Wednesday, November 26, 2014

CERITA SEBENAR : KENAPA LEPAS GUGUR SUSAH HAMIL

TOPIK : SUKAR HAMIL LEPAS KEGUGURAN

Ramai wanita tidak sedar yang mereka keguguguran. Dianggarkan 3 / 4 daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan. Selepas ujian kehamilan, 1 daripada 5 kehamilan akan gugur. Biasanya trimester pertama adalah saat penting utk menjaga kandungan sebab senang utk gugur. Ini yang saya alami semasa kehamilan pertama & kedua. Saya selalu cakap, kalau hidup dah besar anak saya yang sulung masuk 11 tahun. yang kedua masuk 9 tahun. Tapi nak buat mcm mana dah bukan rezeki kan.
Selepas 8 tahun akhirnya dapat juga 2 org puteri kesayangan kitorg ni. Time ni baru lepas 44 hari pantang. Chubby lagi. Pipi je sebelah 2kg.. haha..



GUGUR KALI PERTAMA
Waktu tu muda belia lagi. Saya kahwin awal usia 19 tahun. Lepas 9 bulan kahwin saya pregnant. Tapi disebabkan tak tahu sangat pasal pregnancy ni jadi bila sakit perut tu anggap nak ke tandas je lah. Memang sakit amat masa gugur. Tapi penyesalan tu tak berapa nak mendalam sebab jiwa tgh muda rasa nak enjoy la kononnya dulu. Kebetulan mmg kami plan utk dapat anak nanti2 je sebab fokus kerja yang mmg tak pernahnya berkurang pun. Saya kenal suami pun tak lama. Beberapa bulan je.. Mak saya tu Super Garang. Dating pun tak lebih 2 jam. Balik sebelum jam 6.00 petang. End up saya dating pergi Supermarket Giant je.. hahaha.. Selebihnya saya dating kat ofis je. Jadi bila dah kahwin ni dating la sesangat kan. Masa gugur tu sedih juga tapi dalam hati tak apa, ada rezeki lain kali.

GUGUR KALI KEDUA
Selang 2 tahun lepas tu saya pregnant lagi. Dah puas kot berdua jadi mmg happy sangat bila tau pregnant balik. Tambahan pulak waktu tu saya dah pindah rumah sendiri. Masa yg 1st kami duduk serumah dengan mak. Antara reason kenapa saya tak nak anak lagi time tu. Bila dah ada rumah tu anak memang jadi penyeri. Excited amat la time tu siap beli baju pregnant bagai. Padahal baru 3 minggu je pun pregnant. Bila pegi check up semua nampak normal je. Tapi bila masuk bulan ke 3 saya pergi scan lagi sekali. Muka Doktor tu lain macam masa scan. Kami mmg tak sedap hati lah. Bila doktor tanya ada mabuk tak. Baru saya perasan saya mmg tak mabuk langsung. Rasa beruntung kejap. Tapi mula susah hati bila tengok air muka Doktor tu mcm ada benda tak kena. Doktor cakap tak ada heart beat lagi. Mungkin saya bagi date last period salah. So, saya kena pergi check up lagi minggu depan.
D'Folia paling bagus diambil jika lepas gugur. Ia akan kecutkan kembali rahim dan suburkan kembali utk memudahkan kehamilan yg akan datang. Bagi wanita bujang juga ambil utk rawatan keputihan. Yang menyusu badan boleh ambil lepas baby usia 4 bulan ke atas.

Belum sempat tunggu check up, pagi tu saya ke ofis di KL. Bangun pagi tu memang dah rasa sakit perut memulas. Tiba-tiba teringat kes gugur yg 1st. Dalam hati berdoa banyak2 supaya tak jadi lagi kes dulu. Tapi dah namanya takdir, jam 10 pagi saya di ofis KL ada darah keluar. Tak banyak, tapi saya ingat pesan Doktor hari tu. Bila bleeding kena cepat pergi klinik. Saya terus ke klinik. Bila sampai, doktor bagi ubat untuk kuatkan kandungan. Dalam hati berdoa banyak2 supaya tak jadi benda yang saya takutkan. Sebenarnya sebelum jadi kes ni, 2 hari sebelum saya ada mimpi. Ada orang rampas anak saya lari. Beriya saya menangis sampai suami kejutkan dari tidur.  Tak sangka alamat mimpi tu ada makna tersirat. Akhirnya, disebabkan terlalu tak tahan sakit yang amat sangat dan lebih sakit dari gugur yang 1st. Saya ajak suami balik. Kononya nak kemas baju lah lepas tu pergi hospital. Petang saya sampai rumah, waktu tu muka dah biru habis menahan sakit. Air mata jgn cakap la keluar macam mana. Dah tak ingat apa time tu, ingat sakit je. Lepas sampai rumah, dalam 30 minit sakit yang terlalu kuat, akhirnya saya ke tandas. Keluar satu ketulan sebesar saiz penumbuk. Saya terus ke hospital. Saya menangis semahunya dalam kereta. Keesokannya saya terus buat D&C. Kalau nak diingatkan balik rasanya bersalin pun tak sakit macam tu. Saya memang tak bagi tahu apa2 dekat mak saya. End Up dia tahu bila saya dekat wad. Masa D&C ni jugak saya tahu yang kedudukan rahim saya tak normal. Doktor cakap hanya 10% yang berjaya pregnant. Waktu tu sedih pun ada , gembira pun ada. Sedih sebab tau diri ni abnormal. Gembira sebab tahu yg diri ni adalah 10% yang BOLEH utk hamil lagi. Lepas cuci rahim baru saya mula berjinak ambil D'Folia. Dalam hati menyesal juga. Sepatutnya sebelum pregnant saya dah mula ambil. Bila dah gugur baru sibuk nak cari suplemen apa yg patut.

PROSES MERAWAT DIRI & HATI
Lepas gugur, saya jadi depressed. Tak boleh tengok anak orang. Rasa macam laki nak kahwin lain. Rasa tak berguna jadi perempuan. Bila tau orang pregnant lagi stress dibuatnya. Macam-macam saya baca untuk cari punca kenapa boleh gugur. Semua bahan saya baca dan kaji. Sejujurnya, hikmah keguguran ni banyak mengajar saya menjadi parent yang penuh ilmu. Macam-macam ilmu saya dapat. Jadi bila ada pengguna yang pernah gugur saya dah tahu nak tanya apa yang diamalkan, makan, keliling, sejarah keluarga dan lain-lain. Sampai lah satu hari, saya lunch dengan suami di ofis Klang. Saya cakap, saya nak ambil anak angkat. Pernah juga saya tanya suami nak kahwin lagi ke.Suami saya cakap, dia kahwin dengan saya sebab saya. Bukan sebab anak. Tu saya cakap, memang la sebab muda lagi. Nanti dah tua bangka tak sedih ke orang ada anak, kita dok melopong berdua. Jadi bila saya suggest ambil anak angkat ni sebenarnya untuk menceriakan diri sendiri. Suami saya cakap, mana tahu Allah kesian dekat kita lepas ambil anak angkat dapat anak sendiri. Mak saya cukup supportive utk ambil anak angkat. Dia yg carikan baby untuk elakkan keturunan yang tak dikenali asal usulnya. Tapi, keluarga suami tidak setuju dan katanya masih boleh mencuba sebab baru 5 tahun pun kahwin. Ada yg 10 tahun baru dapat anak. Pokoknya nak keturunan sendiri.

Actually lepas gugur sejak dari yg 1st saya tunggu 5 tahun utk pregnant balik. Rezeki Allah nak bagi kita tak tahu bila. Kebetulan Sendayu Tinggi ada launch produk baru time tu iaitu ST Beauty. Saya mula combine dgn kapsul D'Folia. Memang terasa beza lepas ambil tu sekali. Kalau dulu period tungang langgang salah satu punca susah pregnant sbb susah nak jangka waktu subur. Tapi alhamdulillah lepas ambil period jadi teratur. Emosi pun kurang stress sangat. 

Nak dijadikan cerita, kebetulan adik lelaki saya baru kahwin. Lepas 3 bulan kahwin adik ipar saya pregnant. Mereka cukup serba salah nak bagi tahu saya pasal berita kehamilan tu. Mak saya terutamanya takut saya terasa. Bila saya dapat tahu siapa yg tak sedih kan... Sepatutnya kami yg bagi cucu sulung tapi dah bukan rezeki. 

ST Beauty bukan sahaja memudahkan kehamilan malahan ia merawat dalaman wanita sekaligus menjadikan diri lebih sihat, bertenaga dan awet muda. Cuma boleh diambil utk wanita sudah berkahwin. Jika menyusu badan boleh ambil selepas anak usia 4 bulan ke atas

Uzma masa 9 bulan. Ini lah buah hati Mummy dgn Daddy. Disebabkan 5 tahun baru dapat puteri sorang ni, jgn ckp la betapa manjanya dgn kitorg. Bapak dia yg lelebih. Kalau outstation pergi mana pun tak pernah tinggal si kenit debab ni.

Time ni Uzma masuk 3 tahun datang Aleya. Tak lama kami plan dapat Aleya. Cuma 5 bulan je.. Uzma mmg kakak yg penyayang sangat
Aleya yang tiba-tiba berambut kerenteng selepas umur setahun lebih. Tak tahu mana sesat dapat rambut tu

Lepas 4 bulan, saya ambil D'Folia dengan ST Beauty saya notice benda aneh berlaku. Biasanya kalau ambil suplemen saya blh makan sekali 8biji serentak macam makan nasi. Tapi kali ni tak boleh. Malas nak buat test dah sebab berkotak2 ada dlm almari. Tiap bulan pun buat test tapi tak pernah pun positif. Jadi malas nak berharap sangat. Tapi bila period tak datang, jantung mula laju. Nak happy sangat tak berani. Nanti kecewa lagi. Saya buat check up sendiri. Ujiannya positif. Malam tu jugak saya pergi klinik buat pregnancy test. Ya Allah, kali ni memang hadiah bermakna sangat. Lepas 5 tahun menunggu.. Itupun lepas hati ni betul2 redha dan pasrah sampai sanggup nak ambil anak angkat. Bila masuk trimester kedua baru saya bagitahu pada ahli keluarga. Excited bukan kemain. Baju budak umur 5 tahun dah siap beli. Keluar dari perut pun blm lagi tu..Disebabkan tu juga lah saya kekal ambil ST Beauty sampai sekarang. Bila mengandung ke 4 saya cuma ambil masa 5 bulan je utk lekat. Tak macam 1st dan 2nd pregnancy yang gugur tu. Nasihat saya bagi yang tengah berusaha nak dapatkan anak tu jangan stress. Nanti lagi susah nak lekat. Doa banyak2 dan try ikhtiar rawatan tradisional. Selepas je dapat Uzma, ST Beauty adalah produk wajib yg akan saya ambil setiap hari. Sesiapa yg nak cuba boleh lah try. Memang ramai saya jumpa couple yg try produk ni berjaya pregnant dgn izin Allah..

Pejam celik dah besar budak2 ni. Ada yg tanya saya tak nak tambah ke.. Insyallah kalau ada rezeki


_______________________________________________________________________

( SEDIKIT ARTIKEL YANG DIAMBIL DI INTERNET SEBAGAI RUJUKAN )

Apakah maksud keguguran pada awal kehamilan ?
Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Masalah kromosom juga dikatakan adalah penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab dan mungkin tidak akan berlaku lagi. 

Bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat untuk dia berkembang seperti sepatutnya. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Ketaknormalan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Ketaknormalan ini mungkin berlaku kerana jumlah kromosom tidak tepat, atau kerana terdapat perubahan dalam struktur kromosom tersebut. Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada fasa embrio. 


Bagaimanakah saya boleh tahu jika saya mengalami keguguran pad awal kehamilan ?

Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Kadang-kala, ia akan terhenti dan kehamilan itu berterusan. Ini dipanggil ancaman keguguran (threatened miscarriage). Walau bagaimanapun, jika proses keguguran itu benar-benar sedang berlangsung, malangnya ia tetap akan berlaku. 



Apakah yang berlaku selepas keguguran ?



Anda tidak semestinya perlu ke hospital. Dalam separuh daripada kes sebegini, tubuh wanita tersebut akan menyempurnakan proses keguguran itu secara semula jadi. Jika ini berlaku kepada anda, anda tidak perlu rawatan lanjut. Pendarahan biasanya akan berkurangan dalam seminggu hingga 10 hari dan biasanya akan berhenti selepas dua minggu. 

Anda boleh berehat sahaja di rumah, namun anda mungkin memerlukan pil penahan sakit dan botol air panas untuk dituamkan di perut. Dan yang penting sekali, anda perlu seseorang di sisi untuk menjaga dan menyenangkan hati anda. 

Walau bagaimanapun, doktor anda mungkin mencadangkan anda menjalani imbasan ultrabunyi (ultrasound) dan ujian-ujian lain sekadar untuk memastikan badan anda sembuh seperti sepatutnya. 

Jika pendarahan tidak berkurangan atau berhenti selepas dua minggu, ada kemungkinan yang anda memerlukan rawatan daripada doktor di hospital. Pendarahan tersebut mungkin bermakna ada tisu-tisu kehamilan yang tertinggal di dalam uterus (rahim) anda. Ini dipanggil keguguran tidak sempurna (atau keguguran berpanjangan) dan memerlukan rawatan. Doktor mungkin akan menerangkan kepada anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil seperti berikut: 

  • Pengurusan ekspektasi (expectant management) : masa diberikan untuk pendarahan berhenti sendiri, selagi tiada tanda berlakunya jangkitan.
  • Pengurusan perubatan (medical management): ubat-ubatan diberikan untuk membantu keguguran itu selesai dengan baik.
  • Pengurusan pembedahan (surgical management): pembedahan kecil dilakukan untuk menyempurnakan keguguran tersebut.


Bagi yang berminat mendapatkan produk Sendayu Tinggi click BELI SENDAYU TINGGI - ONLINE



0 comments:

Post a Comment