Monday, June 30, 2014

Mekap Raya ala2 Frozen

Salam semua..

Walaupun Ramadhan ni semua letih tapi x dinafikan kaum wanita bila lalu je area booth jual baju atau tudung mesti hilang rasa lapar, letih dan dahaga kan.. Hahaha.. Ke saya je yg mcm tu..

Biasanya kalau nak pilih baju saya mesti imagine kan color apa sy nak pakai utk tudung dan mekap apa yg sesuai. Tak nak nanti bila dah sarung semua dgn mekap bagai jd mcm burung kakak tua pencen.. So, nasihat sy utk wanita2 anggun kat luar sana siap2 kan awal nak mekap color apa bagai biar match dgn outfit.  Tak lah kelam kabut. Lagi2 nak packing2 brg bg yg beraya di kampung. Tips sy, standby cermin yg mudah di bawa. Sy mmg wajib bw sbb rasa selesa walau mekap di mana2 pun.

Utk ibu2 pula selain busy menyiapkan diri anak adalah keutamaan jg. Pengalaman sy sendiri pun.. sbb sy nak tgk anak2 saya cantik masa pagi raya walaupun mak nya dah rupa org lepas gotong royong majlis kahwin lps berjaya menyiapkan anak2 tercinta.. Haha..

Tutorial kali ni sy buat mekap raya ala2 Frozen yg nama Elsa tu. Anak sy request. Katanya buat la mekap Frozen.. Kakak suka. Hakikatnya, mak nya yg tua bangka ni pun suka jugak ! 



Time ni shoot outdoor di rumah saya. Baju sy pakai ni sebenarnya baju tahun sebelum2nya lagi. Tudung tu pula saya dok pikir2 color apa yg match dgn mekap dan baju sy. Sooo... Ini lah hasilnya. Kalau nak solat mmg siapla. Belit balik tudung ni ntah2 jd rupa selimut bungkus kut.. Haha..

By the way, nampak x bunga kecik warna warni sebelah sy tu... Yg gubah tu suami saya. Kalau sy yg gubah mmg jd sampah sarap. Tgn keras. Bab gubah menggubah, balut hadiah atau berkebun mmg sy x reti. Kiranya kami ni melengkapi each other lah.. Cewahhh !!!

Yg ni pict dlm studio. Agak hampir accurate dgn actual / live. Sy peminat kurung moden. Tak mcm zaman sy anak dara.. Dulu mak saya selalu bising suruh saya feminin dan belajar pakai baju kurung. Hakikatnya sy sgt benci pakai baju kurung sbb sy rasa nampak selekeh. Yg sebetulnya bkn salah baju pun. Dah diri sendiri yg selekeh.. Haha


Waktu shooting ni anak sy no 2 bad mood sbb br bgn tido. So, x ada la pict Aleya si supergirl kerenteng. Peace dari Uzma..

Utk full tutorial dan nak tgk satu persatu produk apa sy pakai utk dpt mekap mcm ni blh la jengah2 di youtube channel Yatie Sendayu Tinggi ( https://www.youtube.com/watch?v=ODdhGPnnqno&list=UUHqziE5WAYcZ9Nphs95jKzw ) atau lihat disini :)


 

Ok that's it for today. Selamat menjalani ibadah puasa !!

1 comments:

Ai Artkid said...

Kak yatie, please do a tutorial pakai shawl ni. Nk melaram masa hari raya nnti suit dgn makeup sendayu tinggi. Please..please..please...

Post a Comment