Thursday, May 21, 2015

MALUNYA KALAU SUAMI TEGUR "CIK PAH " BERBAU

TOPIK : BILA SUAMI TEGUR "CIK PAH " BERBAU





Malunya lahai kalau suami tegur " yang, kenapa bau kuat sangat ni. Awak tak cuci bersih ke ?? ". Sebagai wanita kita terkenal dengan pembersih dari lelaki kan ? Bau ada kait rapat dengan keputihan. Ada yg mengalami keputihan tapi belum peringkat kronik. Penjagaan alat sulit atau alat kelamin amat penting kerana ia berkait rapat dengan pengeluaran darah haid, hubungan seks dan kehamilan.

Dalaman ni kena jaga start anak dara lagi. Bagi yg dah kawen pulak, dalaman ni mmg penting dan kena jaga sgt2. Macam2 jamu moden & tradisional yg masih diamalkan oleh org Melayu termasuk org Indonesia & Thailand yg lebih terkenal dgn herba ni. Pernah berborak dgn org Indonesia.. katanya " mudah sahaja kalau mahu merampas suami org. Bila dia sudah "merasa" sy, lelaki itu pasti tak keruan dan banding2kan dengan isterinya ".. Sy ni angguk je lah. Dlm hati, mintak dijauhkan lah perangai perempuan mcm ni. Katanya, ramai lelaki takut nak komplen pd isterinya. Nanti isteri mrk kecil hati katanya.. Ada yg mengadu " tak boleh lah nak ajak sebab bila buka terus bau ikan masin.. mati selera ". Jadi lepas ni kena rajin2 mewangikan cik pah ya ( lor, mcm tajuk lagu Akim dah ni.. hahaha )

APA YG ANDA PERLU TAHU MENGENAI KEPUTIHAN ? 
Bahagian alat sulit sensitif pada perubahan persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) kemaluan wanita. Perubahan ini samada disebabkan jangkitan kuman, penggunaan sabun atau faktor fizikal, persekitaran ataupun kebersihan diri. Seseorang wanita mungkin tidak selesa, gatal, mengeluarkan keputihan yang tidak normal atau berbau, bengkak alat kelamin dan kesakitan.
Masalah kegatalan dan keputihan mungkin berpunca daripada jangkitan di faraj dan permukaan kulit sekitarnya. Masalah ini boleh dirawat dengan menjalani ujian untk mengesahkan jangkitan dan mendapatkan nasihat doktor tentang kaedah rawatan terbaik mengatasinya. 


Keputihan biasanya boleh bertukar akibat campuran peluh dan jangkitan bakteria serta akan mengeluarkan bau yang agak kurang enak jika tahap kebersihan sekitar kemaluan kurang dijaga.


Ia juga akan menjejaskan hubungan seks dan menimbulkan konflik antara suami dan isteri. Disamping itu, jangkitan kuman tertentu yang berulang boleh merosakkan sistem peranakan menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menjadikan seseorang itu sukar mendapat zuriat.

Ada beberapa langkah yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga vagina

    • Bersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil / air besar, seelok-eloknya menggunakan air. Lap kering dengan tisu. Jangan basah2 terus sarung seluar dalam. Ia memerangkap bakteria dan mengundang bau
    Pakai pantyliner jika mengalami keputihan teruk. Ia mengelakkan bau dan jangkitan. Tukar pantyliner apabila perlu
    • Semasa haid,  dinasihatkan kerap menukar tuala wanita terutama bila darah haid keluar dgn banyaknya. Ini kerana darah adalah tempat yang sesuai untuk kuman membiak. Bagi wanita yang menggunakan tampon mereka perlu ingat untuk menukarnya.
    • Elak daripada sering mengamalkan douching iatitu memasukkan jari atau pancutan ke dalam vagina dengan tujuan membersihkan bahagian dalamnya. 
    • Juga elakkan dari memakai bedak pada kawasan vagina kerana ia boleh mengumpul partikel halus sekaligus bakteria
    • Selepas hubungan intim, wanita digalakkan membuang air kecil dan membersihkan alat sulit 
    • Elakkan memakai pakaian dalam sentetik yang terlalu ketat kerana ia menyebabkan kulit berpeluh, tiada peredaran udara pada kulit dan akhirnya menggalakkan kuman membiak.
    • Wanita yang mengalami keputihan kena tahu bezakan keputihan biasa dan yg teruk. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu-waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, kehamilan atau selepas menopaus.
    • Begitu juga sebelum tiba haid dan ketika hamil atau belaku perubahan paras hormon yang meningkat. Semua ini menyebabkan banyak keputihan atau cecair jernih yang melekit keluar dari faraj.

    TANDA KEPUTIHAN SERIUS & KESANNYA
    • Pertukaran warna dari jernih, putih ke kuning atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, kadang-kadang ia keluar secara berketul-ketul kecil, gatal dan berbau.
    • Jika dibiarkan berterusan ia akan menyebabkan jangkitan kuman pada rahim dan menyumbang kepada kanser
    • Keputihan yang banyak juga menyebabkan kemutan vagina menjadi longgar. Selain keadaan tekstur yang "berkeju kental" mengundang rasa geli kepada pasangan setiap kali bersama
    • Keputihan menjadikan air muka nampak kusam & kelam. Dalaman yg sihat menjadikan kulit cantik dan kemerahan. Berbeza dgn mereka yg mengalami masalah dalaman
    • Rata-rata wanita mengalami masalah keputihan & haid tak teratur selepas bersalin. Ia berlaku dari perubahan hormon dan penjagaan pantang yg kurang ditekankan
    keputihan normal sepatutnya berwarna jernih dan tidak berbau. 



    RAWATAN TRADISIONAL VS MODEN


    Bagi rawatan moden, Pakar Sakit Puan biasanya akan memberikan anda antibiotik setelah memeriksa jenis keputihan yg dialami. Ia bersifat sementara sahaja. Penggunaan pembersih peribadi pula haruslah mempunyai asid laktat dan pH 3.8 - 4.5 sahaja iaitu pH yg sama dengan pH semulajadi faraj wanita. Bagi rawatan tradisional di dalam Sendayu Tinggi ada 2 produk yang paling penting iaiatu kapsul D'Folia dan Virgin Wash untuk cucian alat sulit. Ia akan merawat keputihan dan kesannya untuk jangka masa panjang


    D'Folia   RM28    (60 kapsul)



    • Mengeluarkan sisa keputihan yg melekat pada dinding rahim.
    • Pada 1 minggu pertama pengambilan keputihan akan keluar lebih byk dari biasa. Ada yg mengeluarkan bau, berwarna hijau, keruh, coklat gelap dan gatal
    • Selepas proses "pencucian" selesai, keputihan akan hilang kembali kepada keputihan normal
    • Jika berhenti produk ini, rahim akan kembali kepada asal. Amalkan diet sihat kerana keputihan juga disebabkan pengambilan makanan segera dan tidak sihat selain dari masalah hormon dan kebersihan diri.
    • Bagi anak dara ambil 2 biji 2 kali sehari. Selepas keputihan sembuh cuma amalkan 1 biji 2 kali sehari. Yg sudah berkahwin perlu ambil seperti biasa iaiatu 2 biji 2 kali sehari waktu pagi dan petang.
    • Produk ini tidak boleh diambil bagi wanita hamil dan selepas bersalin kurang dari 4 bulan.
    • Bagi yg keguguran, kapsul ini amat bagus menguatkan rahim semula selain mengecutkan peranakan sekaligus memudahkan kehamilan pada masa akan dtg.

    Virgin Wash  RM24.50
    • Cuci alat sulit 2 kali sehari dengan Virgin Wash untuk mengatasi kegatalan dan bau
    • Pembersih alat sulit wanita daripada ekstrak Daun Sireh, Lobata dan Kacip Fatimah untuk kesegaran berpanjangan.
    • Atasi keputihan, bau, kegatalan, membasmi bakteria dan melembutkan kulit sekitar vagina.
    • Menghangatkan keintiman hubungan suami isteri dgn haruman wangian herba.
    • Sesuai digunakan semasa hamil dan dalam pantang.

    EXTRA UTK YG DAH KAHWIN : Enigma Beauty  RM27.50
    Keputihan akan membuatkan cengkaman longgar, terlalu berair atau berlendir semasa bersama selain mengurangkan keputihan & rasa gatal. Sapukan Enigma Beauty pada alat sulit sebelum bersama. Ia seakan " tepung herba" yg bertindak menyeimbangkan cairan dan menguatkan cengkaman seperti 99% dara semula. Terbukti dengan 1 kali penggunaan sahaja. Ia bersifat sementara dan kesannya hilang selepas membuang air kecil




    Untuk yg nak dapatkan info lengkap mengenai masalah keputihan ni blh tgk interview saya di WHI TV3 di link ni ya RAWATAN KEPUTIHAN SERIUS



    Bagi yg nak dapatkan consultation dan segan nak bertanya blh whatsapp saya di +6013 3922133. Produk ni blh dibeli di Outlet ST atau online di sendayutinggi.com ( atau whatsapp order di 019 3042133 / 019 7917133 )


    3 comments:

    fiza lokman said...

    salam kenal, suka tgk yatie makeup dalam youtube. Teringin yatie makeup fiey nnti :)

    Yatie Sendayu Tinggi said...

    kalau nak join makeover emailkan je gmbr & detail diri di stmodel@sendayutinggi.com :)

    Nur Afiqah Dagang said...

    assalamualaikum kak yati ..tqvm atas perkongsian ini ! :*
    kak yati nak mintak izin nak cedok ilmu kak yati ni yee :)

    Post a Comment