Thursday, November 6, 2014

TIPS : SOLEKAN MATA SUPAYA NAMPAK BESAR

TOPIK : DOLL EYES MAKEUP

Tutorial kali ni saya buat khas sempena koleksi Hijabi Doll Collection. Ramai yang request solekan utk mata nampak besar ala2 Doll hakikatnya saya ni sedar diri mata ni kecik je pun. Bagi yang suka cute eyes look blh la try mekap ni. Sy dah simple kan yang seboleh mungkin supaya semua blh follow. 


Paling penting utk Doll Eyes Look ni sebenarnya lens. Saya pakai size yang besar. Mana saya beli lens tu ? Yang saya pakai ni beli di Instagram je. Search nama " Promotion Lens Hari Raya " mesti jumpa..  Saya pakai color mcm picture model ni pakai tapi dah tak ingat nama Lens ni. 

size lens ni mmg saya tak tahu tapi bila pakai sure mata jadi besar lah. Agak selesa juga dipakai seharian

MAKEUP STEP

Ada new items dalam koleksi Hijabi Doll ni. Celak dan Mascara baru tu belum masuk lagi. Nanti dah masuk saya update.


Antara produk yang saya gunakan masa demo ialah :
1) Makeup Base  RM29.00
2) Mousse Sunblock RM30.00
3) Collagen Toner RM37.000
4) Cream Foundation Brush RM35.00
5) Doll Skin Foundation RM38.00
6) Doll Matte Powder RM35.00
7) Eye Primer RM25.00
8) Eyes & Cheek Palette RM65.00
9) Doll Intense Eyeliner - Belum keluar
10) Long Lash Mascara - Belum keluar
11) Handmade Eyelashes - RM15.50
12) Rose Glow Blush On RM33.00
14) Bright Duo Blusher RM34.00
15) Pure Shine Lipstick RM30.00
16) HD Metallic Gloss RM29.00

*Semua harga ialah normal price. Kalau ahli Sendayu Tinggi ada diskaun. Boleh dapatkan online di  sendayu tinggi online


Saya dah pakai lens tu masa demo. So make sure muka bebas mekap. Tapi saya dah apply makeup base & mousse sunblock
TIPS KULIT GEBU : DOLL SKIN FOUNDATION + DOLL MATTE POWDER

Rahsia saya utk skin macam ala2 Doll yang gebu, halus dan glowing kena pakai 2 produk ni. Saya guna Doll Foundation dan top up dengan Doll Matte Powder. Memang mekap jadi halus dan fine walau dipakai seharian

Doll Skin Foundation ni ad a3 color.. saya pakai kod 01 utk tutorial ni. Tapi daily biasanya saya suka kod 03.
Then, utk tone down kan foundation yg cerah saya top up Doll Powder 02. Nanti kulit tak nampak gelap lepas berpeluh


TIPS : EYESHADOW NAMPAK SOFT BERKABUT

Masalah utama bila pakai pembayang mata ni selalu warna eyeshadow tak kemas dan warna tak jelas. Senang je kalau nak nampak smooth. Lepas je apply make sure pakai Blending Brush utk harmonikan color yg kita sapu. So, mekap kita tak akan nampak 'cheap'. Sebab tu jgn kedekut utk spend tools seperti brush. 

cth picture ni nak tunjuk kemasan yang dibuat dengan blending brush. Ada byk shape blending brush. yang tanda # tu antara yg brush yg common. Sendayu Tinggi ada jual loose dan dalam set juga


TEKNIK SAPUAN CELAK : UTK MATA NAMPAK BESAR

Saya guna celak terbaru dari ST. Masa sapuan pertama saya pakai color coklat gelap supaya tak nampak terlalu 'hard'. Then saya top up dengan celak putih dalam ring waterline. So, mata naturally akan nampak super besar. Cuba try teknik simple ni. Saya tiru sikit teknik Puppy eyeliner dari Korean Style yang mana celaknya di bawa meleret ke bawah dan bukannya ke atas.

Paling best produk ni waterproof dan tak payah nak raut. Kalau tumpul blh sharp guna peraut yang ad adi belakang pensel tu

tanda anak panah tu yang saya maksudkan bawa meleret ke bawah. Kalau panjangkan sikit lagi pun blh if ada pakai eyelashes macam dalam tutorial saya buat di youtube. Ni la namanya Puppy Eyes Makeup.

yang ni ialah teknik sapuan celak putih pada waterline akan membuka saiz mata seolah2 besar dan bundar

Saya lalukan celak hitam di bawah garis bulu mata utk enlarge kan lagi bukaan mata. Simple trick but its work !! Cuba buat nanti mesti tak menyesal walau mata terkedip-kedip masa apply tu. Tapi kena guna celak yang waterproof kalau tak edn up jadi mata panda


TIPS : PASANG EYELASHES SUPAYA NAMPAK MATA GALAK
  1. Bila pakai eyelashes saya cut kod 06 separuh dan ambil hujungnya sahaja. Kemudian lekatkan di bahagian paling last yg part sapu eyeliner tadi.
  2. Then baru pakai eyelashes kod 07 pada full mata. 
  3. Last pakai eyelashes bawah pula utk extra effect kalau suka. Saya ambil separuh je pun. 

STEP 1 : Potong separuh eyelashes dan ambil hujungnya

STEP 2 : Pasang di bahagian last celak mata yang dilebihkan

STEP 3 : Pasang full eyelashes kod 07
STEP 4 : Pakai eyelashes bawah mata pula. Saya ambil separuh juga
STEP 5 : Sapu celak dalam ring atas mata dan celak putih di waterline

STEP 6 : Top up maskara pada bulu mata asli supaya nampak lebih real

FINAL LOOK
Jangan lupa subscribe dan thumbs up video saya di youtube ;)

Yang ni maskara bau Sendayu Tinggi tapi belum masuk HQ lagi. Memang mata jadi dolly gitieww 
Antara produk yang saya guna utk Look ni


Bagi yang tak jelas dengan teknik ni boleh click link DOLL EYES MAKEUP . Harap dengan sedikit tips ni membantu untuk solekan uols lebih mantap. Borak lagi utk next entry. Luv u guys.. Muaahhhh !!!



Follow me on :


0 comments:

Post a Comment