Thursday, July 24, 2014

Cara Refresh Hubungan Bercouple & Anak2.

Entry kali ni sy nak share apa yg sy buat dgn family bila ada masa lapang. Anak2 sedia maklum mak dgn bapaknya sibuk sentiasa. Waktu cuti pun kena outstation. Tp mrk mesti dibawa sama walau x nampak kami dr pagi.. Tp di malam hari sblm tidur mesti tgk muka kami berdua :) Percayalah... kita blh "curi" masa utk spend quality time dgn anak2. Kadang2 sy x paham dgn org yg terlalu sibuk sampai x ada ms utk anak. Budak kecik ni kalau bw pergi Petronas pun mrk dah gembira sgt. Nnti dah besar tak tau mrk nak ikut kita berjalan lg je idak.. Dok sibuk sgt end up anak akan rapat dgn nenek, pembantu atau pengasuh. Bila mrk dewasa, tak ada kenangan utk mrk mahupun kita. Di hujung umur nanti, yg paling indah cuma lah kenangan selain kesihatan yg baik. Waktu tu, kita cuma mampu senyum sendiri teringat keletah mrk masa kecil. 

Tahun lps kami berempat just nak relax2 dan enjoy waktu hujung minggu. Anak2 sibuk ajak " jom la tidur hotel " . Di sebabkan kerap ikut kami outstation mrk ni dah jd addict nak tido hotel je. X kisah lah hotel cap ayam ke, itik ke.. Nasib baik suami sy ada pakej ke The Mines. Harga mmg murah. Top up cuma dlm RM300 je.. Jd kami pun ke sana lah utk 2hari 1 mlm.

Lawak pun ada sbb rmh kami ni kat Sg Buloh je pon.. Hahaha.. Jauh benor cuti.. So, sblm masuk hotel sy bw princess berdua tu beli mainan kat dlm Mines Shopping Mall. Saya dah warning awal2. Nak beli mainan jgn beli harga melampau. Kalau ikut mrk mmg patuh. Tp Daddy nya yg over sgt. Kesian katanya, sekali sekala. 

Diseret lah mainan tu ke hulur ke hilir dlm Mall. Makan pun siap request nak apa.. Punya la byk budak2 tu makan. Lps jalan sikit spt biasa mrk akan jakun nak buka mainan tu. Alasannya penat, nak balik hotel dah.

Daddy yg sentiasa berkhidmat demi puteri2 kesayangannya ;)

Jakun btl budak2 ni. Siap buat show kat bilik
Moment yg paling sy suka ialah Candle Light Dinner. Suami sy ni mmg suka bg suprise. Sy x sangka dia masukkan dlm pakej cuti kami ni. Mak nya jd batak kejap. Sepanjang kami kawen sebenarnya x pernah ber "candle light dinner " bagai ni !! Romantik juga rasanya.. Ececehhh.. Hahah ( jgn muntah hijau ye )
Nak pose manje sket.. ( bluekkk.. muntah kuning.. haha )
Tp paling best bila tgk anak2 lah. Kami naik boat dlm 40 minit dan makanannya mmg byk dan paling penting sodapp... Kalau tau siang tu sy x makan byk. Pelayan ni pulak mcm tau2, siap buka lagu zaman kami bercintun dulu. ( Haa.. Jgn muntah kacang lagi.. Hahaha )

Ini la Chenta hati saya.. Oh, renunganMu menggoda.. hahah.. cettt..

video
Ok, ni Aleya buat tutorial kejap. Penuh perasaan dia kan.. Siap terbeliak biji mata menggayakan.. haha

Dating dgn anak2 sebenarnya lbh seronok dr berdua. Walaupun ada masa mrk ni bingit terutama time bergaduh. Tp bila mrk x ada, sunyi sgt rumah.. 


video
video ni masa kami naik boat utk candle light dinner. Simple tapi memori ni pastinya sy akan ingat bila dah tua nanti :)

So, lps percutian tu kami pun selalu buat honeymoon trip mcm ni. Lps tu kami ke Melaka pula. Ada candle light dinner spt biasa. Penting utk refresh blk relationship spy kita ingat mcm mana rasanya mula2 zaman bercinta dulu. Kannn.. Sy sukakan suprise. Jd setiap kali berjalan mesti ada new things to try. Agaknya sbb tu kami rasa mcm org br kahwin je. 

Trip berikutnya kami berempat anak beranak akan ke Bali. Ada pakej honeymoon lagi. Nnti ada ms sy story ;)




0 comments:

Post a Comment