Thursday, May 14, 2015

Produk Sendayu Tinggi Beracun.. Benarkah ?


Topik : Tuduhan Sibutramine Dalam Produk  XTrimme Slym


Surat dari KKM - Alhamduillah,  surat rasmi daripada KKM sendiri yg mengesahkan produk tersebut tiada bahan terlarang. Namun kami pasrah produk yg dirampas tidak dipulangkan memandangkan itu prosedur mereka.

Pada 16hb April 2012, saya ingat lagi ST telah diserbu dgn pegawai Farmasi serentak kami di HQ dan seluruh Outlet Malaysia. Dengan tak semena-mena juga wartawan pun dah standby sekali. Pagi tu mmg aneh sbb semuanya seolah dah dirancang dengan baik. Sy sudah tentu panik, bukan sebab serbuan semata-mata tetapi pertuduhan yg disampaikan mengatakan X-Trim Slym ST beracun. Kalau beracun mengapa sy yg sendiri mengamalkan selama lebih 2 tahun masih sihat walafiat. Siap buat medical check up lagi. 

Belum lg blogger2 yg melakukan cerita dan menambah ajinamotokan  story rampasan ni. Hakikatnya, kami tak buat yg dituduh. Tapi org lebih percaya apa yg keluar di Buletin Utama, Radio, Surat Khabar dan di Internet. 

Selepas shj kes tu, kami hantar semua sampel produk di setiap makmal yg ada. Ujian negatif dari Sibutramine. Kami tak pernah jemu call dan minta feedback kes kami di KKM. Alhamdulillah, akhirnya setelah 3 Tahun jawapan diterima. Allah akan membela org teraniaya. Kami bersyukur yg memang kami tak aniaya pengguna.  Terima kasih tak terhingga kepada pengguna yg masih setia dan yakin menggunakan produk ST !!

Gambar Internet - Selepas beberapa jam rampasan terus PC dibuat di depan premis ST







Gambar Internet - ST terpaksa memanggil wartawan utk menerangkan apa yg berlaku























3 comments:

suezen said...

saya br je beli ni kak. mcm berkobar2 je nk try. hehehhe. rasa dia sedap

Li-Na said...

Salam, saya ada pertanyaan :
1. Saya pergi ke sendayu tinggi senawang untuk beli placenta dan instant collagen, then pekerja di situ kata takde stok, malah pekerja tu cakap stok di mana-mana dan satu malaysia tiada, even online website sendayu tinggi. Betul ke?
2. Kalau betul, bila kedua-dua barang itu akan di restok balik? Dalam masa terdekat atau jangka panjang lg?

Terima kasih, wsalam.

Nazra Sweet said...

Kak Yatie, kenapa saya nak send gambar kat stmodel failed. Dia kata server stmodel x terima....

Post a Comment