Thursday, July 3, 2014

Siapa Saya Di Sebalik Sendayu Tinggi

Sebelum Sendayu Tinggi berada di tahap ni saya tak sangka sebenarnya ST di terima oleh Watsons. Sebabnya saya tau ramai perlekehkan ST sebab produk local. X ada kualiti dan org ckp just label balik je. Ambil mana2 produk kat luar dan tampal label balik. Terkilan sangat sebab yang bercakap tu tak tau bertapa sy penat dan lelah naikkan ST bersama mak dan suami sy serta staf yg setia bersama kami susah dan senang.

Demo di sekolah pada guru-guru masa mula-mula saya nak naikkan produk mekap ST.


walaupun kerja saya tetap bawa anak ke mana-mana. Uzma baru masuk 2 tahun masa ni. Saya ada talk di Puspanita Johor


Waktu membersday paling saya suka sebab bertemu pelanggan terus. Pengguna ni bersalin amalkan ST hingga sekarang untuk suplemen dalaman dll.


Kenangan 2010 masa saya pregnant yang ke 2. Masa ni saya ada talk di KL anjuran Berita Harian



2011 - masa opening di Tesco Melaka Cheng
 
 
Bila ST mula di terima oleh Watsons saya cukup gembira sebab bukan mudah untuk masuk ke sana. Tambahan kami ialah INVITED ekslusif oleh mereka.

Model memperagakan mekap terbaru Sendayu Tinggi semasa launching kemasukan Brand ST di Watsons pada hujung Disember 2012. Antara moment yg akan saya ingat dan ceritakan pada anak dan cucu saya bila tua nanti.. hihi..
Dengan orang kuat di sebalik tour saya di Watsons





Walaupun Sendayu Tinggi masuk tahun ke 2 di Watsons, sambutan luar biasa dari pengguna membolehkan ST mendapat anugerah Best Local Makeup Brand
Tajaan Sendayu Tinggi di cerita sempena Ramadhan ni. Tajuk cerita tu " Raya Ni Mesti Kahwin " oleh Hero pelakon Azlee Khairi yg berlakon cerita Mr Arrogant tu
 


Tahun ni saya ada Tour Watsons seuruh Msia. Pengguna ST yang bertuah akan di mekap Percuma oleh saya



Seperti biasa saya akan bawa anak ke mana saja. Dia dah jadi sy punya assistant :)


Bagi yg tak tahu, ST ada kilang sendiri bertaraf GMP di Port Klang Pulau Indah. ST bukan company tipikal Malay yg ambik brg org then tampal label. Siap.. Hakikatnya sy sendiri berjumpa food tech & chemist berbincang utk formula baru yg sesuai bila mengeluarkan produk baru.. Design dan shooting juga ST buat in house tanpa menggunakan khidmat agensi.  ST juga ada own Studio di Sg Buloh.


Inilah kilang Sendayu Tinggi. Dulu namanya Zeeta Herb's. Diambil sempena nama mak saya Rozita Ibrahim. Tapi lepas beberapa bulan ditubuhkan nama kilang ditukar kepada Sendayu Tinggi Manufacturing kerana lebih dikenali



Selain bertaraf GMP dan Halal Certified fasiliti kilang ST termasuk R&D,  pemprosesan kapsul, blister, oil, food, tablet dan juga mempunyai OEM bagi mengilangkan mana-mana produk luar. Khas utk usahawan baru yang berminat mempunyai jenama sendiri. Kilang ST juga pernah dapat liputan dari TV3 untuk ruangan Majalah 3.


 
Sy dah lama dgn ST. Org belakang tabir je asalnya. Byk buat admin dan marketing. Bila ST mula2 nak naik dgn budget yg terhad sy sendiri yg mekap kan model @ testimoni dan suami sy photographer di sebuah rumah sewa. Saya pernah tour 1 Msia utk photoshoot testimony. Mula berdiri mekap kan org dari jam 10pagi hingga 9 malam dan tak makan. Penatnya waktu tu jgn cakap lah. Tp sy suka sbb byk pengalaman kami belajar dari perkara yg susah dan sekarang jadi kenangan manis


Di Studio ST ruangan untuk makeup. Saya punya favourite area utk berkarya. Sesiapa yg pernah join makeover ST semua pernah merasa duduk di sini kan :)




 

Bila mak sy luahkan hasrat dia nak ada own butik saya anggap satu cabaran dan janji sy pada dia. Mula2 sblm tu dia nak ada kilang GMP. Bukan mudah utk membina kilang sendiri dgn modal yg diberi waktu tu cuma 11k shj. Pandai2 lah saya dan suami fikir mcm mana nak set up kilang. Tp alhamdulillah, Sendayu Tinggi Manufacturing berjaya ditubuhkan. Sekarang dia nak butik pula. Selama 5 tahun saya kaji kebaikan dan kelemahan serta cara untuk develop supaya program baru yang akan kami buat ni berjaya. Tahun 2010 adalah waktu ST mengorak langkah dari Single Level ke Licensee / ekslusif butik



Design terkini outlet Sendayu Tinggi 2013. Setakat ni hampir 40 buah outlet sudah berada di seluruh Malaysia

Doakan Sendayu Tinggi terus mencipta nama. Hampir 20 tahun dengan pelbagai dugaan yang tak mampu saya ceritakan dalam masa sehari. Jumpa lagi next entry.. tq kerana sudi membaca. Sorry juga sebab byk short form bila menulis ni.  ;)



















 


5 comments:

Bini Abe said...

Orang yang luar biasa itu sederhana dalam ucapan, tetapi hebat dalam tindakan.
Semoga ST trus maju & dpt mengasilkan prduk2 yg bermutu tinggi

Yatie Sendayu Tinggi said...

Bini Abe : Tq.. Aminnn !!

azie_gee said...

sy sangat kagum dgn yatie n pn rozita...hope lebih success.. sy org port klang yatie, tak sangka kilang sendayu tinggi dekat dengan rumah saya di pulau indah... dulu puan rozita pernah datang opis sy di port klang distribution park(sekarang NorthPort distripark) di pelabuhan klang...seorg yg sgt gigh mempromosikn product dia time tu tahun 2000 kalau tak silap saya...sekarang lihat apa yg di usahakan mendapat sambutan yg mengalakan... tahniah alhamdullilah bangga sy sebangsa dgn kamu

Love Razila said...

sangat teruja nak cuba base makeup dia... cheras (taman len seng area) kat mana agaknya boleh dapatkan product sendayu tinggi ni eh??

Love Razila said...

sangat teruja nak cuba base makeup dia... cheras (taman len seng area) kat mana agaknya boleh dapatkan product sendayu tinggi ni eh??

Post a Comment