Thursday, September 15, 2016

KENAPA LEPAS KEGUGURAN SUKAR HAMIL ? APA PUNCANYA

Keguguran? Semua wanita kalau boleh taknak terlibat dengan keguguran. Tambah-tambah lagi yang dah lama berkahwin tapi baru ada rezeki untuk mengandung. Yelah, kalau asyik keguguran maknanya mesti ada sesuatu yang  tak kena dalam rahim kita. Bagi yang pernah mengalami keguguran, ia merupakan satu pengalaman yang amat menyedihkan dan satu kejutan emosi yang sukar untuk dihadapi.

Apa tu keguguran?


Bagi yang tak tahu keguguran tu apa, keguguran ni maksudnya kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Keguguran ni ada dua kategori. Kalau keguguran tu berlaku masa 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal. Tapi kalau dah lepas 12 minggu, ia dipanggil keguguran lewat.

Keguguran awal  sangat kerap berlaku sebab selalunya wanita yang keguguran awal ni dia tak sedar yang dia sedang mengandung. Tahu-tahu je dah tumpah darah. Mungkin sebanyak tiga perempat telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Selepas mendapat ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan keguguran awal berlaku. Waktu inilah keguguran paling banyak berlaku.

Keguguran lewat pulak tak kerap berlaku. dan selalunya terjadi selepas 12 minggu pertama kehamilan. Tapi sama je. Keguguran lewat atau awal masih kena melakukan D&C jugak. Cuma kehilangan kandungan masa peringkat ini boleh jadi sangat sukar untuk dihadapi terutama dari segi emosi.

Sesetengah wanita ada yang mengalami keguguran berulang. Ini bermakna mereka dah keguguran tiga kali atau lebih secara berturut-turut. Tapi ianya berlaku kepada kira-kira satu dalam 100 wanita. Ada juga kes bila dah keguguran dah tak hamil-hamil lagi lepas tu

Apa yang menyebabkan keguguran?

1) Embrio tak berkembang seperti yang sepatutnya.
Biasanya punca berlaku kerana masalah pada kromosom. Wanita yang lebih lanjut umurnya berisiko lebih tinggi bagi  bayinya mempunyai kecacatan kromosom. Jika janin tidak cukup kromosom iaitu 23 kromosom dari ibu dan 23 kromosom dari bapa, keabnormalan kromosom ni akan menghalang bayi dari berkembang, maka kat sini lah berlakunya keguguran. Kalau ikut kajian pulak, wanita berusia 30 tahun, risiko untuk dia keguguran ialah satu dalam lima, manakala pada usia 42 tahu, risikonya ialah satu dalam dua.

2) Rahim yang bermasalah.
Antara masalah rahim yang boleh menyebabkan keguguran adalah Bicornuate Uterus atau Uterine Septum. Pangkal rahim terbuka juga menyebabkan janin boleh gugur dengan senang. Ia terjadi disebabkan oleh pangkal rahim yang longgar yang dipanggil “cervical incompetence”, biasanya keguguran kerap terjadi pada awal trimester ke dua disebabkan oleh tekanan dalam rahim kerana janin yang semakin membesar. Ketumbuhan dalam rahim juga boleh menjadi penyebab keguguran.

3)Hormon yang tak seimbang.
Ovulasi tidak teratur biasanya dikaitkan dengan masalah PCOS. Pengidap PCOS akan menjadi kebal pada insulin dan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Kehamilan akan terganggu kerana gangguan pada hormon progesterone dan hormon LH pada penghidap PCOS.

4) Darah beku.
Perjalanan darah yang tak normal di dalam rahim boleh menyebabkan janin tak dapat bekalan oksigen dan nutrisi yang secukupnya untuk berkembang, akibatnya janin mungkin akan mati dan gugur. Kejadian darah beku ni selalunya disebabkan oleh antibody phospholid yang banyak di dalam darah.
Sindrom darah pekat atau sindrom antiphospholid (antiphospholid syndrome – APS) yang menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah, juga diketahui sebagai penyebab keguguran berulang. APS juga dikenali sebagai sindrom Hughes, dan ia boleh hadir sebagai satu masalah tersendiri atau sebagai masalah yang seiring dengan penyakit lupus. Ha tapi jangan risau, penyakit  APS ni boleh dirawat.

5)Tahap kesihatan
Bagi wanita yang sememangnya dah ada masalah kesihatan pulak, penting bagi wanita tersebut untuk  mendapatkan penjagaan yang betul. Mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, berpenyakit seperti diabetes atau bermasalah tiroid, mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.
Jangkitan jugak boleh menyebabkan keguguran jika anda menerimanya semasa hamil.ini termasuk literiosis dan toxoplasmosis. Jangkitan melalui hubungan seks seperti sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries juga dikaitkan dengan keguguran lewat kehamilan.

6)Gaya hidup
Fakta menunjukkan bahawa mereka yang merokok, banyak meminum minuman keras dan mengambil kokain mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami keguguran.  Bukan tu je, kalau terlalu banyak mengambil kafein pun boleh tingkatkan risiko keguguran. Jumlah pengambilan kafein yang selamat ialah 200mcg (dua cawan besar kopi) sehari. Lepastu pastikan untuk mengelak sebarang bentuk sukan berimpak tinggi yang boleh menyebabkan badan tu terjatuh atau perut terhentak.


Macam mana nak tahu yang anda mengalami keguguran?




Tanda-tanda yang paling jelas ialah kesakitan seakan-akan senggugut dan pendarahan yang banyak, yang mungkin mengandungi gumpalan darah. Macam period jugak, cumanya kalau period tu darah kita mungkin tak berketul. Tapi kadang-kadang boleh jugak masa gugur tu kita taktau, terutamanya masa awal kehamilan. Ramai yang ingatkan mereka datang haid, rupanya keguguran.

Ada pulak kes keguguran ni dikesan melalui rutin imbasan pada awal kehamilan. Bila imbasan ultrabunyi menunjukkan kantung kehamilan kosong, di mana embrio sepatutnya berada. Ini kadangkala kita panggil keguguran terlepas (misses miscarriage). Kadang-kadang tahap hormon kehamilan jatuh sehingga cukup untuk bagi orang tu sedar yang dia tak begitu loya seperti sebelumnya ataupun payudara dah tak terlalu sakit. Tapi normal jugak bagi simptom-simptom kehamilan ni hilang selepas minggu ke-12 atau ke-13.

Keguguran lewat, selalunya merupakan pengalaman yang sukar untuk dihadapi. Tanda-tanda keguguran lewat ni contohnya pendarahan yang banyak, dan kadang-kadang, air ketuban tu pecah. Mungkin juga disertai dengan kesakitan seolah-olah bersalin, dan kadang-kadang sampai kena makan ubat penahan sakit sebab yelah, dah kalau rasa macam bersalin, mestilah sakit sangat. Tapi jangan risau, dalam sesetengah kes, takde kesakitan berlaku pun. Keguguran yang disebabkan oleh serviks yang lemah mungkin tak menyakitkan.

Macam mana pulak dengan tompokan darah atau spotting? Ha itu bermakna badan kehilangan sikit je darah. Tompokan darah yang berlaku pada awal kehamilan adalah perkara biasa dan biasanya tak membimbangkan. Tapi, sebarang pendarahan yang berlaku eloklah dimaklumkan dekat doktor. Kalau pendarahan tu berhenti dan kehamilan tu berjalan lancar, itu dikenali sebagai ancaman keguguran.

Macam mana nak kurangkan risiko keguguran?



Produk D’Folia oleh Sendayu Tinggi dirumus khas secara tradisional untuk kesihatan rahim wanita. Ia sesuai untuk setiap wanita dari semua peringkat umur sebab ia dapat menyihatkan dalaman wanita dan menaikkan seri. Bukan tu je, produk ni jugak digunakan sebagai suplemen herba untuk awet muda. Apabila keguguran kurang dari  4 bulan ke bawah, terus amalkan DFolia ni. ia akan mencuci rahim bersih dari sisa janin yang tertinggal. Sekaligus menyuburkan rahim bagi mengelakkan keguguran lagi pada kehamilan akan datang. Wanita yg amalkan D'Folia juga mempunyai peluang lebih tinggi utk hamil selepas gugur. Selain tu, ia akan merawat keputihan. Ia antara produk BESTSELLER dalam Sendayu Tinggi since produk ni dah hampir 20 tahun di market. Maknanya, produk ni sgt2 dipercayai oleh ramai pengguna setianya :)



Bagi yg ada masalah kekurangan telur & hormon boleh jugak cuba produk Sedu Arrow. Suplemen berbentuk kapsul ni merupakan gabungan herba seperti kulit cendana, akar susu dan biji kucing hindi. Ia sangat digalakkan untuk wanita yang nak memiliki cahaya mata. Suplemen ni jugak dapat menggalakkan penghasilan hormon estrogen & progestrone. Bagi yang mengalami masalah haid tidak teratur sangat bagus mengamalkan Sedu Arrow bagi meperbaiki kitaran haid bermasalah yg berpunca dari hormon tak seimbang

Utk mereka yang nak mendapatkan produk ni atau ada pertanyaan blh whstpp 0197917133 atau 0193042133. Belian melalui online click www.sendayutinggi.com


1 comments:

Nita S said...

Saya currently sedang makan ubat dari gynae iatu Noresthistherone, tablet hormon (sekecil tablet folic acid). Ia utk regulate balik menses saya. Reason saya kena makan ubat ni sebab menses saya datang hampir 2 bulan. Selepas surgery, saya di-diagnose Hormonal Imbalance dah bukan pre-cancer. Saya harus makan sebiji sebelah pagi dan lagi sebiji pada waktu malam selama 3 minggu, selepas tu berhenti utk seminggu kemudian start makan balik ubat all over again. So selama 6 bulan makan ubat ni, saya tak boleh mengandung. Boleh tak saya nak try Sedu Arrow ni sambil makan Noristhesterone?

Post a Comment