Wednesday, October 26, 2016

NAK KURUS TAPI TAK TAHU CARA YANG BETUL

Kenali jenis gemuk, buang habit punca gemuk & pelajari tips kurus cepat

Asal nak menulis pasal kurus je mesti nak mesti teringat masa berazam nak kuruskan badan dulu. Start nak kurus kononnya masa anak dara. Tertunda sampai la jadi mak dara. Nak set azam & konsisten tu yg payah. Korang sendiri pun time tengah scroll2 facebook tu mesti terserempak dengan status kwn2 yang mention pasal nk kurus ni. Kadang2 jadi pembakar semangat. Tak kurang yg rasa mcm buat diri lagi rasa down

Tapi kalau sekadar tangan je yg berjalan menaip, mulut je berbunyi tapi nawaitu x kuat x jadi jugakkan?? So cakap pasal gemuk ni, apa yang you uolls tahu pasal gemuk ni?  

APA YANG ANDA TAHU TENTANG GEMUK?

Selalunya kita akan dikategorikan sebagai gemuk apabila berat badan kita melebihi 20 peratus daripada berat badan ideal. Sebagai contoh, sepatutnya berat badan ideal kita 60kg, tapi pada hakikatnya jarum di mesin penimbang menunjukkan 75kg. Maka, kita sudah dikategorikan dalam kategori orang yang gemuk. ATAUPUN cara mudah nak tahu berat badan ideal kita adalah dengan kira BMI (Body Mass Index). X tahu cara nak kira? click BMI CALCULATOR ni. Ok, dah tahu tak BMI uols berapa ??

Kegemukan biasanya terjadi apabila kalori yang masuk ke dalam badan kita melebihi kalori yang kita perlukan. Jadi, kalori yang berlebihan tu akan menjadi lemak terkumpul di beberapa bahagian badan kita seperti di lengan, perut, paha, punggung dan betis. Senang cerita, bila kita makan makanan berlebihan, dan kemudian kita tak gunakan dan tukarkan kepada bentuk tenaga, itu yang tersimpan dan jadilah lemak. Makin kita berusia, makin berat susah turun sebab kadar metabolisma & hormon menurun. Sebab tu kena amalkan senaman dan suplemen supaya hormon & metabolisma kita sentiasa dlm keadaan baik. Nak tahu berapa kalori yang badan kita perlukan ?? click JUMLAH KALORI YANG DIPERLUKAN ni. Dari situ kita blh estimate kalori yg badan kita perlukan utk elak lemak berkumpul. Ok bagi yg mmg ZERO pasal berapa kalori yg ada dlm makanan tu blh click KALORI MAKANAN HARIAN 

Selalunya kaum wanita sangat menitikberatkan soal gemuk vs. kurus ni. Tapi bukan maksud kaum Adam xambil peduli. Cuma nk bgtahu perempuan ni dia ‘sedikit’ obses dengan kecantikan dan dia sangat-sangat down bila dengar perkataan gemuk tu. Stress sangat sampai rasa nak terbalik dunia ni. Bila stress sebenarnya akan menyebabkan perut membuncit dan lagi lambat kurus. Sekarang, jangan stress-stress. It’s never too late bak kata omputeh. Selagi masih hidup sihat walafiat selagi tu masih ada peluang untuk kuruskan badan. Tapi sebelum tu kita kena tahu dulu kita ni tergolong dlm kategori gemuk yang mana satu. Sbb bila dah tahu, senang untuk kita ambil langkah seterusnya. Okey jom scroll kat bawah ni. 

Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis. Jom kita kenali jenis-jenis gemuk ni satu persatu:

Jenis Gemuk
Penerangan
1- Jenis Gemuk Daging

  • Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk daging terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.
  • Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging.
  • Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. Dan InsyaAllah boleh.

2-Jenis Gemuk Air

  • Gemuk air terjadi bila badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh.
  • Biasanya badan akan menggelambir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Seperti perumpamaan, bayangkan sebiji belon ada isikan dengan air, kemudian anda ramas-ramaskan… Begitulah keadaannya badan kita kalau kita kategori gemuk air.
  • Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan.
  • Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

3- Jenis Gemuk Angin

  • Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit.
  • Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut… yg ni bahaya sikit hehe..Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena caranya.
4- Jenis Gemuk Lemak Tepu
  • Gemuk lemak tepu boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak.
  • Dan ada juga saya pernah terbaca, yang orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.
                                                                                        Selain tu ada jugak jenis-jenis bentuk badan: Apple shape & Pear shape
 
Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Sbb lepas ni kena start buat muhasabah diri pulak. Muhasabah kenapa boleh naik kilo dan mcm mana nk turunkan balik kilo tu. Kalau nak list semua dekat sini mmg jenuh la kan. Disini sy senaraikan antara beberapa rutin/habits yang menyumbang kepada kegemukan & maybe pasni korang boleh ubah rutin yang tak bagus tu kepada yang lebih bagus. 

1   SAY NO TO SODA!
Air soda & kotak tu tinggi kandungan gula. Tahu tak sekotak air minuman kadangkala mengandungi lebih 3 sudu gula ! Semut pun geleng kepala..




2  SKIP BREAKFAST
Tahu x bila korang melambatkan sarapan, risiko untuk korang makan banyak masa lunch adalah tinggi. Sebab perut dah dibiarkan lapar untuk masa yg lama jadi kita cenderung akan makan amount yg banyak masa lunch. 

3   MAKAN NASI BERSULAM AIR MANIS
Makan sambil minum air menyumbang kepada buncit. Sebaiknya minum sekurangnya 2 gelas air kosong. Sekaligus akan rasa kenyang sikit. Jadi kita akan makan kurang. Malangnya ramai yang makan dulu baru minum air kan

4   MALAS BERSENAM 
Punya buruk perangai, jalan 15 minit pun tak mahu. Sayang sgt dgn lemak yg ada. Xde benda mudah dlm dunia ni. Utk dapatkan body yg lean, kemas dan terbentuk cantik WAJIB bersenam. Ringkas pun dah memadai yg penting konsisten. Click PETUA KECILKAN PEHA BESAR . Senaman yg paling mudah utk beginner


5  HEAVY LATE NIGHT SNACK / KUDAPAN
Yang ni rutin rakyat Malaysia yang paling susah nak dibuang. Suka makan lewat malam, makan pulak burger, roti canai, meggi kari..perghh matilanakkk.. selalunya dah lepas pukul 8 mlm tu kita dah xbuat aktiviti berat. Duduk umah je, xpun lepak2 kt mamak. So, confirm apa yang kita makan tu akan tersimpan sebagai lemak. Jadi kalau lapar sangat ganti dengan benda lain mcm kacang atau buah-buahan. Boleh ambil Easyfull untuk penuhkan perut sekaligus stimulate rasa kenyang. 

6  TAK SUKA FRUIT & VEGGIE
Last but not least, green is good. Maksud green kat sini adalah sayur-sayuran & buah-buahan. Ia akan buat kita full lebih lama + kalori sgt rendah. Tapi kat Msia ni ramai tak suka sayur dan buah. Siap asing tepi kalau ada ada secebis pun.. haisshhhh.. 

BOLEH KE KURUS CEPAT & NAMPAK KESAN ?
Ok, mmg ramai di dunia ni kalau boleh bangun esok timbang je dah turun 10kg. Tapi, benda ni adalah mustahil especially bila nak diet tapi selera masih selori. Setelah kajian dibuat, akhirnya ada tumbuhan semulajadi yg mmg hebat & berfungsi seperti mengawal selera makan, membuatkan kita bertenaga walaupun kurang makan, kurang rasa nak mengunyah serta bantu kita mudah ke tandas. Ya, bila kita susah ke tandas biasanya kita akan kumpul byk toksin. Makan suplemen apa pun tak berfungsi sbb body tak serap. Antara bahan natural yg terbukti membantu spy cepat kurus ialah :

TUMBUH-TUMBUHAN
PENERANGAN
Beras Perang

  • Beras perang sangat baik dimakan oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori. Ia mengandungi:
  • MINERAL MAGNESE yg penting untuk kesihatan. (1 cawan beras perang = 88% magnesium utk tubuh). Ia membantu engekalkan berat badan yang ideal. Mengawal sistem saraf dan mengawal paras kolestrol badan.
  • SELENIUM DAN FIBER : Anti kanser. Menurunkan kolestrol dalam badan. baik untuk wanita menopause untuk menjaga jantung dan darah tinggi. mengurangkan penyakit kencing manis  jenis 2.
  • Vitamin B1, B2, B6, Zat Besi, Fostat, Kalsium.

Herba Chia Seed

  • Mirip biji selasih, tetapi bukan selasih sebaliknya dari keluarga sage (salvia hispanica). ‘Chia’ berasal dari suku kata Maya yang bermaksud kekuatan.
  • Masyrakat suku Aztec, Maya dan Inca zaman dahulu mengamalkan biji seed untuk meningkatkan daya ketahanan dan tenaga tubuh badan mereka.
  • Kaya dengan lemak Omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan dan paras kolestrol.
  • Biji Chia terbukti menjaga tekanan darah dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) sehingga mampu menurunkan kolesterol buruk (LDL) dan trigliserida.
  • Biji Chia juga mampu menyerap 10 kali air yang masuk ke dalam tubuh untuk membentuk sel yang baik untuk diet.

Acai Berry

  • Kebaikan Acai Berry:
  • meningkatkan tahap tenaga : digunakan atlit terkenal seperti Venus Williams, kerana ia mempunyai banyak nutrisi, terutamanya lipid yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap tenaga.
  • Acai mempunyai banyak EFA (Essential Fatty Acids) yang mengekalkan kolesterol baik (HDL kolesterol) dan pada masa yang sama, menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL kolesterol).
  • Indek glisemik yang rendah dalam Acai berry membantu menurunkan berat badan kerana acai berry akan melambatkan rasa lapar dan membantu mengawal nafsu makan.

Licorice Root
  •  Berkesan menurunkan lemak dalam badan. Komponen asid glycyrrhetinic dalam Licorice Root berkesan dalam mengurangkan pembentukan lemak dan kolesterol dalam badan manusia.
  • Mengandungi fiber yang tinggi mampu membantu menurunkan kolestrol.
  • Digalakkan penggunaannya bagi yang mengalami masalah sembelit



Ekstrak Alfalfa

  • Membantu membersihkan racun dalam darah atau detoxsifikasi. (perubatan Cina).
  • Mengubati masalah pencernaan (perubatan India).
  • Melancarkan pembuangan air kecil (perubatan Eropah).
  • Mengandungi vitamin (A, C, K, B1, B2, B3, B5, B6) & mineral (kalsium, besi, magnesium, fostor, tembaga dan seng) yang lengkap.
  • Klorofil Alfafa digunakan untuk mengubati kanser, radang, anemia, sembelit, antibakteria, pembersih racun, penyeimbang nutrisi  dan meneutralkan Asid Dalam Badan.
  • Merawat penyakit usus, buah pinggang, kencing manis, melawaskan usus, ulser.
  • Mengandungi enzim yang membantu : penghadaman, pencernaan, kembung perut, ketidakselesaan abdominal.

Garcinia Cambogia @ Asam gelugur

  • Mengandungi asid sitrik, asid tartaric, asid malic, asid askorbic, asid hidroksi sitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral.
  • Asid askorbiknya berperanan sebagai anti bakeria.
  • Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat membantu menurunkan darah tinggi,kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung.
  • Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
  • Asid utama asid hydroxycitric atau HCA. dalam asam gelugur pernah menjadi kajian saintis pemakanan. Terbukti ia sangat berkesan membantu mengekang nafsu makan dan menggalakkan penguraian lemak dalam tubuh manusia.

Hoodia Gordini

  • Tumbuhan yang hidup di gurun Kalahari di Africa.
  •  Komponen dalam Hoodia bertindak seakan Glukosa atau Pseudo-Glucose, tetapi lebih hebat lagi. Ia menghantar isyarat kepada otak manusia bahawa perut sudah kenyang dan tidak menginginkan makanan lagi.
  • Secara tidak langsung otak akan memproses isyarat tersebut dan mematikan selera makan sekaligus membantu pembakaran lemak berlaku. 
  • Hal ini kerana apabila tiada makanan dalam perut maka badan terpaksa membakar lemak untuk ditukarkan menjadi tenaga.

Citrus Auratium @ bitter orange

  • Component Synephrine dalam Citrus Auratium berfungsi sebagai pembakar lemak yang turut membantu menurunkan selera makan, meningkatkan tenaga dan kadar metabolisma dalam badan.


Teh hijau


  • Antioksidan Teh Hijau 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA. 
  • Mengekalkan memori : antioksidan dalam teh hijau mampu mengekalkan kecergasan memori dan otak bagi mereka yang mengalami masalah kognitif, kerana antioksidan dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf dalam otak.
  • Meningkatkan pembakaran lemak : kandungan Catechin dlm teh hijau berupaya meningkatkan pembakaran lemak walaupun kita tidak bergerak. Catechin adalah sejenis polifenol yang terdapat di dalam daun teh yang memiliki sifat sebagai antioksidan.


Ini antara senarai tumbuh-tumbuhan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Tapi ada antara tumbuh-tumbuhan ni sukar didapati di supermarket atau Malaysia. Sendayu Tinggi sendiri pun ada keluarkan produk pelangsingan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semulajadi yang dinyatakan kat atas tu. Haa xcaya?? Boleh tengok kat bawah ni produk2 yang ada.


EASYFULL
  • Kandungan beras perang, acai berri & oat yang tinggi serat membantu mengurangi rasa lapar dan perut sentiasa kenyang selain ia adalah minuman protein yang bagus untuk membina otot. Menjadikan badan lebih lean dan firm
  • Membantu menurunkan kolesterol, berat badan selain tinggi anti-oksidan.
  • Herba Chia Seed kaya dengan lemak Omega-3 yang dapat mengurangkan keradangan dan paras kolesterol Kaya dengan Vitamin C, A, dan B6, Asid Lemak Omega-3, Asid Folik, Vitamin K, Vitamin A dan anti-oksida.
  • Bahan semulajadinya mampu mengurangi risiko kanser kolon, payudara & melindungi daripada penyakit hati.



BIO TRIPLE SLYM
  • Minuman campuran botani Garcinia Cambogia, Citrus Auratium, Hoodia Gardoni, Green Tea dan L-Carnitine sangat berkesan meningkatkan metabolisma badan sekaligus membantu pembakaran lemak yg lbh efisien
  • Mengawal selera makan dan bakar lemak 3x ganda apabila kita brsenam
  • Sepaket diambil mampu menunjukkan penurunan selera makan yang ketara keesokan harinya. Tapi kalau selera memang besar boleh ambil tak lebih dari 4 paket sehari
  • Membakar lemak dan menukarkannya kepada bentuk tenaga. Jadi, bila bersenam akan ada lebih energy utk bersenam lebih lama

DTOX
  • Mereka yg sukar ke tandas cenderung mengumpul toksin & menjadi penyebab susah kurus. Jadi DTox akan membantu melancarkan pembuangan secara natural & membersihkan usus
  • Membantu kekalkan kandungan bakteria sihat  dalam usus
  • Mengandungi fiber tinggi mampu membantu menurunkan kolesterol
  • Alfalfa membantu sistem penghadaman dan pundi kencing.
  • Efektif menurunkan berat badan dan membuang toksin dalam badan, meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Licorice Root berkesan menurunkan lemak dalam badan.
  • Digalakkan penggunaannya bagi yang mengalami masalah sembelit serta boleh diambil bagi wanita hamil, menyusu badan dan dlm pantang


MANA NAK AMBIL DULU KALAU NAK KURUS ? 
Ok, tgk detail list ni ya. Tengok kita dalam kategori mana :

  • KATEGORI 1 : Susah ke tandas, cepat lapar, suka makan malam, suka kudapan, suka makan manis & bergoreng, mengantuk lepas makan ( Easyfull, Bio Triple Slym & DTox )
  • KATEGORI 2 : Mudah ke tandas, makan sikit tapi berat tak turun2, perut buncit (Sedu Arrow utk betulkan hormon, Easyfull & Body Contour Cream sapukan 2 kali selepas mandi ) Biasanya terjadi pada wanita yg ambil pil perancang
  • KATEGORI 3 : Lemak tertumpu pada area tertentu seperti peha, lengan atau punggung ( Easyfull, Garlic Plus & Body Contour Cream ) kombinasi ketiga produk ni akan burn fat area bermasalah lebih fokus 

 MACAM MANA NAK DAPATKAN PRODUK NI ?

  • Boleh dapatkan di Outlet ST seluruh Msia atau whatsapp 0197917133 / 0193042133. Nak beli dair Dealer Online pun blh juga selain dari web rasmi ST iaitu www.sendayutinggi.com

COFIRM KE BOLEH KURUS & BERAPA LAMA NAK NAMPAK KESAN ?

  • Kalau kita diet, tak makan nasi & bersenam mmg boleh kurus. Tapi kesannya mungkin lambat. Dengan bantuan produk, dari turun 5kg anda mungkin boleh turun 2 kali ganda. Maknanya, produk ni membantu 60% usaha anda yg nak kurus tu. Sama konsep kalau kita nak bina muscle. Tanpa bantuan protein drink kesan badan ripped / kekar adalah lambat dan mungkin tak terlihat walaupun dah training lama. 
KALAU STOP GEMUK BALIK TAK ?

  • Ni soalan yg mmg common ramai org tanya. Utk mendapatkan berat ideal spjg zaman lengkapkan diri dgn ilmu pengambilan kalori yg diperlukan oleh badan mcm sy tulis awal2 tadi. Biasnaya akan naik mendadak sbb kita tak amalkan hidup sihat. Pelru diingatkan produk ST ni kalau kita baca label semua bahan semulajadi. Bukan drug. Tak ada effect menggigil pun kalau consume. Jadi bila stop bukan penyebab berat badan naik mendadak. Metabolisma rendah, hormon menurun antara punca kenapa seseorang tu mudah gemuk. 
OK, sampai sini je saya menulis. Nanti sampai lusa tak abis baca.. hehehe.. Selamat Maju Jaya menguruskan badan utk mrk yg berzazam. Mulakan dgn AZAM tu penting. Kalau tak kita tak akan konsisten !

7 comments:

Myra Jamian said...

terbaik penjelasan kak yatie..da lama sgt nk pegi butik sendayu tinggi sbb perlukn bantuan penjelasan produk n mekap..tp slalu je x sempat pegi..haishhh..

Yatie Sendayu Tinggi said...

tq.. kalau ada mslh blh whstpp 0193042133 :)

Wan Ainum said...

salam..k yatie, produk tripple slym belum ada stock eh?

Yatie Sendayu Tinggi said...

Wsalam .. ada je stok. skrg tgh ada promosi lg utk Bio Triple Slym. Whtspp 0193042133

Yas Min said...

promosi bio triple slim di outlet ke?

Unknown said...

Assalam sis yati... sya fza.. baru beli dtox n set slimming... bole bgitau mcm mna sya nk mula kan .. harap sis yati dpt membantu sya...cara tuk mkn... tuk dpt hasil yg bagus..

Siti Maryam said...

Salam kak yatie saya nk tnye ada tk produk untuk mengecut otot rahim sbb saya pnye dktr kte bengkak smpi menutup pintu faraj maaf brtnye

Post a Comment