Friday, October 31, 2014

RAHSIA KULIT HALUS & GEBU MACAM DOLL

TOPIK : HIJABI DOLL


DOLL SKIN FOUNDATION

Tengah hot sekarang produk Doll Skin Foundation Sendayu Tinggi. Letak je habis.. hahaha .. Gitiew !!  Entry kali ni saya nak share langkah mekap yang pernah saya buat utk beberapa photoshoot previously di ST Studio. Saya tengah buat new tutorial pakai 2 produk utama ni. Yang ni preview sikit je mekap yg dah siap. Tapi pakai phone je rekod jadi kualiti agak tak best



Saya pernah buat demo produk ni banyak kali. Reason kenapa top sesangat sebab produk ni sangat mudah digunakan tanpa perlu layer by layer foundation. Paling best produk ni akan buat skin jadi super gebus tanpa nampak cakey macam kulit anak patung. Asas produk ni seperti cream foundation yang selalu diguna untuk tujuan professional seperti professional. So, mekap akan nampak gebu giler sebab dapat cover semua imperfection macam jeragat, parut jerawat, dark circle dan macam2 lagi lah keanehan di muka kita ni. Masalahnya dengan produk mcm tu ialah skin akan jadi rosak jika dipakai kerap. Sebab tu lah terjadinya formulasi Doll Skin Foundation ni. Khas utk cover imperfection yang kita tak suka, coverage mantap tapi skin tak rosak. Sape taknak kan ??

Doll Skin Foundation ada 3 color. Kod paling cerah 01 Very Cute, 02 So Sweet dan 03 Too Preety.
So far saya suka yang kod Too Preety sebab colornya natural. Memandangkan orang melayu ni ramai suka yang tona cerah2 jadi color code ST memang x ada yang 'tan' sangat. 



Yg ni imej baru Doll Skin Foundation. Harga RM38.00 utk bukan ahli ST

Yang ni color code produk Doll Foundation. Imej lama ni masih ada dipasaran. Jangan rebut2 nak yang baru tu. Sebab dlmnya tetap kualiti terbaik !

DOLL MATTE POWDER

Memandangkan fenomena tsunami Doll Skin Foundation ni menjadi2, sooo ST decide utk tambah koleksi kepada Doll Mate Powder. Bedak ni pun ada 3 color sahaja. Masyaallah ampunnn, giler halus kulit lepas pakai. Memang tak tipu. Lepas tu skin jadi tak berminyak. Ye la bila kita ni berada di Malaysia memang susah sikit nak cari formula bedak yang boleh kontrol oil.

Lepas pakai Doll Foundation pakai yang ni pula. Memang gebunya tak terkata !

MAKEUP DEMO - HIJABI DOLL COLLECTION

Yang berminat nak join MakeOver Sendayu Tinggi boleh emailkan gambar uols di stmodel@sendayutinggi.com  ... Penyertaan terpilih akan dipilih oleh Team ST Advertising dan shooting di ST STudioa kat Sg Buloh.. Peserta akan menerima wang tunai RM250 dan free makeover oleh saya :) 





Saya sertakan step masa saya mekapkan salah seorang testimoni menggunakan Doll Skin Foundation dengan Doll Matte Powder. Paling best bila pakai guna Cream Brush. Cuma masa demo ni saya nak cepat selamba ambil Liquid Foundation Brush, boleh je sebenarnya.. penggunaan berus yang betul ni sebenarnya penting supaya mekap akan jadi lebih sekata dan smooth. Jadi kalau blh jangan main belasah je berus mana utk aplikasi yg mana ya

Yg ni berus basic utk foundation. Dijual loose


Function berus ni :

  1. Powder Brush RM32.50 - Berus terbaik utk kemasan bedak tabur, padat dan kompak. Ia akan bantu kemasan lebih ringan dan halus. Gunak ni utk apply Doll Matte Powder kalau nak finishingnya smooth dan light
  2. Cream Foundation Brush RM35.00 - Permukaannya yang flat / rata memberikan kemudahan semasa aplikasi tesktur jenis krim. Yang ni mmg bagus utk sapu Doll Skin Foundation
  3. Tapered Powder Brush RM33.00 - Bagus utk meratakan bedak kontur pada pipi dan tepi muka bagi membentuk wajah lebih tirus dan runcing
  4. Liquid Foundation Brush RM36.00 - Membantu kemasan bedak cecair lebih sekata dan licin.Sudutnya yang muncung di depan memudahkan sapuan pada sudut wajah.

MACAM MANA NAK BELI PRODUK NI ?

Ramai lagi sebenarnya tau tahu yang Sendayu Tinggi ni ad ajual produk mekap. Yg org tau produk jamu sahaja. Cara nak dapatkan produk ni boleh ke Watsons terpilih, Outlet2 ST seluruh Malaysia atau online di http://sendayutinggi.com/ .. yg tak tahu lokasi dealer atau tempat terdekat uols click je yang saya buat anak panah tu okey ;)



Sendayu Tinggi juga ada page utk belian secara online / pos ke rumah bagi yang masih susah mendapatkan produk ni. Tak payah susah dah. Abang posmen terus hantar depan pintu.. hahaha..click je link ni  :





1 comments:

Anonymous said...

Kak, kalau ship keluar malaysia seperti ke indonesia ada boleh kak?

Post a Comment