Monday, January 19, 2015

TEKNIK PAKAI CELAK & MASCARA KENING

Topik : Warna Kening Beri Impak Keseluruhan Makeup


Ramai request utk saya buat video mcm mana sy draw kening.. So saya ada buat tp bukan utk post yg ni. Kali ni cuma ada pictorial shj. Utk mendapatkan kening yg cantik dan kemas memerlukan praktis. Biasanya selepas beberapa tempoh mekap akan lbh improve dan kemas. Utk pictorial kali ni saya nak share teknik mengemaskan kening dgn celak pensil dan maskara khas. Ada 3 color special yg akan dikeluar oleh Sendayu Tinggi dgn harga sebarang RM30. Yang nak beli online sbb malas pergi outlet / Watsons whatsapp je terus 019 3042133 / 019 7917133 ya..

Swatches ni saya buat di tangan. Tak ada flash. side A tu ialah celak.. dan side B ialah mascara utk kening.
Biasanya celak ni kalau pakai memang tak sama colornya setiap org bergantung pada jenis dan ketebalan bulu kening. Kalau kening yang tipis dan sikit bulunya mmg akan nampak lebih bold. Jadi masa apply tu jgn la press kuat. Saya sendiri pakai mmg tak tekan kuat sbb bulu kening saya jenis jarak-jarak. Yang bestnya celak ni bila apply ia akan coating sekali bulu kening. So, color nya mmg nampak mcm bulu kening dah siap bercolor ( mcm rambut yg dye ). Lepas tu sapukan mascara pada bulu kening. Automatik akan nampak tone down sikit. Siapa yg mmg kening dan terbentuk sapukan mascara je pun dah cun

Yg ni 3 color yg saya buat pada kening. Basicly celak kali ni saya mmg tak tekan  kuat sgt. So yg mana idaman kalbu.. Saya suka Golden Shine sbb dlm tu ada glitter gold. ( sorry dlm watermark salah kod pulak. bukan Golden Brown ye )  

Duo Eyebrow ni yg bestnyer dah ada depan belakang. Jadi tak pening nak bawa asing2
Warna kening akan beri aura dan mood pd overall makeup. Apa kata try pelbagai color dan teknik. Mesti akan nampak air muka pun berubah sekali..Saya suka try ketiga2 color sbb efeknya beri kesan berbeza. Sbg cth, kod Deep Brown akan beri kesan lembut pd air muka. Deep Brown pula akan nampak mekap lbh intense. Golden Brown akan nampakkan mekap lbh exclusive. Sy akan padankan dgn mekap mata yg sgt bold / heavy


Step lukis kening :


  1. Brush kening dan tips bg kening jenis degil ( tegak ) apply sikit foundation kenis krim utk lekatkan sikit bulu dgn kening. Kalau sgt2 degil sapukan sedikit glue jenis stick then br apply foundation
  2. Draw atas dan bawah kening dulu utk marking. Bagi yg suka kening rendah blh adjust ikut kegemaran masing2
  3. Then isikan bhgn dlm bulu kening yg kurang color.
  4. Lepas tu brush seluruh kening spy color sekata dan blend inYg ni dah siap blend. Kali ni sy tak conceal atas dan beh kening ya. Just natural look gituh
  5. Tutorial ni sy pakai kod Golden Brown. Lepas pakai celak brush mascara tu di kening pula
  6. Tadaaa.. Dah siap. Nampak tak ada glitter gold di situ. Jgn takut.. Sbb bila tgk overall tak nampak aneh kalau buat full makeup. Kalau nak daily natural blh pakai kod Deep Brown atau Dark Brown

Bagi yg susah nak bayangkan full look dgn kening2 tadi yg ni saya bg full look. Kening ni saya pakai masa 1st dapat sample. Kod ni ialah Golden Shine. Saya sapu coating by coating supaya kening bushy mcm ni. Yg suka natural sapu light je ok..

Ok utk the rest pictorial sy ada buat juga. So boleh tgk mcm mana rupa Duo Eyebrow Pencil & Mascara ni dengan celak + mascara. Kalau malas blh guna salah satu pun.. Kalau nak lbh glamor try la dua2 sekali. Bagi yg tak ad abulu kening blh je sapukan mascara tu dot2kan pada kulit. Memang akan nampak natural je nanti

KOD COLOR : Golden Shine. Tapi salah tulis pulak kat watermark tu. 


KOD PRODUK : Dark Brown


KOD PRODUK : Deep Brown


Produk ni akan berada di Watsons dan Outlet ST tak lama lagi. Coming soon sy akan try buat video tutorial utk lbh jelas lg. Blh follow utk dptkan info dan update produk ST di link SINI ya.. Yang nak beli online blh whatsapp 019 3042133 / 019 7917133 ataupun beli di website je.. semua koleksi ada dlm tu. Link web click SENDAYU TINGGI

Chiaoooo..


oh ye.. Kalau yg ada kening berterabur dan tak tahu nak bentuk mcm mana blh tgk pict bawah ni. Tapi waktu ni saya pakai Gel Liner ST kod Espresso Brown. Then cover la bulu kening extra dgn Doll Foundation sbb produk ni high coverage. Jadi terus tertutup la bulu2 tersebut.. gituuu





3 comments:

Zana Hassan said...

Kalau bab kening mmg sy kalah.sbb x reti nak lukis hihi..

Bini Abe said...

Ha2 same lah kite Zana Hassan, kdg2 dh mcm Sin Can keing nih

Ummu Athiyah Ismail said...

nice info sharing..senang faham..tq sis :)

Post a Comment