Thursday, August 13, 2015

Petua Kulit Kekal Muda Bermula Dari Sunblock


Topik : Tips Pilih Sunblock & Kenal Jenis Kulit


Utk entri sebelum ni saya ada share tips paling mudah menentang jeragat dari muncul. Masalah yg cukup & paling dibenci & takuti oleh kaum hawa. Click SINI utk baca entri yg lepas. Penjagaan awal bukan sahaja menyelamatkan ribuan ringgit duit kita dari dibelanjakan utk treatment anti ageing pada masa akan dtg tetapi menjanjikan kulit lbh nampak segar walaupun sudah berumur. Sunblock ni ramai yg tak suka pakai sebab berminyak / berlengas. Kalau kulit jerawat lagi leceh nak jaga sebab amat mudah naik jerawat lebih2 lagi yg sunblock yg tinggi spf atau dari oil base. So entri kali ni saya nak share apa beza dua jenis sunblock dlm ST dan skin apa yg sesuai. Ia blh dijadikan base sblm mekap selain protect skin kita. Saya akan pakai Mousse SUnblock setiap hari kalau skin saya sgt oily waktu tu. Skin sy jenis kombinasi. Lately skin sy dry sbb cuaca hangat, jadi sy switch pd Tinted Moisturiser Sunscreen. Kalau tak, nnti skin sy keluar biji2 kecil jerawat dan x keluar mata sbb dlm skin oil tp luar dry. Jadi sebelum try apa2 sunblock kita kena kenal dulu jenis kulit memasing



Kulit kita ni ada banyak jenis, yang paling basic seperti...
  1.   Kering
  2.   Normal
  3.   Kombinasi
  4.   Sensitif
  5.   Berminyak




Jenis-jenis kulit 

Kulit Kering

  • Kulit kering ni kita akan rasa stretch/ tegang di muka dan permukaan/ struktur kulit kita boleh rasa kasar dan selalu menggelupas. Bila selalu menggelupas, lama-kelamaan kulit akan jadi nipis dan bertukar menjadi kulit yang sensitif. Untuk kulit jenis ini krim yang sesuai saya cadangkan krim jenis water based, lebih elok untuk muka. 

Kulit Normal
  • Kulit normal adalah kulit yang diidamkan oleh semua orang, takde rasa strecth/ tegang dan takde rasa berminyak pada kulit muka. Untuk kulit jenis ini boleh pilih untuk menggunakan krim jenis water based atau oil based, mengikut keselesaan. 

Kulit Kombinasi
  • Kulit jenis kombinasi akan rasa berminyak pada bahagian hidung dan dahi atau T-Zon. Pada bahagian lain kering atau normal skin. Kebiasaannya kulit orang Asia adalah jenis kulit kombinasi atau kulit berminyak. Untuk kulit jenis kombinasi ini, krim yang sesuai adalah jenis water based. 

Kulit Sensitif
  • Kulit sensitif ni selalunya kulit yang nipis. Bila lambat basuh kulit muka yang kotor atau kena asap, kulit akan mudah terasa pedih dan gatal. Dengan mudah akan tumbuh bintik-bintik merah dan jerawat pada kulit muka. Kebiasaannya, untuk kulit jenis sensitif ini krim jenis water based atau oil based tidak sesuai lagi digunakan. Hanya sesuai memakai krim untuk jenis Sensitive Skin.  

Kulit Berminyak
  • Kulit jenis ni akan menghasilkan minyak di seluruh muka dan menampakkan pori-pori besar yang giat memproses minyak di kulit muka. Jenis kulit seperti ini sesuai memakai krim water based.


Utk siang mcm ni sy suka mekap ringkas je. Tinted Moisturiser Sunscreen sy guna sbb skin sy dry lately. Dan Natural Lip Color utk bibir & last sekali Waterproof Eyeliner utk mata

PERBEZAAN Tinted Moisturizer + Sunscreen & Mousse Sunblock
produk ni bila disentuh seakan agar2 yg anjal

tekstur bila disapu pada tangan
tekstur selepas di sapu. Yg tanda dot2 tu x ada sunblock ya


Tinted Moisturizer + Sunscreen SPF 30
  • Sesuai untuk kulit normal, kering, sensitif dan kombinasi 
  • Teksturnya creamy mempunyai kombinasi pelembap dan krim tabir siang
  • Menghalang sinaran UV terus sampai ke kulit 
  • Bersifat Waterbase dan mudah di cuci selain sejuk di muka selepas disapu
  • Membantu memberikan kesan wajah lebih cerah kejernihan dan berseri 
  • Sesuai digunakan setiap hari bagi mengurangkan penghasilan jeragat, cela dan kekusaman
  • Ia melembapkan kulit dan menjadikan kulit nampak cerah glowing 
  • Boleh dijadikan sebagai asas solekan, kerana teksturnya adalah lebih ringan berbanding dengan krim berasaskan minyak dan tidak akan menyebabkan jerawat apabila dipakai sepanjang hari. Produk pelembap berasaskan air akan mengurangkan peluang jerawat tumbuh. 
  • Pelembap berasaskan air bukan sahaja menjadi asas yang berkesan untuk mekap, tetapi mempunyai tekstur cahaya yang cantik, juga lebih cepat diserap oleh kulit. Ini adalah kelebihan bagi mereka yang inginkan pelembap dengan cepat sebelum bersolek dan tidak perlu bimbang penyerapan.






Inspire Matte Mousse Sunblock Foundation SPF 25
  • Sesuai untuk kulit normal, jerawat, sensitif, berminyak dan kombinasi 
  • Teksturnya seakan whipped/ mousse, ringan dan seakan tidak terasa bila disapu
  • Ia bersifat matte dan mempunyai SPF 25 yang menghalang UV sampai ke kulit
  • Memberikan kesan light on skin & tidak menyumbat pori 
  • Jerawat tidak mudah membiak kerana ia minyak pada wajah terkawal sekaligus kotoran tidak melekat di kulit & menyumbat pori
  • Selepas sapuan ia bertukar menjadi seakan powder. 
  • Boleh disapukan sebelum memulakan sebarang bedak asas. Ia menjadikan mekap tahan lama & cantik

   

Bagi yang berminat mendapatkan produk ni blh beli di mana2 outlet ST atau Online melalui website www.sendayutinggi.com atau whatsapp order di 019 3042133 / 019 7917133 ya ;)












1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum kak yatie. Kulit saya combination so kak yatie suggest set yg mana ye?

Post a Comment