kalau tak hilang kena cepat ke klinik. Jangan dijemur je baby tu sampai legap. Ramai salah anggap dengan mengatakan herba punca bayi dapat kuning. Hakikatnya, sel darah merah bayi tak sama dengan orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya pendek. Bilangannya juga lebih dari biasa. Sebab tu hari ke 3 lepas baby lahir kadar bilirubin meningkat, Hati-hati bayi belum cukup matang utk dan menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. 
  • Jika menyusu badan kena kurangkan dos kapsul atau stop dulu. Nanti sisa kapsul Amme Bottle tu habiskan semula selepas hari ke 60 bermula dari botol yg 1st tertinggal.
Ada 5 botol produk luaran utk dalam pantang. Lengkap utk ibu dgn baby sekali


LANGKAH 2
  • Sapukan Body Tone ( RM46.50 ) pada badan. Bagus untuk kurangkan sembab, sakit badan, water retention dan melangsingkan balik tubuh. Sapu selepas mandi seluruh badan. Body Tone ni juga dijadikan sebagai param / pilis pada dahi
  • Tummy Tone ( RM46.50 ) pula akan mengempiskan perut Yg ni special, just sapu pada perut sahaja. Kalau ceaser kena jarakkan dalam 5cm dari jahitan. Sapu jangan tebal buat permulaan.

LANGKAH 3
  • Sapukan Amme Heat ( RM34.50 ) pada tapak kaki dan pakai stokin. Sangat bagus melancarkan darah ibu. Banyak yang tak tau, dari tapak kaki ni lah pelbagai urat tubuh badan sampai ke kepala. Sebab tu masa pantang tak boleh tersadung terutama ibu jari kaki. Kalau jenis berurut, tanya bidan tu. segala bagai urat ada pada kaki ni.
  • Amme Heat ni boleh sapu pada bahagian badan yang lain utk tujuan memanaskan badan dan membetulkan urat. Lepas bersalin normal / ceaser biasanya tak digalakkan urut terus sebab rahim masih bengkak. Kalau ceaser lagi tak boleh usik bahagian perut. Kalau ada bidan yang pandai, dia akan urut tapak kaki sahaja atau betis dan area body yang lain.
  • Amme Massage ( RM34.50 )ni memang campur dengan Amme Heat utk mengurut. Tapi boleh je pakai untuk melancarkan darah dan menyegarkan badan. Sebab dalam ni bukan minyak panas biasa. Kesemua produk dalam Amme Complete ni ada herba khas. Umumnya masa lepas bersalin liang roma akan terbuka berganda dari normal. Jadi masa pantang memang setiap produk yang disapu mudah meresap berbanding waktu biasa. Jadi jangan sia-siakan tempoh ni tanpa manfaatkan sebaiknya dengan herba yang bagus untuk kesihatan badan  
  • Baby Telon ( RM17.00 ) yang ada dalam set ni khas utk baby. Memang bagus amalkan sampai baby usia 2 tahun. Sapu pad atapak tangan dulu sebelum ratakan pada parut, belakang dada, tapak kaki bayi. Ia akan atasi kembung perut, senak, dan masalah batuk dan hidung tersumbat akibat selesema

Bengkung ni free size. Cara ikat mcm konsep tali kasut dan mmg senang pakai sendiri

LANGKAH 4
  • Berbengkung. Ramai yang terkejut kan. Ya betul, berbengkung dengan Amme Corset ( RM40.00 loose. RM28.00 belian Amme Set ) tapi bukanlah ikat ketat. Biasanya ikatan sangat longgar. Ketatkan sedikit demi sedikit mengikut keselesaan individu. Nak buat senaman crunch pun kena tengok tahap kesihatan seseorang. Kalau masih terasa sakit pada bahagian luka memang tak boleh buat. Tunggu sampai dah tak sakit.
Lelaki pun boleh ambil produk ni sebab bagus utk smebuhkan luka kalau operation


LANGKAH 5

  • Paling penting kena amalkan makanan yang bagus utk sembuhkan luka jahitan. Pati Herba Amme ( RM34.00 ) ni saya sendiri amalkan. Rasa pun sedap dan tak hanyir. Dalam seminggu memang luka rapat walaupun sy tak ceaser
  • Dalam tu ada pati haruan, gamat, mengkudu, kurma, halia dengan pati kurma. Kalau breastfeed pun tak ganggu baby. Kalau bersalin normal ambil 2 sudu besar sekali sehari. Kalau tak pun blh campur dengan air suam.
  • Kalau ceaser saya galakkan ambil 4 sudu sehari. Kalau jahitan tak rapat memang leceh. Jangan lupa lap kering lepas mandi untuk luka cepat sembuh. Ubat doktor juga kena pakai untuk elak jangkitan kuman


So, harapnya entry kali ni boleh dijadikan ilmu utk para wanita yang bakal bergelar isteri, ibu ataupun bakal melahirkan tak lama lagi. Apa pun boleh terjadi dan siapkan diri dengan semua persediaan supaya tak menjejaskan kesihatan diri kita nanti. Jumpa lagi utk entry akan datang.. ;)







3 comments:

Unknown said...

Salam.. Nama saya shaheera, saya nak bertanya kalau consume kapsul 1 - 60 hari boleh tak menyusukan baby?

Unknown said...

Salam.. Nama saya shaheera, saya nak bertanya kalau consume kapsul 1 - 60 hari boleh tak menyusukan baby?

Unknown said...

assalam,sy nak tnya sepanjang berpantg sya x pernah mkn apa supliment pun.smpai skrg sudah 60hari lbh.boleh ke saya mkn kapsule amme n pati herba ?

Post a Comment