Wednesday, March 11, 2015

KENAPA LELAKI TAK SUKA PEREMPUAN BERMEKAP ?

TOPIK : REASON LELAKI TAK SUKA PEREMPUAN BERMEKAP

Ok, buat para gadis yg bujang atau belum kahwin, sy ada borak2 dengan pengguna lelaki di ST samada bujang atau yg dah kahwin. Nak tanya pendapat mrk reason knp mrk tak suka perempuan bermekap. Rata2 mmg suka kalau cantik. Tapi apa yg buat jadi tak cantik tu ? Ini komen mereka.. Saya buat summary je.. Terasa i tau sbb penah jugak buat salah satu benda yg diorg sebut kan tu.. haha..


  1. Bedak putih mcm hantu gomak. Kalau pakai tudung selamat sikit tak nampak berbelang dari telinga dengan leher. Cuma bab bila nak betulkan rambut atau tudung tu mmg haru sebab automatik nampak muka & tgn seperti najis cicak.. bila time bergambar mmg jadi nek lampir. Masalahnya, semua perempuan Msia nak putih cik abang oiii.. Nak taknak, kita org pompuan jgn terlebih bedak la sbb nanti yg nak tgk kita cecantik ni suami kita jugak kan. Yg malu pun dia kalau kita keluar mcm hantu Cina.. he he..
  2. Kening tebal & hitam melampau. Sebabnya kita tgk Cara Delevingne & Elfira Loy mcm cun berkening begitu jadi kita pon follow. Kalau kening mmg sedia byk bulu takpe. Ni jenis yg kurang bulu, mcm ada satu seni lukis khat atas mata. 
  3. Foundation 10kg.. hamboihh, melampau la kan. Padahal kita pakai sikit je pon. Biasanya nampak mcm berkilo ni sebab kita pakai bedak matte, powder terlebih, skin dry atau foundation terlalu putih. Apply Collagen serum pada seluruh muka sebelum apply foundation kalau skin kita jenis dry. Mmg akan jadi flawless dan paling best bgs utk firming effect.
  4. Eyeshadow sapu tak habis blend. Ditambah pulak ada 10 color kombinasi kaedahnya kan.. Mcm budak mewarna tekniknya.. So, kalau nak natural jgn lupa kena blend dgn blending brush ye
  5. Blusher terlalu merah. Ye la, kadang2 kita nak nampak fresh kan. Tapi ada yg terbabas sapu blusher mengalahkan warna eyeshadow pulak tu.. 
  6. Shading muka terover. Bila kita ada big event mesti mekap nak up kan.. lps tu kena contour sikit supaya tak nampak pucat. Masalahnya ada yg shading terover area hidung dah nampak mcm kucing Parsi, bawah dagu pulak nampak mcm jambang katanya.
  7. Siap dekat 2 jam semata2 nak mekap punya pasal. Mau tak melenting. Masa couple dia puji la sbb blm dapat.. kentut pun bau rose katanya


Apa pun berbalik pada basic, mekap ni mmg tak blh nak terus cun. Kena kerap buat baru improve. Ada yg suruh bini cuci muka tu balik. Katanya lukis kening huruf "C" dgn pencil color hitam mcm semut beratur, lipstick merah tak sapu rata main ketap2 je lepas tu muka putih mcm kapur. Mau tak kena suruh cuci muka tu balik.. Sian isteri tu cik abang oii, beriya dia nak mencatikkan diri tau. 

Utk isteri2 di luar, jgn la pulak bila suami kata " i suka u natural beauty " terus campak semua mekap2 tu. Ada suami yg jaga hati isteri sebabnya tak nak tido luar malam nanti. Tp nanti laki kita bila kat luar tgk perempuan berdandan cantik dalam hati ada sekelumit rasa " kenapa la bini aku tak pandai berdandan mcm tu ".. Kalau blh org pempuan ni serba boleh. At least kalau tak reti sekali pun belajar la pakai foundation, mascara, gincu natural sikit.. Ada sy jumpa perempuan ni bangga dia tak suka mekap2 ni. Masalahnya, kalau mmg sedia jelita mcm Aishwarya Rai lain cerita. Pepatah mak saya " Sedangkan rumah perlu di kemas, spray bagi wangi dan tukar langsir bagai, ini kan pula kita org perempuan. Yg mana tak cantik tu di cantik2 kan "

Bagi yg suka light2 mekap ni sy sempat lah buat tutorial sikit. Ringkas dan mudah je. Saya buat pun tak sampai 20 minit. blh tgk full video di SINI






4 comments:

missalongwani said...

kalu yg muka jenis bekas jerawat..pastu pori ade lubang2 besar..mcm mn nak tutup kasi cantik..biar xnmapak sgt luabgn2 n pori kulit tu...

Unknown said...

makeup base akan bantu kurangkan kesan ketara pada pori

Unknown said...

saye setuju mmg btol lelaki tak suke perempuan yang over mekap.kalau yang mmg comel tu xpela ni yang hodoh2 pakai mekap,,, muke mcm kak limah balik rumah.. cantik tu biar natural.. baru perempuan yang sejati.. bile kte dah tue hodoh jgak,bile dah mati dh x ade ape-ape. kn?

Unknown said...

saya benci jenis perempuan yang suke mekap ni.. kalau setakat pakai bedak je xpela..sikit2 mintak pinjam duit pakwe nk beli buku la,bayar yuran la,padahal alat mekap yg die beli.. alat mekap ni kdg2 merosakkan muke dan membazir duit jew..

Post a Comment